You are on page 1of 32

BAB 12 EKONOMI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menilai prestasi pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia. 2. Menilai perkembangan ekonomi negara dalam tempoh masa tertentu. 3. Memahami sejarah perkembangan ekonomi negara. 4. Menilai pencapaian dasar-dasar ekonomi utama negara, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. 12.1 PENGENALAN

Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk membentuk dan membangunkan ekonomi Malaysia mengikut pendekatan tersendiri. Semasa baru menerima kemerdekaan, Malaysia tidak mempunyai pengalaman yang luas untuk bersaing dan membangunkan ekonomi negara selain daripada terus mengikut acuan pengurusan ekonomi oleh pihak penjajah. Selain daripada menghadapi kesulitan dalam membentuk corak dan sistem ekonomi yang sesuai serta kukuh untuk negara pada awal tahun 1960-an, negara juga perlu menumpukan dan merancang dengan teliti untuk menstabilkan pertumbuhan sosial, politik dan keselamatan negara. Pada ketika itu, pertumbuhan ekonomi negara banyak tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti di kawasan-kawasan bandar dan negeri-negeri tertentu. Keadaan ini telah membentuk pertumbuhan ekonomi yang dirasai melalui pola pecahan kaum dan kawasan. Keadaaan ini berterusan sehingga tercetusnya rusuhan perpecahan kaum pada 13 Mei 1969 kerana perkembangan ekonomi negara lebih dicorak oleh pola pecahan kaum seperti kaum Cina memegang lebih banyak aktiviti perniagaan dan tinggal di kawasan-kawasan bandar, manakala kaum Melayu yang merupakan kaum peribumi dan penduduk asal Malaysia terpinggir di kawasan-kawasan luar bandar yang menumpukan kepada perusahaan pertanian manakala kaum India tertumpu di sektor
225

perladangan. Keadaan pecahan pola ekonomi ini secara tidak langsung telah memberi kesan yang besar kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara pada ketika itu sehinggalah peristiwa 13 Mei telah memberi inisiatif kepada kerajaan untuk membentuk dasar ekonomi yang menyeluruh untuk membangunkan sosioekonomi dan politik negara, iaitu Dasar Ekonomi Negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1990. 12.2 KONSEP PERTUMBUHAN EKONOMI

Bab 7 dan Bab 8 telah membincangkan sedikit berkaitan dengan kepentingan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi dan alat-alat yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi. Di sini akan dijelaskan mengenai beberapa konsep pertumbuhan ekonomi yang harus difahami dan boleh digunakan untuk membuat analisis berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kebiasaannya istilah-istilah seperti pertumbuhan ekonomi (economic gowth), pembangunan ekonomi (economic development), kemakmuran atau taraf hidup masyarakat dan pendapatan per kapita ialah beberapa istilah yang sering digunakan untuk merujuk berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi. Secara tidak langsung, konsep-konsep ini sangat berkaitan dan penerangan mengenainya boleh membantu semua pihak memahami setiap konsep-konsep tersebut. 12.2.1 Pertumbuhan Ekonomi Istilah ini merujuk kepada satu bentuk pengukuran prestasi pembangunan sesebuah ekonomi. Pertumbuhan ekonomi juga ditafsirkan oleh ahli-ahli ekonomi sebagai satu bentuk pembangunan ekonomi yang berbentuk fizikal seperti pertambahan jumlah pengeluaran barang industri, pembangunan infrastruktur, pertambahan jumlah sekolah, pertambahan pengeluaran sektor ekonomi lain dan pembangunan ekonomi atau sosial lainnya. Kaedah pengukuran pertumbuhan ekonomi ini telah disentuh dalam Bab 7 melalui penggunaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK).

226

SOALAN DALAM TEKS

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi (economic growth)?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

12.2.2 Pembangunan Ekonomi Walaupun istilah pembangunan ekonomi kadang-kadang disilih ganti penggunaannya dengan pertumbuhan ekonomi, sebenarnya kedua-dua istilah ini membawa erti yang berbeza. Sebahagian ahli ekonomi mentafsirkan pembangunan ekonomi sebagai keadaan pertumbuhan ekonomi yang berlaku diikuti dengan perubahan-perubahan dalam struktur dan corak kegiatan ekonomi. Ia juga bermaksud bahawa pembangunan ekonomi lebih luas, iaitu pertumbuhan ekonomi berlaku seperti peningkatan dalam pendapatan negara serta terdapat kemajuan dan pembaharuan-pembaharuan lain yang berlaku. Contohnya, pembaharuan kegiatan ekonomi seperti daripada kegiatan pertanian tradisional diperbaharui dengan pertanian moden, sektor perindustrian dan perkhidmatan terus diperbaharui dan diperkenalkan sehinggalah kepada perkara-perkara berkaitan dengan kemajuan dan pembaharuan dalam sosioekonomi seperti pengurangan kadar kemiskinan, kejatuhan kadar pengangguran, peningkatan taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan dan kesihatan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya.

SOALAN DALAM TEKS

2. Apakah perbezaan antara pertumbuhan ekonomi (economic growth) dengan pembangunan ekonomi (economic development)?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

227

12.2.3 Taraf Kebajikan Taraf kebajikan penduduk boleh diukur berdasarkan kepada jumlah peratusan penduduk yang menikmati keperluan yang penting seperti memiliki rumah, menerima kemudahan bekalan air bersih dan elektrik, memiliki kenderaan, menerima kemudahan pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Kebiasaannya kerajaan sangat sukar untuk mengumpul datadata yang menunjukkan kebajikan masyarakat secara terperinci. Taraf kebajikan penduduk juga sering diukur menggunakan data pendapatan per kapita dalam sebutan mata wang negara bagi sesebuah negara. Penggunaan data pendapatan per kapita dalam membandingkan taraf kebajikan antara negara dapat dilihat secara kasar bagi membolehkan sesebuah negara itu menggunakan pengukuran ini untuk merancang dan mengawal prestasi pertumbuhan ekonominya yang membolehkan negaranya membangun dan bersaing serta setanding dengan negara-negara lain. Pengukuran menggunakan kaedah ini adalah terbatas kerana pendapatan per kapita perbandingan secara kasar dilakukan terhadap sesebuah negara dengan sesebuah negara lain tanpa mengambil kira faktor kos hidup (cost of living) antara negara. Data yang dimuatkan dalam majalah Asiaweek pada September 2000 menunjukkan bahawa pendapatan per kapita bagi penduduk Malaysia ialah sebanyak US$3,248 jika dibandingkan dengan pendapatan per kapita penduduk Jepun, iaitu sebanyak US$34,715. Perbezaan ini menunjukkan penduduk Jepun memperolehi pendapatan lebih kurang 10 kali ganda daripada pendapatan per kapita Malaysia. Namun ini tidak bererti bahawa penduduk Jepun mempunyai 10 kali ganda taraf hidup yang lebih baik daripada penduduk Malaysia kerana kos kehidupan seperti harga makanan, tambang pengangkutan, perbelanjaan perubatan, pendidikan, harga hartanah dan lain-lainnya di Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan di negara Jepun. 12.2.4 Pendapatan Per Kapita Pendapatan per kapita boleh digunakan untuk mengira pendapatan purata sesebuah negara pada satu tahun jangka masa tertentu. Persamaan berikut menunjukkan cara pengiraan pendapatan per kapita:
Pendapatan Per Kapita KNK = Keluaran Negara Kasar (KNK) Jumlah penduduk

Pendapatan Per Kapita KDNK = Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Jumlah Penduduk
228

Kebiasaannya pendapatan negara akan bertambah dari setahun ke setahun dan pertambahan ini adalah disebabkan oleh dua faktor penting, iaitu pertambahan keluaran fizikal yang wujud dan kenaikan harga-harga barang. Pertumbuhan ekonomi dan kebajikan masyarakat boleh dicerminkan melalui pertumbuhan yang sebenar dalam pengeluaran negara yang boleh ditunjukkan melalui peningkatan pendapatan per kapita pada harga tetap.

