You are on page 1of 2

INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG

Emas sarat tampak memikat, Hiasi dulang berisi gelang; Kualiti hebat prestasi ditingkat, Insan cemerlang Negara gemilang. Cetusan barakah buat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual berkarisma , siding hadirin warga dewan berwibawa..........Assalamualaikum... dan salam karisma. Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan Akademi Fantasia, maka saya bukanlah Mila ataupun Farah, tetapi pelajar akademi SK. Sayong yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk Insan Cemerlang , Negara Gemilang Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi iaitu Naib Canselor UUM ialah INSAN CEMERLANG ialah insane yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya kearah kemajuan seiring perkembangan zaman. MANAKALA mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad pula berkata, frasa NEGARA GEMILANG ialah negara yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalam segal aspek iaitu politik, ekonomi mahupun sosial. Sidang penonton yang penuh santun, Bicara saya yang pertama, ialah Insan berintegriti Negara dijulang. Integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur bagi menjadikan Negara dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masyarakat seharusnya memahami nilai-nilai kemanusian yang menjadi amalan bagi membentuk insane cemerlang. Sebagai warganegara Malaysia, saya berasa bangga kerana rakyat Negara ini sudah mempunyai nilai integrity yang baik. Buktinya, Ku Azhar Ku Abd. Razak yang merupakan bekas tentera telah berjaya menjadi usahawan negara dengan berjaya membuka Syarikat Perusahaan Feri yang terbesar di Malaysia iaitu JMV Tradetech. Sidang hadirin warga dewan budiman, Bicara saya yang kedua, ialah Insan bersatu negara maju . Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan yang telah digagaskan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abd. Razak bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Berteraskan nilai-nilai murni yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, 1 Malaysia 1 suara iaitu sama-sama berganding bahu menggembeleng tenaga dalam memastikan aspirasi negara iaitu WAWASAN 2020 tercapai jika diterapkan dalam sanubari lapisan masyarakat. Inilah yang kita inginkan, insane bersatu, masyarakat berpadu , negara pasti maju.

Hadirin-hadirat sekalian, Bicara saya yang ketiga, iaitu Insan kreatif dan inovatif meningkatkan produktiviti. Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan terhadap institusi pendidikan negara. Seterusnya, Berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara. Hal ini kerana, dalam dunia yang penuh cabaran seseorang individu perlulah mengolah sesuatu yang baru dan segar berdasaarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain, yang ingin dibentuk dalam diri modal insan. Contohnya saudara Najmi Faiz Mohamed Aris, iaitu pelajar PHD dalam bidang Nano mengharumkan nama Negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insan yang kreatif dan inovatif inilah yang berjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda iaitu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain. Hadirin yang penuh santun, Bicara saya yang keempat, iaitu Insan berilmu meningkatkan kualiti insani. Hakikat dan lumrah kehidupan, masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi akan diberi keutamaan atau penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikan bahawa keagungan sebuah tamadun diukur melalui tahap keintelektualan dan nilai integriti tamadun tersebut. Contohnya Alkhawarizmi, tokoh ulung dalam bidang Matematik di mana hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teori trigonometri. Manakala tokoh barat, Professor Hitti sangat menyanjung beliau dan menganggap tokoh Islam itu antara saintis ulung dunia. Selain itu , saya bawakan contoh-contoh pelajar cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Azali Azlan dan adik Nur Madihah. Ini membuktikan insan berilmu dapat meningkatkan kualiti diri yang unggul , sekaligus mampu memberi sumbangan besar kepada negara . Hadirin budiman, Tuntasnya, insan cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju dalam membina dan mencanai negara kearah kegemilangan yang sejagat. INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG Salam integriti, sekian.

You might also like