You are on page 1of 7

SEKTOR PERINDUSTRIAN

Disediakan Oleh : 1. Tham Kok Hon 2. Mohd Yassier 3. Khanda 4. Siti Nuraini 5. Norazila

JENIS DAN CIRI-CIRI INDUSTRI PERKILANGAN (A) INDUSTRI PRIMER Industri pemprosesan bahan mentah yang berasaskan sumber alam Ciri-ciri industri primer Lokasi dan taburan berdekatan dengan kawasan sumber Bergantung sepenuhnya kepada bahan mentah dari sumber alam Output atau hasil industri primer menjadi input industri sekunder Memerlukan modal yang besar Penggunaan buruh tidak ramai Teknologi pemprosesan tidak canggih (B) INDUSTRI SEKUNDER Industri pembuatan yang menghasilkan barangan siap dan separa siap Jenis industri sekunder Industri pembuatan berasaskan sumber alam Industri pembuatan bukan berasaskan sumber alam Ciri-ciri industri sekunder Bergantung kepada hasil industri primer Lokasi berdekatan dengan kawasan pasaran / bandar Memerlukan modal yang besar Menggunakan teknologi yang tinggi Memerlukan tenaga buruh yang ramai tenaga buruh mahir / profesional TABURAN DAN PERTUMBUHAN KAWASAN INDUSTRI PERKILANGAN (A) Koridor industri pantai barat Semenanjung Malaysia Paling maju, padat, mengalami pertumbuhan pesat Bermula dari Chuping, Perlis ke Pasir Gudang, Johor Koridor industri yang pertama di Malaysia (B) Koridor industri pantai timur Semenanjung Malaysia Pertumbuhan agak sederhana Bermula dari Pengkalan Chepa, Kelantan ke Mersing, Johor Koridor industri kedua di Malaysia

(C) Kawasan tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak Pertumbuhan paling lembap dan perlahan Kawasan pembangunan wilayah menjadi tumpuan (D) Taburan mengikut bandar-bandar utama Industri berorientasikan pasaran berkembang pesat di bandar-bandar utama Kerana keuntungan pasaran dan penjimatan kos pengangkutan FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEKTOR PERINDUSTRIAN 1. Faktor geopolitik Geopolitik Malaysia aman, bebas dan stabil Tidak berlaku pergolakan politik yang ketara Kestabilan politik jangka panjang, tidak berlaku perubahan parti Kestabilan geopolitik serantau ASEAN Menambahkan dana untuk memajukan sektor perkilangan 2. Faktor dasar kerajaan (polisi governan) Memperhebatkan promosi di luar negara untuk menarik pelaburan asing (FDI) Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Mewujudkan insentif percukaian Mewujud dan menggalakkan industri berat negara Meningkatkan kecekapan dan pengurusan pelaburan asing (FDI) 3. Faktor modal Pelaburan terus asing (FDI) Dana kerajaan Pelaburan swasta 4. Faktor teknologi dan inovasi Membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti di samping peningkatan dalam produktiviti 5. Faktor tenaga buruh dan kepakaran Penawaran tenaga buruh tempatan yang murah dan banyak Menjadi daya tarikan pelabur luar untuk menanam modal kerana dapat menjimatkan kos pengeluaran perkilangan 6. Faktor pasaran Saiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara mempengaruhi perkembangan sesuatu produk Pasaran bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna, serta kualiti barangan industri yang dikeluarkan

7. Faktor bahan mentah dan sumber tenaga Kehadiran bahan mentah menjadi asas untuk membolehkan industri perkilangan berkembang Datang dari sumber pertanian, perlombongan dan perhutanan PENGELOMPOKAN INDUSTRI Pengelompokan / aglomerasi industri Proses penglokasian industri yang saling bergantung antara satu sama lain supaya berdekatan atau ditempatkan di satu kawasan yang sama SEBAB-SEBAB PENGELOMPOKAN INDUSTRI 1. Memperoleh faedah pasaran bersama industri yang saling berkaitan berkongsi pasaran output industri yang lain mungkin input pada industri lain 2. Memperoleh keuntungan daripada perkongsian kepakaran dan teknologi kepakaran dan teknologi yang sama menjimatkan kos penggunaan dan penyewaan teknologi melalui pengkhususan

