You are on page 1of 21

BAHAGIAN III LAPORAN KAJIAN TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN BERDASARKAN ISU P&P YANG DIHADAPI OLEH GURU

KAEDAH RESIPI MEMBEZAKAN PENGGUNAAN K ATAU KK DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU

NAMA SITI RAFIDAH BT GIMIN

OLEH : NO MATRIK D20102040519

NO KP

NAMA PENSYARAH DR IKHSAN B OTHMAN

760831018060

UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS PPGPJJ MAC 2011 2015

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ....................................................................................................................................... 3 ABSTRAK .................................................................................................................................................... 4 1.0. 2.0. 3.0. 4.0. 5.0. 6.0 6.1 6.2 7.0 8.0 FOKUS KAJIAN : REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU ... 5 ISU KEPERIHATINAN .................................................................................................................. 6 OBJEKTIF KAJIAN ....................................................................................................................... 7 SOALAN KAJIAN .......................................................................................................................... 7 KUMPULAN SASARAN ............................................................................................................. 12 MERANCANG TINDAKAN ........................................................................................................ 12 Tindakan awal masalah ........................................................................................................ 12 Pelaksanaan tindakan ........................................................................................................... 13 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN ......................................................................................... 14 MEMANTAU DAN MENILAI TINDAKAN ................................................................................ 15

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA ................................................................................................... 16 BIBLIOGRAFI ........................................................................................................................................... 17 LAMPIRAN ................................................................................................................................................ 18

PENGHARGAAN

Setinggi tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutama saya ucapkan kepada Pensyarah KPD3026 Kumpulan EL-J01 DR IKHSAN B OTHMAN atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang saya menyiapkan penulisan laporan kajian tindakan ini

Begitu juga kepada Tuan Guru Besar SK Seri Sekawan Desa, Ayer Baloi, Pontian, TN HJ SARKAWI B BANJAR kerana memberi keizinan untuk saya menjalankan kajian tindakan terhadap murid-murid di sekolah ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru di Sk Seri Sekawan Desa, Ayer Baloi, Pontian dan rakan seperjuangan PPG-PJJ UPSI kerana sudi memberikan kerjasama dalam memberikan pendapat dan komen yang membina serta tunjuk ajar dan menjadi tempat rujukan kepada saya.

Seterusnya tidak ketinggalan ribuan terima kasih juga kepada murid-murid kerana sudi menjadi sampel kajian yang dijalankan. Tanpa penglibatan murid-murid kajian ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dan saya tidak dapat untuk menulis laporan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa restu dan galakkan daripada ibu, suami dan anak-anak tercinta yang sentiasa memahami dan memberi dorongan untuk saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Alhamdulilah syukur kerana akhirnya dapat saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini dengan izin-Nya. Sekian terima kasih.

ABSTRAK
Kajian tindakan ini disasarkan kepada murid-murid Tahun 5, SK Seri Sekawan Desa bagi membantu mereka membezakan penggunaan k atau kk untuk mengelakkan kesilapan ejaan dalam penulisan sama ada perkataan, ayat atau karangan Bahasa Melayu menggunakan

kaedah RESIPI KARI KAMBING MASAK DALCA(KKMD) DAN KEK PISANG KUKUS (KPK). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk membantu murid-murid supaya tidak keliru dan mereka yakin bahawa ejaan mereka sama ada menggunakan satu k atau dua k adalah tepat dengan bantuan resepi KKMD dan KPK dalam kajian ini. Murid bukan sahaja dapat membezakan malah mereka berasa seronok dan tidak tertekan untuk menguasainya. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah ujian semester 2, siri ujian yang dijalankan dan, latihan harian melalui penandaan buku latihan. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi markah ujian mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran saya sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran saya sebelum ini. Bukan sahaja mudah untuk murid memahami saya juga mudah memberi penerangan kepada murid dengan bantuan kaedah resepi ini. Ini kerana menjadi lumrah kepada murid-murid suka akan sesuatu yang baru. Sebelum ini murid belum pernah didedahkan dengan kaedah seperti ini untuk mengingat rumus tatabahasa.

