You are on page 1of 8

SOALAN LAZIM TENTANG PENILAIAN PELAKSANAAN PPSMI 2008-2010

1. MENGAPA PERLUNYA PENILAIAN PPSMI?

Tahun 2008 adalah tahun ke enam program PPSMI dijalankan. Kumpulan pertama murid Tahun Satu yang mengikuti program PPSMI pada tahun 2003 kini telah berada dalam Tahun Enam dan akan mengambil UPSR pada tahun ini. Dalam melaksanakan dasar PPSMI, KPM telah melakukan pelbagai program sokongan, antaranya ialah pengagihan peralatan ICT, latihan guru, pemberian insentif BISP, dan pelbagai program lain yang dijalankan terus di sekolah-sekolah dari semasa ke semasa. Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai

bentuk kajian, penilaian dan pemantauan dilaksanakan bagi membantu pentadbir dan guru meningkatkan tahap pelaksanaan PPSMI

seterusnya memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, maklumat tentang pelaksanaan

program sehingga kini menunjukkan bahawa dasar PPSMI belum dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas PPSMI yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 31 Disember 2007 telah memutuskan penyelidikan dan penilaian PPSMI hendaklah dijalankan secara menyeluruh di semua sekolah rendah dan menengah, bagi membolehkan KPM mengumpul maklumat tentang pelaksanaan PPSMI secara berterusan bermula pada April 2008 sehingga Oktober 2010. Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan untuk mencadangkan penambahbaikan, seterusnya menjana

kemajuan dan memantapkan dasar PPSMI, khususnya dalam melaksanakan peperiksaan awam bagi subjek Sains, Matematik dan Teknikal dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

2. APAKAH TUJUAN PENILAIAN?

Tujuan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat tentang aspek kepimpinan pentadbir, pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam konteks pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah. Maklumat dikutip dua kali setahun bagi membolehkan KPM memantau trend kemajuan pelaksanaan PPSMI sepanjang tiga tahun penilaian ini dijalankan.

3. BAGAIMANA PENILAIAN PPSMI DILAKSANAKAN?

Dua instrumen akan digunakan, iaitu Soal Selidik Pengetua/Guru Besar dan Soal Selidik Guru. Pengetua/Guru Besar dan guru mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dikehendaki melengkapkan soal selidik yang sama sebanyak DUA kali setahun, iaitu pada minggu ke tiga bulan April dan Oktober, pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

PERINGKAT SEKOLAH (i) Semua Pengetua/Guru Besar dan semua guru PPSMI

dikehendaki melengkapkan soal selidik berkenaan pada minggu KETIGA atau sebelum 25 April dan 25 Oktober pada tahun 2008, 2009 dan 2010. (ii) Guru data di setiap sekolah akan memindahkan data daripada soal selidik kepada bentuk soft copy menggunakan template Microsoft Excel dalam tempoh 25 -27 April dan 25-27 Oktober tahun 2008, 2009 dan 2010. (iii) Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab untuk

menganalisis data tersebut dan mengesahkannya sebelum diserahkan kepada pegawai PPSMI di PPG/PPD/PPDK. (iv) Semua data softcopy mesti diserahkan kepada PPG/PPD/PPDK masing-masing pada atau sebelum 3 Mei dan bermula pada tahun 2008, 2009 dan 2010. 3 November

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

(v)

Semua soal selidik pula hendaklah disimpan dengan baik sehingga tahun 2012 untuk rujukan sekolah dan pegawai KPM sekiranya perlu.

PERINGKAT PPD (i) Data softcopy dari setiap sekolah akan dianalisis oleh pegawai PPSMI di setiap PPG/PPD/PPDK. Setiap item akan diberikan skor tertentu dan semua skor akan dijumlahkan bagi

mendapatkan nilai skor keseluruhan. Dapatan skor setiap sekolah yang

Skor yang diperolehi disepadukan, akan

menggambarkan status pelaksanaan PPSMI di setiap sekolah.

menggambarkan status keseluruhan pelaksanaan PPSMI di daerah masing-masing. (ii) Berdasarkan keseluruhan, kepada pegawai nilai skor di setiap setiap item dan skor

PPSMI

PPG/PPD/PPDK

bertanggungjawab mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan di setiap sekolah dan mengadakan sesi

brainstorming dari semasa ke semasa bersama pentadbir sekolah bagi memastikan berlaku penambahbaikan. (iii) Tindakan menerusi perancangan yang teliti dan disokong dengan pemantauan serta bimbingan yang berterusan amat penting bagi memastikan berlakunya kemajuan di setiap sekolah. (iv) Data yang telah disepadukan dan dianalisis mesti diserahkan kepada JPN masing-masing pada minggu KEDUA atau sebelum 5 Mei dan 5 November bermula pada tahun 2008 sehingga 2010.

