You are on page 1of 6

1.

PERISTIWA ATAU MASALAH YANG DIFOKUSKAN Masalah yang seterusnya yang menjadi fokus saya pada minggu ini ialah murid-murid tidak mendengar arahan daripada guru-guru. 2. PERKEMBANGAN PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN Masalah ini telah lama saya perhatikan sejak dari minggu pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini. Setiap kali perhimpunan, saya perhatikan murid-murid akan berkeliaran dan bermain-main di sekitar dewan. Malah mereka masih bercakap-cakap walaupun guru telah berada di atas pentas. Masalah ini berterusan berlarutan. Satu perkara unik di sekolah ini ialah mereka mengadakan perhimpunan ringkas setiap hari bermula dari hari selasa hingga hari jumaat. Guru-guru dapat menyampaikan info terkini kepada murid-murid. Namun dari segi pelaksanaan, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. loceng akan dibunyikan pada jam 7 pagi. Perhimpunan akan dimulakan selepas loceng dibunyikan. Namun, berdasarkan pemerhatian saya, perhimpunan tidak bermula selepas loceng berbunyi. Murid-murid masih berlari dan bercerita antara satu sama lain. Pengawas juga tidak menjalankan tugas mereka untuk mengawal murid-murid dan memulakan perhimpunan. Oleh yang demikian, satu usaha perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini agar ia tidak berlarutan. 3. ANALISIS MASALAH SECARA TERPERINCI a) PUNCA/ MASALAH/SEBAB/PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN Antara punca yang mendorong kepada masalah ini ialah muridmurid tidak takut dengan guru. Murid-murid di sekolah ini hanya takut dengan sebilangan guru sahaja terutamanya guru-guru lelaki. Contohnya Ust Mohd Fairus dan cikgu Syed. Guru-guru lain di sekolah ini mereka tidak geruni. Hal ini menyebabkan murid-murid sukar untuk di kawal dan tidak mengikut peraturan. Selain daripada itu, pengawas yang kurang tegas juga menjadi punca kepada masalah ini. Pengawas merupakan satu badan yang membantu guru dalam mengawal dan menjaga disiplin murid-murid lain. Namun apa yang saya perhatikan, pengawas juga turut serta

bermain dengan murid-murid lain. Malah mereka juga antara individu yang bermain-main dan bercerita semasa perhimpunan dijalankan. b) KEMUNGKINAN PENYEBAB KEPADA ISU/MASALAH Masalah ini mungkin disebabkan oleh kebiasaan mereka. Mereka telah terbiasa dengan perangai ini. Guru-guru tidak mengambil peranan mereka dalam mengatasi masalah ini. Apa yang saya perhatikan, guru-guru hanya menyerahkan tugas ini kepada guru disiplin dan guru-guru yang mempunyai pengaruh sahaja untuk mengawal murid-murid. c) KELEMAHAN ISU/MASALAH Masalah ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan aktiviti dijalankan lewat daripada yang telah ditetapkan. d) KEKUATAN ISU Umumnya masalah ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan manfaat sama ada kepada guru, murid mahupun pihak sekolah. e) MERAMAL KESAN DAN AKIBAT Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, murid-murid akan terbiasa dengan rutin mereka. Malah mereka akan terbawa-bawa perangai ini hingga mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Selain daripada itu, murid-murid juga tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada guru. Hal ini telah terjadi dan dapat saya perhatikan semasa di dalam kelas. Terdapat sebilangan murid yang tidak hormat dengan guru-guru. Malah masalah tidak hormat guru ini juga berlaku dalam kalangan pengawas juga. 4. KAJIAN LAMPAU BERKAITAN ISU Berdasarkan kepada rujukan dalam sebuah laman sesawang yang ditulis oleh Ummu Humairah, beliau menyatakan faktor-faktor, kesan dan cara mengatasi masalah ini. Berikut ialah artikel yang ditulis oleh beliau. Anak tidak mendengar arahan?

"Cikgu, saya dah tak tahu nak buat macammana dengan asyraf(bukan nama sebenar) ni. Dia bila kita bagi arahan langsung tak faham. Kita suruh dia ambil apa-apa pun dia buat tak tahu je. Kalau solat pun, saya yang terpaksa pegang kepala dia untuk bagi salam. Kalau saya tak betulkan kepala dia, dia akan tetap pandang kiri sampailah baca doa. Nak buat macammana kak, risau saya tengok dia." Cikgu kelas meluahkan kebimbangannya kepada saya. Aduan-aduan sebegini memang selalu saya terima. Guru-guru memang selalu berbincang dengan saya jika ada pelajar-pelajar yang bermasalah. Pelajar-pelajar sebegini selalu kami temui. Kadang-kadang masalahnya biasa, ada juga yang kritikal. Keadaan ini berlaku biasanya ada beberapa faktor. 1. Pelajar ini tidak memahami arahan tersebut. 2. Pelajar tidak mendengar arahan yang diberikan (mungkin suasana bising atau tidak memberi tumpuan) 3. Pelajar tidak mengetahui bahawa apa yang dikatakan oleh guru tersebut adala satu arahan yang perlu dilaksanakan. Faktor-faktor ini pula mungkin berpunca dari sebab-sebab berikut:

1.

