You are on page 1of 14

SPREAD

(PENYEBARAN)

PENGENALAN
Perlaksanaan Projek Te Kotahitanga telah menggalakkan penyertaan pelajar dalam kelas dan penyediaan proses pembelajaran yang professional kepada guru. Namun, terdapat kesan negatif pada peringkat awal pembaharuan seperti:

guru yang terlibat dalam projek ini telah disisihkan oleh pihak sekolah dan rakan sekerja yang lain terdapat guru yang ingin berpindah ke sekolah lain kesan negatif kepada sikap dan pengajaran guru dalam kelas yang tidak terlibat dalam projek ini

Justeru penambahan (penyebaran) bilangan sekolah dan guru yang terlibat adalah perlu untuk memastikan kelangsungan projek ini. Matlamat penyebaran projek ini bukan sahaja berdasarkan kuantitatif (bilangan guru dan sekolah terlibat) tetapi kualitatif, iaitu kesan kepada pelajar di sekolah dan dalam komuniti, dan juga untuk melihat pembaharuan yang dilakukan menjadi sebahagian daripada diri pelajar. Pembaharuan yang dilakukan perlu melintasi sekolah: bukan sahaja di dalam kelas tetapi turut melibatkan ibu bapa, ahli komuniti setempat, penyelidik dan penggubal dasar.

PENYEBARAN DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH


Penyebaran pembaharuan bukan sahaja berkaitan dengan strategi, bahan-bahan pembelajaran dan aktiviti dalam kelas tetapi melibatkan penyebaran kepercayaan, norma serta prinsip kepada guru dan kelas lain yang tidak terlibat dalam projek. Namun terdapat individu-individu (guru dan kakitangan sokongan) yang melihat pembaharuan sebagai fesyen yang berlaku dalam jangka masa pendek dan akan digantikan dengan fesyen yang baharu. Justeru, pentadbiran sekolah memainkan peranan melaksanakan pembaharuan mengikut gaya tersendiri berdasarkan jenis-jenis penerima.

Jenis-jenis penerima pembaharuan: innovators- kumpulan pertama yang menerima pembaharuan. early adopters- kumpulan yang menerima perubahan dengan cepat hanya selepas menimbang beberapa syarat. Biasanya menjadi ukuran kepada yang lain untuk menerima perubahan. early majority- kumpulan ini lebih perlahan dan mengambil masa panjang sebelum menerima pembaharuan. late majority- kumpulan in hanya menerima perubahan apabila mendapat tekanan daripada pihak lain. laggards- kumpulan ini tidak mahu menerima perubahan dan bersifat konsevatif dan tersisih.

Sentiasa mengulangi pembaharuan yang dikehendaki

Gunakan kaedah komunikasi yang sedia ada

Mengenalpasti pendapat pemimpin dan pastikan mereka menyokong pembaharuan

Komunikasi untuk menggalakkan pembaharuan


Gunakan pelbagai jenis komunikasi seperti email Sentiasa bersedia dengan hubungan interpesonal Meluangkan masa dengan pemimpin

PROSES PENERIMAAN
Emergence (kemunculan) Proses perubahan yang berlaku apabila terdapatnya pergerakkan secara serentak dari pelbagai arah yang berbeza. Tindakan ini akan menghasilkan sistem yang kuat yang mempengaruhi inovasi di pelbagai peringkat Contoh: melalui pelbagai inovasi dan perkongsian pengalaman akan muncul sistem yang menerima inovasi tersebut. Tipping point (titik kecenderungan) Titik permulaan di mana idea, haluan dan tindakan sosial tersebar dengan cepat. Mereka yang mempunyai tenaga, rangkaian hubungan dan personaliti untuk berkomunikasi akan berkomunikasi dengan yang lain mengenai inovasi yang bakal membawa perubahan kepada mereka.
7

Selain daripada penekanan terhadap penambahan jumlah sekolah dan guru yang terlibat, penyebaran juga melibatkan pembaharuan dalam prinsip, norma-norma dan interaksi sosial yang perlu disemai melalui polisi sekolah dan dalam kehidupan seharian pelajar. Dengan itu, polisi sekolah haruslah selari dengan amalan dan prinsip yang terdapat dalam projek ini.

PENYERTAAN KELUARGA DAN AHLI KOMUNITI


Hasil rundingan Te Puni Kokiri (Kementerian Pembangunan Mori) menunjukkan bahawa ibu bapa dan ahli komuniti puak itu mahukan yang terbaik untuk anak mereka dalam sistem pendidikan. Ibu bapa dan ahli komuniti bersedia untuk lebih aktif dalam menyokong anak-anak mereka. Apabila terdapat kejasama yang erat dan saling memahami antara sekolah dan ibu bapa, anakanak dilihat akan cemerlang dalam pendidikan. Penglibatan ibu bapa dalam setiap aspek pendidikan juga akan meningkatkan keyakinan diri anak-anak Mori untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Panduan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara sekolah dan komuniti Mori: Kepimpinan sekolah yang kuat Visi sekolah yang kuat Memahami dan respon kepada keperluan pendidikan orang Mori Rancangan jangka panjang jika ingin melakukan perubahan Sentiasa bersedia untuk berubah Sentiasa aktif dalam menjaga hubungan dengan komuniti Mori Memhami cara yang sesuai untuk berunding dengan orang Mori
10

TINDAK BALAS HUBUNGAN KEBUDAYAAN


Penyebaran pembaharuan yang melibatkan keluarga telah memudahkan dan mengecilkan jurang antara rumah dan sekolah. Kanak-kanak Mori dilihat lebih selesa berada dalam lingkungan budaya mereka sendiri dalam proses pembelajaran. Terdapat kajian yang menunjukkan sekolah yang menerapkan nilai-nilai budaya sesuatu komuniti di sekolah lebih cemerlang berbanding dengan sekolah lain. Contoh: terdapat sebuah sekolah Hispanic di USA yang cemerlang walaupun majoriti daripada gurunya bukan terdiri daripada golongan Hispanic.

11

Guru melihat penglibatan ibu bapa di sekolah Hispanic adalah supaya anak-anak mereka mendapat sokongan dan menjadi insan yang berguna. Namun, ibu bapa melihat penglibatan mereka sebagai mengeratkan hubungan, menunjukkan keprihatinan kepada anak-anak dan menjadikan diri mereka sebagai contoh kepada pelajar lain di sekolah tersebut. Manakala melalui perspektif pihak pentadbir sekolah pula, penglibatan ibu bapa di sekolah adalah untuk meningkatkan pencapaian anak-anak, mewujudkan persekitaran komuniti dan sebagai usaha mengeratkan hubungan.

12

Berdasarkan pendapat yang dinyatakan sebelum ini dan kepentingan penyebaran pembaharuan di sekolah Brooks dan Kavanaugh (1999) menyarankan agar:
mengambil kira budaya dan keadaan ekonomi sesebuah komuniti mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam komuniti turut membenarkan ahli komuniti untuk menentukan apa yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sesuai dengan budaya mereka

13

KESIMPULAN
Tujuan penyebaran pembaharuan adalah untuk memandu komuniti Maori ke arah norma-norma yang baharu di peringkat sekolah yang seterusnya memberi kesan kepada polisi dan komuniti setempat. Penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti serta hubungan baik antara pelbagai pihak adalah penting untuk memastikan proses pembaharuan berjalan dengan lancar.

14

You might also like