You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN-AMBILAN KHAS

(SEMESTER 3/SEPTEMBER 2011)

HBEF1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

HBEF1503

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 Definasi dan konsep budaya. Definasi dan konsep tamadun.

MUKA SURAT 2 2 3 4

Kesimpulan kendiri mengenai budaya dan Tamadun

2.0 3.0 4.0 5.0

FUNGSI BUDAYA KEPELBAGAIAN BUDAYA KESIMPULAN APENDIKS

5 9 11 12

HBEF1503

1.0

PENGENALAN 1.1 Definasi dan konsep budaya.


Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan buddayah,

iaitu Jamak bagi perkataan buddhi bagi bahasa Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Sedangkan penegrtian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pembelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Manakala Koentjaraningrat (2002) telah mendefinasikan budaya sebagai sesuatu yang terhasil dari fikiran. Ia tercetus apabila manusia melalui proses pembelajaran. Maka terhasilah satu karya atau budaya. Koentjaraningrat memecahkan budaya kepada 7 unsur iaitu : 1. Sistem kepercayaan dan upacara keagamaan 2. Sistem dan organisasi kemasyarakatan 3. Sistem pengetahuan 4. Bahasa 5. Kesenian 6. Sistem pendapatan hidup 7. Sistem teknologi dan peralatan Van Peursen (1988) juga sependapat dengan Koentjaraningrat yang juga menyifatkan budaya sebagai satu proses yang besar. Menurut ahli sarjana E.B.Taylor (Primitive Culture), budaya merujuk kepada sesuatu yang kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat. Definisi Tylor mengatakan bahawa budaya ialah satu adat atau perlakuan dalam kehidupan kita seharian. Budaya atau kebudayaan dalam bahsa Sanskrit ialah buddayah yang merupakan kata jamak dari perkataan buddhi yang bererti budi pekerti atau akal. Ia lebih kepada hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture yang berasal dari perkataan Latin, colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. 3

HBEF1503

Budaya juga boleh diertikan sebagai susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini digunakan bersama dalam masyarakat. Ini dikatakan oleh Ralph Linton, 1947 ( The Cultural Background of Personality ). Ruth Benedict ( 1947 ) berpendapat bahawa budaya ialah unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok kebudayaan. Definisi-definisi yang diberikan oleh kedua-dua tokoh di atas nyata menyifatkan budayanialah suatu operlakuan yang berkait rapat dengan alam sekeliling atau masyarakat.

1.2

Definasi dan konsep tamadun.

Tamadun berasal daripada perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan. Madani adalah sifat nama yang membawa maksud sifat pembangunan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini beerti pembanguna sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri seseorang individu itu. Lawan kepada sifat tersebut pula dikenali sebagai badw yang beerti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib. Perkataan lain seperti Thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah juga sering digunakan. Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh sesuatu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang paling tinggi. Istilah umran yang bermaksud bangunan atau perbandaran telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-muqaddimah(abad 14M 19M). Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan iaitu material sesebuah masyarakat. Perkataan ini telah diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian bernama Jurji Zaidan yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterima pakai sebagai perbendaharaan kata bahasa melayu sejak zaman berzaman. Pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi walaupun segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif. Ini dapat dibuktikan dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengagumkan dan sebagainya daripada sudut fizikal. Bagaimana pula dengan spiritual? Di mana sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak serta moralnya? Sebelum 4

HBEF1503

dihuraikan panjang lebar ada baiknya dibincangkan apakah dia pengertian tamadun daripada pelbagai bahasa terlebih dahulu. Dalam Bahasa Latin, tamadun disebut civitas, civilis, civis dan civilitas iaitu Civilization yang membawa maksud warga negara, undang- undang dan sistem pemerintahan Rom. Bahasa Greek dikenali sebagai Kei yang beerti kediaman(rumah) dan sesuatu yang datang kepada kita. Keimelion bereti khazanah atau harta yang disimpan. Bahasa Inggeris pula disebut Civilize yang bererti memperbaiki tingkah laku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian iaitu primitif kepada kehidupan yang baik iaitu mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula merujuk kepada pembentukan bandar mengikut Bahasa Tamil. Wen Ming, Ming dalam Bahasa Cina beerti cerah atau bercahaya yang merujuk kepada unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia. Kedua-dua bahasa Tamil dan Cina ini menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.

