You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Seri Gading, Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Tel/Faks 07-4559948

_____________________________________________________________________________ Ibu-Bapa / Penjaga Murid SK Seri Gading Tuan / Puan JEMPUTAN MEMERIAHKAN KEJOHANAN SUKAN TREK DAN BALAPAN SK SERI GADING KALI KE-44 TAHUN 2013 Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa SK Seri Gading akan mengadakan Kejohanan Trek dan Balapan kali ke-44 tahun 2013. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pihak tuan/puan bagi sama-sama memeriahkan lagi program yang akan berlangsung seperti ketetapan yang berikut : 2.1 Hari 2.2 Tarikh 2.3 Masa 2.4 Tempat : Khamis : 04 Julai 2013 : 08.00 Pagi : Padang SK Seri Gading 10 JUN 2013

3. Sehubungan dengan itu, untuk makluman para ibu-bapa, kehadiran murid-murid adalah WAJIB dengan pakaian sukan sekolah. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran tidak akan berlansung pada hari tersebut. Murid-murid juga dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengahari. Pihak kami juga menganjurkan acara untuk para ibu-bapa yang hadir dan amat berharap penyertaan dari pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan kesudian pihak tuan hadir memeriahkan kejohanan sukan ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menurut Perintah,

You might also like