You are on page 1of 2

Semasa Praktikum Fasa 1 Praktikum fasa 1 dimulakan dengan minggu pertama kami hanya menjalankan aktiviti menggantikan kelas

guru yang tiada di sekolah. Pada minggu pertama, kami belum lagi diberikan tugas untuk mengajar. Walaupun kelas sudah diberikan oleh Penolong Kanan 1 dan guru pembimbing, namun pengajaran dan pembelajaran hanya akan dimulakan sebaik minggu ke-2 tiba. Pada minggu pertama, semasa menggantikan kelas guru yang tiada, banyak aktiviti yang saya laksanakan bagi mengkaji cara dan perwatakan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra. Antara aktiviti yang saya jalankan seperti sesi perkenalan. Sesi perkenalan akan menaikkan keyakinan murid dalam bertutur. Mereka perlu menyatakan nama penuh mereka serta cita-cita yang mereka impikan. Apa yang saya dapati, ramai murid yang tidak segan silu menjawab dan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Namun, ada juga yang dilihat masih malu-malu dan tidak mengeluarkan suara yang kuat. Selain sesi perkenalan, saya juga ada membuat kuiz pengetahuan am, bermain teka-teki dan melukis. Mereka kelihatan seronok dan gembira apabila menjalani aktiviti ini. Mungkin disebabkan mereka jarang dapat melakukan aktiviti sebegini, mereka kelihatan sangat bersemangat. Minggu ke-2, kami mula masuk ke kelas bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi kelas pertama, seperti biasa, rasa gugup dan gementar melindungi keyakinan yang ada pada diri. Pada kelas yang pertama, pengaturan masa mengajar tidak dapat ditadbir dengan baik. Guru hilang kawalan masa dan tidak dapat mengikut perancangan seperti yang telah dirancang. Pada minggu ini juga, pensyarah pembimbing datang untuk menilai saya. Banyak kelemahan yang dapat dikesan antaranya pengajaran yang terlampau padat, aktiviti yang kurang menarik dan pelbagai lagi. Saya berjanji dalam diri sendiri untuk cuba mengubah corak pengajaran dan memanfaatkan pesanan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah kepada saya. Selain itu, saya juga buat pertama kalinya mengajar subjek Pendidikan Jasmani pada Praktikum fasa dua ini. Memandangkan kami sedang berada pada bulan Ramadhan, pengajaran Pendidikan Kesihatan yang dijalankan di dalam kelas. Jadi, kami belum sepenuhnya merasai pengalaman mengajar Pendidikan Jasmani bersama murid-murid.

Masuk minggu ke-3, saya dinilai oleh guru pembimbing, Puan Azian. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Masa dapat ditadbir dengan baik. Masih ada kesilapan yang dikesan contohnya seperti pengajaran nilai murni tidak mengikut langkah yang sesuai dan penglibatan murid yang agak kurang. Saya menerima segala teguran dengan hati yang terbuka kerana saya berada di sini dan menjalani praktikum bertujuan untuk menimba seribu satu ilmu bagi memantapkan diri. Pada hari-hari seterusnya, saya cuba mengatasi masalah yang dapat dikesan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat ditingkatkan hari demi hari. Kami juga turut melibatkan diri secara aktif segala aktiviti yang telah sekolah laksanakan. Antaranya seperti majlis berbuka puasa dan solat hajat bagi tahun 6. Minggu ke-4, iaitu minggu terakhir kami di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, pengajaran berlangsung seperti biasa. Kali ini, beberapa aspek yang perlu ditingkatkan contohnya seperti penerapan nilai murni dan pelaksanaan kemahiran berfikir cuba saya amalkan di dalam kelas. Pensyarah pembimbing, Dr Supian Bin Mohd Noor dating untuk menyelia buat kali kedua. Pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan seperti apa yang dirancang. Komen daripada pensyarah juga agak baik dan apa yang paling penting sekali ialah ada peningkatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

You might also like