PERINGKAT JPN (i) Data softcopy dari setiap PPG/PPD/PPDK akan digabungkan oleh pegawai PPSMI di setiap JPN bagi mendapatkan gambaran keseluruhan pelaksanaan PPSMI di negeri masingmasing.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

(ii)

Pegawai PPSMI di setiap JPN bertanggungjawab mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan di setiap daerah dan mengadakan sesi brainstorming dari semasa ke semasa bersama pegawai PPG/PPD/PPDK dan pihak sekolah bagi memastikan berlakunya penambahbaikan.

(iii)

Tindakan menerusi perancangan yang teliti dan disokong dengan pemantauan serta kerjasama yang berterusan amat penting bagi memastikan kemajuan pelaksanaan PPSMI di setiap negeri.

(iv)

Data yang telah digabungkan dan dianalisis mesti diserahkan kepada KPM pada minggu KETIGA atau sebelum 26 Mei dan 26 November bermula pada tahun 2008 sehingga 2010.

PERINGKAT KPM (i) Data dari setiap JPN akan digabungkan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang pelaksanaan PPSMI di seluruh negara. Setiap sekolah akan diberi coding warna berdasarkan skor yang diperolehi. Skor diberikan berdasarkan kepada status pelaksanaan PPSMI di sekolah yang berkenaan. Misalnya, coding merah diberikan kepada sekolah yang memperolehi skor antara 0 dan 10 peratus, manakala coding biru diberikan kepada sekolah yang memperolehi skor antara 90 dan 100 peratus. (ii) Dapatan dalam bentuk taburan peratus coding warna yang dikumpulkan secara dwitahunan sehingga tahun 2010, akan menghasilkan satu corak (pattern) bagi menunjukkan status kemajuan pelaksanaan PPSMI di seluruh negara. (iii) Pemantauan akan dibuat secara rawak dari semasa ke semasa untuk pengesahan data. (iv) Satu laporan akan disediakan untuk dibentangkan kepada KPPM dan YB Menteri Pelajaran setiap kali kutipan data dilakukan.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

4. SIAPA AKAN MELAKSANAKANNYA? SEMUA peringkat KPM terlibat. (i) Sekolah Pengetua/Guru Besar, GPK yang memangku tugas

Pengetua/Guru Besar dan semua guru PPSMI menjawab soal selidik, Guru data yang memasukkan data ke dalam template yang disediakan, Pengetua dan Guru Besar mengesahkan serta menganalisis data. Pengetua/Guru Besar menyerahkan data dalam bentuk softcopy kepada PPD/PPG (ii) PPG/PPD/PPDK Pegawai PPSMI memberikan skor kepada setiap sekolah Gabungkan data dari setiap sekolah dalam daerah masingmasing Analisis data peringkat sekolah dan daerah Menyerahkan data dalam bentuk softcopy kepada JPN Menyediakan pelan tindakan penambahbaikan PPSMI dalam daerah masing-masing Memantau pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah dalam daerah masing-masing

(iii)

JPN Pegawai PPSMI gabungkan data dari setiap daerah Membuat analisis data di peringkat negeri Menyerahkan data dalam bentuk softcopy kepada KPM Menyediakan pelan tindakan penambahbaikan PPSMI bagi negeri masing-masing Memantau pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah dalam negeri masing-masing menyediakan laporan status kemajuan pelaksanaan PPSMI dua kali setahun dan menyampaikannya kepada Urusetia Jawatankuasa Penilaian dan Penyelidikan PPSMI.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