3. Menjimatkan kos pengangkutan, sekaligus menjimatkan kos pengeluaran kos pengangkutan boleh dijimatkan apabila jenis industri yang saling berkait diletakkan dalam kelompok yang sama 4. Memperoleh keuntungan daripada perkongsian kemudahan asas Gudang penyimpanan tempat pelupusan / rawatan sisa kemudahan perkhidmatan 5. Memperoleh pelepasan tarif tertentu kawasan bebas cukai memperolehi pelepasan cukai (pemberian taraf perintis) dan menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan FAKTOR MEMPENGARUHI PENYELERAKAN INDUSTRI 1. Mengurangkan kesesakan kawasan bandar telah terlalu sesak dan padat dipindah dari kawasan bandar ke kawasan pinggir / luar bandar 2. Peningkatan kos persaingan guna tanah di bandar kos tanah terlalu mahal dan tidak ekonomik untuk dibangunkan industri kawasan luar bandar lebih luas dan murah, dibuka cawangan kepada industri

3. Mengurangkan pencemaran kadar pencemaran di bandar tinggi (pencemaran udara, air dan bunyi) sesetengah industri digalakkan berpindah ke kawasan yang masih rendah tahap pencmaran 4. Membangunkan luar bandar membantu memangkinkan pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dan menyeimbangkan pembangunan wilayah mengubah status ekonomi luar bandar ke arah lebih maju dan moden 5. Membendung migrasi ke bandar penduduk mempunyai pilihan pekerjaan yang lebih luas dan tidak perlu berhijrah ke bandar KEPENTINGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN 1. Menawarkan peluang pekerjaan Di peringkat pemprosesan, pemasangan, pengeluaran atau pembungkusan Meningkatkan pendapatan perkapita 2. Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan negara Melalui eksport keluaran industri perkilangan Contoh : kereta nasional, alat pendingin hawa, barangan elektrik dan elektronik 3. Pemindahan teknologi dan kepakaran Dari negara maju melalui usaha sama dan khidmat latihan lanjutan di luar negara Pada masa depan tidak perlu bergantung kepada kepakaran asing 4. Memperluaskan saiz pasaran ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk pasaran tempatan tidak terlalu bergantung kepada pasaran di sesebuah negara sahaja 5. Kesan pengganda : memperkembangkan aktiviti ekonomi yang berkaitan Ekonomi huluan yang membekalkan bahan mentah turut berkembang Contoh : perladangan, perlombongan, perikanan 6. Mempercepatkan pembangunan fizikal Menyediakan kemudahan asas kepada penduduk (perumahan, perkhidmatan, pembandaran, perhubungan dan pengangkutan) Kawasan industri bertukar menjadi bandar (Bandar Baru Nilai, bandar raya Shah Alam Rangkaian lebuh raya dan pelabuhan dibina (Lebuh Raya KESAS, Pelabuhan Tanjung Pelepas)