1.0.

FOKUS KAJIAN : REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Tahun 2011 merupakan tahun ke-12 saya mengajar subjek Bahasa Melayu. Setiap kali menanda karangan latihan membina ayat saya dapati ramai pelajar keliru dan tidak dapat membezakan penggunaan k atau kk semasa menulis ayat yang kata dasarnya berakhir dengan k contohnya, duduk, layak, balak, ketuk, anak dan sebagainya. Kesalahan ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar sederhana tetapi turut dilakukan oleh pelajar yang baik.

Contoh kesalahan:

1. Masalah pembalakkan haram semakin membimbangkan Masalah pembalakan haram semakin membimbangkan

(salah) (betul)

2. Kedudukkan kelas akan diubah mulai minggu hadapan Kedudukan kelas akan diubah mulai minggu hadapan

(salah) ( betul )

3. Keputusan itu melayakan Ani mendapat biasiswa dari Petronas ( salah ) Keputusan itu melayakkan Ani mendapat biasiswa dari Petronas ( betul )

4. Semua sayur yang dipetik pagi tadi telah dinaikan ke atas lori ( salah ) Semua sayur yang dipetik pagi tadi telah dinaikkan ke atas lori ( betul )

Masalah ini berkait dengan persekitaran masa kini yang banyak menggunakan bahasa pasar dan ejaan ringkas dalam penggunaan sistem pesanan ringkas ( SMS ). Namun begitu, saya tidak menafikan faktor pengajaran guru juga turut menyumbang kepada masalah ini. Pelajar biasanya hanya diajar dengan hukum tatabahasa dan latihan tentang hukum tersebut tetapi kurang penggunaannya. penekanan tentang kesalahan lazim dalam tatabahasa dan rasional

Hukum tatabahasa pula terlalu banyak dan saya tahu pelajar sukar untuk mengingat semua hukum yang dipelajari khususnya pelajar dari kelas sederhana dan lemah . Oleh hal yang demikian, saya menggunakan kaedah RESEPI KARI KAMBING MASAK DALCA (KKMD) DAN 5

KEK PISANG KUKUS (KPK) bagi membantu ingatan pelajar. Meskipun ini adalah sebahagian usaha yang kecil namun saya berharap ia dapat membantu pelajar mengurangkan kesilapan ejaan semasa menulis karangan dan mengesan kesilapan pelbagai ayat dalam menjawab soalan kertas 1.

Kajian ini juga akan dijadikan panduan kepada para guru yang mengajar Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini guru-guru dapat membantu murid-murid daripada keliru dalam penggunaan satu k atau dua k dengan mudah.

2.0.

ISU KEPERIHATINAN Kajian yang akan saya jalankan ini lebih menekan kepada membezakan penggunaan k

atau kk ( satu k atau dua k ) dalam pembinaan ayat yang kata dasarnya berakhir dengan k seperti didik, anak, naik dan sebagainya.

Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak memahami pembentukan kata terbitan dan mengenalpasti apitan yang digunakan. Ada segelintir pelajar pula, tidak mengambil berat tentang penggunaan tatabahasa. Awal-awal mereka sudah membuat tanggapan perkara ini sukar dan membosankan kerana melibatkan rumus-rumus yang perlu dihafal.

Saya berusaha agar semua pelajar dapat membaiki kelemahan ini kerana ia menyumbang kepada markah dalam peperiksaan. Apatah lagi mereka akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR pada September 2012. Saya berharap kelulusan Bahasa Melayu UPSR 2012 SK Seri Sekawan Desa bagi kertas 1(pemahaman) dan kertas 2( karangan) ialah 100 peratus. Walaupun soalan kertas 1 tidak banyak, namun jika mereka mampu menjawab soalan dengan betul, mereka berpeluang memperoleh gred yang lebih baik. Malah, semasa menulis karangan risiko pemotongan markah untuk ejaan juga dapat diminimumkan. Hal ini dapat membantu pencapaian kelulusan 100 peratus dalam UPSR. Saya juga bertekad masalah ini selesai di sini dan tidak di bawa ke peringkat sekolah menengah nanti kerana di peringkat menengah nanti lebih banyak perkara yang perlu mereka pelajari.