SOALAN DALAM TEKS

3. Berikan empat konsep pertumbuhan ekonomi yang boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk mengukur pertumbuhan ekonomi yang berlaku dalam sesebuah negara?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

12.3

SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA

Bahagian ini akan membincangkan mengenai sejarah perkembangan ekonomi supaya kita dapat memahami senario perkembangan aktivitiaktiviti ekonomi negara sejak daripada zaman penjajahan British dan zaman selepas kemerdekaan sehingga sekarang. 12.3.1 Aktiviti Ekonomi pada Zaman Penjajahan British Pada zaman Tanah Melayu di bawah pemerintahan penjajah British, iaitu sebelum tahun 1957, aktiviti ekonomi negara adalah terhad kepada beberapa aktiviti sahaja seperti aktiviti pertanian, perladangan getah, perlombongan bijih timah dan pembangunan infrastruktur asas. Semua aktiviti ekonomi pada masa itu hanya dipelopori oleh golongan penjajah secara komersial dengan tujuan untuk digunakan bagi kepentingan pihak penjajah sahaja. Aktiviti pertanian tertumpu kepada pertanian secara tradisi yang bersifat sara diri oleh penduduk-penduduk peribumi Melayu seperti menamam padi, sayuran, buah-buahan, penternakan kecil-kecilan dan penangkapan
229

ikan (nelayan). Aktiviti ini telah membentuk sekelompok masyarakat Melayu yang agak terpinggir di luar bandar dan selesa dengan aktivitiaktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Sektor pertanian tidak dibangunkan secara komersial oleh penjajah menyebabkan aktiviti pertanian yang dijalankan sangat ketinggalan dan tidak menghasilkan pendapatan yang tinggi di kalangan rakyat. Seterusnya penjajah British pada awal abad ke-20, iaitu pada ketika berlakunya revolusi perindustrian di Eropah, telah memulakan aktiviti perladangan getah yang mula dikomersialkan untuk dibawa balik ke negaranya di Barat. Pada masa ini, perkembangan ekonomi negara berkembang dengan pesat dan aktiviti perladangan ini telah membuka banyak peluang kepada penduduk-penduduk asing terutamanya dari India untuk datang berkerja di ladang-ladang getah yang dibangunkan oleh penjajah. Penduduk tempatan juga menikmati perkembangan ekonomi daripada sektor perladangan getah ini melalui usaha penghasilan tanaman getah secara ladang-ladang kecil atau dikenali sebagai pekebun kecil. Tiada usaha yang banyak diberikan oleh penjajah untuk membantu pekebun-pekebun kecil ini membangun dan berkembang. Aktiviti perlombongan bijih timah pula adalah aktiviti yang telah wujud sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu. Aktiviti perlombongan ini telah berkembang pesat dalam tahun 1880-an dan pada ketika itu terdapat ramai buruh-buruh Cina yang dibawa masuk untuk mengusahakan lombong bijih timah. Berdasarkan kepada beberapa aktiviti ekonomi yang wujud dan berkembang pada ketika zaman penjajahan British di Tanah Melayu, didapati banyak hasil keuntungan yang diperolehi oleh Tanah Melayu pada ketika itu. Hasil-hasil tersebut kemudiannya telah digunakan oleh pihak penjajah untuk membina kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, landasan keretapi dan pelabuhan. Kemudahan-kemudahan infrastruktur asas ini bukan bertujuan untuk membangunkan sosioekonomi penduduk Tanah Melayu, sebaliknya adalah untuk kemudahan menguruskan aktiviti-aktiviti perlombongan bijih timah dan perladangan getah yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi yang menguntungkan negara penjajah. Contohnya, pembinaan jalan keretapi di antara pusat-pusat utama pengeluaran bijih timah atau getah seperti Taiping ke Port Weld, Kuala Lumpur ke Kelang dan Seremban ke Port Dickson. Sikap penjajah yang mencorakkan aktiviti ekonomi pada ketika itu telah mempengaruhi dan memberi kesan yang besar kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara ini. Pada zaman penjajah,
230

pembahagian aktiviti ekonomi yang dibincangkan telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di antara sektor, kawasan, kaum dan sebagainya sehingga terdapat aktiviti ekonomi yang dianggap tidak penting seperti pertanian sara diri, pekebun-pekebun kecil dan nelayan terus ketinggalan. Sebaliknya aktiviti perlombongan bijih timah dan perladangan getah dimajukan melalui pengurusan yang sistematik, penggunaan teknologi dan peralatan-peralatan yang dapat meningkatkan pengeluaran dan sebagainya. Kesan-kesan ini dapat diringkaskan seperti berikut: (i) Pergantungan ekonomi negara semasa baru mencapai kemerdekaan amat bergantung kepada keluaran daripada sektor pertanian (getah) dan perlombongan (bijih timah). (ii) Negara Malaysia menjadi pembekal bahan mentah seperti getah dan bijih timah yang penting kepada England dan negara Malaysia juga menjadi tempat pasaran barangan/keluaran daripada industri England. Pergantungan perdagangan antarabangsa Malaysia sangat tinggi kepada England. (iii) Wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan di kalangan rakyat kerana di zaman penjajah terdapat kawasan-kawasan dan bahagian-bahagian tertentu yang ditumpu dan dibangunkan. Keadaan ini telah mewujudkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan di kalangan rakyat yang sangat tinggi sama ada mengikut kawasan seperti luar bandar dan bandar, dan juga mengikut kaum. (iv) Pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi seperti kaum Melayu di sektor pertanian, kaum Cina di sektor perlombongan dan perniagaan, dan kaum India di sektor perladangan telah merenggangkan semangat perpaduan yang diperlukan untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara. 12.3.2 Aktiviti Ekonomi Negara selepas Kemerdekaan Selepas mencapai kemerdekaan, iaitu dari tahun 1957 hingga masa kini, terdapat banyak tindakan dan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk memulih serta memperkukuhkan lagi perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Pelbagai pendekatan dan kaedah yang dibentuk serta dilaksanakan dalam usaha mempertingkat prestasi perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Semua pendekatan yang diambil telah diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan latar belakang sejarah perkembangan ekonomi sebelum mencapai
231

kemerdekaan dan juga faktor-faktor lain seperti faktor demografi penduduk negara ini, faktor sosial, kebudayaan, politik dan juga berbagai faktor-faktor antarabangsa. Hasil daripada analisis dan tindakan yang diambil telah menghasilkan beberapa pendekatan yang tersusun, iaitu pendekatan-pendekatan ini telah memperlihatkan fungsi kebaikannya dalam sejarah perkembangan ekonomi Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. (a) Pendekatan perancangan

Pendekatan perancangan ini menitikberatkan pembentukan perancangan yang teratur dan strategik bagi persediaan satu pelan panduan untuk bertindak secara tersusun. Kerajaan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah merangka pelan rancangan jangka masa pendek (tahunan) dan jangka masa panjang (Rancangan Lima Tahun) bagi membolehkan pembangunan ekonomi negara disusun secara terperinci. Pendekatan perancangan ini juga telah melibatkan banyak institusi utama di peringkat kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Perbendaharaan Negara, Jabatan Statistik, Unit Perancangan Ekonomi, Bank Negara Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan sebagainya berfungsi untuk menghasilkan satu analisis terperinci berkaitan pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang negara. Rancangan Jangka Pendek menjurus kepada rancangan tahunan dan ini boleh dilakukan melalui perancangan bajet tahunan dalam merancang jumlah perbelanjaan yang akan dibelanjakan negara serta jumlah hasil yang akan diperolehi oleh negara. Laporan ekonomi disediakan sebagai satu penilaian dan perancangan berkaitan prospek perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Rancangan Jangka Panjang pula merujuk kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Rancangan Malaya Pertama (RM1) telah diperkenalkan pada tahun 1956 hingga 1960. Sejak RMLT dilancarkan, sehingga sekarang telah mencapai kepada Rancangan Malaysia Kelapan (RM8), iaitu meliputi tahun 2000 hingga tahun 2005. RMLT ini juga mempunyai laporan penilaian yang dilakukan secara penggal dan dikenali sebagai Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia. (b) Pendekatan Mempelbagaikan Kegiatan Ekonomi

