You are on page 1of 16

U N IV E R S IT IP E N D ID IK A NS U L T A NID R IS 3 5 9 0 0T A N JU N GM A L IM ,P E R A K .

F A K U L T I P E R N IA G A A ND A NE K O N O M I

P P U4 0 2 3 K A E D A HM E N G A JA RK E U S A H A W A N A N

T A JU K : P E R S E P S IP E N S Y A R A HT E R H A D A PP E N G G U N A A NB A H A S AIN G G E R ISD ID A L A MP E N G A JA R A ND A N P E M B E L A JA R A NM A T E M A T IK D A NS A IN S

D IS E D IA K A NO L E H: S U R H A ID AB T E IS H A K D 2 0 0 6 2 0 2 8 6 6 1

D IS E D IA K A NU N T U K: D R .C H EM O H DZ U L K IF L IB INC H EO M A R P E N S Y A R A HF A K U L T IP E R N IA G A A ND A NE K O N O M I

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS Adzwati Ali Nor Aiza Zamzam Amin Husna Izulzakiah Hamzah Siti Sakinah Mohd. Yusof Kolej Matrikulasi Perak Abstark Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan bagi mengetahui persepsi pensyarah Matematik, Biologi, Kimia dan Fizik sesi 2007/2008 terhadap pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris ketika mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini akan melihat persepsi pensyarah dalam dimensi berikut: i) penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains, ii) kemampuan pensyarah dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan iii) pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Kajian ini melibatkan seramai 73 orang pensyarah merangkumi 25 Matematik, 9 Fizik, 24 Kimia dan 15 Biologi. Kajian ini menggunakan soal selidik yang menggunakan skala Likert 5 poin. Analisis statistik yang digunakan ialah min, peratus dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhannya min persepsi pensyarah melebihi 3.00 iaitu diantara 3.56 hingga 4.21 bagi dimensi (i), 3.22-4.33 bagi dimensi (ii) dan 3.33-3.83 bagi dimensi (iii). Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi dimensi 1 dan 3 berdasarkan tempoh pengalaman bekerja. Manakala, bagi kadar kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah, analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan bagi semua dimensi. Ini membuktikan tahap kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi persepsi pensyarah terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.
PENDAHULUAN

Sains dan matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran sanis dan Matematik yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan Matematik dan sains kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik. Perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah.

Menurut Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Penggunaan yang kerap di sekolah sudah pasti akan membantu pelajar terutamanya pelajar bumiputera memahirkan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris. Cadangan penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa itu di samping memantapkan kefahaman kedua-dua mata pelajaran tersebut. Ini adalah alasan yang baik untuk berubah. Ia perlu bagi menyediakan masyarakat Malaysia yang mampu menguasai bahasa Inggeris dan bersedia menghadapi era globalisasi dengan penuh keyakinan. Menurut Azlina (2003), Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagaikiller subject terutamanya di kalangan pelajar luar bandar.
PERNYATAAN MASALAH

Dua teras utama Dasar Wawasan Negara yang secara langsung memerlukan sokongan bidang pendidikan ialah pertama, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai tambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa. Kedua mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan. Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Situasi ini berlaku kerana kebanyakan guru-guru yang terlibat adalah yang masih bermodalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada sepuluh tahun yang lalu dan tidak pasti akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing pada hari ini dengan cekap dan berkesan. Guru ataupun pensyarah bukan sahaja perlu memperkasakan kaedah dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris yang dilaksanakan supaya berkesan tetapi memastikan ilmu pengetahuan dan maklumat yang dibekalkan kepada pelajar dapat diterima. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris diharapkan mampu mempertingkatkan pencapaian pelajar-pelajar matrikulasi sebagai persediaan awal dalam memberi latihan kepada bakal sumber tenaga manusia negara ini. Dalam masa yang sama para pensyarah di Kolej Matrikulasi turut sama mengalami perubahan sistem pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Ekoran itu mereka perlu banyak membuat rujukan untuk memantapkan penggunaan istilah yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajar. Bahkan mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai istilah Bahasa Inggeris dan mendalami pengetahuan dalam pengaplikasian komputer. Program persediaan masih berjalan dan berterusan, termasuk latihan guru untuk menyediakan mereka mengajar kedua-dua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Untuk 2memastikan pensyarah benar-benar mahir dalam Bahasa Inggeris, kursus intensif Bahasa Inggeris jangka pendek, program motivasi dan skim insentif khas telah diadakan untuk meningkatkan tahap keupayaan mengajar dan peningkatan prestasi di kalangan pensyarah yang terlibat.

