You are on page 1of 41

Tujuan kerja kursus RBT 3106 Reka Bentuk Pakaian Projek penghasilan pakaian ini adalah untuk membolehkan

pelajar
1. Menjahit pakaian jenis blaus wanita 2. Mendraf pola asas badan lengan 3. Mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut stail pakaian

yang direka
4. Memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna dan tekstur 5. Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada pakaian 6. Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit 7. Menggunakan alatan dan bahan mendraf 8. Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri 9. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan

PENGENALAN Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka bentuk dan Teknologi. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat. Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenisjenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap dalam syarat-syarat yang ditetapkan. Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.

SENARAI UKURAN BADAN

BIL

BAHAGIAN BADAN

UKURAN (cm)

A)

GARIS LINTANG

Leher

43

Dada

71

Pinggang

77

Punggung

90

Bahu

46

Bidang belakang

40

Keliling hujung lengan

23

Keliling atas lengan (ketiak)

48

B)

GARIS MENEGAK

12

Garisan tengah belakang

46

13

Labuh baju

52

14

Labuh lengan

50

LAKARAN PAKAIAN

Pandangan Hadapan

LAKARAN PAKAIAN

Pandangan Belakang

CIRI STAIL PAKAIAN

i.

Menjahit kolar lurus sebagai kemasan garis leher

Definisi Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.

Kegunaan kolar
a) Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian b) Memberi gaya atau stail pada pakaian c) Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik d) Memberikan kepanasan kepada pakaian

Ciri-ciri kolar lurus


1. Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik 2. Permukaan kolar rata 3. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher 4. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang 5. Kedua-dua hujung kolar sama lebar 6. Camtuman kelim kolar tidak teratur

ii.

Lengan padanan rata dijahit pada bahagian lengan dan dipasang mansit pada hujung lengan

Definisi Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun

Fungsi lengan
a) Melindungi kecacatan lengan b) Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk c) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan

fabrik
d) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk

belangan dan sari

iii.

Kelepet belah sama lebar dijahit pada bahagian butang dan lubang butang.

Definisi Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Jenis jenis penyudah tepi


1. Kelepet

2. Penjuru 3. Lapik 4. Kun 5. Rendah 6. Ikatan pinggang 7. Kasing 8. Jahitan sulaman

iv.

Lisu bertentang dipasang pada bahagian hadapan dan belakang baju.

Difinisi Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang di antara satu sama lain. Lipatan lisu-lisu ini hendaklah bertemu di sebelah dalam pakaian

v.

Kancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang butang.

Definisi Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah pada pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat mengelakkan bentuk asal pakaian atau artikel. Ia juga digunakan sebagai perhiasan. Kancing-kancing yang dipasang pada pakaian atau artikel hendaklah dijahit dengan kukuh dan kemas. Pemilihannya bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik.

Tujuan menjahit kancing


1) Mengancingkan belah 2) Sebagai perhiasan 3) Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah

belah
4) Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis

kancing yang dipilih Jenis-jenis kancing


1) Butang katup 2) Butang cangkuk dan kancing 3) Butang cangkuk dan rumah 4) Butang cangkuk dan rumah cangkut bersirat

vi.

Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Definisi Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim
1) Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian 2) Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan

rupa yang elok


3) Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan

pakaian
4) Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas 5) Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut 6) Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata

dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

Fabrik Sutera Thai (Sumber Protein)

Ciri umum:
1. Fabrik sutera licin, lembut dan berkilau. 2. Memberi gantungan yang baik dan sederhana kenyal. 3. Sederhana kukuh dan kurang kukuh 20% bila basah. 4. Ia penyerap air yang baik dan\ pengalir haba yang baik oleh itu fabrik cepat

kering sejuk.

dan sejuk dipakai pada hari panas dan hangat dipakai pada hari

5. Fabrik sutera mudah rosak oleh asid dan peluh dan alkali boleh merosakkan

dan mereputkan.
6. Ia juga tidak tahan pada cahaya matahari dan sensitif pada suhu yang tinggi

Sangat lembut dikulit, glamours dan bahannya jatuh (flowing)


7. Menyerap peluh 8. Untuk ketahanan, baju harus di dry cleaning supaya kualiti warna dan

kekuatan bahan bertahan lama

Tips menjaga sutera :


1. Segera cuci sutera yang terkena peluh, sebab apabila dibiarkan, asam

dan garam dalam peluh akan membuat sutera menjadi kuning.


2. Hindarkan daripada menjemur sutera di bawah sinar matahari langsung.

Cukup di angin anginkan di tempat teduh untuk dikeringkan sehabis dicuci

3. Sutera hanya bisa dicuci dengan tangan. Jangan menggunakan mesin

cuci kerana akan merosak kehalusan seratnya.


4. Terbalikkan fabrik ketika menyeterika. Gunakan suhu rendah. Bila perlu

alas bahagian yang diseterika dengan kain lain.

