You are on page 1of 12

Caranya sangat mudah.. U all just tumbuk bawang putih & halia..

lepas tu digaul dengan ayam + lada sulah + garam... Ohya, sukatan tu agak2 u all lah yer.. Saya suka letak halia lebih.. Rasa macam ayam goreng berempah gitu..kikikiii.. Lepas tu peraplah ayam tu.. Bila nak goreng... ambik ayam tadi, campur sikit dengan tepung gandum.. lepas tu minyak panas.. gorenglah...Sangat sedap di makan panas2.. nasi pulak panas2 or suam2 gitu.. nyum nyum.. (",)

Saya masak ikan masak stim ni simple je.. main campak je semua..hihii.. Bersihkan ikan, lepas tu ikan tu saya lumur dengan garam + sos tiram... letak dalam bekas... saya letak dalam loyang je..hahahaa... lepas tu, letak bawang besar + bawang putih + halia + cili padi + serai + tomato (semuanya yang dah dipotong)... masukkan jus limau nipis lepas tu kukuslah hingga masak...nyum nyum,.. sedap di makan panas2.. (",)
Puding Jagung Bahan-bahan : 13g agar-agar tali 1 cawan Susu cair 3/4 cawan gula pasir (ikut manis yang di kehendaki) 2-3 keping roti gardenia 4 sudu besar sirap jagung 600ml air Cara-cara : - Masak agar-agar dengan air sehingga larut. - Blender roti gardenia, gula dan susu cair serta sirap jagung. - Masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam agar-agar tadi. - Masak sehingga mendidih sambil di kacau. - Setelah mendidih tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan...sedia untuk di hidangkan.

Resepi masakan Puding telur yang sedap dan mudah. Bahan-bahan: 1 tin susu pekat manis 1 tin telur 1 tin air Cara-caranya: 1. Tuangkan 1 tin susu pekat manis ke dalam bekas adunan. 2. Masukkan telur ke dalam tin susu pekat manis tadi sehingga penuh dan tuangkan ke dalam bekas adunan.

3. Masukkan 1 tin air ke dalam bekas adunan tadi.**Anda boleh tambah sedikit jika perlu. 4. Pukul adunan sehingga sebati.Pastikan telur kembang. 5. Tuangkan ke dalam acuan. 6. Kukus adunan selama 20 minit.Kemudian bolehlah hidangkan. Bahan-bahan: 1 tahil agar-agar kering(satu bungkus) 8 cawan air 1 tin susu cair 2 cawan gula 8 sudu besar tepung jagung 4 sudu besar tepung kastard Setengah cawan serbuk koko/satu atau dua sudu chocolate emulco 2 sudu besar planta essen vanila 2 biji telur ayam Sedikit garam Cara penyediaan: Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 8 cawan air dalam periuk di atas api sampai hancur. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut. Di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard, dan masukkan garam. Kacau hingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang di masak di atas api tadi dan kacau di atas api yang sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu adunan diletak serbuk koko dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli(kuning). Kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning selang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap. Tips: Kalau nak sedap, use branded cocoa powder like Van Houten(contoh). Lepas masukkan cocoa powder, kacau cecepat dan lelaju supaya adunan tidal berketul, kene cepat sebab adunan ni agak cepat mengeras. Tapi menurut Puan Azmiezas, kalau tak nak berketul, serbuk koko boleh digantikan dengan satu atau dua sudu chocolate emulco. Sila lihat blog beliau, pudingnya langsung tak berketul, cantik sangat. :-)

Resepi Kambing Panggang Marinate 4 keping daging lamb Bahan rempah perap 5 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam 1 sudu makan daun rosemary kering 1/2 sudu makan jintan kasar 2 sudu besar sos tiram 1 sudu makan kicap manis 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 2 sudu besar jus limau 2 3 sudu besar minyak zaitun Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. 2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram. 3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb. 4. Perap semalaman dalam peti sejuk. 5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick atau pembakar elektrik ** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar..Untuk sos lada hitam boleh check resepi kat sini. untuk mashed potato boleh checkkat sini..Untuk