PERSOALAN KAJIAN Antara persoalan kajian ini adalah seperti berikut: 1. 2. Apakah persepsi pensyarah Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah persepsi pensyarah Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah? 3. Apakah persepsi pensyarah Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahun pengalaman mengajar? KERANGKA KONSEP KAJIAN Kajian ini menjuruskan kepada pensyarah-pensyarah Sains dan Matematik kolej Matrikulasi Perak, yang menekan tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ianya bolehlah dirumuskan sebagai akibat dan kesan daripada pembolehubah bebas dan pemblehubah bersandar. Pembolehubah bebas terdiri faktor demografi iaitu jantina, bangsa, subjek yang diajar, kekerapan penggunana Bahasa Inggeris di rumah dan tahun pengalaman mengajar. Manakala, pembolehubah bersandar pula terdiri daripada 3 dimensi iaitu dimensi (i) Penggunaan Bahasa Inggeris Pensyarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik , dimensi (ii) Kemampuan Pensyarah menggunakan Bahasa Inggeris dan dimensi (iii) Pandangan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik RAJAH 1 Kerangka Konseptual Kajian
PEMBOLEHUBAH BEBAS
Faktor Demografi Kekerapan menggunakan Bahasa Inggeris di rumah Tempoh Pengalaman mengajar

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
Penggunaan Bahasa Inggeris Pensyarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Kemampuan Pensyarah menggunakan Bahasa Inggeris Pandangan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

TINJAUAN LITERATUR Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Polisi kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa terpenting selepas bahasa Melayu. Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua terpenting selepas bahasa Melayu, namun kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (Fasold, 1999). Hasan Basir Budiman, (1997) menjelaskan guru harus memainkan peranan untuk mengubah dan memperbaiki kualiti diri di samping berusaha keras mengilmukan diri masing-masing sesuai dengan kehendak masa. Manakala tahap kesediaan pelajar yang kurang mencukupi juga merupakan masalah bagi proses pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Inggeris (Yen Yeong, 2004). Berdasarkan kajian Wilson et al (2002) ia menunjukkan bahawa terdapat konsistensi antara pemikiran guru dan keputusan yang dibuat oleh guru berhubung dengan pengajaran. Justeru, penyelidikan ke atas sistem pemikiran guru disokong untuk memahami pemboleh ubah utama dalam melaksanakan kurikulum (Onosko,1989)Manakala menurut Taib (1998), penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia hanya tertumpu kepada golongan atasan sahaja yang mana di dapati kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (Fasold, 1999). METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang ingin melihat persepsi pensyarah terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik di Kolej Matrikulasi Perak. Kajian tinjauan sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai personaliti, persepsi atau tingkah laku responden. Ia juga digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah berkenaan wujud. Metodologi penyelidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi sesuatu matlamat penyelidikan (Mohd. Majid Konting, 1993). Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data amat bergantung kepada objektif dan jenis penyelidikan yang dijalankan. Dengan ini secara amnya, bab ini akan membincangkan dari aspek metodologi dalam penyelidikan yang merangkumi populasi kajian dan teknik persampelan, rekabentuk kajian, tatacara pengumpulan data, instrumen kajian dan analisis kajian yang dijalankan. PERSAMPELAN Responden bagi kajian ini merupakan semua pensyarah Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia. Data-data bagi persampelan kajian ini diperolehi dari dua sumber utama iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah data yang akan diperolehi dari maklumbalas para pensyarah Sains dan Matematik yang dipilih melalui soal selidik . Menurut, Sekaran (1992), soal selidik melalui tinjauan adalah yang paling berkesan dalam pengumpulan data. Data sekunder yang digunakan pula adalah didapati dari 5

penyelidikan pepustakaan meliputi kajian ke atas buku-buku, majalah, jurnal-jurnal, hasil kajian yang lepas dan laporan tahunan. Satu lagi sumber utama ialah melalui lamanlaman web di mana pelbagai artikel boleh diperolehi yang banyak membantu dalam mendalami permasalahan yang dihadapi dan yang dikaji.
JADUAL 1 Populasi dan Persampelan