Sebelum mencapai kemerdekaan, tumpuan hanya diberikan kepada kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah sahaja.
232

Keadaan ini menggambarkan keadaan pergantungan pada aktiviti ekonomi tertentu sahaja. Jika pada awal kemerdekaan sektor pertanian hanya menumpukan kepada tanaman getah sebagai keluaran eksport utama negara, perancangan mempelbagaikan keluaran daripada sektor ini telah dilakukan. Penambahan jenis keluaran telah diperkenalkan seperti penanaman kelapa sawit, koko, kopi, sayur-sayuran, lada hitam, bungabungaan dan sebagainya. Pelbagai pembaharuan teknologi dan peralatan telah diperkenalkan bagi meningkatkan hasil keluaran sektor pertanian ini. Selain itu, terdapat juga usaha yang dilakukan berkaitan dengan memperkenal dan mempertingkat kegiatan pemprosesan daripada hasil keluaran pertanian menjadi barang siap. Contohnya, getah diproses menjadi tayar dan dieksport ke luar negara. Kepelbagaian sektor ekonomi tidak tertumpu kepada sektor pertanian sahaja malahan kepada sektor-sektor lain seperti perkhidmatan, pembuatan, perdagangan borong dan runcit, dan lain-lain seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.1.
Jadual 12.1 KDNK Mengikut Industri Asal (%) Industri 1970 Pertanian, penternakan, perhutanan, perikanan Perlombongan dan kuari Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan Elektrik, gas dan air Pegangkutan, penyimpanan dan komunikasi Perdagangan borong dan runcit Kewangan, insurans dan hartanah Perkhidmatan kerajaan Lain-lain perkhidmatan Sumber: 30.8 6.3 13.4 3.9 41.9 1.9 4.7 13.4 8.4 11.1 2.5 1975 22.7 4.6 16.4 3.8 45.1 2.1 6.2 12.8 8.5 12.7 2.8 1980 22.9 10.1 19.6 4.6 40.1 1.4 5.7 12.1 8.3 10.3 2.3 Tahun 1985 20.8 9.7 19.7 4.8 43.6 1.7 6.4 12.1 8.9 12.2 2.3 1990 18.7 5.7 27.0 3.5 42.3 1.9 6.9 11.0 9.7 10.7 2.1 1995 13.6 7.4 33.1 4.4 44.1 2.3 7.3 12.1 10.7 9.7 2.0 2000 13.4 5.7 37.2 4.8 45.4 2.7 6.3 12.6 11.9 8.4 2.2

Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Suratahman Kastin Hassan. (2001). Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn. Bhd.

233

(c)

Pendekatan penyeimbangan pembangunan antara wilayah dan kaum

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (RM2) merupakan satu dasar yang bermatlamat untuk menyeimbangi pembangunan dan kemajuan di antara wilayah dan juga kaum di negara ini. Ini adalah kerana situasi semasa perkembangan ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah tidak seimbang terutamanya jika dibandingkan pembangunan ekonomi di antara wilayah dan kaum. Contohnya, pembangunan ekonomi lebih dirasai dan dikuasai di wilayahwilayah tertentu terutamanya di bandar-bandar besar. Bagi pembangunan ekonomi mengikut kaum pula, didapati bahawa majoriti ekonomi Malaysia dikuasai oleh penduduk-penduduk bandar besar yang majoritinya ialah golongan kaum Cina yang banyak menjalankan aktiviti perniagaan jika dibandingkan dengan golongan kaum Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar yang lebih bergantung kepada pertanian dan kaum India pula yang banyak bekerja di ladang-ladang getah dan sebagainya yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sangat berbeza. Justeru, DEB menjadi asas penting untuk bertindak menyusun dan menyeimbangkan keadaan pembangunan sosioekonomi yang tidak seimbang antara wilayah dan kaum. Selepas DEB banyak lagi dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pertanian Negara, Pelan Induk Perindustrian, Dasar Perpaduan Nasional, Dasar Pembangunan Nasional dan sebagainya yang bertujuan untuk membangunkan negara serta semua rakyat Malaysia. SOALAN DALAM TEKS

4. Senaraikan tiga pendekatan yang digunakan bagi menggiatkan aktiviti ekonomi negara selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Semak jawapan anda di akhir bab ini.

12.4

PRESTASI EKONOMI NEGARA

Ekonomi negara dipengaruhi oleh banyak tindakan dan aktiviti oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan perubahan dasar, struktur dan pembangunan pelaksanaan yang dijalankan. Setelah mencapai kemerdekaan, tindakan mempelbagaikan ekonomi termasuk
234

menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi yang seimbang di kalangan penduduk bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi dapat dirasai oleh semua pihak. Selain itu, negara juga berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara melalui dasar penggantian import, iaitu tumpuan untuk mengurangkan pergantungan ekonomi negara hanya kepada industri getah dan bijih timah sahaja. 12.4.1 Kadar Pertumbuhan Ekonomi Negara Bermula daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama (RM1), iaitu dalam lingkungan tahun 1966 hingga tahun 1970, didapati bahawa pertumbuhan KDNK agak sederhana. Jadual 12.2 menunjukkan catatan nilai pertumbuhan KDNK negara dari tahun 1966 sehingga tahun 2000 mengikut Rancangan Malaysia Pertama sehingga ke Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7). Jadual 12.2 juga menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK setiap tahun secara puratanya adalah melepasi 5 peratus. Cuma pada RM7 sahaja pertumbuhan KDNK mencapai 4.7 peratus. Keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kegawatan ekonomi yang melanda negara kesan daripada serangan nilai mata wang yang melanda semua negara-negara di Asia. Pada RM4 (1981-1985) juga menunjukkan kadar pertumbuhan yang sedikit rendah, iaitu pada 5.2 peratus kerana keadaan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada masa tersebut. Kadar pertumbuhan KDNK yang paling tinggi ialah pada RM6 (1991-1995). Pada waktu tersebut, negara Malaysia mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat. Secara keseluruhan, berdasarkan kepada petunjuk tersebut, Malaysia dapat diiktiraf sebagai sebuah negara sedang membangun yang dinamik dan progresif.
Jadual 12.2 Kadar Pertumbuhan KDNK Mengikut Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia Jangka Masa Peratus Kadar Perubahan (%) 5.4 7.0 8.6 5.2 5.9 9.5 4.7

Rancangan Malaysia Pertama (RM1) 1966-1970 Rancangan Malaysia Kedua (RM2) 1971-1975 Rancangan Malaysia Ketiga (RM3) 1976-1980 Rancangan Malaysia Keempat (RM4) 1981-1985 Rancangan Malaysia Kelima (RM5) 1986-1990 Rancangan Malaysia Keenam (RM6) 1991-1995 Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) 1996-2000 Sumber: Rancangan Malaysia, pelbagai keluaran.

235

12.4.2 Struktur Ekonomi Negara Struktur ekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga sektor penting yang mempunyai pecahan sektor-sektor seperti berikut: (i) Sektor Utama: Pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, dan perlombongan dan kauri. Pembuatan dan pembinaan. Elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, perbankan, insurans hartanah dan perkhidmatan perniagaan, pentadbiran awam dan pertahanan.