Resepi Roti Telur 6 Keping roti sandwich 2 biji telur 1 biji bawang merah sedikit lada sulah sedikit garam 2 camca besar susu cair atau susu segar sedikit minyak atau mentega Cara Penyediaan 1. Roti sandwich tadi di potong 2 . ketepikan. 2. Pukul telur bersama bawang merah, garam dan lada sulah hingga sebati. 3. Masukkan susu cair ke dalam telur. Pukul rata. 4. Panaskan minyak atau butter kedalam kuali nonstick. Celup roti ke dalam telur kemudian goreng hingga keemasan. 5. Balikkan dan angkat. 4 COMMENTS from Breakfast

Resepi Tauhu Sumbat 6-8 biji tauhu segar 1 batang timun ( potong memanjang) 1 batang karot ( potong nipis memanjang ) saya tak letak, tak ada 100 g taugeh ( anggaran je) di celur sebentar Minyak untuk menggoreng Cara penyediaan 1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar. 2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi. 3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.

Resepi Sos Cili berkacang 2 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah 1 ulas bawang putih ( tumbuk halus) 1 sudu kecil garam 1 cawan air

2 sudu besar kacang tumbuk 2-3 sudu makan cuka Cara Penyediaan 1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dam masak hingga pekat sedikit, 2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang. 3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk. 3 COMMENTS from Kuih muih, Salad and Vege

Resepi Ayam Panggang Rosemary 1 ekor ayam 5-6 ulas bawang putih 1 sudu besar daun rosemary kering 1 inci halia 1 sudu besar lada hitam 1 sudu makan jintan kasar 2-3 sudu besar gula perang 2 sudu kecil garam sedikit perasa 2 sudu besar jus limau 3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun) 5 biji kentang 2 biji tomato 6 biji baby carot sedikit mentega Cara penyediaan 1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata. 2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu. 3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar. 4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah. 5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda. 6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam. 7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang. 8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

7 COMMENTS from Ayam Pais Ikan Kembung Dengan Seafood JUNE 17, 2010

tags: ikan, Pais Ikan, Pais Seafood, Seafood, sotong, udang esepi Pais Ikan Kembung Dan Seafood 3 ekor ikan kembung ( apa-apa ikan pun boleh ) 10 ekor udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit ) 3 ekor sotong ( di bersihkan dan dipotong2) 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/4 inci kunyit 8-10 biji cili padi 1 sudu makan asam jawa ( buang bijinya) 1 sudu makan penuh gula 1 sudu kecil garam sedikit serbuk perasa Daun pisang secukupnya Cara penyediaannya 1. Tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, gula dan garam hingga lumat. 2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan perasa. 3. Kemudian satukan semua bahan tadi dengan seafood dalam 1 mangkuk. 4. Bungkus seafood dalam daun pisang yang telah dilayur atas api. Klip tepinya dengan lidi atau stepler. 5. Kemudian letakkan dalam tray pembakar atau caserol tahan panas. Bakar dalam oven selama 1/2 jam, 180 darjah celsius. 6. Kalau tak ada oven boleh bakar atas kuali non stick dengan dapur gas.

Resepi Grilled Chicken Chop 1 ekor ayam ( di belah 4 dan debonekan ayam dapat 4 keping ) 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar kicap manis 1 sudu makan kicap masin 1 sudu makan jus limau 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam) 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock) Cara Penyediaan 1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman. 2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah! Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam 1 labu bawang besar ( potong dadu) 1 sudu besar mentega 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung) 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil ) 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )

1 sudu makan sos tomato atau sos chili 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus) 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu. Sedikit garam Cara membuatnya 1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu. 2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. 3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan. * jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang. ** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!! Selamat mencuba!!!

2 COMMENTS from Ayam, Western Food

Resepi Kek Cawan Pisang 250 g mentega 3/4 cawan gula castor 2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan pisang lecek 5 biji telur saiz besar 1/2 soda bikar bonat 1 camca teh vanilla secubit garam 1/2 cawan kismis ( optional ) Cara penyediaan 1. Panaskan ketuhar 180 darjah celsius. 2. Ayak tepung, soda bikabonat dan garam. 3. Pukul mentega bersama gula castor hingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji. 4. Putar hingga halus kemudian esen vanila dan pisang lecek. 5. Dengan menggunakan senduk kayu, masukkan kismis dan tepung sedikit sedikit dan kaup serta balikkan sehingga adunan sebati. 6. Masukkan kedalam cawan kertas bakar kedalam ketuhar selama 25 minit.

