Professional Documents
Culture Documents
Apa-apanya...
A Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
B Tangan - 2 keping, kiri dan kanan
C Kekek- 2 keping, kiri dan kanan
D Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
E Leher - satu je
Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,
ai, aii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Lebihkan 3/4" kiri,
3/4" kanan
aii Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Lebihkan 1
1/2 " - 2 " bawah
bi Ukur Panjang Tangan Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Lebihkan 3/4 "
bi Ukur lebar tangan bawah (separuh) Lebihkan 3/4"
c Ukur kekek, ini 4 segi sama Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di Ukur lebar pesak atas Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii Ukur lebar pesak bawah Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.
biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"
AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut
ukuran labuh baju tadi
A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)
Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan,
panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri
dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.
Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah,
potong ikut garisan tersebut.
OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu
lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2"
untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila
hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah
sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas.
apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4"
kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"
Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan?
potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.
Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit
jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam
potong kat badan tu.
Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-
halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam
badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.
okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan
mesin.
CANTUM BADAN
1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan
bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan
atas.
2. Ambil satu kekek
Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau
Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru
dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua
bahagian pulak
cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri
dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah,
asalkan sesual.
DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan,
kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai
dah....