5. SIAPAKAH RESPONDEN UNTUK PENILAIAN INI? (i) Pengetua / Guru Besar diwajibkan menjawab soal selidik ini. GPK yang memangku jawatan Pengetua / Guru Besar boleh menjadi responden bagi menggantikan Pengetua / Guru Besar (ii) Semua guru PPSMI iaitu guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal

6. DAPATAN PENILAIAN UNTUK APA? Maklumat daripada penilaian dijangka dapat : a. Membantu pentadbir sekolah memantau pelaksanaan PPSMI di sekolah dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. b. Membantu PPG/PPD/PPDK dan JPN memantau tahap

pelaksanaan, mengenal pasti kelemahan, memantapkan kekuatan menerusi program-program yang dikenal pasti berkesan di peringkat daerah dan negeri masing-masing. c. Membantu KPM memantau kemajuan pelaksanaan PPSMI secara keseluruhan, mengenal pasti masalah di peringkat pelaksanaan dan seterusnya mengenal pasti isu-isu kritikal yang perlu ditangani serta membuat cadangan penambahbaikan di sekolah-sekolah yang memerlukan. d. Dapatan penilaian akan memberi input kepada KPM tentang status kemajuan pelaksanaan PPSMI di setiap sekolah, daerah dan negeri.

7. KENAPA PERLU DIMASUKKAN NAMA RESPONDEN KE DALAM BORANG SOAL SELIDIK? Bagi soal selidik ini, rasional dimasukkan nama responden adalah sebagai rujukan pentadbir sekolah sahaja dalam proses memantau perkembangan pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Maklumat tersebut adalah untuk rujukan pihak sekolah sahaja dan tidak akan didedahkan di peringkat PPG/PPD/PPDK. Ia juga bertujuan untuk memastikan semua guru PPSMI di sekolah tersebut telah menjawab soal selidik ini.
Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

8. SEKIRANYA GURU TERSEBUT BERPINDAH, ADAKAH BORANG SOAL SELIDIK TERSEBUT PERLU DIBAWA KE SEKOLAH YANG BARU?

TIDAK PERLU. Guru tersebut perlu mengisi borang soal selidik lain di sekolah baru.

9. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MAKLUMAT SEKOLAH?

Semua pentadbir mesti jelas bahawa data/maklumat PPSMI di peringkat sekolah adalah penting bagi mendapatkan status kemajuan PPSMI di sekolah. Mereka harus faham bahawa kejayaan dan kegagalan dasar PPSMI bergantung kepada komitmen mereka meningkatkan kesediaan guru dan murid melaksanakan P&P dalam bahasa Inggeris. Usaha setiap sekolah dapat digambarkan menerusi kemajuan yang ditunjukkan sehingga tahun 2010.

Dalam menentukan kemajuan PPSMI, semua aspek akan diambil kira berdasarkan kepada skor yang diperolehi. Sekolah yang mendapat skor rendah akan diberi bimbingan yang relevan berdasarkan keperluan. Sekolah yang mendapat skor tinggi akan dijadikan benchmark dan menjadi panduan kepada sekolah lain.

10. PENGESAHAN DATA?

Maklumat yang dijangka mencurigakan akan di semak oleh pegawai PPDK/PPD/PPG/JPN atau Pasukan Petugas KPM.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

11. APAKAH TINDAKAN SUSULAN SELEPAS DATA DIPEROLEHI?

Pentadbir sekolah diwajibkan membincangkan dapatan di peringkat sekolah dan membuat tindakan penambahbaikan. Begitu juga

pegawai PPDK/PPD/PPG dan JPN perlu memantau sekolah-sekolah yang bermasalah dan pastikan sekolah-sekolah berkenaan membuat perancangan penambahbaikan.

12. ADAKAH SOAL SELIDIK INI PERLU DIFAILKAN? Ya. Soal selidik ini perlu difailkan dengan kemas di peringkat sekolah untuk tujuan pemantauan dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru. Maklumat yang terkandung di dalam soal selidik itu boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar untuk merancang aktiviti penambahbaikan PPSMI. Maklumat tersebut juga perlu disimpan

dengan baik bagi membolehkan pihak PPD/PPG, JPN dan KPM membuat semakan sekiranya perlu.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010

You might also like