(ii) (iii)

Sektor Kedua: Sektor Ketiga:

Berdasarkan Jadual 12.3 dan Rajah 12.1, dapat ditafsirkan bahawa KDNK Malaysia menunjukkan prestasi peningkatan dari setahun ke setahun. Sumbangan sektor utama yang terdiri daripada sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, serta perlombongan dan kauri menunjukkan jumlah RM2,282 juta pada tahun 1963 berbanding dengan sektor ketiga yang berjumlah RM2,327 juta. Kelebihan yang sedikit sahaja pada sektor ketiga akhirnya mempamerkan kecenderungan peningkatan yang lebih besar dari tahun 1970 hingga tahun 2000.
Rajah 12.1 KDNK Malaysia Mengikut Struktur
450,000 400,000 350,000
Keluaran Dalam Negara Kasar Sektor Ketiga Sektor Kedua Sektor Utama

RM Juta

300,000 250,000 200,000 150,000 100,000 50,000 0 1960 1963 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000

Tahun

236

Jadual 12.3 KDNK Mengikut Struktur (RM Juta)


Sektor Asal Sektor Utama Pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan. Perlombongan dan kuari. Sektor Kedua Pembuatan Pembinaan Sektor Ketiga Elektrik, gas dan air. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran. Perbankan, insurans hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Pentadbiran awam dan pertahanan. Perkhidmatan lain. Bayaran untuk perkhidmatan. Perbankan (-) Duti Import (+) Keluaran Dalam Negara Kasar 19601 2,282 1,976 19632 19703 1975 19804 1985 18,052 12,043 1990 22,584 14,827 1995 22,267 17,115 20005 32,061 18,154

2,653 4,575 2,066 3,797

5,600 14,679 4,808 10,189

306 611 453 158 2327 70 189

587

778

792

4,487

6,006 14,405 11,357 3,048 24,887 988 3,805

7,757 24,172 21,340 2,832 32,707 1,526 5,487

13,643 30758 45,174 7,411 52,585 5,876 12,298

13,907 76,864 69,867 6,996 109,733 7,090 16,643

951 2,125 682 1,650 269 475 2,948 5,152 150 229 284 581

3,504 10,998 2,850 8,850 654 2,066 7,811 17,836 365 640 1,071 2,542

817

1,004 1,633

2,219

5,383

7,551

8,807

25,304

31,081

316

396 1,036

1,468

3,687

5,212

7,759

17,287

24,643

339 596

404 1,367 710 306 117 573

2,210 478 211 665

4,563 1,021 854 2,046

7,270 1,312 1,675 424 57,341

8,579 1,678 4,076 2,947

11,803 12,780 8,888 6,823

14,678 15,599 14,252 4,864 209,269

5,220

6,552 12,490 17,369 44,620

79,463 166,625

Nota:

1 mengikut harga 1960 2 mengikut harga 1965 3 mengikut harga 1970 4 mengikut harga 1978 5 mengikut harga 1987

Sumber: Rancangan Malaysia pelbagai tahun. 237

Sektor utama telah memperlihatkan peningkatan yang semakin menurun dari tahun ke tahun, iaitu pada tahun 2000 sektor utama telah diatasi oleh sektor kedua (RM76,864 juta) dan sektor ketiga (RM109,733 juta). 12.4.3 Guna Tenaga Tenaga buruh diukur mengikut umur bekerja penduduk Malaysia yang mencapai lingkungan 15 hingga 64 tahun, iaitu sama ada yang bekerja (guna tenaga) atau yang sedang mencari pekerjaan. Sebenarnya guna tenaga boleh diukur berdasarkan kepada pecahan tiga sektor penting dalam ekonomi, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Berdasarkan Jadual 12.4, sektor ketiga merupakan sektor terbesar yang menyumbang kepada guna tenaga di negara ini. Pada tahun 1995, jumlah guna tenaga di sektor ketiga hanya 3,721 juta dan meningkat kepada 4,509.2 juta orang guna tenaga pada tahun 2000. Sektor kedua merupakan penyumbang kedua terbesar selepas sektor ketiga dan sektor utama hanya menyumbang di tempat ketiga dengan jumlah yang kurang daripada 20 peratus jumlah guna tenaga negara. Corak peratusan sumbangan guna tenaga mengikut sektor dipengaruhi dengan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutamanya untuk menggalakkan perindustrian berasaskan eksport (penggantian import) bagi menggantikan penekanan sebelumnya yang lebih menjurus kepada pergantungan import. Dasar ini telah menggalakkan perkembangan eksport barangan pembuatan dengan mengadakan undang-undang buruh baru serta penubuhan kawasan-kawasan perdagangan bebas untuk memberi kemudahan dan menggalakkan pengeksportan barangan pembuatan. Pada tahun 1970, kadar pengangguran berada pada tahap 7.4 peratus (Jadual 12.5) dan telah berkurangan kepada 5.7 peratus pada tahun 1980. Walau bagaimanapun, pada tahun 1985, kadar pengangguran telah mencapai 7.6 peratus kerana berlakunya kemelesetan ekonomi pada ketika itu. Pada tahun 1990, keadaan kembali pulih dengan pencapaian kadar pengangguran yang semakin rendah sehinggalah pada tahun 1995 dan 2000 yang menunjukkan kadar pengangguran hanya pada tahap 3.1 peratus sahaja. Secara keseluruhannya, kadar pengangguran bagi tahun 1995 dan 2000 menunjukkan kadar pengangguran yang masih terkawal, iaitu di bawah paras empat peratus.

238

Jadual 12.4 Guna Tenaga Mengikut Sektor pada Tahun 1995 dan 2000 Sektor Sektor Utama Pertanian Perlombongan dan kuari. Sektor Kedua Pembuatan Pembinaan Sektor Ketiga Elektrik, gas dan air. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran. Perbankan, insurans hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Perkhidmatan lain. Jumlah Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan. Jadual 12.5 Jumlah Guna Tenaga (1970 hingga 2000) 1970 Jumlah Guna Tenaga Tenaga Buruh Pengangguran 3339.5 3606.8 267.3 1975 3927.8 4225.0 297.2 1980 4816.9 5108.9 292.0 1985 1990 1995 2000 1995 1,533.2 1492.7 40.5 2044.6 2027.5 17.1 3,721.4 67.4 395.2 1323.5 372.8 1562.5 7299.2 % 19.2 18.7 0.5 34.4 25.4 9.0 46.4 0.8 4.9 16.5 4.7 19.5 100 2000 1,448.7 1407.5 41.2 3313.3 2558.3 755.0 4,509.2 75.0 461.6 1584.2 508.7 1879.7 9271.2 % 15.6 15.2 0.4 35.7 27.6 8.1 48.7 0.8 5.0 17.1 5.5 20.3 100

5468.5 6686.0 5917.1 7042.2 448.6 7.6 356.2 5.1

7999.2 9271.2 8254.4 9572.5 254.8 3.1 301.3 3.1

Kadar Pengangguran 7.4 7.0 5.7 (%) Sumber: Rancangan Malaysia pelbagai tahun.

12.4.4 Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran juga boleh digunakan sebagai satu ukuran untuk melihat prestasi pencapaian ekonomi negara. Imbangan pembayaran ini secara ringkasnya merupakan akaun yang mencatat urus niaga ekonomi antarabangsa di antara sesebuah negara dengan negara-negara lain bagi satu jangka masa tertentu atau biasanya dalam setahun. Imbangan pembayaran yang mencapai lebihan penerimaan tukaran asing daripada pembayaran tukaran wang asing adalah sangat penting bagi menentukan kedudukan prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan yang kukuh. Secara ringkasnya, kedudukan dalam imbangan pembayaran mencerminkan kesan gabungan daripada urus niaga-urus niaga berikut:
239

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

Eksport dan import barangan. Eksport dan import perkhidmatan. Bayaran pindahan dua hala. Urus niaga modal. Pergerakan emas dan cadangan tukaran asing (Bank Negara Malaysia, 1979).

