You are on page 1of 23

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. OBJEKTIF Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dang bengkel ini, diharapkan guru pelatih akan dapat: 1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah. 2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan 3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan. 4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang. 6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Pengenalan Instrumen Sepanjang tugasan Praktikum Fasa 2 yang saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang saya gunakan untuk Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 Tugasan kali ini berfokuskan kepada guru pelatih member kesedaran dan kefahaman terhadap

aspek- aspek yang berkaitan mandat, perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu di patuhi dan di jadikan panduan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab professional keguruan. Ianya untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap pentingnya membina kualiti peribadi dan professional sebagai seorang guru dalam memberi perkhidmtan yang berkualiti. Kajian ini dilaksanakan dengan 3 kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan perbincangan

Kaedah 1: Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan dengan melihat pemandangan dan persekitaran sekolah dan pelaksanaan tanggungjawab guru cemerlang untuk sekolah. Pemerhatian ini direkodkan dengan membuat catatan dan mengambil gambar.

Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah : Biodata guru cemerlang Pandangan dan perbincangan Carta organisasi sekolah Prasarana dan kemudahan sekolah Mural sekolah Kata-kata hikmah Keceriaan sekolah Nilai-nilai murni dalam kalangan murid Persekitaran bilik darjah Aktiviti kokurikulum murid

Keceriaan kawasan sekolah

Mural bagi keceriaan sekolah

Suasana semasa perhimpunan mingguan

Padang sekolah

kawasan perhimpunan sekolah

Sistem fail di sekolah

Kemudahan LCD dalam bilik darjah

Kata-kata hikmah

Bilik Guru Besar

Mural sekolah

Perpustakaan sekolah

Tandas sekolah

Padang permainan sekolah

Suasana kantin sekolah

Prasekolah

Suasana dalam bilik darjah

Poster-poster yang ditampal pada papan kenyataan

Proses P&P dalam bilik darjah

Kaedah 2: Temu bual

Kaedah ini dijalankan dengan membuat temu bual bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, staf sokongan dan beberapa orang murid. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan dalam borang rekod kolaborasi.

Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah; Aktiviti kokurikulum Peranan Guru Besar Peranan Guru Penolong Kanan HEM Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Hal-hal pentadbiran sekolah Maklumat guru dan murid Pencapaian sekolah Aktiviti-aktiviti sekolah

Kaedah 3: Perbincangan

Kaedah ini dijalankan dengan membuat perbincangan bersama Guru Cemerlang Sekolah. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan.

Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah ; Jawatan yang disandang Peranan guru Bidang tugas guru Kaedah pengajaran

PENGETAHUAN BARU Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang. Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika berlintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insane yang gemilang. Meskipun dikategorikan sebagai sekolah yang kurang sempurna kemudahnnya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

Pengalaman di Bilik Darjah Saya berpeluang teach-in semasa menjalankan PRAKTIKUM di sekolah ini kerana ketiadaan beberapa orang guru yang berurusan di luar sekolah. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengampil peluang untuk mendalami suasana di dalam kelas dengan berinteraksi dengan pelajar-pelajar. saya telah membimbing beberapa orang pelajar yang sedang membuat tugasan yang ditinggalkan oleh guru mereka. Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu tertarik dengan suasana bilik darjah yang begitu menarik dan unik. Saya dapat merasakan bahawa, suasana bilik yang kondusif dan sudut pembelajaran yang sempurna menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar dan menumpukan sepenuh minat kepada P&P. Tidak kurang juga terdapat pelajar yang sedikit nakal terutamanya pelajar Tahun 1 yang suka membuat bising. Ini menjadi satu tanggungjawab kepada guru untuk membuat teguran kepada pelajar. Saya juga sempat bertindak sedemikian dengan menegur mereka yang bising dan seterusnya menjalankan aktiviti yang menarik minat mereka. Seterusnya, saya turut menjalankan pemantauan di kelas-kelas yang sedang menjalankan P&P dan dibimbing oleh guru. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih suka menggunakan kaedah pengajaran moden iaitu penggunaan ICT kerana itu lebih menarik minat pelajar.

BINA INSAN GURU FASA 6 GURU CEMERLANG Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Justeru, kami telah di arahkan untuk membuat BIG ini di sekolah praktikum masing-masing. Saya telah melakukan praktikum di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani Sungai Besar (SKSHD). Saya telah mencari maklumat berkaitan maklumat tentang Guru Cemerlang d SKSHD. Guru yang telah saya pilih merupakan guru cemerlang yang telah d nobatkan oleh pihak sekolah. Beliau ialah Pn. Rossaidah Suaid, guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kajian Tempatan.

CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu; Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik Menggunakan masa dan sumber secara berkesan Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan.

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

Mempunyai

pengetahuan

yang

mendalam

terhadap

sesu atu

bidang

pengkhususannya.

Komitmen yang menyeluruh. Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan. Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI *Mempunyai keyakinan diri *Berakhlak dan bermoral *Bersikap adil dan bertimbang rasa *Beramanah dan bertanggungjawab *Kreatif dan inovatif *Sentiasa mengurus diri dengan kemas *Sedia berkongsi dan berkerjasama *Bersikap terbuka *Bersikap positif 2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN *Mengamalkan budaya ilmu *Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif

*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja *Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi. *Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran * berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum *Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan *Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p *Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar 3. KECEMERLANGAN KERJA *Pengurusan keceriaan bilik darjah. *Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran. *Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. *Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya . *Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai . *Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.

