You are on page 1of 24

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 2

PENGENALAN SENI ORIENTAL (SENI ISLAM, SENI CHINA DAN SENI INDIA)

1.1

Sinopsis Dalam topik ini akan membincangkan beberapa sambungan subtopik dalam tajuk 2

mengenai seni Oriental (Seni Islam, Seni Cina dan Seni India). Anda telah membincangkan beberapa subtopik sebelumnya dalam interaksi 1 yang lepas.Dalam interaksi kali ini anda akan dibincangkan mengenai binaan-binaan agung yang menjadi ikon penting atau sebagai bahan bukti dalam kesenian seni oriental (seni Islam, Seni Cina dan Seni India). 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. iii. Menghuraikan ciri-ciri kesenian seni oriental Membanding beza antara binaan-binaan dalam seni oriental Menghuraikan nilai-nilai estetik pada binaan-binaan agung seni oriental.

1.3

Binaan-Binaan Agung Seni Oriental. Kota Larangan China Taj Mahal Angkor Wat Candi Borobudor Masjid Nabawi

Aktiviti 1 Bandingkan ciri-ciri yang terdapat pada binaan-binaan agung dalam seni oriental

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 3

PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

1.1

Sinopsis Dalam topik ini akan dibincangkan mengenai beberapa subtopik mengenai sejarah kewujudan lukisan-lukisan gua di Malaysia, Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. Menghuraikan mengenai sejarah lukisan gua di Malaysia Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi.

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.3

Kerangka Tajuk-tajuk

1.4

Pengenalan Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuanpenemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam. Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisanlukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak. Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah. 1.1 Lukisan Gua Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu Malaya Dalam Sejarah Majalah Persatuan Sejarah Malaya pada bulan November 1959 berkata, Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut. Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini.

Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik. Selain itu, terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai Siput, Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan, geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk abstrak. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang.

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.

Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam

Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. Bentuk-bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia, unsur alam, haiwan, sampan dan abstrak. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu. 1.2 Artifak Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400. Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasankawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang. Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Loceng Gangsa dari Zaman Logam

Layari Internet Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara. (www.muzium negara.gov.my) 1.5 SENI PRIBUMI Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh, Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. 1.2.1 Kaum Jah-hut Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, bertam, buluh dan rotan. Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan mereka. 1.2.2 Kaum Mah meri Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, Mahmeri memberi maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut, sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey.

Moyang Harimau Berantai Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi . Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif. Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang, bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai.

Moyang Jantung

Moyang Sauh

Moyang Naga

Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi mengalihkan penyakit tersebut dari

10

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya mengeluarkan penyakit itu dari badan pesakit. Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan hiburan. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala, sentiasa menjadi sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan piuhan. Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun, menakut serta melucukan. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim, maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis.

Ukiran topeng Kaum Mah meri Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri. Oleh sebab ini, setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang

11

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

LAYARI INTERNET

Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan Mah meri 1.2.3 Pua Kumbu

Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan: Motif Engkeramba Penerangan Merupakan gambaran figura roh. Kepercayaan Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang Biasanya, motif ini hanya boleh ditenun Fauna Buaya oleh anak dan isteri ketua rumah panjang mempunyai kuasa untuk menjaga tempat

12

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Motif

Penerangan

Kepercayaan berhuma (tanaman padi). Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun dengan sewenang-wenangnya ditenun dengan gaya seperti manusia. menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi sering dikarang dalam bentuk abstrak Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. pembawa alamat baik kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan

Ular

Katak

Harimau dan tikus kasturi Burung

Rusa Serangga Flora rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buahbuahan, biji benih dan bungha-bungaan. bulan, awan larat, alat tenun

Alam & Alatan

Mengikut kepercayaan, jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang

13

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan, penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan. Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran, perkahwinan, pengkebumian, perubatan, menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam. Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban, malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban, seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain, dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. Walaubagaimanapun, pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak.

14

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pua Kumbu, motif: buah terabai/Lang Tuai

15

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pua Kumbu, motif: tangga begi 1.8 Rumusan Seni di Alam Melayu sangat unik. Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan alam secara rohaniah. Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu

16

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 4 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA


2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka. Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan Maklumat

negara-negara lain. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni. perkembangan Seni Visual seperti berikut: - Artifak - Catan Cina - Catan air - Seni bina - Seni Plastik - Seni Arca - Seni Bina - Seni Moden - Seniman - Karya-karya terkenal 2.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia 2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia. 3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka. 4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka. 5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia 17 yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Kandungan Isi 2.3.1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka

Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ?

18

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.4.1.1 Artifak Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan, senjata atau ornamen. A) Tembikar Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan, Bukit Tengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tambun, Perak dan Gua Niah, Serawak. Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. Di Johor, dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi Para pengkaji sejarah dengan motif geometri berbentuk tulang ikan.

menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam B) Keris Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara. Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari, Keris Pekaka, Keris Panjang dan Keris Madura. Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang yang

19

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

2.4.1.2 Catan Cina Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926. 2.4.1.3 Catan air Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria. Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karyakarya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi. 20 Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme. 2.4.1.4 Seni bina Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995). Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.

21

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Contoh senibina sebelum merdeka: (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641). (2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735). (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888). (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728). (5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817). (6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893). Rumusan : Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia. Latihan 1.1

Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum merdeka berkaitan : Stail dan bentuk tema bahan gaya aliran tahun

22

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

*********************** shikin*******************
perkembangan seni visual selepas merdeka

seni plastik seni arca seni bina

TAJUK 6

APRESIASI KARYA SENI BARAT

1.1

Sinopsis Topik ini akan membincangkan mengenai apresiasi karya-karya seni barat.Anda telah

pun mempelajari mengenai sejarah aliran-aliran dalam seni barat dalam topik 1 modul ini.Dalam topik ini anda akan dapat membuat apresiasi mengenai beberapa karya barat yang dikenalpasti menimbulkan stail yang berbeza mengikut aliran dalam sejarah seni barat.Antara karya tokohtokoh seni barat yang akan dibincangkan adalah Vincent Van Gogh Pablo Picasso Edward Munch Leonardo Da Vinci Salvado dali. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. iii. 1.3 mengapresiasi beberapa contoh karya seni barat menghubungkait aliran seni dan period membanding beza hasil karya seni mengikut aliran, tokoh dan stail

Kerangka Tajuk

23

PSV3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

1.4

Pengenalan Sebelum kita membuat apresiasi tentang karya-karya barat seharusnya anda

seharusnya tidak melupakan tentang sejarah seni barat itu sendiri.Tanpa mengaitkan antara sejarah seni sesuatu karya adalah tidak lengkap untuk kita memulakan apresiasi terhadap karya.Sebagaimana yang anda pelajari dalam topik 1 modul ini iaitu mengenai sejarah perkembangan seni barat tentunya anda masih ingat mengenai period dan aliran-aliran seni dalam karya barat.Dalam topik ini anda akan membincangkan pula beberapa karya oleh tokohtokoh seni barat yang dipilih.Lima tokoh seni barat dipilih bagi menunjukkan perbezaan yang jelas dalam memaparkan perbezaan aliran dalam berkarya. Lima tokoh seni barat tersebut ialah : 1. 2. 3. 4. Vincent Van Gogh Pablo Picasso Edward Munch Leornando Da Vinci

1. 2. 3. 4.

Vincent Van Gogh Pablo Picasso Edward Munch Leornando Da Vinci

24

You might also like