You are on page 1of 3

RUMUSAN Alhamdulilah, mulai 27 30 Ogos 2012, saya berada di Sk.

. Coronation Park, Perak untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS) selama seminggu demi melengkapi sebahagian tugasan ijazah perguruan. Pada kali ini, saya dikehendaki menyiapkan beberapa tugasan yang telah diberikan dan dilaksanakan berdasarkan pemerhatian selama berada di sekolah. Tugasan kali ini dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu peranan pengurusan sekolah, Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras Pendidikan Khas dan organisasi sekolah dalam pelaksanaan program pendidikan khas. PBS berjalan dengan baik sepanjang minggu ini. Pihak sekolah daripada pengurusan, guru-guru staff dan pekerja swasta telah memberi sepenuh pertolongan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Banyak ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dapat saya perolehi. Pada hari pertama, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, pada hari pertama, saya dan rakan-rakan mengambil maklumat sekolah dan mengetahui pentadbiran pendidikan khas. Tambahan pula, saya juga mengetahui program prisma yang dijalankan di sekolah di Perak sahaja. Program prisma ini bertujuan melahirkan pelajar pendidikan khas yang mempunyai progresif, responsif, inovatif, sensitif, pengurusan dan akauntabiliti. Seterusnya, saya dan rakan mengambil kesempatan melihat aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut. Antara yang menjadikan tarikan saya ialah prorgram kemahiran hidup. Terdapat 5 latihan atau kemahiran yang dilaksanakan, iaitu berkebun, dobi, bakeri, memasak dan menjahit. Kesemua ini dijalankan oleh murid tahap 2. Pada mulanya, saya tidak percaya bahawa murid pendidikan khas mampu melakukan semua itu. Setelah melihat dengan mata saya sendiri, saya percaya dan yakin bahawa murid pendidikan khas boleh melakukan semua itu. Saya melihat mereka menjahit kraftangan menggunakan manik. Hasil yang ditunjukkan juga kemas dan menarik. Bagi bahagian masakan dan bakeri pula, murid pendidikan khas boleh membuat kek. Kek yang dibuat akan dijual kepada warga sekolah dengan harga yang berpatutan. Selain itu, saya juga dapat melihat bagaimana sesi P&P dijalankan di sekolah tersebut. Ternyata guru-guru rajin dalam menjalankan tanggungjawab. Sesi P&P

bagi KSSR dijalankan dengan lancar. Antara yang menjadi tarikan saya ialah kelas inovasi yang dijalankan di sekolah tersebut. Sekolah tersebut menjadi perintis bagi program tersebut. Kelas inovasi ini mempunyai jadual waktu berbentuk grafik. Apabila melihat gambar tersebut, murid dapat mengetahui waktu tersebut. Selain itu, kelas tersebut menitikberatkan bermain sambil belajar. Guru-guru juga menunjukkan kesungguhan dalam mendidik anak murid mereka. Tambahan pula, pada minggu tersebut sibuk dengan persediaan menyambut hari kemerdekaan. Pelajar-pelajar sekolah tersebut tidak ketinggalan bersama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah persembahan nyanyian lagu-lagu patriotisme dan pentomen daripada murid prasekolah pendidikan khas. Dari situ, saya dapat melihat bahawa murid pendidikan khas ini juga mempunyai bakat dan kelebihan yang tersendiri. Mereka bernyanyi dengan semangat walaupun dengan bahasa yang kurang jelas. Selain itu, sekolah tersebut juga aktif dalam kokurikulum. Pada minggu tersebut, ramai pelajar yang pergi menyertai pertandingan futsal, bowling dan lain. Tuntasnya, sekolah tersebut menggalakkan pelajarnya aktif dalam semua bidang. Saya dan rakan juga diberi peluang oleh guru penolong kanan kokurikulum bagi mengendalikan aktiviti kokurikulum untuk murid arus perdana. Pada petang tersebut, saya dan rakan menjalankan aktiviti treasure hunt dan permainan kecil. Aktiviti treasure hunt yang dijalankan berkaitan dengan bulan kemerdekaan. Permainan kecil pula dijalankan secara berkumpulan. Kami semu turut sama bermain dengan pelajar tersebut. Pada akhirnya, pelajar tersebut gembira dengan aktiviti yang dijalakan. Saya dan rakan berharap agar kami meninggalkan sesuatu yang akan menjadi kenangan dan ingatan bagi warga sekolah tersebut. Sepanjang seminggu berPBS banyak sangat ilmu, pengetahuan, bahasa,

sosiobudaya dan persekitaran pendidikan khas yang dapat saya pelajari. Sekolah tersebut menarik kerana mempunyai pelbagai aktiviti dan program. Maka, murid juga aktif dalam semua bidang. Saya berasa seronok kerana dapat melakukan PBS di sekolah tersebut. Selain itu, saya juga mempunyai keberanian dan keseronokan untuk menjadi seorang guru pada suatu hari nanti. Saya berharap segala pengalaman sepanjang PBS di sekolah tersebut dapat saya kongsikan bersama rakan yang lain. Pengalaman yang diperolehi akan saya jadikan

panduan untuk saya kelak. Saya juga berharap agar sekolah tersebut dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang berjaya bagi merubah persepsi masyarakat luar terhadap murid pendidikan khas.

You might also like