You are on page 1of 4

MASA BUTIRAN PENYAMPAIAN 1 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau

Mutiara Pemanis kata selamat datang Lafaz Bismillah pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim Yg. Berusaha En Jaafar bin Lebai Abdul Ghani, Pengetua SMK Teluk Sentang, Yg Berbahagia En. Nordin b. Awang Ismail YDP PIBG SMK Teluk Sentang Yang diHormati Tn Hj Ansari b. Norudeen, GPK Akademik & Pentadbiran, Pn Hjh Norhana Aini bt Mohamed Amin GPK Hal Ehwal Murid, En. Ahmad Fadzli b Yusof, GPK Ko - Kurikulum, Barisan Ketua-ketua bidang, guru-guru ,tuan-tuan ,puan-puan, dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian Salam hormat dan salam satu Malaysia diucapkan. 2 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan MAJLIS KONSULTASI bagi calon-calon PMR 2013. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan ibubapa para pelajar SMKTS. Kerjasama daripada pihak sekolah dan ibubapa dapat menjamin kecemerlangan anak anak masing masing, InsyaALLAH. 3 Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Noorshamsuddin b. Zakaria. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin Ya rabbal Alamin Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas bacaan doa itu tadi. 4 Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Pengetua SMK Teluk Sentang. Untuk itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Jaafar B. Lebai Abdul Ghani untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Jaafar B. Lebai Abdul Ghani atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

@ Agenda seterusnya adalah taklimat yang akan disampaikan oleh Tuan Hj Ansari b Noorudeen GPK Akademik & Pentabiran SMK Teluk Sentang. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Ansari di atas taklimat terperinci jika yang telah beliau sampaikan sebentar tadi.

Sebelum agenda seterusnya,majlis memperlawa ibu bapa yang ingin mengajukan soalan kepada pihak sekolah sekiranya ada. Baiklah, jika tiada, sesi konsultasi bersama guru-guru tingkatan dan juga guru-guru mata pelajaran akan menyusul selepas ini. Diminta guru-guru berkenaan sila berada di perkarangan dewan untuk bertemu ibu bapa di dalam sesi konsultasi ini. Terima kasih diucapkan.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Konsultasi PMR 2013 Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna pada pagi ini. Sesungguhnya kecemerlangan akademik sesebuah sekolah bergantung kepada usaha dan kerjasama para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang mengembeling tenaga tanpa mengenal jemu dan putus asa. Akhir kata, Sawah bendang hijau menawan Nampak dari Padang Temu Sampai di sini tuan dan puan Ada hayat kita bertemu wabillahitaufikwalhidayah.......

Bagi menguatkan iltizam dan komitmen seluruh warga SMK Kulai Besar, pihak sekolah telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Ikrar dan Aku Janji SPM pada Jumaat, 20 April 2012 bertempat di perkarangan kantin sekolah. Majlis ikrar dan aku janji calon SPM telah diadakan pada 20 April 2012 (jumaat) jam 7.30 pagi bertempat di kantin sekolah. Majlis ini dihadiri oleh YDP PIBG Encik Syamsul Kamal, Pengetua, Penolong Kanan dan Guru-guru yang mengajar tingkatan 5. Kecemerlangan akademik sesebuah sekolah bergantung kepada usaha dan kerjasama murid-murid, guru-guru dan ibu bapa yang mengembeling tenaga tanpa mengenal jemu dan putus asa. Sesungguhnya pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan atau bergantung kepada nasib semata-mata.

Program ini diadakan oleh pihak sekolah adalah sebagai satu strategi untuk membugar semangat murid agar mereka didorong untuk mencipta kecemerlangan secara sedar dan berfokus. Seramai 321 murid akan mendaftar sebagai Calon SPM 2012 terlibat dalam program ini. Majlis ini diharapkan dapat menyuntik semangat calon-calon SPM untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kejayaan dalam SPM. Selain daripada itu program ini juga diharapkan dapat; Menetapkan sasaran pencapaian akademik sekolah bagi tahun 2012. Meningkatkan kesedaran murid-murid, ibu bapa/penjaga dan pendidik supaya lebih berfokus kepada peranan dan tanggungjawab dalam usaha memastikan hasrat sekolah terlaksana. Menerap budaya kerja cemerlang di kalangan warga sekolah bagi mencipta kejayaan yang gemilang. Mencipta iklim pengajaran dan pembelajaran yang lebih berfokus ke arah peningkatan pencapaian akademik.

You might also like