3.0.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan para pelajar diharap dapat mencapai objektif berikut:

i Objektif umum Mempertingkat kemahiran penggunaan k atau kk dalam pembinaan ayat

ii Objektif khusus Membezakan penggunaan satu k atau dua kk Mengingat dengan lebih efektif, mudah dan seronok Mengurangkan kesilapan ejaan dalam menulis karangan Mengesan kesalahan penggunaan k atau kk semasa menjawab dalam peperiksaan

4.0.

SOALAN KAJIAN

MEMBEZAKAN PENGGUNAAN K ATAU KK DALAM PEMBINAAN AYAT

Aktiviti 1 (praujian) Ujian Dengar dan Tulis

Arahan : Sila dengar dengan teliti ayat yang dibacakan. Kemudian, tulis ayat tersebut.

1. Masalah pembalakan haram di kawasan hutan simpan semakin berleluasa dan membimbangkan. 2. Kedudukan kelas akan diubah berikutan jumlah pelajar yang semakin bertambah. 3. Keputusan itu melayakkan Ani mendapat biasiswa daripada Petronas. 4. Beberapa tong besar berisi udang dinaikkan ke atas lori untuk dibawa ke pasar awam. 7

5. Pergolakan politik di selatan Thailand menjadi isu hangat media massa. 6. Pengguna digalakkan berkongsi kenderaan ke tempat kerja bagi mengurangkan kesesakan jalan raya. 7. Kemasukan teknologi moden memberi peluang kepada negara mengeluarkan perabot daripada kayu getah. 8. Kemudahan lebuhraya telah memendekkan perjalanan pengguna yang ingin ke selatan atau ke utara. 9. Arif meletakkan basikal di tempat yang telah disediakan. 10. Setiap peruntukan yang diterima, digunakan sebaik mungkin.

Aktiviti 2 Menjawab soalan objektif Pilih ayat yang betul

1. A . Ibu memasakan kami sup cendawan. B. Para peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga barangan apabila tiba musim perayaan. C. Kemasukkan pendatang asing tanpa izin yang terlalu ramai akan mendatangkan masalah. D. Atap rumah Pak Mail diperbuat dari atap.

2. A. Saya akan ke rumah kamu bila ada kelapangan. B. Pengawas ditugaskan menaikan bendera ketika perhimpunan mingguan. C. Wani memasukkan wang syiling 50 sen setiap hari ke dalam tabungnya. D. Pergerakkan penjenayah yang dikehendaki itu sudah dapat dijejaki oleh pihak polis.

3. A. Amboi, atas kejayaan kamu yang cemerlang di dalam UPSR. B. Demi untuk mempertahankan Negara perajurit tanah air sanggup berkorban. C. Penarikkan dasar PPSMI oleh kerajaan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. D. Pergolakan politik di Mesir mulai reda apabila tututan rakyat Mesir dipenuhi oleh kerajaan. 8

4. A. Kita tidak patut mencampakan sampah ke tepi jalan. B. Anggota perisikan itu sungguh cekap menjalankan tugasnya. C. Kad laporan itu pada Cikgu Kamariah bukan Cikgu Zawiyah. D. Fauzi duduk di ruang tamu sambil menuntun televisyen rancangan kegemarannya.

5. A. Suhaimi meninggalkan majlis itu di dalam kehampaan. B. para peserta saling kejar-mengejar untuk menjuarai pertandingan itu. C. Cikgu selalu berpesan agar muridnya mempraktikan ilmu yang dipelajarinya. D. Kita perlu berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG PALING SESUAI 1. Sistem perparitan ini dibina bagi __________________banjir.

