You are on page 1of 5

SPSK PK 07/3 SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK BIL 3 /TAHUN 2013 Tarikh Masa

Tempat Pengerusi Kehadiran Urus setia 1 : 4 OKTOBER 2013 : 1.00 2.30 PETANG : BILIK GURU : PN. NORASLINDA BT KARNAIN :1. PN. FARDIAH BT MAT SALLEH 2. CIK PUZIAH BT MOHD : PN. NORASLINDA BT KARNAIN

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi membuka majlis mesyuarat dengan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli. Beliau bersyukur kerana semua ahli mesyuarat dapat hadir. Diharap segala perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini dapat diambil tindakan dengan penuh tanggungjawab. Tindakan: Makluman

1.2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 2.2 Minit mesyuarat Panitia Fizik Bil 2/ Tahun 2013 diterima tanpa sebarang pindaan oleh semua ahli dan disahkan oleh Cik Puziah. Disokong oleh Pn.Fardiah bt Mat Salleh Tindakan: Makluman

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 (Perkara 3.1) Panitia telah menerima peruntukan PCG sejumlah RM390.00. Memandangkan tahun hadapan pengajaran dan pembelajaran lebih mencabar maka panitia bersetuju membeli radas di makmal. Tindakan: Makluman

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 01 DISEMBER 2010

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 4.1.1 Terima kasih diucapkan kepada semua guru kerana PBS Tingkatan 1 dan 2 berjalan dengan lancar. Daripada aktiviti penjaminan kualiti, eviden dan borang manual disediakan. Diminta semua guru Tingkatan 1 dan 2 memasukkan pencapaian murid ke dalam sistem online sebelum 18 September. Pemantauan bilik PBS akan dijalankan dari 24 hingga 26 September. Diharap segala hasil kerja PBS yang dijalankan dapat mematuhi kriteria yang dikehendaki.

4.1.2 4.1.3

4.1.4 Untuk soalan PBS akhir tahun Tingkatan 1 dan 2, soalan perlu disediakan mengikut band yang dirasakan sesuai. Kesesuaian tersebut perlu dibincangkan sesama guru. 4.1.5 Bagi matapelajaran Fizik tidak terlibat. Tindakan: Makluman 4.2 Laporan Pencerapan 4.2.1 Pada 19 Ogos 2013, rumusan keseluruhan pencerapan telah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama. Daripada 38 orang guru, 37 telah dicerap. Seramai 10 orang guru mendapat keputusan harapan, 17 mendapat keputusan baik dan 10 mendapat keputusan cemerlang. Keputusan guru sepatutnya dimaklumkan secara individu. Ketua Panitia boleh berjumpa dengan Penolong Kanan untuk mengetahui markah. Kerja murid yang salah perlu dibuat pembetulan. Guru-guru harus menggunakan pelbagai sumber pendidikan dan teknik penyoalan dalam kelas untuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Tindakan: Makluman 4.3 Prestasi PCG 4.3.1 Duit PCG setiap panitia telah digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Tindakan: Makluman 4.3.2 Duit PCG Fizik telah digunakan untuk membeli peralatan atau radas bagi kegunaan Makmal Fizik. Jumlah perbelanjaan adalah RM 343.

4.2.2

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 01 DISEMBER 2010

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

4.4

Analisis Percubaan PMR 4.4.1 Keputusan Percubaan PMR tidak memuaskan jika dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ramai murid yang didapati tidak dapat menjawab seperti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika sekolah tidak dapat mencapai target Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPDPU) untuk 3 tahun berturut-turut, pihak sekolah perlu melaksanakan pelbagai program untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Gerak gempur untuk murid-murid Tingkatan 3 akan bermula 18 September 2013. Diharap prestasi mereka akan bertambah baik melalui gerak gempur ini. Bagi matapelajaran Fizik tidak terlibat. Tindakan: Makluman

4.4.2

4.4.3

4.4.4

4.5

Program Peningkatan Prestasi PMR 4.5.1 Murid-murid yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang lebih baik perlu diberi perhatian. Mereka harus diberi kesedaran bagi menduduki PMR tidak lama lagi dan mesti memberi sepenuh perhatian dan tumpuan di dalam kelas. Program kelas intensif tidak berjalan lancar. Terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan kerana pelbagai program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah pada masa yang sama. Kelas klinikal akan bermula pada 23 September 2013 dan berakhir pada 27 September 2013. Guru-guru akan menentukan murid-murid yang perlu mengikuti kelas tersebut dan bilangan murid-murid di dalam satu kelas tidak boleh melebihi 30 orang. Guru-guru perlu membuat analisis item dan bukannya mengajar semua topik memandangkan masa tidak mengizinkan.