Jadual 12.6 menunjukkan imbangan pembayaran Malaysia dari jangka masa 1994 hingga 1998. Secara ringkasnya, pada masa ekonomi rantau Asia mengalami kegawatan yang teruk, iaitu pada tahun 1996, Malaysia masih mencatat lebihan dalam imbangan akaun dagangan, iaitu pada RM10,152 juta sehingga kepada RM69,008 juta pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, akaun perkhidmatan mempamerkan nilai kurangan dari tahun 1994 (RM17,005 juta) hingga 1998 (RM22,338). Keadaan ini menunjukkan aliran keluar wang yang sangat tinggi bagi pendapatan pelaburan, bayaran kontrak dan yuran profesional, dan juga tambang dan insuran.
Jadual 12.6 Akaun Imbangan Pembayaran Malaysia 1998/1999
1994 (RM juta) 1995 (RM juta) 97 179491 179394 -19407 -19310 1996 (RM juta) 10154 193127 183973 -19470 -9316 1997 (RM juta) 10274 217713 207439 -22795 -12521 1998 (RM juta) 69,008 281,947 212,939 -22,338 46,670

B C

D E F G H I J

Imbangan Akaun Dagangan Eksport Import Imbangan Akaun Perkhidmatan Imbangan Akaun Dagangan dan Perkhidmatan (C= A+B) Pindahan Bersih Imbangan Akaun Semasa (E= C+D) Imbangan Modal Jangka Panjang Imbangan Asas (G = E+F) Imbangan Modal Jangka Pendek Swasta (bersih) Ralat dan Ketinggalan Imbangan Keseluruhan (J = G + I + H)

4460 148506 144046 -17005 -12545

-2225 -14770 11659 -3111 -8484 3333 -8262

-2515 -21825 16610 -5215 2529 -1717 -4403

-2936 -12252 13527 1275 10317 -5347 6245

-4176 -16697 19095 2398 -12913 -377 -10892

-9,876 36,794 10,628 47,422 -20,633 13,513 40,302

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

240

Namun begitu, melalui gabungan akaun dagangan dan perkhidmatan, nilai aliran keluaran wang menunjukkan nilai lebihan pada RM46,670 juta dibandingkan dengan tahun 1994 hingga 1997 yang masih kekal dengan nilai kurangan. Berdasarkan kepada imbangan keseluruhan, tahun 1994 berada dalam kurangan pada RM8,262 juta, diikuti dengan kurangan RM4,405 pada tahun 1995. Pada tahun 1996 imbangan keseluruhan mencapai lebihan pada RM6,245 juta walaupun rantau Asia telah mula mengalami kegawatan ekonomi. Pada tahun 1997, prestasi imbangan keseluruhan terus jatuh kepada kurangan RM10,892 juta kerana keadaan modal jangka pendek swasta mengalami kurangan yang tinggi (RM12913) dan imbangan akaun asas yang tidak kukuh (RM2398 juta). Pada tahun 1998, peningkatan lebihan imbangan keseluruhan mencapai RM40,302 juta dengan nilai akaun imbangan asas yang kukuh pada lebihan RM47,422 juta. 12.5 DASAR-DASAR EKONOMI UTAMA

Setelah memahami tentang prestasi pencapaian ekonomi negara secara makro, adalah perlu untuk kita mengetahui mengenai beberapa dasar ekonomi utama yang menyumbang ke arah pencapaian ekonomi yang lebih baik. Kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang hebat dalam usaha untuk membangun dan mengukuhkan pencapaian pertumbuhan ekonomi negara. Segala rintangan dan halangan ini ada yang berpunca daripada masalah dalaman negara dan ada juga yang dipengaruhi oleh faktor luar negara atau antarabangsa. Untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai keperluan dan peranan penting yang dimainkan oleh beberapa dasar ekonomi utama negara, maka dibincangkan secara ringkas dasardasar tersebut. 12.5.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971, iaitu melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) bagi satu tempoh jangka masa yang panjang, iaitu 20 tahun. Ianya telah berakhir pada tahun 1990. Pelaksanaan dasar ini bermatlamatkan dua perkara penting yang menjadi asas masalah sosioekonomi negara, iaitu masalah kemiskinan dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Justeru, DEB telah disusun dan dibentuk dengan teliti bagi memastikan pencapaian dua matlamat utama iaitu (i) Mengurang dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
241

(ii)

Menyusun semula masyarakat bagi membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Matlamat ini bertujuan untuk membaiki kehidupan semua golongan rakyat terutamanya yang ketinggalan dari arus pembangunan sosioekonomi negara seperti penduduk yang tinggal di luar bandar dan kaum bumiputera yang terkebelakang dalam beberapa bidang penting yang menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi mereka seperti bidang pekerjaan dan pendidikan. Strategi yang telah digunakan dalam mencapai matlamat untuk mengurang dan membasmi kemiskinan diatur dan dilaksanakan melalui beberapa tindakan penting seperti berikut: (i) Penggunaan teknik-teknik moden yang lebih baik bagi memastikan daya pengeluaran dapat ditingkatkan seperti pertanian moden untuk pengeluaran padi dan beras negara misalnya menggunakan jentera, penyediaan parit dan tali air, penanaman dua kali setahun, dan kemudahan subsidi baja dan kredit untuk para petani. (ii) Galakan untuk mengubah dan mencuba bidang-bidang baru di kalangan para petani seperti menyertai rancanganrancangan FELDA dan FELCRA, iaitu daya pengeluaran adalah lebih besar dan mereka juga boleh menceburi beberapa projek yang dapat membantu meningkatkan daya pengeluaran secara besar-besaran seperti ternakan dan perikanan moden, perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan, dan sebagainya. (iii) Bantuan dari sudut latihan dan pendidikan, khidmat nasihat dan tunjuk ajar, dan pembangunan penyelidikan seperti MARDI dapat memberi peluang untuk memoden dan menambahkan daya pengeluaran serta pendapatan di sektor pertanian. (iv) Penyediaan perkhidmatan sosial dan kebajikan yang banyak seperti bantuan subsidi dalam projek perumahan kos rendah, perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan, air dan elektrik. Seterusnya untuk menyusun semula masyarakat bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi antara, maka beberapa startegi telah diambil dan dilaksanakan seperti berikut: (i) Pemodenan kehidupan luar bandar dengan kemudahan infrastruktur yang baik untuk memudahkan penduduk luar
242

bandar mendapat peluang pendidikan dan pekerjaan yang baik di sekitar bandar. (ii) Pembukaan bandar-bandar baru yang dibangunkan dengan kemudahan infrastruktur dan zon-zon perindustrian yang memberi peluang supaya kawasan luar bandar dapat berhubung dengan kawasan bandar dengan mudah untuk menikmati peluang-peluang pekerjaan. (iii) Menggalakkan masyarakat bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menambah dalam pemilikan modal dan harta syarikat melalui peluang-peluang pelaburan yang disediakan. (iv) Menubuhkan lebih banyak agensi kerajaan yang dapat menggerakkan negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang mundur untuk dimajukan seperti KEJORA, KESEDAR, KEDA dan KETENGAH. Semua strategi ini telah dijalankan dengan harapan supaya jangka masa 20 tahun tersebut dapat meningkatkan jumlah penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi dengan lebih aktif seperti bidang perniagaan, perindustrian, perdagangan dan sebagainya. Sasaran yang ditetapkan dalam jumlah mencapai 30 peratus daripada keseluruhan peluang dan sektor ekonomi negara. Pencapaian yang diperolehi secara ringkas selepas berakhirnya tempoh 20 tahun tersebut pada tahun 1990 maka satu penilaian telah dibuat berdasarkan kepada usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Antara pencapaian yang diperolehi ialah (a) Penyediaan peluang pekerjaan