MASALAH DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN 1. Masalah dalaman sektor perkilangan Terlalu bergantung kepada segelintir industri (elektrik dan elektronik serta tekstil) Mutu keluaran tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing di pasaran global 2. Masalah modal : perubahan aliran FDI ke destinasi pelaburan baharu Operasi sektor industri tidak dapat dijalankan secara besar-besaran untuk berdaya saing kerana sebahagian besar modal bergantung kepada dana asing (FDI) Pelaburan daripada pelabur tempatan sukar diperolehi kerana syarat-syarat yang ketat 3. Masalah pasaran : daya saing produk di pasaran antarabangsa yang lemah Ketidaktentuan pasaran antarabangsa sebab krisis ekonomi yang melanda AS dan krisis kewangan Eropah Produk perkilangan keluaran negara kurang berkualiti dan lemah daya saing 4. Masalah kekurangan tenaga buruh mahir persaingan untuk mendapatkan buruh mahir antara firma-firma dalam dan luar negara Migrasi pekerja mahir ke luar negara yang menawarkan gaji lumayan 5. Masalah kekurangan bahan mentah Berlakunya peningkatan harga bahan mentah dan meninggikan kos pengeluaran Mengakibatkan operasi pengeluaran kilang terganggu KESAN SEKTOR PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL 1. Pencemaran udara dan jerebu meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pelbagai bahan pencemar (karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida dan partikel-partikel terampai) 2. Hujan asid Peningkatan hujan asid disebabkan kulaliti air hujan yang terjejas melalui tindak balas antara bahan pencemar dengan wap-wap air dalam udara 3. Pencemaran air pembuangan bahan enap cemar / sisa industri ke dalam sumber-sumber air Kandungan BOD dalam sungai meningkat, air keruh, berubah warna, beracun dan bertoksik 4. Pulau haba Indeks suhu meningkat kerana kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera yang dilepaskan oleh industri Persekitaran bandar lebih panas berbanding kawasan pinggir / luar bandar

KESAN SEKTOR PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA 1. Kesan positif Menjejaskan kesihatan penduduk Penyakit gatal, barah kulit, penyakit asma, brokontis Kesesakan lalu lintas pekerja kilang bertambah, jumlah kenderaan yang digunakan oleh pekerja meningkat masalah aliran trafik dan risiko kemalangan Kawasan padat dan sesak Menimbulkan masalah sosial ( penyakit berjangkit, jenayah, penyalahgunaan dadah) 2. Kesan positif Peningkatan pendapatan dan taraf hidup Pertambahan pekerjaan dari kilang-kilang pembuatan Peningkatan kemudahan pembandaran Kemudahan telekomunikasi dan pengangkutan, tempat tinggal selesa, pusat beli-belah, tempat rekreasi PEMBANGUNAN LESTARI DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN Pembangunan lestari Pembangunan berterusan agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang Membangun tanpa mengorbankan alam sekitar Dicapai dengan mengadunkan pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Pemeliharaan menjaga/melindungi sumber-sumber alam sekitar Pemuliharaan membaik pulih/menggantikan sumber-sumber yang telah rosak dan pupus LANGKAH MENGATASI KESAN SEKTOR PERINDUSTRIAN 1. Langkah perundangan (pemeliharaan) Penguatkuasaan undang-undang lebih ketat Hukuman dan denda maksimum dikenakan kepada pesalah seperti diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Menggantung, menarik balik lesen operasi, menyita syarikat yang tidak membersihkan persekitaran yang dicemarinya Pemantauan, kawalan dan penyeliaan oleh JAS Pihak pengurusan kilang wajib menyediakan laporan EIA 2. Langkah pengurusan strategik (pemuliharaan) Menguruskan sisa toksik dengan cekap dan berkesan Kilang menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksik dan tidak membuangnya ke dalam sungai, tasik, kolam

Menguruskan bahan pencemaran udara Menggunakan sistem penapis di dalam serombong asap Meninggikan serombong asap Tidak menjalankan pembakaran terbuka Beralih kepada teknologi industri yang mesra alam Kebergantungan kepada bahan api fosil dikurangkan, lebih banyak menggunakan tenaga altenatif 3. Kempen-kempen kesedaran (pemeliharaan) Mengiatkan kempen terutama kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri Contoh : projek penghijauan persekitaran industri, membersih dan menjaga sungai, melaksanakan peraduan kilang mesra alam 4. Pendidikan (pemeliharaan) formal tahap rendah (Kajian Tempatan) tahap menengah (Geograf, Sains, Biologi) tahap tinggi (Ekologi) tidak formal pameran mengenai alam sekitar seminar, forum, risalah dan penerbitan majalah Era Hijau

You might also like