You are on page 1of 4

MINGGU KITAR SEMULA ANJURAN GURU-GURU PELATIH IPRM BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH

1.0

PENDAHULUAN

Minggu Kitar Semula ini adalah satu projek yang dianjurkan oleh guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini disertai oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent Butterworth, terutamanya murid-murid darjah lima dengan kerjasama semua warga sekolah. Minggu ini bermula pada 20 September hingga 24 September 2010. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak pensyarah Mata Pelajaran Alam Sekitar, En. Hj. Che Azmi Bin Harun, bagi memenuhi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Pengalaman yang ditimba melalui Minggu Alam Sekitar ini dapat membina rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengaplikasinya dalam mendidik anak murid ke arah mencintai alam sekitar.

2.0

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan yang berkaitan kepentingan kitar semula kepada setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menguji tahap kefahaman murid-murid terhadap konsep kitar semula. Projek ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Visinya adalah Menjadikan Kitar Semula sebagai amalan budaya masyarakat, m anakala misinya berbunyi Memelihara persekitaran sekolah yang lebih bersih.

3.0

OBJEKTIF

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula. Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula. Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik darjah. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar. Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula. Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid untuk

menjalankan aktiviti kitar semula.

4.0

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh yang dirancang ialah 20-24 September 2010 iaitu pada hari Isnin hingga hari Jumaat. Projek ini dilaksanakan selama 5 hari dalam waktu persekolahan. Masa pelaksanaan melibatkan waktu persekolahan sahaja iaitu sesi pagi. Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0

PENGESAHAN

Minggu Alam Sekitar ini akan disahkan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Jamaliah Binti Yahaya.

6.0

KUMPULAN SASARAN

Jumlah peserta ialah 31 orang iaitu terdiri daripada murid-murid tahun 5. Senarai nama peserta adalah seperti di Lampiran 2. Jumlah fasilitator ialah 2 orang.

27 FEBRU

7.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN : : : En. Hj Che Azmi Bin Harun (Pensyarah Pembimbing) Pn. Salihah Binti Ali (Penyelia Sesi Petang) Pn. Ayusnida Bt Tahrin

Penasihat Ketua fasilitator Fasilitator

Jawatankuasa pelaksana Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : Pn. Jamaliah Binti Yahaya Cik. Subhasini Priya a/p Palanisamy Pn. Puspa a/p Muniandy

8.0

PERBELANJAAN

Bil 1 2 3 4

Perkara Salinan soalan kuiz Cetak Brosur Cenderamata Hadiah Jumlah

Kuantiti 35 keping x 0.05 10 keping x 2.00 3 x 8.00 6 x 3.00

Jumlah (RM) 1.80 20.00 24.00 18.00 63.80

Jumlah perbelanjaan ditanggung sepenuhnya menganjurkan projek ini.

oleh guru-guru pelatih yang

9.0

PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam projek Minggu Alam Sekitar ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian oleh para murid demi untuk melahirkan modal insan yang prihatin terhadap alam sekitar. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh, ................................. (Subhasini Priya A/P Palanisamy) Setiausaha Minggu Alam Sekitar

Disahkan Oleh, .................................. (Pn.Jamaliah Binti Yahaya) Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Convent Butterworth, Pulau Pinang

You might also like