DEB diharap dapat meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat bagi mengurangkan jurang agihan dan kemiskinan yang wujud. Sasaran yang diletakkan agar jumlah pengangguran akan mencapai kurang daripada 3.6 peratus menjelang 1990 tidak tercapai. Jadual 12.7 menunjukkan kadar pengangguran dan guna tenaga penduduk Malaysia.
Jadual 12.7 Penduduk, Guna Tenaga dan Pengangguran Malaysia (000) Perkara Penduduk Tenaga Buruh Guna Tenaga Pengangguran % Pengangguran 1970 10,810 3,567 3,328 269 7.5 1975 12,249 4,225 3,928 297 7.0 1980 13,879 5,109 4,817 292 5.7 1985 15,864 6,039 5,625 414 6.9 1990 17,763 7,042 6,686 358 5.1

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hasan. (2001). Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn. Bhd. 243

(b)

Pendapatan

Selain daripada jumlah pengangguran atau pengukuran peluang pekerjaan yang diperolehi, pendapatan purata bulanan bagi setiap isi rumah penduduk Malaysia juga boleh dilihat sebagai satu bentuk pengukuran pencapaian matlamat untuk mengurangkan jumlah penduduk miskin di negara ini. Jadual 12.8 menunjukkan bahawa perbandingan pendapatan purata isi rumah Semenanjung Malaysia dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
Jadual 12.8 Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah Semenanjung Malaysia Kumpulan Semenanjung Melayu Cina India Bandar Luar bandar 1970 264 172 394 304 428 200 1975 514 (353) 345 (237) 787 (540) 538 (369) 830 (569) 392 (269) 1980 763 (459) 513 (309) 1,094 (659) 776 (467) 1,121 (675) 590 (355) 1985 1,074 (474) 868 (383) 1,430 (631) 1,089 (481) 1,467 (647) 853 (376) 1990* 1,167 940** 1,631 1,209 1,617 951

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hasan. (2001). Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn. Bhd. Nota: Nilai dalam kurungan menunjukkan harga pada tahun 1970 * Data bagi Malaysia ** Bumiputera

(c)

Kemiskinan

Matlamat telah ditetapkan agar kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia akan berkurang sehingga mencapai 16.7 peratus. Kadar kemiskinan di bandar disasarkan akan menurun pada 9.1 peratus dan di luar bandar pada 23 peratus. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan di Semenanjung telah mencapai 15 peratus pada tahun 1990, iaitu mencapai kadar yang mengatasi matlamat yang ditetapkan pada 16.7 peratus. Diikuti juga dengan kadar kemiskinan di bandar mencapai 7.3 peratus serta di luar bandar pada 19.3 peratus.

244

(d)

Pembangunan wilayah
Jadual 12.9 Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah Semenanjung Malaysia Pendapatan Purata (Harga Semasa) 1970 513 306 269 568 505 477 436 338 589 735 1058 339 513 426 505 1990 1220 860 726 1190 1162 1092 1067 852 1338 1790 2109 905 1358 1199 1254 Kadar Kemiskinan (%) 1976 29 61 67 32 33 39 43 60 32 23 9 60 40 58 56 * 1984 12 37 39 16 13 16 20 34 13 9 5 30 18 33 32 21** 1990 10 30 30 12 9 10 19 17 9 8 4 31 15 34 21 17

Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka N. Sembilan Pahang Perak Perlis P. Pinang Selangor W.P. K. Lumpur Terengganu Semenanjung Sabah Sarawak Malaysia

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hasan. (2001). Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn. Bhd. Nota: * Data tahun 1985 ** Tiada data diperolehi

Berdasarkan Jadual 12.9 yang merujuk kepada pendapatan purata bulanan isi rumah di wilayah-wilayah yang kurang maju seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah didapati terdapat sedikit peningkatan. Begitu juga dengan kadar kemiskinan yang semakin berkurang jika dibandingkan dari tahun 1976 hingga kepada tahun 1990. (e) Penyusunan semula masyarakat

Matlamat penyusunan semula masyarakat juga menunjukkan perubahan dan peningkatan yang baik seperti kenaikan pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Melayu di Semenanjung telah meningkat daripada RM172 pada tahun 1970 kepada RM931 pada tahun 1990 (rujuk Jadual 12.8).

245

Selain itu, dari sudut guna tenaga pula didapati kaum Melayu masih mengekalkan sektor utama (seperti pertanian, penternakan, perhutanan dan perlombongan) sebagai sektor yang paling banyak diceburi oleh mereka (rujuk Jadual 12.10). Walau bagaimanapun, dari sudut pemilikan saham syarikat pemilikan oleh kaum Melayu menunjukkan corak peningkatan dari tahun 1970, iaitu 2.4 peratus kepada 20.3 peratus pada tahun 1990. Namun jumlah ini masih berada di bawah sasaran yang ditetapkan, iaitu sebanyak 30 peratus. Sebaliknya bagi pemilikan saham sektor syarikat oleh bukan Melayu menunjukkan peningkatan iaitu dari 32.3 peratus pada tahun 1970 kepada 46.2 peratus pada tahun 1990. Jumlah peningkatan ini adalah melebihi daripada sasaran asal yang ditetapkan pada 40 peratus sahaja pada tahun 1990. Secara keseluruhannya, pencapaian matlamat DEB bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang seimbang di kalangan semua penduduk Malaysia masih berada di paras bawah daripada sasaran asal, tetapi dari sudut pembasmian kemiskinan terdapat juga pencapaian yang baik ditunjukkan, iaitu mencapai lebih daripada sasaran asal. Walau bagaimanapun, inisiatif mewujudkan satu perancangan dasar jangka panjang yang dibentuk dengan teratur ini telah membantu banyak pihak dan rakyat untuk membaiki kelemahan yang wujud terhadap rakyat Malaysia berdasarkan kepada masalah latar belakang sosioekonomi mereka.
Jadual 12.10 Pencapaian dan Matlamat Penyusunan Semula Masayarakat di Semenanjung Guna Tenaga Mengikut Sektor Sektor Utama Melayu Bukan Melayu Sektor Kedua Melayu Bukan Melayu Sektor Ketiga Melayu 37.5 51.0 48.4 Bukan Melayu 62.1 49.0 51.8 Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hasan. (2001) Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn. Bhd. 30.8 69.2 48.0 52.0 51.9 48.1 67.6 32.4 71.2 28.8 61.4 38.8 1970 1990 Matlamat 1990

246

12.5.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah satu dasar kerajaan yang dilahirkan bagi meneruskan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah berakhir pada tahun 1990 selepas ianya dilaksanakan selama 20 tahun. DPN dilancarkan pada tanggal 17 Jun 1991 oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai usaha untuk meneruskan impian yang gagal (belum) dicapai semasa tempoh pelaksanaan DEB dari tahun 1970 hingga 1990. Pengumuman Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) untuk tempoh masa 1991 hingga 2000 dan Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dari 1991 hingga 1995, dilihat sebagai rancangan penyediaan ke arah mencapai matlamat yang digariskan dalam DPN.
Rajah 12.2 Hubungan antara RM6, RRJP2, DPN dan Wawasan 2020
RM 6

1991 1995
RRJP 2 / DPN

2020 2000

WAWASAN 2020

Sebagai tambahan kepada ketiga-tiga rancangan ini, YAB Dato Seri Dr. Mahathir juga melancarkan Wawasan 2020 pada tahun yang sama. Hasilnya seperti yang diringkaskan dalam Rajah 12.2 bahawa RRJP2 dan DPN merupakan pelan rancangan pertengahan untuk mencapai Wawasan 2020, manakala RM6 adalah pelan rancangan pertengahan untuk mencapai RRJP2 dan DPN. (a) Perspektif DPN (1991-2000)

