Professional Documents
Culture Documents
Spread Baru
Spread Baru
(PENYEBARAN)
PENGENALAN
Perlaksanaan Projek Te Kotahitanga telah menggalakkan penyertaan pelajar dalam kelas dan penyediaan proses pembelajaran yang professional kepada guru. Namun, terdapat kesan negatif pada peringkat awal pembaharuan seperti:
guru yang terlibat dalam projek ini telah disisihkan oleh pihak sekolah dan rakan sekerja yang lain terdapat guru yang ingin berpindah ke sekolah lain kesan negatif kepada sikap dan pengajaran guru dalam kelas yang tidak terlibat dalam projek ini
Justeru penambahan (penyebaran) bilangan sekolah dan guru yang terlibat adalah perlu untuk memastikan kelangsungan projek ini. Matlamat penyebaran projek ini bukan sahaja berdasarkan kuantitatif (bilangan guru dan sekolah terlibat) tetapi kualitatif, iaitu kesan kepada pelajar di sekolah dan dalam komuniti, dan juga untuk melihat pembaharuan yang dilakukan menjadi sebahagian daripada diri pelajar. Pembaharuan yang dilakukan perlu melintasi sekolah: bukan sahaja di dalam kelas tetapi turut melibatkan ibu bapa, ahli komuniti setempat, penyelidik dan penggubal dasar.
Jenis-jenis penerima pembaharuan: innovators- kumpulan pertama yang menerima pembaharuan. early adopters- kumpulan yang menerima perubahan dengan cepat hanya selepas menimbang beberapa syarat. Biasanya menjadi ukuran kepada yang lain untuk menerima perubahan. early majority- kumpulan ini lebih perlahan dan mengambil masa panjang sebelum menerima pembaharuan. late majority- kumpulan in hanya menerima perubahan apabila mendapat tekanan daripada pihak lain. laggards- kumpulan ini tidak mahu menerima perubahan dan bersifat konsevatif dan tersisih.
PROSES PENERIMAAN
Emergence (kemunculan) Proses perubahan yang berlaku apabila terdapatnya pergerakkan secara serentak dari pelbagai arah yang berbeza. Tindakan ini akan menghasilkan sistem yang kuat yang mempengaruhi inovasi di pelbagai peringkat Contoh: melalui pelbagai inovasi dan perkongsian pengalaman akan muncul sistem yang menerima inovasi tersebut. Tipping point (titik kecenderungan) Titik permulaan di mana idea, haluan dan tindakan sosial tersebar dengan cepat. Mereka yang mempunyai tenaga, rangkaian hubungan dan personaliti untuk berkomunikasi akan berkomunikasi dengan yang lain mengenai inovasi yang bakal membawa perubahan kepada mereka.
7
Selain daripada penekanan terhadap penambahan jumlah sekolah dan guru yang terlibat, penyebaran juga melibatkan pembaharuan dalam prinsip, norma-norma dan interaksi sosial yang perlu disemai melalui polisi sekolah dan dalam kehidupan seharian pelajar. Dengan itu, polisi sekolah haruslah selari dengan amalan dan prinsip yang terdapat dalam projek ini.
Panduan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara sekolah dan komuniti Mori: Kepimpinan sekolah yang kuat Visi sekolah yang kuat Memahami dan respon kepada keperluan pendidikan orang Mori Rancangan jangka panjang jika ingin melakukan perubahan Sentiasa bersedia untuk berubah Sentiasa aktif dalam menjaga hubungan dengan komuniti Mori Memhami cara yang sesuai untuk berunding dengan orang Mori
10
11
Guru melihat penglibatan ibu bapa di sekolah Hispanic adalah supaya anak-anak mereka mendapat sokongan dan menjadi insan yang berguna. Namun, ibu bapa melihat penglibatan mereka sebagai mengeratkan hubungan, menunjukkan keprihatinan kepada anak-anak dan menjadikan diri mereka sebagai contoh kepada pelajar lain di sekolah tersebut. Manakala melalui perspektif pihak pentadbir sekolah pula, penglibatan ibu bapa di sekolah adalah untuk meningkatkan pencapaian anak-anak, mewujudkan persekitaran komuniti dan sebagai usaha mengeratkan hubungan.
12
Berdasarkan pendapat yang dinyatakan sebelum ini dan kepentingan penyebaran pembaharuan di sekolah Brooks dan Kavanaugh (1999) menyarankan agar:
mengambil kira budaya dan keadaan ekonomi sesebuah komuniti mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam komuniti turut membenarkan ahli komuniti untuk menentukan apa yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sesuai dengan budaya mereka
13
KESIMPULAN
Tujuan penyebaran pembaharuan adalah untuk memandu komuniti Maori ke arah norma-norma yang baharu di peringkat sekolah yang seterusnya memberi kesan kepada polisi dan komuniti setempat. Penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti serta hubungan baik antara pelbagai pihak adalah penting untuk memastikan proses pembaharuan berjalan dengan lancar.
14