Tiada pendedahan mengikut arahan di rumah atau di tempat

asuhan. 2. Anak-anak terlalu di'manja'kanterlalu membantu anak-anak

menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari. 3. 4. Tidak dapat memberi tumpuan atas apa yang telah dikatakan. Tiada keyakinan diri kerana hasil kerja atau usahanya sering

diperlekehkan oleh orang sekeliling

Masalah tidak dapat mengikut arahan ini adalah sesuatu yang kurang baik untuk perkembangan anak-anak. Antara kesan-kesannya ialah :

1.

Tidak berdikari - semua yang hendak dilakukan memerlukan bantuan

orang sekeliling. 2. Tiada keyakinan diri - kerap membetulkan apa yang telah dibuat

(contohnya: memadam tulisan berulang kali walaupun apa yang ditulis itu betul) atau tidak berani melakukan apa-apa tugasan. 3. Tidak faham arahan- maka menyukarkan proses pembelajaran kerana

dalam sesi pembelajaran itu pastinya ada arahan-arahan contohnya 'warnakan gambar dibawah dengan warna hijau'. Masalah ini sebenarnya akan melambatkan proses pembelajaran anakanak. Mengikut pengalaman saya, pelajar-pelajar sebegini akan sedikit terkebelakang berbanding rakan-rakan. Walaubagaimanapun, ia masih boleh diperbaiki. Jadi apa yang perlu kita sebagai ibubapa atau guru lakukan? Saya ada beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini.

1.

Latih si kecil untuk mengikut arahan-arahan mudah. Sebagai contoh:

"Afiq, tolong ambil buku tu.", "Aina, tolong susun kerusi ni." Arahan seperti ini perlulah kerap. Pastikan anak-anak melaksanakan arahan tersebut. Jika dia masih kelihatan kaku, tunjukkan bagaimana nak ambil buku itu, kemudian letak semula dan suruh pelajar itu ambil. Buat berulang kali sehingga dia peka dengan arahan dan boleh mengikutnya. 2. Jika anak tersebut tidak memberi tumpuan tentang apa yang kita

suruh. Letakkan dia di atas paha anda dan katakan kepadanya arahan kita tadi. Ulang beberapa kali dengan jelas, kemudian minta dia lakukan. Perkara sebegini perlulah dilatih sehingga anak ini mudah menerima dan melaksanakan arahan kita. 3. Jangan marah atau membebel. Jika kita berbuat demikian ia hanya

akan memenatkan kita dan menghilangkan mood anak itu dan juga mood kita. Anggap sahaja yang dia belum faham apa yang kita nak dia lakukan. Hanya ulang arahan tersebut dan tunjukkan bagaimana dia dapat buat perkara itu. 4. SABAR! Jika anak itu tidak mengikut arahan anda sekalimaka sabar,

ulanglah lagi. Jika anak itu tak mengikut arahan anda 10 kali maka sabar,

ulanglah lagi. Jika anak itu tidak mengikut arahan anda 100 kali maka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tidak mendengar arahan anda1000 kali maka sabar, ulanglah lagi. Tak kira berapa kali anda ulang arahan itu, maka sabarlah, satu hari nanti dia pasti akan faham dan melaksanakannya. Jadi SABAR lah! Insya Allah usaha anda pasti akan ada ganjaran disisi Allah. 5. CADANGAN MENGATASI Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba berbincang dengan guru disiplin dan juga guru kaunseling untuk mencari solusi untuk mengatasi masalah ini. Kami mungkin boleh berkongsi idea untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada itu, guru disiplin juga perlu memberi sedikit penjelasan kepada pengawas mengenai tugas mereka di sekolah. Hal ini perlu untuk memberi pengetahuan dan gambaran yang cukup bagi murid-murid yang telah ditugaskan menjadi pengawas. 6. TEMPOH MENGATASI MASALAH Bagi mengatasi masalah ini, saya akan menetapkan tempoh untuk membetulkan masalah ini selama 2 minggu. 7. TINDAKAN SUSULAN PERANCANGAN Saya akan membuat pemerhatian secara berkala dalam aktiviti seperti 1M1S dan juga aktiviti perhimpunan yang dijalankan setiap hari. 8. REFLEKSI Secara keseluruhan, masalah tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru merupakan perkara yang biasa dan berlaku di semua sekolah. Namun perrkara ini tidak seharusnya dipandang ringan sahaja. Hal ini kerana perkara ini lama-kelamaan akan menjadi kudis di sekolah. Masalah ini juga akan mendorong kepada berlakunya masalah-masalah disiplin yang lain. Tindakan yang sambil lewa daripada guru-guru akan membuka perspektif baru kepada murid-murid. Mereka akan membuat satu spekulasi iaitu guruguru di sekolah tidak akan mengambil tindakan atas tingkah laku yang mereka tunjukkan.

You might also like