You are on page 1of 5

TEORI-TEORI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

1. Teori Perkembangan Arnold Gesell. Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak sampai ke titik dan peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu, Oleh itu perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya semasa berumur 4 bulan, Ali telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri. Arnold Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor). Dua buah buku Gesell yang penting ialah An Atlas of Infant Behavior (1934) dan Infant and Child in Culture of Today (1943). Buku-buku lain, The First Five Years (1940), Children from 5-10 Years Old (1946) dan Adolescents (1956). Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlaian bagi setiap individu. Menurut beliau, kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis bulatan dan garisan melintang. Tetapi semasa berumur 2 hingga 4 tahun mereka boleh melakukan dengan mudah. Semasa berumur 4 tahun, kanak-kanak belum boleh berkebolehan menyalin rajah berlian (diamond). Setiap kali seseorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya) dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperanen, intelektual dan sikap. Beliau juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak

perkembangan tingkah laku dan aspek-aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya. Perkembangan Motor Kanak-Kanak Gesell Peringkat Peringkat pertama (0-1 tahun) Ciri-Ciri Perkembangan Tingkah Laku 1 bulan menghasilkan tangisan

berbeza

untuk

menyatakan kehendak berlainan seperti tangisan lapar adalah berlainan daripada tangisan ketika lampinnya basah. 4 bulan mata bayi boleh mengikuti objek yang bergerak 6 bulan bayi boleh menggenggam objek 7 bulan boleh duduk dan merangkak 12 bulan berdiri dengan berpaut pada kerusi. Mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuhnya Mula memahami makna jangan 2 tahun boleh berjalan Boleh makan sendiri Bercakap menggunakan ayat mudah boleh berlari Boleh menunggang basikal beroda tiga boleh menuruti (3-4 arahan mudah daripada ibu bapa. Mula bersosialisasi Mengemukakan soalan berperingkat-peringkat Bersedia untuk ke kelas prasekolah

Peringkat kedua (1-2 tahun) Peringkat ketiga (2-3 tahun) Peringkat keempat tahun) Peringkat Kelima (4-5 tahun)

2. Robert Havighurst Teori Tugas Perkembangan

Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu (Atan Long, 1980). Newman (1999) berpendapat tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran. Havighurst telah menyenaraikan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan seseorang individu. Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Jika seseorang individu dapat mencapai tugas-tugas, dia akan berasa berjaya dan gembira. Sebaliknya jika dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan dalam hidupnya. Walaubagaimanapun tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah dikenal pasti oleh Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang dikenal pasti dari aspek fizikal, kognitif sosial dan emosional. Contohnya pada tahap sekolah rendah lagi kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi komputer untuk termasuk di kalangan murid cerdas. Konsep murid cerdas dewasa ini termasuk murid yang cerdas komputer. Peringkat Bayi Awal Kanak-Kanak (0-2 tahun) Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya Sistem deria, persepsi dan fungsimotor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang. Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria Motor dan sebab-munasab primitive. Contohnya kita makan? Kita makan sebab perut lapar. Kita ketawa sebab gembira.

Peringkat Pertengahan Kanak-Kanak / Toddlerhood (2-3 tahun) Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga, menyuap makanan sendiri, naik ke atau kerusi meja dan lain-lain. Kanak-kanak juga sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti menjadi keluang man, ultraman atau superman. Dia suka bercakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh hero atau personality yang diminatinya. Dia juga belajar mengawal pergerakan dirinya atau basikalnya dan juga belajar mengawal emosinya. Peringkat Prasekolah (4-6 tahun) Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina. Misalnya kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak, basuh kain, mengemas rumah, menjahit baju dan sebagainya. Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain di sekitar rumah. Mereka juga merasakan diri mereka sebagai satu entiti atau mulanya terbentuk pandangan terhadap diri sendiri teori kendiri. Kanak-kanak juga terlibat dalam permainan kumpulan. Kanakkanak juga melalui perkembangan moral peringkat awal. Peringkat Sekolah Rendah (6-12 tahun) Kanak-kanak memasuki sekolah dan belajar bersahabat. Peringkat operasi konkrit (belajar membaca, menulis, mengira). Belajar kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain seperti berjual beli. Boleh menilai diri sendiri dan orang lain. Menjadi ahli pasukan sesuatu permainan seperti bola sepak.

Awal Remaja (12-18 tahun)

Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum. Dari segi kognitif berada di peringkat operasi formal, boleh membuat pemikiran hipotetikal-deduktif. Perkembangan emositimbul berbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan penghargaan serta boleh mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya. Remaja pada peringkat ini juga tertarik kepada jantina berlainan. Akhir Remaja (18-22 tahun) Remaja cuba mendapat otonomi daripada ibu bapa. Mereka juga berusaha membentuk identiti mengikut jantina. Melalui pergaulan sosial remaja menerap atau mematuhi nilai moral dalam masyarakat. Biasanya pada peringkat ini remaja telah habis belajar di kolej atau universiti dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

You might also like