4.5.2

4.5.3

4.5.4

4.5.5 PIBG akan menyumbangkan air kotak semasa murid-murid tersebut mengikuti kelas tambahan sebagai motivasi mereka. Tindakan: Makluman 4.6 Pusat Sumber Sekolah (PSS) Program NILAM 4.6.1 Guru-guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang membawa murid-murid ke PSS perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mereka tidak boleh menggunakan PSS sesuka hati.

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 01 DISEMBER 2010

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

4.6.2 4.6.3 4.6.4

Hanya guru relief yang dijadualkan masuk ke PSS yang dibenarkan masuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan PSS. Buku Nilam pelajar sepatutnya disemak oleh guru-guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peminjaman buku akan dijalankan dalam 2 minggu ini. Tindakan: Makluman

4.7

TIMSS dan PISA 4.7.1 Kaedah pelaksanaan TIMSS dan PISA perlu dibincangkan dalam panitia Matematik dan Sains supaya semua ahli panitia memahaminya. Tindakan: Makluman

4.8

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4.8.1 Guru-guru perlu mengetahui KBAT untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik. Tindakan: Makluman

4.9

Laporan Penilaian Kurikulum 2/2013 4.9.1 Hanya 6 daripada 25 murid yang lulus. Murid-murid yang gagal mendapat markah antara 20-38. Keputusan yang mendukacitakan ini menunjukkan mereka masih kurang memahami apa yang telah dipelajari. Kemungkinan juga terdapat sesetengah murid tidak berminat dengan mata pelajaran ini. Didapati segelintir murid tidak mengambil inisiatif untuk meningkatkan prestasi mereka. Ada juga sesetengah daripada murid-murid ini yang tidak menjawab soalan dan membiarkan kertas jawapan kosong. Ini amat membimbangkan dan diharap guru dapat mencuba sedaya-upaya untuk membantu mereka. Tindakan: Pn. Noraslinda bt Karnain 4.9.3 Terdapat beberapa tindakan yang akan dilakukan untuk mengatasi senario ini : 4.9.3.1 Tutorial bagi setiap tajuk yang telah dipelajari 4.9.3.2 Kelas latih tubi 4.9.3.3 Program Bersama Formulae Tindakan: Pn. Noraslinda bt Karnain

4.9.2

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 01 DISEMBER 2010

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

4.10

Peperiksaan Akhir Tahun 4.10.1 Murid-murid akan menduduki Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 untuk subjek Fizik pada 24 Oktober 2013 dan 25 Oktober 2013, hari Khamis dan Jumaat. Semua topik akan disoalkan dalam kertas soalan tersebut. Tindakan: Pn. Noraslinda bt Karnain 4.10.2 Guru-guru harus mengingatkan murid-murid supaya menumpukan perhatian dan fokus bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Diharap mereka akan bangkit dari kegagalan kerana masa yang tinggal sangat suntuk. Tindakan: Semua guru

HAL-HAL LAIN 5.1 Agihan Peruntukan RM10 (PIBG) 5.1.1 RM6 akan digunakan untuk kurikulum, RM2 pula digunakan untuk kokurikulum dan RM2 lagi untuk Hal Ehwal Murid. Minit Mesyuarat Panitia 5.2.1 Pemantau mendapati agenda tidak berkaitan dengan minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Ketua Panitia diminta menghantar minit yang telah disediakan kepada ketua bidang dahulu. Selepas itu, minit tersebut dihantar kepada Penolong Kanan. Modul Gemilang Pendidikan Islam 5.3.1 Modul tersebut telah siap dan tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana telah menggunakannya. Permohonan Membuka Kelas ICT Tingkatan 5 2014 5.4.1 Memandangkan sambutan subjek ICT Tingkatan 4 tahun ini menggalakkan, maka permohonan untuk membuka kelas ICT untuk Tingkatan 5 tahun hadapan akan dihantar. Permohonan perlu dihantar dengan segera supaya semua berjalan lancar.

5.2

5.3

5.4

PENUTUP 6.1 6.2 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi.. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Urus setia: Pn. Noraslinda bt Karnain Tarikh: 4 Oktober 2013

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 01 DISEMBER 2010

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like