A. dielakkan B. mengelakan C. mengelakkan D. elakan

2. Ahli pengakap itu sedang ________________ tiang bendera di kawasan perkhemahan itu.

A. memacakkan B. dipacakkan C. memacakan D. terpacak

3. Syarikat __________________itu mulai dibuka sejak tahun lepas.

A pencetak B mencetak C percetakan D dicetak

4. Arak adalah minuman yang ________________________.

A dimabukkan B memabukkan C memabukan D termabuk

5. Peniaga gerai itu sedang ____________________ bebola ketam ke lidi sebelum dijual.

A dicucuk B mencucukkan C tercucuk D mencucukan

6. Dia membuka mulut kerana hendak __________________ segala kecemasannya.

A terpekik B dipekik C memekikkan D memekikan

10

7. Bayi itu diam sewaktu dalam ___________________ ibunya.

A. dipeluk B. memeluk C. pelukan D. pelukkan

8. Ibu __________________ seluar adik yang labuh itu.

A. B. C. D.

Dipendekkan Kependekan Terpendek Memendekkan

9. Ahli keluarga pengantin dijemput ______________________air mawar kepada pasangan mempelai yang sedang bersanding.

A. Dipercikkan B. Memercik C. Memercikan D. Memercikkan

10. Secepat kilat puntung itu ________________________ke muka Pendekah.

A. ditusuk B. ditusukan C. menusukkan D. ditusukkannya

11

5.0.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dibuat di SK Seri Sekawan Desa, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Penyelidik membuat pemilihan seramai 15 orang murid secara rawak daripada 35 orang murid Tahun 5. Mereka terdiri daripada orang 18 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. 6.0 MERANCANG TINDAKAN 6.1 Tindakan awal masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan tinjauan awal masalah dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui kelemahan sebenar pelajar.

1. Ujian Pra

Aktiviti 1 ( DT - dengar dan tulis ) Ujian pra dengar dan tulis dilakukan untuk mengesan kesalahan penggunaan kata k atau kk. 10 ayat yang melibatkan penggunaan k atau kk dibacakan. Pelajar mendengar dan menulis ayat yang dibacakan oleh guru. Semasa membuat semakan, saya dapat mengesan kelemahan pelajar menggunakan k atau kk dalam ayat yang telah ditulis oleh pelajar. Hanya 3 daripada 11 orang sahaja yang tidak melakukan kesalahan.

Aktiviti 2 Menjawab 15 soalan objektif. Markah pelajar direkodkan. MURID A B C D E F MARKAH (/15) 11 11 9 8 9 8 MURID G H I J K L M 12 MARKAH(/15) 10 11 9 9 8 10 10

2. Semakan buku latihan Kelemahan pelajar juga boleh dikesan melalui penandaan buku karangan dan tatabahasa. 6.2 Pelaksanaan tindakan

RESEPI 3K

Cara pelaksanaan Menerangkan perbezaan penggunaan k atau kk dalam pembentukan kata terbitan. Semua kata dasar yang menerima apitan meN-.-kan dan di-....-kan akan membentuk kata kerja terbitan dan menggunakan kk ( dua k ) Contoh galak - menggalakkan masak - dimasakkan Semua kata dasar yang menerima apitan Contoh banyak kebanyakan duduk pendudukan Membina singkatan akronim dalam bentuk resepi KKMD - bermaksud penggunaan kk ( dua k ) hanya yang menerima awalan Mekan dan Dikan. Cara mudah mengingat KKMD K kari K kambing M masak D dalca KPK bermaksud penggunaan k K kek P pisang K kukus 13 ( satu k ) hanya yang menerima peN-.-kan dan ke-.-an akan membentuk kata nama terbitan dan menggunakan k ( satu k )

awalan Pean dan Kean. Cara mudah mengingat KPK

Pelajar diminta mengingati 2 resepi yang diberi dan menulis huruf awal resepi bagi membezakan penggunaan k atau kk. ii Ujian Pos

Dijalankan sesudah pengajaran mengunakan kaedah RESEPI 3K . Pelajar menjawab 15 soalan objektif bagi mengesan jika ada kesalahan k atau kk . Markah pelajar akan direkodkan. . 7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil 1

Aktiviti Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal

Tempoh Pelaksanaan Minggu ketiga September Minggu kelima September Minggu kedua Oktober Minggu keempat Oktober Minggu keempat Oktober Minggu ketiga November Minggu keempat November

