You are on page 1of 19

Masyarakat Barat lebih mementingkan material berbanding spiritual Hal ini dapat dilihat menerusi nilai-nilai Barat melalui

media massa yang mereka terajui dan telah memberi kesan nagatif kapada dunia Pendedahan nilai-nilai Barat melalui majalah,filem,muzik mudah diperoleh dan dijadikan sebagai alat dalam mengglobalkan nilai-nilai kehidupan mereka

Masyarakat Barat mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan ini sering dipertontonkan melalui kebanykan filem dan program realiti televisyen mereka Kebanyakan program televisyen adalah terbitan syarikat-syarikat perfileman Barat.Ini bermakna kita terdedah pada cara hidup Barat melalui filem,drama,dokumentari,dan program popular lain Masyarakat Islam telah terpengaruh oleh gaya hidup Barat yang bersifat terlalu terbuka dan tiada batasan.Budaya hedonistik menjadi ikutan dan pujaan generasi baru

Budaya makan

KESAN GLOBALISASI

Amerika Syarikat berjaya mengglobalkan pelbagai jenama mereka seperti Pizza Hut,KFC,McD.Hamburger dan Frankfurter McDonald mempunyai tidak kurang daripada 10 500 restoran di 50 buah negara manakala KFC pula lebih daripada 7750 restoran di 58 buah negara Minuman berkarbonat milik Yahudi dan Barat seperti Seven Up,Pepsi,Coca-Cola menjadi pilihan masyarakat dunia Pelbagai jenama makanan ringan tidak berkhasiat berjenama Pringles,Mr Potatoes,Chikedes,Double Decker menjadi kegemaran kanak-kanak dan remaja

Budaya fesyen

Pihak Barat melambakkan ke pasaran dunia pelabagai jenama pakaian seperti Lewis,Cocoproco,Saint Lawrence ,dan banyak lagi Pakaian-pakaian ini dipertontonkan kepada khayalak ramai di tempat berprestij yang diperagakan oleh wanita jalang yang tidak berakhlak Matlamat sebenar pertunjukan fesyen tersebut adalah untuk menguasai pemikiran dan gaya hidup orang lain terutama orang Islam Strategi yang digunakan amat berkesan.Budaya asal sesebuah negara termasuk Malaysia sudah dilupakan .Contohnya,generasi kini amat jarang memakai songkok dan berbaju melayu ketika ke masjid

Budaya muzik dan hiburan


Muzik-muzik berkonsepkan hedonisme seperti punk,rock,jazz dan disko berjaya menguasai dunia Remaja Islam mengagung-agungkan muzik Barat dan ini telah meguntungkan mereka Globalisasi ala-Amerika juga boleh dirasakan dalam pembikinan filem porno,jenayah,fiksyen dan khayalan yang dibintangi oleh artis Hollywood

Tempat-tempat hiburan seperti Disneyland sudah dibuka di merata dunia dan mendapat sambutan hangat .Kesannya,generasi kini menjadikan artis-asrtis Barat seperti Katy Perry,Lady Gaga dan Miley Cyrus sebagai idola mereka

Hegemoni bahasa Inggeris


Dianggarkan lebih 1.5 bilion manusia mampu bertutur dalam bahasa Inggeris Golongan elit yang mewarisi sesebuah negara Islam terdiri daripada mereka berpendidikan Barat ataupun sekurang-kurangya terbudaya dgn corak hidup masyarakat Barat.Mereka mengisytiharkan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan tetapi masih mengagungkan bahasa Inggeris Negara negara Barat gah dengan media massa dan menjadi rujukan kepada nagara lain bagi memulakan media meraka sendiri

Untuk melancarkan serangannya terhadap Dunia Islam, Amerika Syarikat berpegang pada dasar-dasar utama : Pertama, Posisi Amerika Syarikat dalam politik antarabangsa dan pengaruhnya yang kuat terhadap Dunia Islam. Keadaan ini terwujud setelah Perang Teluk II dan III yang telah menghasilkan keuntungan-keuntungan politik bagi AS, yaitu pemantapan hegemoninya di dunia Islam secara keseluruhan. Akibat pengaruh Amerika Syarikat itu, Dunia Islam menjadi pihak yang paling banyak menerima tekanan-tekanan AS dan menjadi sasaran serangan AS yang bertujuan untuk menghancurkan Islam .

Kedua, Kepemimpinan AS ke atas negara-negara kapitalis lain yang bercita-cita untuk turut serta dalam serangan yang dilancarkan AS. Selain itu, AS juga telah melemahkan pengaruh negara-negara kapitalis tadi dan menundukkan agen-agennya di dunia Islam demi kelancaran serangannya.
Namun , negara-negara kapitalis tadi sebenarnya tidak berbeza dengan AS dalam pandangannya terhadap Islam, yakni Islam dianggap sebagai pengaruh bahaya yang mengancam negaranegara Kapitalis berikut Ketiga, AS mempunyai legislatif dan alat antara bangsanya, yaitu PBB dan Piagam PBB, termasuk pelbagai badan dan organisasi di bawah PBB. Semua alat ini telah dikendalikan oleh AS untuk menjalankan strateginya yang dianggap perlu dan menguntungkan bagi Amerika Serikat, baik tindakan dalam bidang politik, ekonomi, dan lain-lain.

