You are on page 1of 2

Lagu rasmi Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi

tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia

Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang Pengakap On my honour, I promise that I will do my best To do my duty to God, King and country To help other people at all times To obey the scout law Seorang ahli Pengakap mestilah mengetahui dan menghafal Persetiaan Pengakap dan sentiasa patuh kepada apa yang telah dijanjikan. Persetiaan Pengakap juga mestilah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam setiap istiadat Pengakap. Berikut adalah huraian tiga perkara yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap: TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA y Taat kepada Tuhan bermaksud setiap ahli Pengakap mesti beragama, tidak kira agama apa sekalipun. Ahli Pengakap hendaklah patuh kepada ajaran agama, iaitu dengan beramal dan beribadat mengikut agama masing-masing.

Taat kepada Raja bermaksud ahli Pengakap mesti taat dan patuh kepada Yang Di -Pertuan Agong, Raja- Raja dan wakil- wakil Raja yang memerintah di negara ini. Pengakap hendaklah mengetahui dan memahami Undang- Undang negara. Taat kepada Negara bermaksud ahli Pengakap hendaklah menghormati undang - undang negara, jujur dan patuh kepada Perlembagaan negara, pemimpin dan dasar - dasar kerajaan.

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA Ahli Pengakap sentiasa dengan jujur dan rela hati menabur bakti dan menolong orang - orang yang memerlukan sama ada berseorangan atau berkumpulan. Mereka hendaklah bersedia membantu orang ramai dan pihak keselamatan ketika berlakunya kemalangan atau kecemasan dan di dalam kerja- kerja amal yang difikirkan sesuai. MENURUT UNDANG- UNDANG PENGAKAP Setiap ahli Pengakap hendaklah patuh serta mengamalkan semua prinsip yang terkandung di dalam Undang- Undang Pengakap.

Undang- Undang Pengakap Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.(DIPERCAYAI) Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. (TAAT) Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. (BERGUNA) Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. (BERSAUDARA) Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (BERBUDI) Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. (KASIHKAN BINATANG) Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.(MENURUT PERINTAH) Kelapan ~ Pengakap itu kesusahan. (TABAH HATI) seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat.(BERJIMAT) Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (SUCI FIKIRAN, PERKATAAN, PERBUATAN)

You might also like