You are on page 1of 2

Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah : 1.

Pencemaran Alam Sekitar. i) Pencemaran Air Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang. ii) Pencemaran Udara Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk berlaku. iii) Pencemaran Bunyi Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian. 2) Fenomena Cuaca i) Hujan Asid Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan. ii) Penipisan Lapisan Ozon Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia. iii) Pulau Haba Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya. iv) Kesan Rumah Hijau Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub. v) Banjir kilat Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan

ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat! 3) Kemusnahan hutan i) Kepupusan flora ii) Kepupusan fauna iii) Kemusnahan habitat flora iv) Kemusnahan habitat fauna vi) Perubahan landskap

B5 d2 e1

Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 11 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna. Kampung Selulun mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
2.1) DASAR CAMPURTANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAY 2.British campurtangan kerana kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu -NNM kaya dengan bijih timah,emas,bijih besi dan arang batu Revolusi Perindustrian di Eropah -British perlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan Penciptaan kapal wap -Kapal wap dapat mempercepatkan perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak Pembukaan Terusan Suez

You might also like