You are on page 1of 15

KARANGAN BAHAGIAN A Tugasan soalan cara-cara menyayangi sekolah Idea i. ii. iii.

. Tidak merosakkan harta benda sekolah Mematuhi peraturan-peraturan sekolah Menaikkan nama sekolah Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Oleh itu, pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah. Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama dengan muridmurid lain selain memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai buktinya, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah. Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal

oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan mereka sebagai orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh. Peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta mengelakkan murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes tersebut secara tidak langsung telah menggelapkan masa depan murid dan pada masa yang sama telah mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah. Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah lain akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi, sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan cara menaikkan nama sekolah. Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah bermula daripada seorang guru sekolah.

BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH PROGRAM SEKOLAH KELAS TUISYEN DORONGAN IBU BAPA CONTOH KARANGAN Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan. Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan faktor perdana yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah merupakan kunci utama kejayaan seseorang murid. Bilik darjah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus

terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Jadi, apabila murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang murid adalah tumpuan di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang kondusif mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam atau di luar sekolah berupaya mencemerlangkan murid-murid. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik Menjawab , Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi dan sebagainya mampu meningkatkan keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan telah berbincang dengan guru dalam program yang dianjurkan. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka dia

mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen berbayar pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-kelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan tersebut secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa. Jadi, jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya dalam pelajaran. Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Mereka akan melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan anakanak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Jadi, jelas menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.

3. Peranan ibu bapa untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan keluarga (Karangan terbuka ) Kemilau danau menyilau mata, Tempat putera menahan ikan, Lafaz Bismillah pembuka kata, Gelanggang syarahan hamba mulakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah, barisan hakim yang arif lagi saksama yang sentiasa berpegang pada neraca keadilan, rakan-rakan yang bertanding yang tidak sekalikali saya gerun dan warga dewan yang budiman sekalian. Hadirnya saya di atas pentas yang tersergam indah dan pada pagi yang nirmala ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Peranan Ibu Bapa untuk Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat dalam Kalangan Keluarga". Warga dewan yang budiman, Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh

tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan pada era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera terutamanya dalam kalangan keluarga. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mencapai matlamat ini. Hadirin sekalian, Peranan dominan ibu bapa ialah mereka perlu memupuk satu amalan diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupan keluarganya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, kebanyakan ahli keluarga suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jadi, ibu bapa perlu menyediakan menu pemakanan yang seimbang mengikut piramid pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu.
Selain itu, ibu bapa juga perlu melakukan aktiviti senaman atau riadah bersama ahli keluarga secara berkala. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Ibu bapa boleh menjalankan aktiviti berjalan atau melakukan aktiviti bersukan

bersama-sama keluarga u ketika hujung minggu. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Maka, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Hal ini dapat disinonimkan dengan peribahasa yang berbunyi badan cergas, otak cerdas. Oleh itu, komitmen ibu bapa untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga supaya dapat menjalankan aktiviti senaman bersama dapat turut memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli keluarga. Hadirin yang saya hormati, Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan dalam kalangan ahli keluarga. Penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga perlu dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit. Semua tindakan ibu bapa ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berbahaya seperti taun dan denggi. Dengan ini, kehidupan yang ceria dan sihat dapat dicapai. Ringkasnya. penjagaan kebersihan yang dititikberatkan oleh ibu bapa mampu memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli keluarga.

Ibu bapa juga harus membawa ahli keluarganya menjalani pemeriksaan doktor dengan kerap. Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang ahli keluarga itu menderita dengan lebih teruk dan kehidupan akan menjadi lebih bermakna. Tegasnya, ibu bapa yang menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan dengan membawa ahli keluarga menjalani pemeriksaan doktor dapat memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga. Warga dewan yang saya sanjungi, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, peranan ibu bapa amat signifikan dalam memupuk amalan murni untuk menzahirkan gaya hidup yang sihat. Penjagaan kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya tegaskan bahawa harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

Karangan Cemerlang Bahagian A - Percubaan SPM Johor 2011


SOALAN: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan buatan tempatan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan? Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan

sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia. Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya Malaysia Boleh yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi. Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri. Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara industri. Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak peribahasa bagai serampang dua mata dan bagai makan menanak nasi. Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh! [610 patah kata]

Karangan SPM 2013...Sebab budi bahasa hilang dan cara atasinya? Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin diketepikan. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasi gejala ini berlaku. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini? Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak. Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik untuk mengatasi kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja dalam kadar yang begitu pantas serta meluas. Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Semakin lama remaja menonton program yang sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa yang diterapkan dalam dirinya oleh ibu bapa dan pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi bahasa kerana terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan media massa yang diimport itu. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka

harus meluangkan masa dan mempamerkan teladan yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu. Remaja lebih mudah meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan baik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa tidak mementingkan aspek kebendaan sahaja. Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan sistem pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di sekolah hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang peribadinya dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual. Masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah yang membolehkan pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa ini dengan lebih baik lagi mendalam itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan tugasnya bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu. Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja dengan mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara merupakan satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan terutama menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan oleh remaja zaman ini. Remaja yang menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan dengan mudah. Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan tentang budi bahasa harus dilancarkan oleh kerajaan dengan segera. Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi bertamadun buat manusia. Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti masa depan negara ini akan mengalami satu zaman kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa merupakan asas kehidupan manusia sejagat. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang, dan terbilang itu.

You might also like