JABATAN
Matematik Sains Biologi Fizik Kimia JUMLAH

UNIT
Matematik

SAMPEL 25 15 9 24 73

REKABENTUK KAJIAN Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan secara saintifik, sistematik dan kritikal terhadap sesuatu masalah yang dijalankan berdasarkan kepada objektif untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian terhadap masalah tersebut (Sekaran, 1992 ) Berdasarkan penerangan ringkas di atas, kajian ini dijalankan secara kuantitatif selaras dengan objektif kajian yang telah dibentuk, maka kajian ini boleh dikategorikan sebagai penyelidikan asas yang bertujuan untuk mengetahui persepsi pensyarah yang telah mengajar subjek Matematik, Biologi, Kimia dan Fizik dalam Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Perak. Ia juga bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Kajian ini melibatkan kerja-kerja lapangan dan data yang akan dikutip daripada hasil soalselidik yang diedarkan dan dianalisis bagi menentukan persepsi pensyarah . KAEDAH PENGUMPULAN DATA Soal selidik telah diagihkan kepada Ketua-ketua Unit Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia. Pengkaji menerangkan secara terperinci akan segala prosedur yang perlu dilakukan. Ketua Unit tersebut memainkan peranan dalam memberikan penerangan dan penjelasan serta garis panduan kepada para pensyarah yang dipilih. Responden tidak dikehendaki menulis nama mereka pada kertas soal selidik untuk mempastikan kerahsiaan responden berkenaan. Masa yang diberikan kepada responden berkenaan 6

untuk mengembalikan soal selidik adalah di antara satu hari hingga dua hari. Mereka boleh mengembalikan soal selidik tersebut kepada Ketua Unit masing-masing. INSTRUMEN KAJIAN Satu set soal selidik dibentuk di mana soalan-soalan yang dibina akan dapat mengumpulkan maklumat bagi menjawab soalan-soalan kajian. Soalan-soalan ini diletakkan di bawah dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan-soalan mengenai faktor-faktor latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi soalansoalan yang berkaitan persepsi pensyarah terhadp penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. PEMBOLEHUBAH BEBAS DAN PENGUKURAN Untuk mengukur persepsi pensyarah terhadap PPSMI, instrumen penyelidikan iaitu soal selidik ini telah dibentuk berdasarkan kepada soal selidik yang telah digunakan oleh kajian lepas seperti kajian Yusminah Mohd. Yusof (2006). Sedikit perubahan dibuat untuk diesuaikan dengan responden yang terdiri daripada para pensyarah Sains dan Matematik. PEMBENTUKAN ITEM SOALSELIDIK Bagi Bahagian A, soal selidik adalah berfokuskan kepada faktor-faktor latar belakang atau demografi responden Sebanyak lima (5) soalan diperuntukkan bagi bahagian ini. Aspek-aspek demografi adalah jantina, bangsa, subjek, kekerapan menggunakan Bahasa Inggeris di rumah dan tahun pengalaman mengajar. Bahagian B soal selidik ini mengandungi 13 soalan yang menghendaki responden memberikan persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahas Inggeris. Persepsi tersebut terbahagi kepada tiga dimensi iaitu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, kemampuan pensyarah menggunakan Bahasa Inggeris semasa P & P dan pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam P & P. Pengukuran dibuat mengikut skala Likert 5 mata. Pilihan responden adalah : 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (kurang setuju) dan 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju). Terdapat 13 item bagi melihat persepsi pensyarah dalam setiap subjek. Item 1, 3, 4, 7, 10 mengukur persepsi pensyarah terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Item 2, 5, 6, 9, 11 pula mengukur persepsi responden terhadap kemampuan pensyarah menggunakan Bahasa Inggeris semasa P & P. Manakala, item 8, 12, 13 mengukur persepsi pensyarah terhadap pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam P & P Sains dan Matematik. ANALISIS DATA Analisis data bagi kajian ini akan dilakukan dengan menggunakan pakej statistic SPSS. Data akan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai dan ANOVA sehala digunakan untuk memerihalkan

