You are on page 1of 14

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-kanak.

Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia di sekeliling mereka. ii) Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubunglkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. iii) Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. iv) Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif
i)

sambungan

OBJEKTIF Pada akhir topik ini anda akan dapat: Mempertingkatkan kefahaman tentang fitrah kanak-kanak dalam proses perkembangan diri mereka; Menjelaskan keperluan asas kanak-kanak; Memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak; Mmenjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan Mengetahui tentang perkembangan diri kanak-kanak melalui seni.

sambungan

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui.

sambungan
Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanakkanak. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.. Proses kreativiti boleh melibatkan

i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil. iii)Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak

Seni dalam pendidikan membantu memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak dapat memuaskan naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur.

Dauer dan Pangrazi mengenalpasti 9 keinginan asas kanak2. 1. Keinginan untuk bergerak 2. Keinginan untuk berjaya dan dihargai 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan rakan sebaya 4. Keinginan untuk bersaing 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik 6. Keinginan untuk meneroka 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan 9. Keinginan untuk kefahaman

Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika

diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam tahap fisiologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanakkanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estettik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi.

Oleh itu untuk mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan

langkah-langkah berikut: Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN KANAK-KANAK


Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Aktiviti seni dapat direkabentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat, samada dari segi emosi, rohani, fizikal, sosial dan intelek. Aktiviti seni mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak.

IRAMA, WARNA DAN RUANG


Tiga komponan utama seni yang terdiri daripada Irama, Warna dan Ruang. Dapat Membentuk keindahan estetik dalam kehidupan seharian.

Dengan mengenalpasti, mendalami dan memahami ketiga-tiga komponen ini maka kita akan dapat memperindahkan proses P&P kita agar ianya lebih menarik dan lebih mencapai apa yang dihasratkan.
Sebagai contoh, irama pergerakan hidup dan warna-warna yg dikaitkan dengan pelbagai pilihan yg boleh dibuat dalam kehidupan.

sambungan

Kepentingan komponen seni ini akan lebih memudahkan para pendidik melihat dan mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan apabila ianya dapat mengintergrasikan secara baik

dalam P&P. Tuntasnya, setiap P&P akan lebih berkesan dan menyeronokkan.

IRAMA
Segala yang berkaitan dengan kehidupan boleh dikaitkan dengan

irama. Sebagai contoh, irama denyutan jantung, pernafasan, semasa berjalan dan sebagainya. Begitu juga irama boleh dilihat melalui pergerakan corak, warna dan rupa. Setiap bentuk alunan irama yg didengar , sebenar ianya adalah dimainkan dalam satu bentuk rentak yang khusus dan tersendiri. Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama seperti semasa belajar mengira, melukis corak dan melakukan aktiviti pergerakan. Irama dapat mempertingkatkan tahan tumpuan, penglibatan diri secara bersemangat dan seterusnya mempertingkatkan potensi dan keseronokan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu.

WARNA

Warna memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan manusia, baik dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi. Pemakaian pakaian yang berwarna terang menggambarkan personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam budaya masyarakat cina. Begitu juga dengan warna hijau memberi kesan kepada kehidupan yang tenang dan damai. Sebagai contoh, aktiviti mencampurkan warna dan kemudian disapukan warna tersebut ke atas sesuatu objek, ianya akan menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian. Dari sudut pelajar ianya akan menghasilkan suatu teknik yang kreatif dan kritis, terutamanya , imaginasi mereka dalam pemilihan warna yang sesuai.

RUANG
Ruang yang dimaksudkan ialah semua pergerakan kita di dalam ruang sekeliling kita. Sebagai Contoh, di dalam bilik darjah, di Padang, dalam Bas dan juga di atas sekeping kertas kosong. Memahami konsep ruang akan membolehkan kita mahir dan peka tentang pergerakan kita, serta juga dapat memahami dengan lebih berkesan lagi untuk bergerak di dalam ruang yg selamat dan mahir.

sambungan

Teori kecergasan manusia(1983- Howard Gardner) Menjelaskan kecergasan ruang melibatkan kebolehan untuk melihat dunia visual-spartial dengan lebih tepat. Situasi ini termasuklah untuk kita lebih peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk, ruang dan perkaitan di antaranya. Sebagaimana seorang guru dalam menunjukkan kecerdasan ruang dalam kemahiran pedagogi dan pengurusan. Seperti bilik darjah , ianya perlu disusun dengan dengan menarik dan berkesan agar memudahkan pergerakan guru dan pelajar dengan selamat di dalam kelas, keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

You might also like