You are on page 1of 3

RESEPI

Minuman paling baik ialah air (kosong) yang bersih. Akan tetapi, bagi yang kurang gemar minum air kosong dan mahukan air yang berperisa, jus buah-buahan merupakan alternatif yang bagus. Jus buah-buahan yang dibuat terus daripada buah-buahan segar (dan tidak menggunakan perasa tiruan) bukan sahaja sedap, malah menyegarkan. Dan yang paling penting, insya-Allah, kita akan dapat khasiat daripada nutrisi dalam buah-buahan tersebut. Oleh sebab itu, jika sebelum ini kita biasa hidangkan air sirap atau air kordial bersama juadah yang lain, apa kata kali ini kita cuba sediakan jus buah-buahan pula. Jom cuba resipi khas 'Jus Mangga Dengan Madu' daripada chef terkenal, Master Chef Sabri Hassan. Selain dapat khasiat daripada buah mangga, kita juga akan menikmati khasiat daripada madu, insya-Allah :) Bahan-bahan (untuk 2 orang):

3 biji mangga di buang kulit dan biji 1 cawan yoghurt asli @ Natural yoghurt 1 sudu makan gula secukup rasa 2 cawan air mineral 3 sudu makan madu lebah asli

Cara masakan : 01.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga larut. 02.Setelah siap, tuang ke dalam jug dan simpan dalam peti sejuk. 03.Apabila tiba waktu makan, tuangkan dalam gelas dan hidang dengan buah Tamar (bersamasama juadah yang lain).
AYAM GORENG BERLADA XIJANG

bahan-bahan (untuk 2 orang makan):


Isi ayam dipotong kecil (400g) Minyak jagung (3 sudu makan) Bawang putih dihiris nipis (2 ulas) Cili merah dibuang biji dipotong dadu (2 biji) Cili kering dihiris panjang dibuang biji (2 sudu makan) Kacang gajus digoreng berasingan (2 sudu makan) Sos tiram (2 sudu makan) Kicap manis (2 sudu makan) Sedikit serbuk perasa secukup rasa (3g) Garam secukup rasa

Cara masakan : 01.Panaskan kuali masukkan minyak, bawang putih, cili dan kacau hingga naik bau. 02.Masukkan isi ayam dan kacau hingga hampir masak. 03.Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. 04.Siap untuk dihidang, hias dengan hirisan daun bawang dan biji bijin yang telah digoreng.

BAHAN-BAHANNYA :-) 1 biji nenas saiz sederhana 1/2 camca teh serbuk kunyit 1 batang kayu manis* 1 kuntum bunga lawang* 3 kuntum bunga cengkih* 2 biji buah pelaga* 1/2 cawan pati santan 1 camca teh pes asam jawa 2 camca besar gula perang (atau secukup rasa) 2 biji cili merah 2 biji cili hijau 1 camca besar cili kisar 2 camca besar kerisik 1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's) Garam secukup rasa Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)

6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 genggam udang kering, rendam 15 minit dan toskan 1/2 inci kunyit hidup 2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-) 1. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Rebus sekejap dan masukkan serbuk kunyit dalam air rebusan tadi, kemudian toskan. Cili merah dan hijau, dibelah dua tapi tak putus, rendam. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*) dan cili kisar hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan. 3. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas, belahan cili merah dan hijau (toskan). Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih

You might also like