data demografi responden yang meliputi jantina, bangsa, subjek, kekerapan menggunakan Bahasa Inggeris di rumah dan tempoh pengalaman mengajar. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Penyelidik telah menggunakan SPSS untuk menganalisis data daripada soalselidik yang telah diedarkan kepada 110 orang pensyarah Sains dan Matematik di Kolej Matrikulasi Perak. Oleh kerana atas sebab-sebab tertentu, hanya 73 soalselidik sahaja yang diperolehi dari responden. Analisis Bahagian A : Latar belakang responden Jadual-jadual di bawah menerangkan dapatan bagi Bahagian A iaitu faktor-faktor demografi responden iaitu dari aspek jantina, bangsa, subjek yang diajar , kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah dan jumlah tahun mengajar di Kolej Matrikulasi Perak.

Mengikut jadual di atas, responden adalah terdiri daripada 23 orang pensyarah lelaki (31.5%) dan 50 orang (68.5%) pensyarah perempuan dari Jabatan Sains dan Matematik. Seterusnya pembahagian responden mengikut kaum iaitu seramai 60 (82.2%) berbangsa Melayu, 8 (11.0%) orang berbangsa Cina dan 5 orang berbangsa India 5 (6.8%). Jadual di atas memberikan gambaran jumlah pensyarah dari setiap unit Sains dan Matematik. 15 orang (20.5%) responden dari Unit Biologi, 9 orng (12.3%) dari Unit Fizik, 24 orang (32.9%) dari Unit Kimia dan 25 orang (34.2%) adalah pensyarah Matematik.

Pengkaji juga mendapat maklumat berkenaan kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah dan tempoh pengalaman mengajar. Jadual 3 di atas memberikan taburan data berkenaan. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden jarang atau hanya kadangkadang menggunakan Bahasa Inggeris rumah iaitu 37% (27) dan 38.4% (28). Hanya sebilangan kecil (4.1%) yang sangat kerap berkomunikasi di rumah menggunakan Bahasa Inggeris. Jadual di atas juga menerangkan pembahagian responden dari segi pengalaman mereka. Seramai 5 responden (6.8%) mempunyai pengalaman mengajar selama kurang dari 1 tahun sahaja. 29 responden (39.7%) berpengalaman selama 1-3 tahun, 24 responden (32.9%) bagi setiap kategori 3-5 tahun. Akhir sekali, 15 responden (20.5%) mempunyai pengalaman mengajar lebih 5 tahun. Analisis Bahagian B Persoalan Kajian 1 Kajian ini menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu Apakah persepsi pensyarah Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran? Berikut adalah rumusan dapatan yang dibincangkan mengikut dimensi.

Bagi dimensi pertama iaitu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, para pensyarah mempunyai min persepsi antara 3.50-4.21 bagi semua item. Min terendah bagi dimensi ini adalah pensyarah Kimia (3.54) bagi item saya melayan soalan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Manakala, item 3 dan 4 iaitu Saya menggunakan istilah dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami dan Saya menggunakan bahan mengajar dalam Bahasa Inggeris mempunyai min persepsi yang tinggi juga dari pensyarah Kimia iaitu 4.21. Bagi dimensi kedua iaitu kemampuan pensyarah menggunakan Bahasa Inggeris, para pensyarah mempunyai min persepsi kurang dari 4.00 bagi kebanyakan item. Walaubagaimanapun, min persepsi yang melebihi 4.00 adalah untuk item Saya bersedia untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris di dalam kelas adalah bagi pensyarah Matematik (4.04) dan pensyarah Kimia (4.33) dan item Saya mampu mengajar dalam Bahasa Inggeris dengan berkesan bagi pensyarah Kimia (4.00). Manakala min persepsi yang terendah, adalah bagi pensyarah Fizik (3.22) untuk item 9 iaitu Saya lancar menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi dimensi ketiga iaitu pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kurang dari 4.00 bagi semua item. Item yang memberikan min persepsi yang terendah adalah pada item saya rasa seronok mengajar

10

dalam Bahasa Inggeris iaitu pensyarah Biologi (3.33). Justeru itu, ini membuktikan para pensyarah masih kurang setuju dengan pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains. Persoalan Kajian 2 Persoalan kajian yang seterusnya ialah Apakah persepsi pensyarah Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia berdasarkan kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah?

