Polinesia

You might also like

You are on page 1of 1

Polinesia

Polinesia (daripada bahasa Greek: banyak, pulau) merupakan subwilayah Oceania, terdiri daripada gugusan kepulauan yang lebih dari 1,000 kepulauan yang tersebar di Lautan Pasifik tengah dan selatan.

Bahasa Melayu-Polinesia
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah satu subkumpulan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh lebih kurang 351 juta penutur yang tersebar luas di negara-negara pulau Asia Tenggara dan Lautan Pasifik, dengan bilangan yang lebih kecil di Asia benua. Bahasa Malagasy dalam subkumpulan ini dituturkan di Madagascar di Lautan Hindi, satu kawasan yang paling terpencil dari segi geografi. Satu ciri bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah kecenderungan untuk menggunakan ulangan (pengulangan sebahagian atau seluruh perkataan) untuk menyatakan kata jamak dan serupa dengan bahasa-bahasa Austrolesia yang lain, mempunyai fonologi yang mudah. Oleh itu, sebuah teks hanya terdiri daripada beberapa bunyi tetapi bunyi-bunyi itu kerap diulangi. Kebanyakan bahasa MelayuPolinesia juga tidak mempunyai banyak vokal pertuturan (biasanya lima), serta tidak mempunyai gugus konsonan (umpamanya [str] atau [mpt] dalam bahasa Inggeris). Sistem-sistem pengelasan tradisional membahagikan bahasa Melayu-Polinesia kepada dua cabang, iaitu cabang Barat dan cabang Timur-Tengah. Bahasa Melayu-Polinesia Barat telah dipecahkan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar.

You might also like