You are on page 1of 15

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PERGERAKAN ASAS ( PJM 3102

) DISEDIAKAN OLEH : SAIFUL IZHAR BIN RUSLAN 880527-10-5641 KURSUS : PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN 4 TAHUN SEMESTER 1 ( PENDIDIKAN JASMANI ) ( AMBILAN JANUARI 2008 ) PENSYARAH PEMBIMBING : CIK SHAIREENA BINTI JAAFAR

ISI KANDUNGAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Tajuk Pengenalan Matlamat Objektif Tarikh Tempat Kumpulan Sasaran Panduan Pelaksanaan Demonstrasi Pelan Lantai Rumusan Bibliografi Borang Kolaborasi Tajuk Muka Surat

1.0 TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi Alatan.

2.0 PENGENALAN Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai dengan :1) Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ) 2) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul. 3) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.

Kemahiran-kemahiran

asas

boleh

dikategorikan

kepada

empat

komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran pergerakan asas Kemahiran ini dibahagi kepada dua iaitu :-

Kemahiran Lokomotor dan Kemahiran Bukan Lokomotor.

2.1 Lokomotor Kemahiran lokomotor

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Lokomotor beritma sekata 1. Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain 2. Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. 4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 6. Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 7. Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Lokomotor Beritma Tidak Sekata.

1. Skip 2. Melongsor 3. Galop

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang. Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'. Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang 1.Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. 2.Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing. 1.Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher. 2.Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong. Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik 1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan 2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .

3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai 1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada 2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain 3. Hayun dengan bergayut pada palang 4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan 5. Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangkit 1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. sehingga

2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam . 3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. 4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas: 1) Merangkak-membongkok + berjalan. 2) Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. 3) Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong. 4) Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

2.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :1. Memberi tenaga kepada objek.

( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul ) 2. Menguasai objek. ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek. ( menggelecek dan memantul bola ) 3.0 MATLAMAT Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pendidikan Jasmani yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester satu nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan para peserta mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. 2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan. 3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. 4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan. 5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

5.0 TARIKH

6.0 TEMPAT

7.0 KUMPULAN SASARAN

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.

9.0 PELAN LANTAI

10.0 RUMUSAN

Melalui kertas kerja ini, saya dapat mempersiapkan diri sebelum ujian amali pergerakan bermula. Sememangnya penting kertas kerja ini dibuat kerana banyak maklumat dan pengetahuan baru yang saya perolehi ketika menyediakannya. Contohnya pergerakan hop yang memerlukan persediaan dan lompatan dengan teknik dan cara yang betul. Hop memerlukan bukan sahaja kekuatan kaki tetapi juga statik dan dinamik yang dirumitkan lagi dengan dasar bebola tapak kaki yang kecil. Adalah penting untuk memberi banyak pendedahan dan latihan untuk melakukan lompatan tersebut. Latihan yang mencukupi adalah perlu untuk membina keyakinan pada pelajar supaya pergerakan boleh dilakukan tanpa perasaan takut dan dengan adanya pendedahan seperti ini, diharapkan pelajar sentiasa yakin untuk melakukannya dengan perlakuan yang betul.

11.0 BIBLIOGRAFI

Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lampiran B1

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS IPG NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN : I. P. T. I, JOHOR BAHRU : SAIFUL IZHAR BIN RUSLAN : 2006122310077 : PPPRP4T PJ SEMESTER : 1 : PENDIDIKAN JASMANI

PENSYARAH PEMBIMBING : CIK SHAIREENA BINTI JAAFAR PERKARA YANG DIBINCANGKAN o Menerima tugasan daripada pensyarah. o Pensyarah memberikan penerangan berkaitan dengan kerja kursus yang diberi. T/TANGAN PENSYARAH

TARIKH

KOMEN

03 / 03 / 2008

You might also like