You are on page 1of 2

PRAKTIKUM FASA II SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERING,YAN,KEDAH

SITI AMALINA BT MAZNI (910205-09-5174)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELIMA (14 JULAI 2013- 18 JULAI 2013)

Masalah : Setelah lima minggu saya menjalani praktikum,saya menghadapi masalah namun masalah ini tidaklah terlalu memberi kesan terhadap pengajaran saya. Masalah tersebut ialah masih ramai murid yang tidak berani bercakap dan menonjolkan diri semasa saya bertanyakan soalan atau meminta mereka berada di hadapan kelas. Analisis : Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan oleh : 1. Murid mempunyai kayakinan diri yang rendah. 2. Murid takut dimarahi atau didenda sekiranya memberi jawapan yang salah. 3. Murid berasa malu terhadap rakan-rakan mereka yang lebih bijak. 4. Guru tidak bijak menaikkan semangat dan keyakinan mereka. Sekiranya masalah ini tidak saya atasi,murid yang bermasalah akan terus berasa rendah diri untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang guru lakukan. Cadangan: 1. Saya akan merangsang mereka untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada soalan yang lebih mencabar 2. Memuji setiap jawapan yang diberikan dan tidak merendah-rendahkan murid sekiranya mereka gagal memberi jawapan yang terbaik.

PRAKTIKUM FASA II SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERING,YAN,KEDAH

3. Saya akan berlaku adil terhadap murid bermasalah dan murid yang bijak dengan memberi pujian terhadap jawapan yang dilontarkan. 4. Saya akan terus berusaha memujuk murid untuk berani bercakap dan memberi tepukan apabila mereka selesai bercakap atau memberi sebarang pendapat. Tempoh Masa: Saya akan mula melaksanakan cadangan-cadangan yang difikirkan bermula kelas pada 25 Ogos 2013 sehingga tamat praktikum. Tindakan Susulan : Saya akan merekod prestasi murid yang telah menunjukkan perubahan positif dan juga sebaliknya. Penilaian Kejayaan : Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu projek ini dimulakan.

You might also like