2 COMMENTS from Kek

Resepi Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas 3 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan) sedikit serbuk kunyit secubit garam 3 helai daun lengkuas ( atau daun pandan pun boleh )

Cara penyediaan 1. Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam. 2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas. 3. Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick. 4. Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan air asam jawa.

Resepi Air asam Jawa (sos cicah ) 1 biji bawang besar( potong dadu ) 1 biji buah tomato ( potong dadu ) 1 cawan air masak 5-10biji cili padi ( hiris nipis) 1 genggam asam jawa 1 sudu besar penuh gula 1 sudu kecil garam 1/2 inci belacan bakar ( jika suka) Cara penyediaan 1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya. 2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa. 3. Kacau hingga rata sehingga gula dan garam larut. 4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam. 6 COMMENTS Resepi Sayur Kobis masak air 1/4 biji kobis bulat. 1 biji karot ( saiz kecil) potong memanjang 1 sudu ikan bilis yang tlh di buang perut dan di belah dua. 1 biji bawang besar ( dipotong) 1 lt air sedikit garam sedikit perasa ( jika suka) Cara penyediaan 1. Satukan air, bawang besar, dan ikan bilis dan masak hingga mendidih. 2. Masukkan sayur-sayuran dan sesuaikan rasanya. bolehlah diangkat dan dihidangkan. LEAVE A COMMENT from Salad and Vege

Resepi Bahulu Rose Bahan-bahan ( Saiz 20cm ) 4 biji telur 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka) 1 sdt esen rose 1 3/4 cawan tepung gandum Sedikit pewarna merah Cara Penyediaan 1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. 2. Masukkan esen rose. 3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.

4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata. 5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan) 6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. ( sy punye dalam 45 minit dah masak)

LEAVE A COMMENT from ikan

Resepi Sirap Bandung Soda Berlaici Bahan-bahan 1 sudu makan Sirap Ros 1 tin Susu cair 150g gula pasir 1 liter Air Soda 1 tin buah laici dalam tin 2 liter air masak. Cara penyediaan. 1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan sirap ros dan gula. 2. Masak hingga larut dan angkat. 3. Bancuh sirap tadi dengan susu dan soda. 4. Hidangkan dengan laici dan Ais. 4 COMMENTS from Drinks Resepi Kari Ayam Hijau 1 ekor ayam sederhana Bahan A 1 1/2 inci lengkuas 1 inci halia ( resepi asal tak letak tapi saya letak sebab saya fobia bau hanyir ayam) 10 biji cili padi ( boleh tambah atau lebih- ikut citarasa ) 6 -12 biji cili hijau 1 biji bawang besar ( saiz besar) 4-5 ulas bawang putih 10 g daun ketumbar ( kisar batang dan akar sekali ) 2 batang serai 5 gm belacan ( saya letak sikit je dalam 1/4 inci ) 1 sudu teh lada putih 2 sudu teh biji ketumbar 1 sudu teh jintan manis Bahan B 20 gm Daun salasih ( nama lain- Thai basil) dalam 10 helai je dah cukup!! 3 helai daun limau purut 4 batang kacang panjang ( potong 1 1/2 inci) 50 g terung pipit 500 g santan kelapa 2 sudu teh sos ikan ( jika suka) 1 sudu teh gula sedikit garam 1/2 kiub ayam