Berasaskan kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi secara puratanya sebanyak 6.7 peratus bagi tempoh masa 20 tahun (1970-1990), negara secara optimistik telah menetapkan sasaran pencapaian pertumbuhan KDNK mencapai kadar tujuh peratus setahun bagi tiga dekad (19902020) yang berikutnya di bawah Wawasan 2020. Selaras dengan itu, kerajaan melalui DPN telah menjadikan sains dan teknologi (strategi dalam DPN) sebagai salah satu teras penting untuk mencapai matlamat
247

tersebut. Ini dapat dilihat melalui peranan yang dimainkan oleh sektor perkilangan dan pembuatan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh masa 1990 hingga 1997/8 sebelum ekonomi negara mengalami kegawatan. Untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi tujuh peratus, kerajaan telah memperkenalkan konsep liberalisasi dalam ekonomi melalui pendekatan Dasar Penswastaan dan Deregulasi bagi membolehkan sektor-sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi selepas kegawatan pada pertengahan 1986. (b) Matlamat DPN

Teras utama dalam DPN adalah untuk memupuk perpaduan negara di kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Melalui perpaduan yang dihasilkan, maka usaha untuk pembangunan ekonomi yang berterusan serta peningkatan tahap kemajuan sesebuah negara dalam aspek sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup dan kecekapan pentadbiran kerajaan akan dapat dicapai. Matlamat ini merupakan lanjutan atau pecahan daripada matlamat asal dalam DEB. Secara keseluruhannya DPN meliputi aspek-aspek berikut: (i) (ii) Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektorsektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif, iaitu semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. Memajukan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
248

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

(viii)

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka masa panjang pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

(d)

Pencapaian DPN (1991-2000)

Dalam tempoh jangka masa yang lebih pendek daripada DEB (19701990), DPN (1990-200) masih dapat mempamerkan prestasi pencapaiannya yang tersendiri dengan beberapa kemajuan dan pertumbuhan dari sudut sosioekonomi negara. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Keseimbangan agihan di kalangan penduduk

Keseimbangan prestasi pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui dua elemen penting seperti pengagihan pendapatan isi rumah dan penstrukturan guna tenaga mengikut pekerjaan. Jadual 12.11 menunjukkan data berkaitan dengan corak pendapatan kasar bulanan setiap isi rumah sepanjang tempoh antara tahun 1995 sehingga tahun 2000. Dalam tempoh lima tahun pertama DPN dilaksanakan sehingga tahun 1999, iaitu penghujung DPN, pengagihan pendapatan bulanan isi rumah penduduk Malaysia telah menunjukkan satu peningkatan yang baik. Peningkatan ini adalah berdasarkan kepada angka petunjuk jumlah pendapatan bulanan isi rumah yang kurang daripada RM1,499 meliputi 54.7 peratus dalam tahun 1995 dibandingkan dengan pengurangan kepada 43.8 peratus pada tahun 1999. Jadual 12.11 juga menunjukkan bahawa pada tahun 1995, Koefisien Gini ialah sebanyak 0.4560 dan tahun 1999 ialah sebanyak 0.4432. Pengukuran nilai Koefisien Gini ini menunjukkan bahawa jurang agihan di kalangan isi rumah masih wujud serta agak tinggi, iaitu nilai Koefisien Gini agak jauh daripada nilai sifar.
249

Jadual 12.11 Agihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah bagi Tahun 1995 dan 1999 Kelas Pendapatan (RM) Kurang daripada 499 500 999 1,000 - 1,499 1,500 - 1,999 2,000 - 2,499 2,500 - 2,999 3,000 - 3,499 3,500 - 3,999 4,000 - 4,999 Lebih daripada 5,000 Jumlah Mean Pendapatan (RM) Median Income (RM) Koefisien Gini 1995 10.6 23.9 19.9 13.1 8.9 6.1 4.2 2.8 3.8 6.7 100.0 2,020 1,377 0.4560 1999 6.0 19.0 18.8 13.9 10.1 7.3 5.7 3.9 5.5 9.8 100.0 2,472 1,704 0.4432

Sumber: Rancangan Malaysia Lapan. (2001-2005). EPU, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.

2.

Guna tenaga dan pengangguran

Pengukuran ini adalah berkait rapat dengan pengukuran kemiskinan, iaitu berdasarkan Jadual 12.12 menunjukkan bahawa peratusan pengangguran telah menurun daripada 5.1 peratus (1990) kepada 2.5 peratus (1996).
Jadual 12.12 Jumlah Guna Tenaga dan Pengangguran (000) 1990 Tenaga buruh 7,042 Guna tenaga 6,686 Pengangguran 356 Kadar pengangguran (%) 5.1 Sumber: Rancangan Malaysia pelbagai tahun. 1995 8,140 7,915 225 2.8 1996 8,372 8,161 211 2.5

3.

Pertumbuhan KDNK

Pertumbuhan KDNK telah mempamerkan pencapaian yang sangat baik, iaitu melebihi daripada 8 peratus setiap tahun sejak dari tahun 1991 hingga tahun 1996 seperti dalam Rajah 12.3. Namun begitu, kegawatan
250

ekonomi akibat serangan nilai mata wang ke atas negara-negara di rantau Asia telah mengancam dan memburukkan keadaan ekonomi negara terutamanya pada tahun 1998 dengan pencapaian pertumbuhan negatif KDNK, iaitu pada 6 peratus sahaja. Walau bagaimanapun, pertumbuhan KDNK kembali mencapai nilai positif menjelang tahun 1999 hingga 2000.
Rajah 12.3 Prestasi Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dalam Tahun 1995 hingga 2000

12 10 8 6 4 2 0 -2 -4 -6 -8 -10 Tahun

KDNK

1994 1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

2002

Sumber:

Perbendaharaan, Kementerian www.treasury.gov.my

Kewangan

Malaysia

4.

Pembasmian kemiskinan

DPN telah menjangkakan kadar kemiskinan negara dapat diturunkan ke paras 7.2 peratus dalam tahun 2000. Pelbagai usaha dijalankan bagi memenuhi sasaran tersebut. Berdasarkan kepada Jadual 12.14 secara keseluruhannya, KDNK dan pendapatan purata bulanan bagi setiap negeri mengalami peningkatan dari setahun ke setahun. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang yang ketara di antara negeri maju dan negeri kurang maju. Negeri-negeri kurang maju seperti Kelantan, Perlis dan Pahang masih mempunyai pendapatan purata bulanan isi rumah kurang daripada RM1,500, sedangkan pendapatan purata bulanan isi rumah untuk Malaysia secara keseluruhannya ialah RM2,472 pada tahun 2000. Negeri-negeri maju seperti Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai pendapatan purata bulanan isi rumah melebihi RM3,000.

251

Jadual 12.14 Keluaran Dalam Negara Kasar Per Kapita dan Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah Mengikut Negeri KDNK (RM) 1990 - Mengikut harga tahun 1978 1995 & 2000 Mengikut harga tahun 1987 1990 Negeri Maju: Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Pulau Pinang Selangor WP Kuala Lumpur Negeri Kurang Maju: Kedah Kelantan Pahang Perlis Sabah Sarawak Terengganu Malaysia 4836 3,983 3,587 3,824 3,357 4,934 6,558 7,608 3,728 2,600 1,739 3,278 2,973 4,500 3,883 7,124 4,392 1995 12,940 10,007 11,305 9,034 9,290 15,054 14,168 22,799 8,027 6,391 4,484 7,548 7,634 7,206 9,287 16,553 10,756 2000 17410 13954 15723 12,791 13,183 21,469 17,363 30,727 10,893 8,918 6,241 10,370 10,802 9,123 12,755 22,994 14,584 Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah 1990 1413 1,220 1,190 1,162 1,067 1,357 1,790 2,102 998 860 726 1,092 852 1,358 1,199 905 1,254 1995 2277 2,138 1,843 1,767 1,436 2,225 3,162 3,371 1,376 1,295 1,091 1,436 1,158 1,647 1,886 1,117 2020 2000 2846 2,646 2,260 2,335 1,743 3,128 3,702 4,105 1,660 1,612 1,314 1,482 1,431 1,905 2,276 1,599 2,472

Sumber: Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1995-2000). EPU, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.

