You are on page 1of 4

Pelaporan Pelaksanaan Ujian SEGAK Bil.

2/2010
hebahan oleh : Wan Nadzri Wan A.Rahman pada 3:47 PTG Reaksi : Tindakan : Pengetua dan Guru Besa indakan : Pengetua dan Guru Besar Sukacitanya dimaklumkan bahawa takwim pelaksanaan Ujian SEGAK 2 / 2010 oleh sekolah-sekolah adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah : 12 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010


Sehubungan itu , mohon kerjasama sekolah untuk merancang dan melaksanakan Ujian SEGAK di peringkat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan di atas . Pihak sekolah hendaklah memastikan Ujian SEGAK ini dijalankan dengan sempurna, menggunakan peralatan yang standard dan mematuhi peraturan yang ditetapkan . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 hendaklah dijadikan panduan dalam melaksanakan ujian ini. Rumusan dan dapatan data Ujian SEGAK 1/2010 telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dalam pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010 ini. Antaranya ialah ujian tidak dijalankan dengan sempurna, tidak dirancang, tiada taklimat kepada murid dan guru, ada murid yang tidak melaksanakan ujian SEGAK, ada data Ujian yang diisi secara "maya", iaitu murid tidak melaksanakan ujian tetapi ada markah, kurang atau tiada pemantauan dari pentadbir sekolah dan sebagainya. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan supaya taklimat kepada guru dan murid dijalankan sebelum ujian dijalankan. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan sempurna dan data dapat disediakan dengan tepat dan bertanggungjawab, perancangan hendaklah dibuat dengan teliti dan direkodkan. Pengumpulan data ujian hendaklah menggunakan perisian yang digunakan untuk Ujian SEGAK 1/2010. Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan program berkenaan dengan kadar segera ke pejabat ini. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah yang telah berbuat demikian.

Sebarang kemuskilan dan pertanyaan sila rujuk Wan Nadzri Wan A.Rahman (PPPD Kurikulum) atau En. Shamshudin Othman, Jurulatih Utama SEGAK . Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih. Hebahan Aplikasi SEGAK 2010 Hebahan pada 12 Julai 2010 Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 Lampiran 2 : Aplikasi_SEGAK.zip Lampiran 3 : Manual_SEGAK Lampiran 4 : Prosedur_Segak

PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)TAHUN 2010. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysiaberkaitan perkara di atas telah diedarkan pada 4 September 2008adalah berkaitan dan dirujuk. SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu : 1. Pengiraan Indeks Jisim Badan 2. Ujian Naik Turun Bangku Selama (3 Minit) 3. Ujian Tekan Tubi 4. Ujian Ringkuk Tubi Separa. 5. Ujian Jangkauan Melunjur Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk

Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah : a. Mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. b. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac (1-12 Mac 2010) dan Julai (12-30 Julai 2010). c. Data Penilaian SEGAK hendaklah dimasukkan dalam Aplikasi SEGAK yang dibekalkan melalui CD SEGAK Edisi Kedua (Tahun 2010) terbitan Jabatan Pelajaran Johor ke semua sekolah. Data berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini secara softcopydengan memuatnaik 'text file' ke Aplikasi Atas Talian e-SEGAK di laman blog ini seperti ketetapan berikut : i. Kutipan Bil.1/2010 Bulan Mac hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Mac 2010. ii. Kutipan Bil.2/2010 Bulan Julai hendaklah dihantar pada atau sebelum 16 Ogos 2010. d. Penilaian tersebut boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan. e. Semua data penilaian hendaklah direkod menggunakan instrumen yang dibekalkan dalam CD SEGAK. f. Data yang diperolehi daripada penilaian SEGAK perlu direkod di dalam Sistem Maklumat Murid (SMM). g. Penilaian SEGAK perlu dibuat ke atas murid tahun 4,5, dan 6 serta Tingkatan 1,2,3,4,dan 5. Sekian untuk tindakan tuan.

Lampiran Lampiran Lampiran Lampiran

1 2 3 4

: : : :

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 Aplikasi SEGAK Manual_SEGAK Prosedur_Segak

You might also like