You are on page 1of 9

1

Kebanyakan pelajar Orang Asli hanya memiliki asas pendidikan di peringkat sekolah rendah, dan tidak meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah dan universiti. Kajian yang dijalankan oleh JKOA menunjukkan, daripada 100 orang pelajar Orang Asli yang mendaftar untuk memasuki tahun satu di sekolah rendah, hanya enam orang sahaja yang menamatkan persekolahan mereka sehingga tingkatan lima (Nicholas 2006). Keciciran pelajar Orang Asli dikaitkan dengan faktor kemiskinan. Kemiskinan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk ke sekolah kerana kurangnya keperluan asas dan lebih rela membantu keluarga di kebun (Nicholas 2006). Keperluan-keperluan yang tidak dipenuhi menyebabkan pelajar Orang Asli tidak bermotivasi untuk ke sekolah.
2

Kajian bertujuan untuk melihat hubungan antara motivasi dengan keciciran pelajar Orang Asli.

Mengenalpasti faktor-faktor keciciran pelajar Orang Asli dalam alam persekolahan Menentukan hubungan antara motivasi dengan masalah keciciran pelajar Orang Asli.

Motivasi

Menurut Saedah at. el.(1996), motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan bagi mencapai sesuatu untuk berjaya. Dengan pengertian mudah, motivasi adalah rancangan untuk berjaya atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada menemui kegagalan. Dalam konteks sebagai seorang pelajar pula bermaksud pelajar yang bermotivasi adalah pelajar yang sungguhsungguh untuk belajar dengan cara terlibat secara aktif dalam aktiviti pendidikan.

Orang Asli di Malaysia Dalam undang-undang Malaysia, Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974) dalam Osman Ali, Zaleha Md. Isa (2005: 1) mendefinisikan Orang Asli seperti berikut:

Dalam kajian ini, Orang Asli yang dikaji terdiri daripada kaum Semaq Beri yang termasuk dalam kategori Orang Asli Senoi.

Orang Asli adalah mana-mana orang yang bapanya bangsa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli, termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki itu

Menurut Hasan (1998), taraf hidup masyarakat Orang Asli kebanyakkannya masih rendah jika dibandingkan dengan masyarakat lain di Malaysia. Kemiskinan ini menyebabkan ramai ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Faktor ibu bapa juga menyumbang peningkatan statistik keciciran pelajar Orang Asli. Terdapat ibu bapa Orang Asli yang berpandangan sinis terhadap peranan dunia pendidikan dalam mengubah kehidupan mereka. Seperti mana yang dinyatakan oleh Hasan (1998:78), ramai ibu bapa keberatan menerima pandangan bahawa pelajaran boleh membantu Orang Asli memperbaiki keadaan mereka.

Masyarakat Orang Asli didapati masih ketinggalan daripada segi menikmati kemudahan dan pembangunan infrastruktur (William-Hunt 2007). Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (2003) kemudahan asas pendidikan yang tidak lengkap akan menjejaskan pretasi pelajar.

Kajian dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kg. Bantal, Ulu Tembeling, Pahang. Pemilihan lokasi berdasarkan populasi pelajar Orang Asli yang besar. Temu bual secara informal dan tidak berstruktur. Permerhatian turut dilakukan di Sekolah Kg. Bantal dan Perkampungan Orang Asli Sg. Kucing, Ulu Tembeling, Pahang.

You might also like