PENGIRAAN KOS

BAHAN

KUANTITI

KOS SEUNIT (RM)

KOS (RM) 16.00 1.00 2.50 0.50 19.50

Fabrik Benang jahit (Hijau) Butang Kertas pola JUMLAH

4 meter 1 buku 5 biji 1 helai

4.00 1.00 0.50 0.50

1) Kos upah

Masa untuk menyiapkan sepasang baju blaus ialah 7 jam. Kos upah ialah RM 2.00 sejam Kos upah = 1 orang x 6 jam x RM 2.00 Jumlah = RM 12.00

2) Kos sampingan

RM

i. ii. iii.

Upah jahit kemas tepi Elektrik Upah jahit lubang butang

1.00 0.30 1.50

3) Kos projek

Kos projek = Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan = 19.50 + 12.00 + 1.80 = RM 30.30

Menyusun Atur Pola


1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan : a) Pola tidak berkedut b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas

sebelah dalam fabrik.


b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik. c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik.

Ukur dari tepi untuk ketepatan.


d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil. e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan. f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan

kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu bahagian kanan.

g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10

15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.


h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa

menyemat.
i.

Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

MENYUSUN POLA DI ATAS FABRIK Lipatan Fabrik

S.D

Pola Yang Lengkap

Pola bahagian belakang

Pola bahagian depan

Pola lengan pendek

Pola kolar kemeja

Pemilihan bahan:

Benang jahit

Butang

Fabrik

Alatan Jahitan

ALATAN Roda surih

KEGUNAAN Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan pemadan ke atas fabrik ataupun pola

Kapur

Membuat dan memindahkan garisan pemadan

Pensel

Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada permukaan fabrik

Membuat dan juga memindahkan tanda pola

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan motif sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya tidak mudah lari terutama sekali pada fabrik yang licin

Menyemat kepingan fabric sebelum menjahit

Digunakan untuk kerja mengacu pakaian

Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik

Mesin jahit

Menjahit lurus Menjahit sulaman Menjahit lubang butang dan semua kerja mencantum fabrik

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan

Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan menekan fabrik

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik

Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola

Mengukur fabrik

Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada Fabrik

a.

Menggunting fabrik Gambar

i.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan menggunakan kuak yang panjang.

ii. iii.

Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan kerja dengan gunting menyentuh permukaan.

iv.

Gunting tanda pemadan menghala ke luar.

v. vi.

Gunting kesemua pola dalam satu masa Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

b.

Memindah tanda pola pada fabrik Gambar

i. ii.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik. Antara pola yang perlu dipindahkan ialah :

Garis pemadan / basi kelim Lisu pemadan Garis kelepet Lubang butang

c.

Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan : Gambar

Kertas karbon dan roda surih Kapur tukang jahit Jelujur kasar Jarum peniti

vii.

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT Proses menjahit kemaja adalah seperti berikut :

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Gambar Blaus Pandangan Hadapan

Gambar Blaus Pandangan Belakang

REFLEKSI Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Reka Bentuk Pakaian RBT 3106 saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi

selepas

menyelesaikan

sangat

menarik

kerana

saya

tidak

menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai fabrik yang digunakan untuk membuat baju kemeja, lisu dan kolar yang digunakan semasa saya menjahit baju kemeja. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai rekod kos untuk melihat kos sepasang baju kemeja untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk menjahit baju kemeja dan membuat rekod laporan jahitan tetapi setelah di terangkan oleh Pn Fuziah Bte Ishak, saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menjahit kolar, lengan dan membuat pola baju kemeja. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara indivifu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Fuziah Bte Ishak telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat sepasang baju kemeja. Perkara ini tidak mudah kerana banyk langkah-langkah dan teknik yang saya perlu mahir untuk menyiapkan sepasang kemeja. Melalui pembuatan baju kemeja yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi berkaitan dengan pembinaan pakaian. Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis fabrik dan kesesuaian si pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul.

Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus tersebut ialah kolar lurus, lengan padanan rata berserta mansit, kelepet belah sama lebar, kelepet bawah baju. Selain itu kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju manakala lisu cekung pula telah dijahit pada bahagian hadapan dan belakang baju. Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini, namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang wujud ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan daripada rakan-rakan masalah ini berjaya diselesaikan. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Pn Fuziah Bte Ishak.

Isi kandungan Bil. Perkara Muka Surat 1 Biodata guru pelatih i

2 3 4

Pendahaluan Objektif Lakaran Pakaian

ii iii 1-6

5 6

Ciri Stail Pakaian Fabrik

7-12 12-13

Menyusun Atur Pola

15

Langkah-langkah Menggunting Fabrik dan Memindah Tanda Pola pada Fabrik

16-25

Langkah-Langkah Menjahit

26-32

10 11 12 13

Gambar Pakaian Kemeja Pengiraan kos Refleksi Lampiran

33-34 35 36-37 38

You might also like