11

* *Signifikan pada aras p<0.01

Ujian ANOVA satu hala (Jadual 6) menunjukkan bahawa terdapat min persepsi yang signifikan bagi ketiga-tiga dimensi. Untuk menentukan kadar kekerapan yang berbeza secara signifikan, ujian Post Hoc ANOVA Tukey HSD telah dijalankan dan hasil ditunjukkan di Jadual 7, 8 dan 9.

12

13

14

KESIMPULAN Pensyarah dan guru sememangnya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk membantu pelajar mereka menguasai Bahasa Inggeris serta sokongan padu seluruh masyarakat bagi memastikan pelajar tidak keciciran dalam menguasai Sains dan Matematik akibat masalah bahasa ini dan mereka juga perlu memajukan diri mereka sendiri dalam menguasai Bahasa Inggeris. Ini memandangkan kerajaan memperuntukan setiap pelajar boleh menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua untuk menempuh cabaran dunia yang semakin sengit. Oleh itu, terdapat beberapa ruang yang perlu dititikberatkan dan dibaiki iaitu seperti penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih jelas. Para pensyarah dan guru terlebih dahulu perlu fasih untuk berbahasa Inggeris dalam usaha menguasai bahasa tersebut kerana Sekiranya mereka fasih dalam penggunaan Bahasa Inggeris serta kerap mnggunakannya di mana-mana sahaja, maka keyakinan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris akan lebih tinggi. Seterusnya, ini bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih lancar dan bermakna. Ini seterusnya dapat merealisasikan perubahan dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan wawasan 2020 dapat dicapai. Tegasnya, individu yang bermotivasi dalam pekerjaannya akan meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran

15

sekiranya mereka mempunyai keyakinan yang tinggi untuk membantu pelajar mendapat keputusan akademik yang cemerlang. Walaupun beban kerja ini mencabar namun keadaan ini mampu membantu para guru melaksanakan tugas dengan cekap dan efisyen.

BIBLOGRAFI Abdul Rahman Selamat. (2000) Pengurusan sekolah bestari. Kuala Lumpur : Badan Cemerlang Sdn. Bhd.. Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan .Tanjung Malim: 20Quantum Book. Anis Suraya Sufian. 2004. Sains dan matematik dalam BI berakhirkah konfrontasi dalam Dalam Dewan Masyarakat keluaran Januari 2004. hlm 12-14. Ary, D. Jacobs, L.C. & Razaveigh, A. (2002). Introduction to research in education. Fort Worth: Harcourt Barce College Publishers. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Etems / English for teaching mathematics & science http://www.tutor.com. my/tutor/etems. Raymond A. Noe,John R Hollenbeck, Barry Gerhart et.al. 2000. Pengurusan sumber manusia. Shah Alam : Mc Graw Hill. Salina Ibrahim. 2002. Isu pendidikan: Cari resolusi secara ilmiah dari http://myschoolnet. ppk. kpm.my/arkib/a _ berita/2002/06_12_01.htm Sahbulah Mohmad Darwi. 2002 Peperiksaan guna bahasa Inggeri: sains, matematik bagi UPSR, PMR dan SPM mulai 2003 dalam Utusan Malaysia keluaran 17 Jun 2003. Sekaran, Uma. (1992). Research method for business: A skill building approach . (2nd ed.)New York: John Wiley & Son, Inc. Syuhada Choo Abdullah. 2002. Pencapaian matematik rendah: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002 dalam Berita Harian keluaran 30 Oktober 2002. Yusminah Mohd. Yusuf dan NurAshiqin bt. Najmuddin. 2006. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik. Seminar Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

16

You might also like