You are on page 1of 14

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 1

DISEDIAKAN OLEH NAMA NOR RUBIAAH BINTI GHAZALI NO. MATRIK D20112053957

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A07

NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR MADYA DR. AMIR HASAN BIN DAWI. TARIKH SERAH : 2 MEI 2013.

LAPORAN ANALISIS 1 (Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual) Nama : Nor Rubiaah Binti Ghazali. Kump E-Learning : EL-A07 GAMBAR 1 1. Gambar dan huraian masyarakat/persekitaran. a. Gambar keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam No. ID : D20112053957 Nama Tutor : Profesor Madya Dr. Amir Hasan Bin Dawi.

(1 markah) b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Gambar di atas menunjukkan sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu yang ditunjukkan oleh murid-murid semasa perkhemahan TKRS peringkat sekolah. Perkhemahan tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam. Murid-murid tersebut telah bertungkus lumus membersihkan semula tapak perkhemahan tersebut dengan menyimpan kembali khemah-khemah yang telah didirikan dalam keadaan baik dan kemas. (1 markah) 2

2.

Disiplin/Mata Pelajaran a. b. c. Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tahun: Tahun 4 Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran).

i. ii. iii.

Unit 3 : HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT. Topik : Saya Warga Sekolah Bertanggungjawab. Subtopik : Berperanan Sebagai Warga Sekolah Yang

Bertanggungjawab.

d.

(1 markah) Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik.

Objektif individu.

pengetahuan adalah berkaitan dengan kepentingan sikap

bertanggungjawab di kalangan murid di sekolah serta faedahnya kepada

Objektif kemahiran pula adalah berkenaan dengan peranan dan juga sikapsikap yang boleh dilakukan oleh murid-murid di sekolah bagi melahirkan warga sekolah yang bertanggungjawab.

Nilai adalah seperti menjaga kebersihan sekolah serta harta benda sekolah. Tingkah laku baik yang ditunjukkan oleh warga sekolah akan memberikan nama baik kepada sekolah. (1 markah)

e.

Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

pengajaran dan

menambah baik keadaan/

Semasa Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan, guru menunjukkan beberapa keping gambar kepada murid-murid. Berdasarkan kepada gambar tersebut murid-murid akan membezakan yang manakah gambar yang melambangkan murid yang bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab.

Bagi aktiviti lain pula, guru boleh menyediakan beberapa situasi dan meminta murid untuk melakukan simulasi / main peranan berdasarkan aktiviti tersebut. Manakala murid yang lain akan meneka aktiviti apa yang dilakukan oleh murid yang melakonkan situasi tersebut. (1 markah)

GAMBAR 2 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario masyarakat/persekitaran. a. Gambar yang terdapat dalam

(1 markah) b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, anak lelaki dan juga anak perempuan sedang makan bersama-sama ketika berkelah di kawasan pantai. Mereka menjamu selera dengan bekalan makanan yang di bawa dari rumah. Semua ahli kemuarga tersebut kelihatan sangat gembira kerana dapat berkumpul beramai-ramai dan makan bersama-sama.

(1 markah)

2. Disiplin/Mata Pelajaran

a. b. c.

Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tahun: Tahun 3 Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran).

i. Unit 10 : HIDUP POSITIF. ii. Topik : Keluarga Harmoni. iii. Subtopik : Menyatakan Cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan..

(2 markah) d. Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Objektif pengetahuan adalah berkaitan dengan kepentingan dalam

mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ibu, bapa dan juga anak-anak dalam melahirkan keluarga yang sejahtera.

Objektif kemahiran pula adalah berkenaan dengan cara-cara dan juga perkara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti beribadat bersama-sama dan juga beriadah bersama-sama.

Nilai yang diperolehi ialah wujud sikap bertolak ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga.

(1 markah)

e.

Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

pengajaran dan

menambah baik keadaan/

Semasa Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan, guru meminta murid untuk bercerita tentang cara mereka menunjukkan kasih sayang kepada anggota keluarga mereka. Kemudian setiap murid akan menerima sehelai lembaran kerja, dimana mereka dikehendaki mewarna gambar yang betul dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, bagi menarik minat murid, guru akan menyuruh murid untuk menghasilkan sekeping kad mengikut kreativiti masing-masing untuk menunjukkan penghargaan kepada anggota keluarga mereka.