Hasil karya penulis Barat dalam bentuk novel,majalah jurnal dan buku di benua Asia dan mereka tidak melepaskan peluang untuk menyebarkan fahaman negatif Media elektronik seperti internet dan radio menjadi senjata orang Barat bagi menjatuhkan Islam dan merancang semua ini dengan alasan memerangi apa yang mereka dakwa sebagai ciri keganasan dalam Islam Banyak pihak percaya bahawa hanya menguasai bahasa Inggeris,sesebuah negara itu dapat maju dan mengusai bidang ilmu dan teknologi terkini

Namun,negara seperti Jepun,Korea,Perancis,Jerman dan terbaru China mampu maju dengan bahasa dan sistem tulisan sendiri Cendekiawan Islam Abad Pertengahan juga berjaya menguasai ilmu namun masyarakat Kristian Barat pula terpaksa bersusah payah untuk menterjemah bahasa Arab bagi mempelajarinya Kesimpulannya kemajuan sesebuah bangsa bukan terletak kepada bahasa tetapi kesungguhan dan keazaman

Hak asasi manusia

Di Barat,konsep hak asasi hanya wujud pada abad ke 17 Masihi Pada hari ini,Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan deklarasi hak asasi manusia bagi menjaga hak asasi warga dunia Namun,mereka telah mencabuli norma-norma kemanusiaan.Contohnya: I. membenarkan perkahwinan sejenis II. menghalalkan pergaulan dan seks bebas III. perlakuan luar tabii IV. meletakkan taraf haiwan setaraf manusia sehingga layak mewarisi harta pusaka

Hak asasi menurut Islam


Menurut Islam,hak adalah sesuatu yang benar dan bersesuaian dengan fitrah kejadian serta matlamat penciptaan manusia Islam mengiktiraf hak asasi semua manusia tanpa sebarang diskriminasi berasaskan warna kulit,bangsa dan agama Hak-hak tersebut terangkum dalam maqasid al-syariah yang bertujuan untuk melindungi 5 perkara utama : i. akidah(agama) ii. nyawa iii. akal iv. maruah v. harta

SOSIAL

Golongan muda mudi terpengaruh dan mengadaptasi budaya hidup Barat tanpa memikirkan baik dan buruk Pegangan agama terutama generasi muda kian longgar dan diganti dengan nilai-nilai barat yang bersifat hedonistik Masyarakat lebih mementingkan kebendaan dan nilai-nilai murni pula semakin diabaikan

Pengaruh liar seperti skinhead,punk,pemuja syaitan semakin berleluasa dan melemahkan jati diri golongan belia Kesan positifnya pula ialah masyarakat Malaysia kini lebih terbuka dan berpeluang menonjolkan nilai-nilai murni budaya bangsa kepada masyarakat luar

EKONOMI

Ekonomi negara banyak bergantung kepada negara asing dan membahayakan kedaulatan negara Syarikat-syarikat korporat Malaysia berpeluang mengembangkan perniagaan di samping meningkatkan imej dan ekonomi negara

Mereka yang bekerja di luar negara dapat menimba pengalaman baru dan dimanfaatkan untuk pembangunan negara

POLITIK

Sistem politik demokrasi ala Barat berjaya mengambil alih sistem feudal tradisional dan menjadi budaya baru masyaratkat Malaysia.Nilai-nilai tradisinonal semakin hilang manakala masyarakat pula dipisahkan kepada kelompok-kelompok tertentu Kuasa-kuasa Barat menyebarkan pengaruh dan nilai-nilai mereka melalui media cetak atau elektronik

Namun,terdapat kesan positif.Dunia global telah memberi banyak kebebasan kepada rakyat untuk bersuara dan mengambil bahagian dalam pentadbiran negara

RUMUSAN

Terdapat banyak peluang yang boleh digarap bagi mereka yang tahu memanfaatkan perkembangan teknologi Masyrarakat Barat terlalu rakus dan tidak peka serta tidak memahami budaya masyarakat lain walaupun mereka lebih maju Kerajaan Malaysia perlu memantapkan jati diri masyarakat dengan sistem pendidikan yang efektif

Masyarakat tamadun Islam tidak seharusnya terlalu bergantung kepada Barat malah perlu memperkasakan jati diri melalui pendidikan,ekonomi dan pengusaan teknologi Jalan terbail bagi mengelak konflik adalah melalui dialog dan menghormati budaya dan tamdun bangsa lain bagi mengekalkan keamanan dunia

You might also like