You are on page 1of 5

Faculty Of Film,Theatre,And Animation KOD PROGRAM : CTF442 (MUSIC AND SOCIETY) TOPIC : PERKEMBANGAN MUZIK DI MALAYSIA PREPARED BY : MUHAMAD

AMIRUDDIN BIN AZIZ (2012682606)

PREPARED FOR : TUNKU MARINA TUNKU ZUBIR

SUBMITTION : 2 JULAI 2013

PENGENALAN
Menurut Misroni ( 2000 ), faktor penghijrahan penduduk Asia Barat, benua India, China dan Siam telah membawa bersama budaya mereka dan tukang tukang khusus dalam pelbagai kesenian, tinggal menetap di negara ini dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di sinilah bermulanya daya kreativiti dan penciptaan peralatan muzik tradisinal diantaranya seperti rebab, kompang, rebana dan sebagainya. Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1997 ) pula menyatakan bahawa, sejarah perkembangan muzik Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga zaman mengikut tiga zaman penting dalam sejarah Malaysia : zaman sebelum penjajahan British yang memperlihatkan kewujudan muzik rakyat dan klasik : zaman penjajahan British yang memperlihatkan pengenalan muzik popular pertama : dan zaman selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia yang memperlihatkan kemunculan seni dan muzik popular Malaysia

PERBINCANGAN
Dalam konteks muzik di Malaysia, menurut Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1998 : 2 3 ), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori iaitu : I. Muzik Klasik Ia melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana. Tradisi muzik klasik itu biasanya diketahui oleh sebahagian sahaja komuniti tertentu. Contoh muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat. II. Muzik Rakyat Terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Ia merupakan pengucapan biasa dan tidak mudah berubah ubah kerana dipercayai bahawa muzik rakyat mencerminkan dengan tepat nilai dan dasar kebudayan di mana ianya wujud. Contohnya muzik seperti dikir barat yang popular di Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung ( Negeri Sembilan ) dan sebagainya. III. Muzik Sinkretik Ia kerap kali terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di kawasan desa yang mana unsur unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan dengan unsur unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain lain negara barat. Ia juga juga bersifat fleksibal dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat muzik, melodi, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong. IV. Muzik Popular Ia adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa iaitu piring hitam, radio, video, TV yang mana ia mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik barat. Muzik ini fleksibel dari segi penyerapan unsur-unsur muzik yang berasal daripada pelbagai sumber. Muzik ini selalu berubah dalam jangka masa yang pendek dan wujud seketika sahaja.

V.

Muzik Seni Kontemporari Ia merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik barat yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat serta tempatan. Ia juga mempunyai asas teori dan menonjolkan ciri-ciri kehalusan serta profesional dan ditulis dengan sistem notasi tertentu. Muzik sinkretik yang menggabungkan unsur unsur muzik luar dan tempatan

memberi makna kepada kita bahawa proses muzik multi cultural yan ingin diperkenalkan di negara kita sebenarnya telah lama diimplementasikan dalam konteks muzik di negara ini. Contohnya beberapa lagu asli yang mengandungi frasa yang didapati dalam muzik rakyat Cina seperti lagu Mas Merah, manakala lagu Seri Mersing pula mempunyai frasa melodi dari Timur Tengah. ( Tan Sooi Beng & Matusky P. 1998 ) Contoh lain seperti muzik joget yang dipercayai wujud pada abad ke 16 semasa penjajahan Portugis di Melaka. Ianya adalah muzik sinkretik yang menggabungkan ciri ciri muzik Portugis dan Melayu ( Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ,1998 ). Ciri muzik ini didapati dalam muzik Portugal dan Sepanyol contohnya lagu Jingkly Nona. Zapin Melayu merupakan adaptasi zapin Arab yang menyerupai tarian Arab dari Hadhramaut yang berhijrah ke Asia tenggara pada abad ke 19. Alat alat muzik yang dimainkan sudah cukup jelas menggambarkan bahawa alat alat muzik tersebut adalah berasal dari Asia Barat. ( Tan Sooi Beng & Matusky P., 1998 : 14 ).

Perubahan citarasa muzik D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruhHindustan pada 1970-an. Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagirakaman dan artis tempatan amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab kepada kontrak rakaman. ketika inilahmasanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayumenjelajahi industri muzik Melayu. Kumpulankumpulan seperti Alleycats,Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia;manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industrimencapai kegemilangan.Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slowrock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat sepertiScorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiranrock Malaysia.M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat semakin meluas dan sukar dikawal ketika itukerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara. Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjaditumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepadagologan profesional dan berpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majidserta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B,fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramailagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU,sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkanrap dan hip-hop Melayu.

You might also like