(1 markah)

GAMBAR 3 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

(1 markah) b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Gambar di atas di ambil ketika murid-murid baru sampai ke sekolah di waktu pagi. Kelihatan murid-murid bersalaman terlebih dahulu dengan guru yang bertugas sebelum melangkah masuk ke kawasan sekolah. Seiring dengan program Guru Penyayang yang telah dilancarkan bermula tahun 2012, hubungan antara guru dan murid akan menjadi lebih erat. guru-guru juga sentiasa menyambut dan mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Secara tidak langsung

(1 markah)

2. Disiplin/Mata Pelajaran

a. Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Pendidikan Islam. b. Tahun: Tahun 1 c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran).

i. Unit 25 : GURU PELITA HIDUPKU. ii. Topik : Menyatakan Adab Terhadap Guru. iii. Subtopik : Menyebut Adab Terhadap Guru. (1 markah) d. Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik.

Objektif pengetahuan adalah berkaitan dengan tanggungjawab murid-murid sebagai penuntut ilmu dalam menjaga adab terhadap gurunya.

Objektif kemahiran pula adalah berkenaan dengan amalan-amalan baik yang perlu diamalkan oleh murid terhadap guru bagi mendapatkan ilmu yang bermakna bagi menuju ke arah kejayaan.

Nilai seperti murid menghormati guru dengan adab yang mulia dan juga sentiasa berterima kasih kepada guru yang telah mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepadanya.

(1 markah)

e.

Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

pengajaran dan

menambah baik keadaan/

Semasa menjalankan proses PdP, guru mempamerkan sekeping gambar yang menunjukkan beberapa situasi yang berlaku di persekitaran sekolah. Berdasarkan gambar tersebut, murid menyatakan adab-adab yang baik yang boleh diamalkan oleh mereka.

Bagi aktiviti lain pula, guru menyediakan aktiviti secara berpasangan, di mana setiap pasangan tersebut akan menerima sebuah sajak. Kemudian, berdasarkan sajak tersebut, pasangan murid tersebut diminta menyenaraikan kelebihan beradab dengan guru. Wakil setiap pasangan aakan membentangkan hasil kerja mereka.

(1 markah)

GAMBAR 4 10

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

(1 markah) b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Gambar di atas dirakamkan ketika berlangsungnya Hari Sukan Sekolah. Berdasarkan gambar tersebut, terdapat dua orang guru sedang mengukur jarak lompatan bagi peserta lompat jauh. Antara alat pengukur yang digunakan ialah pita pengukur. Aktiviti mengukur yang dilakukan dalam gambar tersebut perlulah tepat bagi menentukan pemenang bagi acara tersebut.

(1 markah)

2. Disiplin/Mata Pelajaran 11

a. b. c.

Nama Disiplin/Mata Pelajaran: Matematik Tahun: Tahun 2 Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas (Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran).

i. ii. iii.

Unit 10 : PANJANG. Topik : Mengukur Dalam Unit Sentimeter Dan Meter.

Subtopik : Mengukur dan Merekod Ukuran Panjang Objek dalam Unit Sentimeter dan Meter. (1markah)

d.

Huraian bagaimana keadaan/situasi/ fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik.

Objektif pengetahuan adalah mengenal unit piawai (meter dan sentimeter) dan bukan piawai (jengkal, depa dan kaki) dalam ukuran.Selain itu, pendedahan tentang alat alat yang boleh digunakan dalam aktiviti mengukur seperti pembaris dan pita ukur juga diberi.

Objektif kemahiran pula adalah berkenaan dengan aktiviti mengukur objek sekeliling dengan teknik yang betul dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris. Selain itu, murid secara tidak langsung akan memahami bahawa 1m adalah bersamaan dengan 100 cm berdasarkan aktiviti yang telah dilakukan.

Nilai seperti jujur adalah penting dalam pengukuran. Pengukuran yang betul akan memdorong kepada situasi yang lebih adil. (1 markah)

12

e.

Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.

pengajaran dan

menambah baik keadaan/

Semasa menjalankan proses PdP, guru mempamerkan beberapa keping gambar yang menunjukkan contoh alat-alat yang boleh digunakan intuk mengukur. Selepas itu, guru menunjukkan demonstrasi cara mengukur menggunakan pembaris dengan betul. Murid seterusnya membuat latih tubi melukis garisan lurus dengan menggunakan pembaris berdasarkan ukuran panjang yang diberi.

Bagi aktiviti lain pula, guru meminta murid mengukur objek-objek yang ada di dalam kelas secara berpasangan. Objek tersebut adalah seperti meja, papan putih, rak buku, papan kenyataan kelas, buku teks, pensil, almari dan sebagainya. Murid akan merekod dan membentangkan hasil ukuran mereka.

(1 markah)

13

Rujukan : 1. Ikhsan Othman, Norila Md Saleh, Abdul Talib Mohamed Hashim, Mohmad Noor Mohmad Taib, Abu Bakar Yusuf & Zaini Abdullah (2011). Modul KRP3013 Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah. Tanjung Malim : UPSI. 2. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR : Kurikulun Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dokumen Standard Prestasi : Matematik Tahun 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

You might also like