You are on page 1of 12

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONAL KEGURUAN SEMESTER MEI 2013

Tajuk Tugasan ; ADAT RESAM PERKAHWINAN ORANG INDIA.

Nama ; FARIDAH SANTUNG.

Nombor Matrik ; 641104-12-5124-001

Kad Pengenalan ; 641104-12-5124.

Nombor Telepon ; 0128402844.

Alamat Emel ; faridahsantung@yahoo.com.

Nama Tutor ; Brahim.

Pusat Pembelajaran : OUM, SANDAKAN.

SEMESTER MEI 2013.

Kandungan

Muka surat

1. Pendahuluan 2.Adat Resam Perkahwinan Kaum India. 2.1 Merisik 2.2Kunjungan ke rumah Perempuan. 2.3Ikat Janji. 2.4 Parisam. 2.4 Sebelum Majlis Perkahwinan. 2.5 Kad Jemputan. 2.6 Penyediaan Thaali. 2.7 Mukurrtta Kaal. 2.8 Selepas Majlis Perkahwinan. 3. Rujukan.

7 9

PENDAHULUAN ; Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.Antara 3 kaum di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad.Selain itu Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang kea rah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di Negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, jester itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Saya telah diberi tugasan untuk membuat kajian tentang dokumen adat resam upacara perkahwinan sesuatu kaum seperti Melayu, China, India, Kristian dan kaum etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti Melanau, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain. Kajian yang saya pilih ialah adat resam perkahwinan kaum India.

ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA. Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku., terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurrta kaal dan yang lain-lain lagi.

Merisik. Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian sepertifaktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur,tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latarbelakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat inidiperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggiltirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftarakan membantu dalam kerja-kerjamerisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin. Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagaipen paarttal atau dalambahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai . Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman.Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami.Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil

perempuan.Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adatpen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. 2

IkatJanji. Ikat janji atauniccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakantaambuulan marrutal.Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacaraniccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam. Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan

parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan.Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisamakan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagaipuurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagaikuttu vilakku diletakkan bersebelahanpuurana kumbum sebagai

menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawaparisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan.Ini dikenali sebagaiorrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adatikat janji (niccayam ) dan pemberian hadiah (parisam ) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk menggelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis perkahwinan. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya ;

Kad Jemputan. Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India.Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama kekuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai).

Kad diletakkan di atas dulangbersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambingkekayaan. Upacara ini dinamakan sebagaipaanam paaku . Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelakidan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam). Thaali atautjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yangdikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yangdigunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku dikalangan masyarakat India.Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau Sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaaliakan diambil dan diletakkan ditempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagaithaalippadaiyal . Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakantermasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaail tidak diwajibkan diperbuat daripada emas.Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal. Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adatmukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakatIndia. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukuurtta kaal . Batang pokok tersebutberukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga30 sentimeter.

Adat

mendirikanmukuurtta

kaal adalah

sebagai

menandakan

perkahwinanakan

dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan.

Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkalhingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengahmeter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebutsebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan olehpengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambing persahabatan dengan alam sekitar.

Kebiasaannya

adat

mendirikanmukuurtta kaal

dilakukan

di

rumah

pengantin

lelaki.Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaituVaitikat Thairumanam Tamil Thairumanam danDiya Thairumanam yang mana

perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacaraniccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lainlain.

Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.UpacaraKanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurusdan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga harisebelum hari perkahwinan.Upacara perkahwinan dilakukan olehPedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagiaPengantin Bersanding hingga hari tua.

Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesaiacara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yangdiperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restutermasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya,menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari(ibu mertua) dan wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukarkalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secararasmi telah menjadi suami isteri.Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertianthaali valatu

kal ,pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, symbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan.

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selamatiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, khemah lazimnya akan dirobohkan.Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tandamenunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidaklagi dilakukan pada masa kini.Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akandihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan,makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. Seorang suami pula adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan dirumah pengantin perempuan ataupun dikuil oleh seseorang ketua agama.Pada satu kawasan empat segi dikuil itu, sama akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan. Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi tali kekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

Rujukan; 1. http;//www.scribd.com/doc/16652531/Adat-Perkahwinan-Kaum. 2. http;//www.scribd.com/doc/31193652/Adat-Resam-Perkahwinan-Kaum. 3. http;//Malaysiana.pnm.my/01/0103ind.

You might also like