Jadual 12.15 pula menunjukkan kadar kemiskinan pada tahun 1990, 1995 dan 1999. DPN hanya mampu menurunkan paras kemiskinan dari 17.1 peratus pada tahun 1990 kepada 8.1 peratus sahaja pada tahun 1999 walaupun sasaran ditetapkan agar kadar kemiskinan dapat dikurangkan sehingga 7.2 peratus pada tahun 2000.

252

Jadual 12.15 Kadar Kemiskinan (%) pada Tahun 1990, 1995, 1999

1990 Jumlah Bandar

1995 Luar Luar Jumlah Bandar Bandar Bandar

1999 Jumlah Bandar Luar Bandar

Malaysia (Keseluruhan)

17.1

7.5

21.8

9.3

4.1

15.6

8.1

3.8

13.2

Sumber: Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1995- 2000). EPU, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.

5.

Pencapaian sumber manusia

Negara Malaysia kini sedang menuju ke ambang era perindustrian moden dan memerlukan tenaga manusia yang ramai serta berkebolehan dalam pelbagai bidang baru. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh RRJP2, pembangunan sumber manusia di negara ini perlu diperkukuhkan dengan peningkatan pembangunan sumber manusia bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan produktiviti. Pengukuhan ini melibatkan kefahaman, antara lain tentang dinamika penduduk, dasar sosial, isu pasaran buruh dan perancangan tenaga manusia. Oleh yang demikian, buruh yang berpengetahuan menjadi faktor utama dalam menjayakan hasrat negara untuk mencapai tahap perindustrian yang tinggi. Dalam tempoh rancangan yang telah dicanangkan oleh pihak kerajaan, permintaan terhadap guna tenaga telah menunjukkan peningkatan kepada 3.0 peratus setahun. Hal ini disusuli dengan kapasiti pengambilan institusi kemahiran yang ditingkatkan untuk memenuhi pertambahan dan perubahan permintaan industri terhadap tenaga manusia mahir. Kualiti dan peningkatan sesuatu pekerjaan itu amat bergantung kepada skim latihan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Antara tempoh dari tahun 1991 hingga 2000, institusi latihan awam telah meningkatkan pengambilan pelatih mahir demi memenuhi permintaan pihak kerajaan. Pada tahun 1995, seramai 15,428 pelatih telah diambil dan jumlah terus meningkat dari tahun ke tahun, iaitu pada tahun 1998 seramai 22,630 telah diambil. Peningkatan ini dapat dilihat dalam Jadual 12.6.

253

Jadual 12.16 Pengambilan Tenaga Kerja Mahir dan Separuh Mahir di Institusi Latihan Awam Mengikut Kursus, 1995-2000
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) % 58.5 34.4 22.2 1.9 10.8 0.7 22.3 7.6 19961998 10.8 12.1 7.7 25.9 11.7 16.6 13.0 53.3 19992000 7.5 7.5 8.0 1.1 15.1 -7.2 33.8 1.6

1995 Kursus Pengambilan Kejuruteraan Mekanikal Elektrikal Awam Ketukangan Bangunan Ketukangan Percetakan Lain-lain Peningkatan Kemahiran Jumlah 10,574 5,991 4,323 260 1,660 154 2,457 583 % 68.5 38.8 28.0 1.7 10.8 1.0 15.9 3.8

1998

2000

Pengambilan 14,333 8,508 5,406 519 2,312 244 3,541 2,100 22,630

% 63.8 37.6 23.9 2.3 10.2 1.1 15.6 9.3

Pengambilan 16,605 9,769 6,306 530 3,063 210 6,338 2,166 28,382

15,428 100.0

100.0

100.0

13.5

12.1

Sumber: Kajian Rancangan Malaysia Ketujuh. EPU, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tempoh ini juga, demi memenuhi permintaan terhadap keperluan tenaga pekerja mahir, pihak kerajaan telah mewujudkan dua institusi latihan kemahiran di negara ini. British-Malaysian Institute yang telah diwujudkan pada tahun 1997, menawarkan kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan komputer, komunikasi dan sistem. Di samping itu, Japan-Malaysian Institute juga telah ditubuhkan pada tahun 1998, menawarkan kursus di peringkat industri yang begitu komprehensif. Usaha sebegini telah menunjukkan pencapaian pihak kerajaan dalam memajukan sumber manusia khususnya di Malaysia. Kita dapati bahawa institusi latihan di Malaysia tumbuh bagai cendawan dalam musim hujan dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan kepada ekonomi negara. Langkah yang telah diambil oleh kerajaan seumpama ini harus dipuji dan ditingkatkan dari masa ke masa. Secara keseluruhannya, dasar pembangunan nasional telah membolehkan bumiputera berdaya saing dalam bidang perniagaan dan pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan bagi golongan tersebut. Seterusnya dasar ini diharapkan dapat melahirkan bumiputera yang setanding dan mendapat bahagian yang saksama daripada sektor pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam bidang profesional, pengurusan dan teknikal.
254

12.6

KESIMPULAN

Bab ini secara keseluruhannya telah memberi penjelasan dan gambaran meluas mengenai keadaan ekonomi Malaysia dalam tempoh masa tertentu. Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia dibincangkan bagi membolehkan pelajar memahami senario ekonomi negara. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang pencapaian dasar-dasar ekonomi yang utama di negara ini seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilaksanakan. Pelaksanaan dasar-dasar tersebut telah memberi impak yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Apakah kesan daripada pengaruh penjajah dalam mencorakkan aktiviti ekonomi negara pada awal kemerdekaan negara? Adakah terdapat perbezaan antara matlamat Dasar Ekonomi Baru dengan Dasar Pembangunan Nasional? Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada satu bentuk pengukuran prestasi pemabngunan sesebuah ekonomi yang berbentuk fizikal seperti pertambahan jumlah pengeluaran barangan industri, pembangunan infrastruktur, pertambahan jumlah sekolah, pertambahan pengeluaran sektor ekonomi dan sebagainya. Ianya boleh menggunakan kaedah pengukuran melalui KNK dan KDNK. Perbezaan di antara pertumbuhan ekonomi dengan pembangunan ekonomi ialah pembangunan ekonomi merupakan satu keadaan pertumbuhan ekonomi yang berlaku diikuti dengan perubahan-perubahan dalam struktur dan corak kegiatan ekonomi. Contohnya, pembaharuan dalam pertumbuhan ekonomi seperti pertumbuhan sektor pertanian berkembang dengan pembaharuan dalam teknologi, peralatan, kepakaran dan
255

2.

sebagainya yang menyumbang kepada kemajuan dalam taraf hidup petani, pengurangan kemiskinan, kejatuhan kadar pengangguran dan sebagainya. 3. (i) (ii) (iii) (iv) (i) (ii) (iii) Pertumbuhan ekonomi. Pembangunan ekonomi. Taraf kebajikan. Pendapatan per kapita. Pendekatan perancangan. Pendekatan mempelbagaikan kegiatan ekonomi. Pendekatan penyeimbangan pembangunan antara wilayah dan kaum.

4.

256

You might also like