Cara Penyediaan 1. Kisar atau tumbuk lada putih, biji ketumbar dan jintan. 2. Kemudian campurkan dengan bahan A dan sedikit air. Kisar hingga hancur. 3. Satukan ayam dan bahan A yang telah di kisar serta sedikit air dalam periuk. Masak hingga ayam 3/4 masak. 4. Kemudian masukkan Bahan B kecuali daun dan sayur-sayuran kedalam ayam tadi. 5. Kacau hingga ayam empuk dan kuah agak pekat. 6. Sesuaikan rasa garamnya, kemudian masukkan sayur-sayuran. 7. Angkat dan hidangkan. 1 COMMENT from Ayam Resepi Nasi Minyak Pandan 3 cawan beras basmathi 6 helai daun pandan 4 cawan air 1/2 cawan susu cair 1 sudu minyak sapi 1/2 inci halia ( dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) 3 4 biji bawang merah (dihiris) 1 btg kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Bawang goreng daun ketumbar 1/2 kiub ayam 1 sudu makan garam sedikit pewarna hijau Cara Penyediaan 1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan dalam rice cooker. Masukkan secawan air kedalam beras tadi dan rendam seketika. 2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan. 3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan hiris, kiub ayam, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. 4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air kedalam tumisan. 5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi. 6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi. 7. Tekan ON pada rice cooker, dan masaklah nasi seperti biasa. 8. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau keatas nasi. Kemudian tutup periuk nasi hingga masak. 9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. 4 COMMENTS from Hidangan Nasi Daging Goreng Berempah MAY 27, 2010 tags: Daging berempah, Daging Goreng, Daging Lembu

Resepi Daging Goreng Berempah 250 g daging Lembu (di potong2) 1 labu bawang besar ( saiz kecil )

1/2 inci halia ( dihiris) 1 biji cili merah ( dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) 1 sudu makan penuh serbuk kari 1 biji tomato ( potong 6) daun bawang ( dipotong) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil kicap manis sedikit garam dan serbuk kunyit Sedikit minyak Cara membuatnya 1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk di keringkan airnya. 2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk. 3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika. 4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit. 5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan

Resepi Grilled Steak 4 keping daging Steak 4 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili atau sos tomato 1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus) 2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka ) * Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar. ** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak. Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam 1 labu bawang besar ( potong dadu) 1 sudu besar mentega 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung) 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil ) 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos ) 1 sudu makan sos tomato atau sos chili 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus) 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu. Sedikit garam

Cara membuatnya 1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu. 2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. 3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan. * jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang. ** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu

Bahan A 10 gram serbuk agar-agar (1 paket) 1 liter air (5 cawan) 2 cawan gula halus Bahan B 1 tin susu cair 1 cawan tepung kastard Bahan C 1 sudu teh nescafe (boleh cuba perasa lain yang disukai) 1 sudu makan air suam Bahan D Pewarna merah dan hijau Cara membuat puding warna-warni; 1) Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula halus sehingga hancur. 2) Bancuhkan bahan-bahan B. 3) Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga sedikit pekat. 4) Asingkan adunan kepada empat mangkuk berlainan. 5) Masukkan bancuhan bahan C (nescafe) ke dalam satu mangkuk.

6) masukkan pewarna hijau ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata. 7) Kemudian masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau sehingga rata. 8 ) Biarkan satu bahagian pada warna asal (kuning kastard) 9) Lapiskan perlahan-lahan adunan Nescafe ke dalam acuan berselang-seli dengan adunan warna merah, hijau dan juga adunan kastard. 10) Biarkan adunan keras sebentar. 11) Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dipotong. 12) Ok sudah siap untuk dimakan.
PUDING BANDUNG SELASIH resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 6gm agar-agar serbuk 400ml air 50gm gula pasir ~ lebihkan jika suka lebih manis 150ml susu cair 100ml susu fresh 1 1/2 sudu kecil sirap perisa ros 1 sudu besar biji selasih ~ direndam hingga kembang dan toskan Cara: Panaskan air dan agar-agar serbuk hingga mendidih dan masukkan gula. Bila gula dah larut masukkan susu cair dan susu fresh. Biarkan hingga hampir mendidih dan masukkan sirap perisa ros dan biji selasih. Tuangkan ke dalam loyang/acuian dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Bila dah sejuk bolehlah dipotong2 dan dihidangkan.

* utk menghasilkan biji selasih berada di permukaan puding dlm acuan kecil yg nak dihidangkan secara ditelangkupkan: - masukkan sedikit adunan puding ke dalam bekas berisi biji selasih yg dah kembang dan ditoskan tadi. - kacau hingga sebati dan masukkan 1-2 sudu kedalam acuan kecil2 dan biarkan membeku. - tuangkan adunan puding dengan perlahan2 memenuhi acuan - biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

You might also like