You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH Pengenalan Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang

di terima pakai, akan tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu . Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua,walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah berasaskan logik dan saintifik. Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telahdihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan interaksi antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani dalam sejarah (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai Spektra Gaya Pengajaran (Spectrum of Teaching Styles).Gaya Pengajaran Spektra mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan. Selepas pengajaran penilaian dan maklumbalas daripada pelajar

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran danpembelajaran. Setiap

tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu 1.Berpusatkan Guru 2.Berpusatkan Pelajar Gaya Pengajaran Berpusatkan Guru Arahan Latihan Timbal balik Semak kendiri Inklusif Berpusatkan Pelajar Pembelajaran kendiri Daya usaha Perlaksanaan individu Penghasilan mencapah Penemuan terbimbing

Gaya A: Arahan Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan. OBJEKTIF Guru mengawal keseluruhan kelas Guru membuat semua keputusan dalam P&P Guru memberi arahan satu persatu Guru melakukan demonstrasi Guru memberi komen /ulasan tentang prestasi pelajar Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru Pelajar melakukan perlakuan guru IMPLIKASI Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan Sesuai untuk masa P&P yang terhad Sesuai untuk Pembelajaran peringkat awal Tanggungjawab berpusat kepada guru Masa latihan pelajar adalah terhad. Melakukan aksi pusingan hadapan menggunakan papan anjal. CONTOH Fizikal- Kemahiran Motor Terjun Papan Anjal:

Gaya B: Latihan Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat. OBJEKTIF Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti. Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan. IMPLIKASI Guru bertanggungjawab pada awal P&P Aktiviti dilakukan secara berpasangan Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti. Bola sepak: Melakukan kemahiran menanduk bola ke arah gol secara berpasangan CONTOH Sosial- Kerjasama KognitifPemerhatian, menganalisis

Gaya D: Semak kendiri OBJEKTIF Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru menentukan kriteria pembelajaran Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri IMPLIKASI Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti Pelajar bertanggung- jawab di atas pembelajaran Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar Bola Baling: Melakukan kemahiran menjaring berdasarkan kad bergambar. CONTOH Sosial- Menilai kemampuan kendiri.

Gaya E: Inklusif OBJEKTIF Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru menentukan kriteria pembelajaran Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan diri Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi. IMPLIKASI Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri Pelajar boleh membuat keputusan sendiri. Lompat tinggi: Melakukan aksi lompatan pada jarak ketinggian yang berbeza-beza. CONTOH Sosial-Memaksimumkan kemahiran kendiri

Gaya F: Pembelajaran Kendiri OBJEKTIF Guru sebagai pemerhati kepada pelajar Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari Pelajar menetapkan pendekatan sendiri IMPLIKASI Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar Pelajar boleh membuat keputusan sendiri. Tiada bantuan guru Hoki: Melakukan kemahiran menolak dalam pelbagai posisi badan. CONTOH Kognitif-Pemahaman

Gaya G: Penghasilan Mencapah OBJEKTIF Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan Guru mendorong pelajar IMPLIKASI Tugasan disediakan oleh guru Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian Gimnastik: CONTOH Kognitif-Kemahiran Sosial-Keyakinan

berfikir

untuk menilai setiap jawapan dan membuat perbandingan Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya.

Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar

Melakukan aksi guling dari titik A ke titik B tanpa menggunakan kaki.

Gaya H: Pembelajaran Individu Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu. OBJEKTIF Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat Guru memantau proses pembelajaran Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian IMPLIKASI Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar Gimrama: Merancang satu rutin tarian dalam persembahan menggunakan belantan. CONTOH Kognitif-Merancang

Gaya I: Penemuan terbimbing Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. OBJEKTIF Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan yang hanya IMPLIKASI Guru merancang P&P dan guru menyediakan tugasan. Kajian: CONTOH Kognitif- pelbagai konsep

menjurus pada satu jawapan sahaja Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru. Pelajar memberi jawapan.

Membuat perbincangan dengan guru tentang kajian yang dijalankan.

Gaya J: Daya usaha OBJEKTIF Guru memantau proses pembelajaran Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri IMPLIKASI Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu Mengajar: Mengaplikasikan kemahiran mengajar PJdi sekolah. CONTOH Kognitif- Aplikasi Sosial-Bertanggungjawab

Kesimpulan Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan jasmani.

Rujukan Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan PendidikanKesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.

Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education(4th ed.). Columbus, OH: Merrill Publishing Company.

Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/teachingstylesmosstonpe. aspx

Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm

Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf

You might also like