You are on page 1of 1

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Pelbagai acara telah diadakan.

Tuliskan catatan sambutan Hari Guru tersebut. Isnin, 16 Mei 2007 7.30 pagi Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah. Kemudian kami menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah. Selepas itu kami mendengar ucapan daripada ketua murid dan Guru Besar. 8.00 pagi Murid-murid menghiburkan guru-guru dengan pelbagai persembahan. Antaranya ialah persembahan tarian, dikir barat, lakonan dan lain-lain. Semua guru dan murid terhibur menyaksikan persembahan. 9.00 pagi Murid-murid memberikan kad ucapan, bunga dan hadiah kepada guru masing-masing sebagai tanda terima kasih dan menghargai jasa mereka. Guru-guru sungguh gembira semasa murid-murid bersalaman dengan mereka sambil mengucapkan selamat Hari Guru. 9.30 pagi Acara sukaneka diadakan di padang sekolah diantara pasukan guru dan pasukan murid. Guru-guru dan murid-murid bersorak dengan penuh bersemangat menyokong pasukan masing-masing. 11.30 pagi Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pasukan yang telah memenangi acara sukaneka. Acara sukaneka telah merapatkan lagi perhubungan diantara guru-guru dan murid-murid. 12.00 tengah hari Sebelum bersurai semua guru dan murid bergotong royong mengemaskan dewan dan padang sekolah. Sambutan Hari Guru telah memberi semangat kepada kami untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

You might also like