You are on page 1of 2

REKOD KREDIT DAN PELEKAT BINTANG Saya telah melaksanakan satu sistem token yang berkonsepkan peneguhan positif.

Saya memberikan satu kad rekod kredit kepada semua murid dalam kelas 5 Pintar. Mereka dikehendaki menulis nama masing-masing dan menyimpannya. Mereka dikehendaki sentiasa membawa kad tersebut semasa kelas saya. Bagi setiap tingkah laku yang positif, saya akan memberikan satu pelekat bintang. Murid akan melekatkannya di atas kad rekod kredit. Murid yang mempunyai pelekat bintang paling banyak akan diberikan Anugerah Bintang dan diberikan hadiah. Antara tingkahlaku yang diberikan ganjaran ialah menyiapkan kerja sekolah, menjawab soalan yang diajukan dengan betul, dapat menghafal sifir dan sebarang tingkah laku yang positif. Bagi menggalakkan murid menghafal sifir, saya memberikan dua pelekat bintang bagi setiap sifir yang berjaya dihafal.

KAD GILIRAN Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengajukan soalan kepada beberapa murid secara rawak. Sebelum saya memperkenalkan sistem token menggunakan rekod kredit dan pelekat bintang, tiada masalah yang timbul. Walaubagaimanapun, setelah sistem token ini diwujudkan, murid yang menginginkan bintang berebut-rebut untuk menjawab soalan dan menyebabkan suasana yang agak bising. Selain itu, murid yang sering dipanggil oleh saya akan dilabel sebagai anak emas dan saya dianggap sebagai tidak adil. Oleh itu saya telah memperkenalkan kad giliran. Kad ini terdiri daripada dua warna. Kad yang berwarna oren tertera nama murid yang mempunyai aras kognitif yang rendah manakala yang berwarna kuning mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Sekiranya saya ingin mengajukan soalan yang mudah kepada murid yang mempunyai aras kognitif rendah, saya akan memetik kad oren secara rawak. Nama murid yang tertera pada kad akan dipanggil untuk menjawab soalan atau menyelesaikan apa sahaja tugasan yang diberikan. Sekiranya mereka menjawab dengan betul, mereka akan diberikan pelekat bintang

You might also like