*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran. *Sentiasa merangsang murid berfikir. *Merancang pelajaran yang baik. *Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan. *Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen.

*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Guru Cemerlang yang saya pilih merupakan guru yang mempunyai cirri yang telah di nyatakan di atas. Beliau telah mengamalkan konsep pembelajaran yang kondusif dan peka terhadap keperluan murid. Maka beliau sememangnya layak dalam pemilihan guru cemerlang peringkat sekolah. Pada pendapat saya, penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guruguru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru cemerlang sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 6 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

BIODATA GURU CEMERLANG (PERINGKAT SEKOLAH) NAMA UMUR ASAL PENDIDIKAN : ROSSAIDAH BT SUAID : 40 TAHUN : SEKINCHAN, SELANGOR : SK. PARIT 4 SUNGAI BESAR SMK AGAMA SERI DESA TANJUNG KARANG MAKTAB PERGURUAN ISLAM BANGI IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI STATUS : BERKAHWIN

SEK. BERTUGAS : SK. SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR MP YANG DI AJAR : PENDIDIKAN ISLAM KAJIAN TEMPATAN MAJOR JAWATAN : PENDIDIKAN ISLAM : GURU PENOLONG GURU PUSAT SUMBER S/U PANITIA KAJIAN TEMPATAN PENGERUSI KELAB ALAM SEKITAR PENGURUS KELAB TEATER JURULATIH PASUKAN BOLA JARING AJK KELAB KEBAJIKAN GURU

INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG Pelaksanaan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) PUSAT SUMBER merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang membantu penggunanya, iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran. PSS menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif. PSS Sek. Keb. Sg. Hj. Dorani (SKSHD), Sungai Besar bermatlamat meningkatkan mutu kurikulum dan ko-kurikulum SKSHD.

KEJAYAAN PSS Pusat Sumber SKSHD telah menempa beberapa kejayaan dalam pertandingan Pusat Sumber Daerah Sabak Bernam seperti berikut: 2013 - Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sabak Bernam. 2012 - Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sabak Bernam. 2011- Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. 2011 - Naib Johan Anugerah Kualiti Sempena Hari Guru Daerah Sabak Bernam. 2004 - Tempat Ketiga (Anugerah Kualiti). 2002 - Naib Johan. 2000 - Naib Johan. 1997 - Tempat Ketiga

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 (PENANDA ARAS BENCHMARKING) MUHAMMAD FAHMI BIN ZAKARI PISMP SEM 6E AMBILAN JAN 2011 910429-03-5795
Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia dapat juga saya dan rakan-rakan menjalani Program Bina Insan Guru Fasa 6 iaitu Penanda Aras Benchmarking bagi Tahun 2013 dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) Semester 6 ini berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Oleh hal demikian Penanda Aras (Benchmarking) yang telah dilaksanakan pada 20 september 2013 ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor (SKSHD). Kami telah memilih SK SHD kerana memenuhi kriteria iaitu sekolah cemerlang atau sekolah terbaik luar bandar di daerah Sabak Bernam. Tambahan pula, sekolah ini

adalah sekolah praktikum bagi fasa kedua kami. Bagi Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini, saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Ajk Pengangkutan. Tugasan kali ini mengarahkan untuk kami melaksanakan program BIG di sekolah prkatikum masing- masing. Kami telah di beri taklimat oleh seorang Guru Cemerlang SK SHD bagaimana ingin menjadi guru yang dikehendaki sekolah. Kami telah menemubual Guru Cemerlang yang merupakan guru yang telah berkhidmat selama 10 tahun di SK SHD. Beliau merupakan guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Beliau menerangkan tentang program KSSR di sekolah. Program KSSR hanya dijalankan pada tahun 1 dan tertumpu kepada individu dan bukan secara berkumpulan. Beliau mengatakan, program ini dapat membantu guru untuk mengesan murid yang lemah dan membantu murid ini agar tidak terus tercicir. Selesai menemubual, kami meneruskan aktiviti lawatan daripada kelas ke kelas. kami melawat satu sekolah bagi melihat kemudahan infrastruktur sekolah tersebut,Kemudahan yang disediakan amat banyak dan kelas murid-murid yang memang menarik disamping suasana kelas yang kondusif sejali gus dapat menarik minat murid untuk belajar.Di sekolah ini juga perpustakaan mempunyai banyak sumber rujukan dan memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran . Selesai melawat kawasan sekolah dapt saya menyatakan sekolah ini mat mempunyai suasana sekolah yang amat menarik dan selesa.Setiap dinding sekolah dihiasai mural yang menarik dan kata-kata hikmah yang amat mempunyai makna kepada pelajar dan seterusnya dapat dijadikan teladan kepada murid. Jelas disini, Program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam bagi profesion keguruan. Program ini amat berguna kepada guru pelatih kerana dapat melihat dengan lebih dekat tentang apa yang telah dipelajari secara teori semasa kuliah. Secara tidak langsung, program ini dapat member peneguhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan dengan lebih tepat pengurusan sekolah. Hasil daripada program lawatan ini, saya dapat merumuskan bahawa program seperti ini adalah amat berguna kepada saya sebagai pendidik. Ini kerana

melalui program ini saya dapat mengetahui banyak perkara berkaitan pengurusan sekolah dan bangunan yang boleh digunakan oleh saya apabila menjadi guru kelak. saya berpuas hati dengan Program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) yang telah dilakukan di SK Sungai haji Dorani.

You might also like