You are on page 1of 1

APAM GULA HANGUS

Oleh: Muza Muzawati 2 biji telur 1 cawan gula pasir 1 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin 2 sudu susu pekat 1 sudu teh soda bikarbonat. 1 1/2 cawan tepung gandum. Cara-cara Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

You might also like