Mengumpul eviden mengenai masalah yang akan dikaji

Tinjauan awal masalah

Melaksanakan Tindakan

Melaksanakan Ujian Pos

Refleksi Kajian

Menulis Laporan Kajian

14

8.0 MEMANTAU DAN MENILAI TINDAKAN Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan satu k atau kk amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid sudah boleh membezakan ejaan satu k dengan 2 k menggunakan kaedah resepi yang diajarkan.. Ternyata murid mudah mengingat dan mereka merasa seronok dengan kaedah ini.Kesilapan akibat kecuaian dapat diatasi dan saya berharap tanpa kesalahan ini murid dapat mengurangkan kesalahan mereka dalam menjawab soalan ujian ataupun peperiksaan bahasa Melayu kertas pemahaman dan penulisan. Dengan mantapnya pengetahuan ini saya harap dapat menambahkan lagi bilangan murid cemerlang dan berpotensi cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Jadual di bawah menunjukkan peningkatan markah murid terhadap ujian yang dijalankan :

MURID

MARKAH SEBELUM MENGETAHUI KAEDAH RESEPI (/15) 11 11 9 8 9 8 9 11 10 11 9 10 10

MARKAH SELEPAS MENGGUNAKAN KAEDAH RESEPI (/15) 14 14 15 12 14 14 15 15 14 15 13 14 15

A B C D E F G H I J K L M

15

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Ini meyakinkan saya bahawa kaedah akronim memang memudahkan murid disamping membuatkan mereka rasa seronok untuk menghafal berbanding terpaksa menghafal rumus tatabahasa sahaja. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru Bahasa Melayu. Seterusnya saya ingin mengatasi kekeliruan murid tentang penggunaan kata sendi dari dengan daripada

menggunakan kaedah dari untuk MAT pula . Saya berharap dengan adanya akronim-akronim yang telah dicipta dapat mengatasi masalah kekeliruan murid terhadap sistem tatabahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu yang nampaknya mudah tetapi rumit ini dan menjadikan murid berminat serta merasa seronok mengikuti pengajaran bahasa Melayu. Selaku guru saya perlu kreatif bagi membantu memudahkan murid menguasai apa yang diajarkan. Terutama aspek tatabahasa yang begitu banyak skopnya dan murid pula perlu mengingat kesemuanya bagi membolehkan mereka mendapat skor cemerlang dalam bahasa Melayu. Saya mahukan murid mengikuti pengajaran dengan perasaan seronok dan mudah kerana saya percaya perasaan seronok itu merupakan satu cara memotivasikan murid untuk minat belajar subjek bahasa Melayu yang semakin kurang diminati oleh murid tatkala ini.

16

BIBLIOGRAFI

1. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2011 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: DBP

2. Prof. Dr. Othman Lebar, Dr Abdul Talib Mohamed Hashim, En Omar Hisham Mohd Baharin dan En Ismail Raof, 2011. Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Tanjung Malim :UPSI

3. Shaifol Bahary b Sulaiman, Hasnul Faizal b Hushin,2010. Projek Kajian Tindakan. Selangor: OUM

4. Dr David Lim Chong Lim,2009.Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:OUM

5. Saiful Bahary b Sulaiman dan Hasnul Faizal b Hushin, 2008. Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur : OUM 6. Mok Soon Sang.(2007).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI .Ipoh.:Percetakan Seasons Sdn. Bhd. 7. Sahabudin Hashim, Dr Rohizini Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan, PTS:Kuala Lumpur 8. Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Azizi, Pedagogi Asas Pendidikan, KE: Kuala Lumpur

17

LAMPIRAN

MURID-MURID SEDANG MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF 18

GURU MENGGUNAKAN PAPAN PUTIH SEWAKTU MEMBERI PENERANGAN KEPADA MURID

19

JAWAPAN KERJA MURID SEBELUM MURID DIPERKENALKAN DENGAN KAEDAH RESEPI

20

JAWAPAN KERJA MURID SELEPAS MURID DIPERKENALKAN DENGAN KAEDAH RESEPI

21

You might also like