You are on page 1of 5

SKRIP JURUACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013 SMK RINGLET Pengacara : Pn Norazliah Ani Tarikh

: 28/6/2013 CUE KETIBAAN VIP ANN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, __________________________________________ _ __________________________________________ _ __________________________________________ _ diiringi En Mohd Razully b Md Shariff, Pengetua SMK Ringlet. Kejohanan olahraga SMK Ringlet pada pagi ini kita mulakan dengan perbarisan masuk kontinjen rumah sukan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat untuk menerima tabik hormat. Perbarisan masuk Kontigen rumah sukan dimulakan dengan pasukan pancaragam diketuai Chan Kit San, dibimbing oleh Pn Kok Chiun Yen dan rakan-rakan dengan kekuatan anggota ___________. seterusnya dengan Rumah Nucleon (Kuning). Kuning bersinar pasti juara, diketuai oleh Hafida bt Md Zaki dengan kekuatan 25 peserta dibimbing oleh Pn Nor Azlina dan Pn Wong Pei Sin. diikuti oleh Rumah Neutron (Merah), pasukan ini tampil ceria dan bersemangat, Si merah Neutron, setangkas helang menyambar, sekuat harimau mengaum, bertemakan Neutronian Wonderland, Neutron pasti berjaya. diketuai oleh Amimuhdin bin Sahmadi dengan kekuatan 31 peserta. Seterusnya Rumah Proton (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, Fairy Tale does Come True menjadi tema, diketuai oleh Mohd Iwan Syah b Mohd Musleh CATATAN Para peserta acara 100m diminta bersedia dan melaporkan diri di meja urusetia.

PERBARISAN

dengan kekuatan 25 peserta. Pembimbingnya Cik Loke Yian Leng Akhir sekali Rumah Electron (Biru), Biru berombak tak gentar digertak, diketuai oleh Mohd Mursyid b Al Arhan dengan kekuatan 24 peserta. Terus membadai di bawah bimbingan En Mohd Afiq Hakim-hakim perbarisan dan hiasan khemah terdiri daripada 1. En Mohd Razully b Md Shariff 2. Pn Noor Manisah bte Mohamed 3. En Che Wang bin Che Ping BACAAN DOA Hadirin sekalian, Majlis pada pagi nan permai ini diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ______________________________ untuk membacakan doa. Terima kasih _______________________________ Mari kita semarakkan semangat patriotik dengan menyanyikan lagu Negaraku dan Negeri Pahang. Hadirin dimohon berdiri. Hadirin dipersilakan duduk. Hadirin sekalian, Kejohanan sukan tahunan kali ke-10 ini diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh ______________________________________ Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawapembawa bendera. Begitulah tadi sempurnya majlis pembacaan ikrar sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini. Yang Berbahagia, Yang Berusaha, En Mohd Razully b Md Shariff, Pengetua SMK Ringlet Pn Noor Manisah bt Mohamed, Penolong Kanan PentadbiranMurid En. Kanayasan a/l Arumugam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NYANYIAN PATRIOTIK IKRAR MURID

ALU-ALUAN

En. Che Wang b Che Ping,Penolong Kanan Kokurikulum Barisan AJK PIBG Barisan pengurus kejohanan dan para AJK Para pelaksana, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera salam budaya 1 Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga SMK Ringlet 2013. Meneruskan acara pada petang yang permai ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Razully bin Md Shariff , pengetua SMK Ringlet untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Panggilan mesra memang ayahanda Boleh bergurau nasihat pun berganda Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua. UCAPAN PERASMIAN VIP Hadirin sekalian Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia _________________________ ________________________________________ untuk memberikan ucapan perasmian. Sektor korporat tugasnya berat Dalam penat masih tunaikan hasrat PERARAKAN KELUAR Takzim terima kasih buat tuan. Hadirin yang dihormati,

UCAPAN PENGETUA

KONTINJEN Rasmilah sudah kejohanan sukan tahunan kali ke-10, seterusnya kita saksikan perarakan keluar kontinjen. ACARA BALAPAN Warga Kejohanan, Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan bagi acara 100m, 4 X 100m dan, 4 X 50m Guru/PIBG. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam acara ini diminta ke arena bagi melicinkan perjalanan acara. Sebagai mengiktiraf kejayaan para atlet kita teruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah Dipersilakan

PENYAMPAIAN HADIAH

CENDERAHATI

(Rujuk meja data) Bagi meneruskan acara majlis mempersilaa Kan En Mohd Razully b Md Shariff Pengetua SMK Ringlet menyampaikan cenderahati kepada Yg Berbahagia _________________________________ Atas kesudian beliau hadir merasmikan acara hari ini. Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Kejohanan Olahraga SMK Ringlet 2013 berakhir sudah. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua guru dan pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan besar dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya p/s Dipersilakan Tuan Pengetua mengiringi tetamu kehormat serta jemputan menikmati juadah yang disediakan.

Hadirin sekalian, Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008 sampai dipenghujungnya. Untuk itu Dengan segala hormatnya dipersilakan. ............ Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

Akhirnya, majlis menjemput dan mempersilakan para guru dan tetamu untuk jamuan ringan.

You might also like