1.3

Kesimpulan tamadun

kendiri

mengenai

budaya

dan

Secara keseluruhannya, Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat sama ada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya. Tamadun mementingkan kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan akhlak dan spiritual adalah diutamakan. Manakala, budaya bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

HBEF1503

2.0

FUNGSI BUDAYA
Budaya mengatur supaya manusia dapat mengerti bagaimana seharusnya

bertindak, berbuat menentukan sikapnya kalau mereka berhubungan dengan orang lain. Setiap orang, bagaimanapun hidupnya akan selalu menciptakan kebiasaan bagi dirinya sendiri. Kebiasaan iaitu habit merupakan suatu perilaku peribadi yang bererti kebiasan orang itu berbeza dari kebiasaan orang lain walaupun mereka hidup dalam satu rumah. Kebiasaannya menunjukkan kepada suatu gejala bahawa seseorang di dalam tindakannya selalu ingin melakukan perkara yang teratur untuk dirinya. Budaya dapat berfungsi sebagai membentuk perpaduan. Ini dengan adanya budaya kunjung mengunjung. Kebiasaan ini berlaku terutama bila ada perayaan kaum dalam sesebuah tempat. Kesediaan tuan rumah menerima tetamu di setiap sambutan perayaan ke rumah mereka merupakan landasan utama mengeratkan perpaduan di antara kaum dan ia mampu mengukuhkan lagi keamanan, kesejahteraan serta kemakmuran hidup. Perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dapat dipertahankan dengan menerapkan nilai-nilai budaya yang positif. Amalan kunjung mengunjung di setiap perayaan sebagai pemangkin kepada hubungan muhibbah serta mesra kaum.Contoh lain yang boleh diberikan yang menunjukkan budaya dikongsi ialah, masyarakat Malaysia mengamalkan adab bersopan santun ketika melawat atau menziarahi rumah orang lain. Secara lazimnya, kita akan memberi salam ketika sampai ke rumah seseorang dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Perkara ini difahami antara orang Melayu sebagai adab sopan ketika menziarahi rumah orang. Sudah tentu kita akan menganggap bahawa tangan yang dihulurkan itu bermaksud agresif. Budaya dapat menjana ekonomi Negara di mana Malaysia yang kaya dengan seni budaya menjemput ramai pelancong dari luar melawat. Ini akan dapat menjana ekonomi Negara. Di antara seni budaya yang terdapat di Malaysia ialah tarian ngajat di Sarawak, dikir barat di Kelantan, pesta wau antarabangsa dan cenderamata yang dibuat khas oleh rakyat Malaysia. Produk seni ini dipasarkan mengikut keadaan setempat. Contohnya jika terdapat sesuatu temasya biasanya cenderamata akan mengikut tema sesuatu temasya itu. 6

HBEF1503

. Budaya boleh dibahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan juga budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau Eskimo. Budaya bukan kebendaan pul ialah, kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan dalam masyarakat melayu yang mana pihak lelaki yang memberikan hantaran kepada pihak perempuan, manakala bagi masyarakat India. Hantaran atau Dowri perkahwinan diberi oleh pihak perempuankepada pihak lelaki. Dalam kehidupan, budaya berfungsi untuk memenuhi dan menyediakan keperluan. Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaanpertanian, kayu- kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal. Selain itu, tamadun juga menjadi panduan kepada anggota Masyarakat dalam bertingkahlaku. Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkah laku dalam memberikan pan duan meliputi tiga perkara iaitu, perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan, perlakuan yang patut dan tidak patut serta perlakuan yang digalakkan dan juga yang tidak digalakkan. Budaya juga dapat mengatur hubungan sesama manusia. Contohnya, dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian , kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia. Budaya dan tamadun menjadi penggalak kepada manusia untuk mencipta di mana alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju yang tebal. Maka dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada 7

HBEF1503

penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan. Selain itu budaya dan tamadun juga boleh dikatakan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja daripada segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenal Jepun bukan sahajadari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian. Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat ekitaan dan saling bekerjasama bagi mencapai sesuatu. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, tamadun dan budaya memainkan peranan yang penting dalam hubungan kekeluargaan. Contohnya dalam tamadun China, ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun mereka melalui konsep li yang menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia iaitu hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan kawan. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa di mana anak-anak tidak boleh menderhaka menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang mereka bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal dunia. Bagi Masyarakat Orahili Gomo, Megalitik di Nias Selatan juga mempercayai bahawa nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia masih tetap hidup meskipun di dunia yang berbeza yakni di dunia arwah. Arwah nenek moyang mereka dipercayai masih mengawasi dan memberi teguran atau petunjuk pada keturunannya. Oleh kerana itu meka juga meyakini bahawa unsur-unsur dalam kehidupan mereka sehari hari masih tetap dipengaruhi oleh arwah nenek moyang mereka. Arnold Toynbee percaya bahawa agama berperanan memanjangkan usia sesebuah tamadun. Beliau agak kecewa dengan krisis moral yang berlaku di kalangan masyarakat Barat akibat membelakangkan agama Kristian meramalkan masyarakat Barat akan didominasikan oleh satu agama yang berkembang dari timur. Begitu juga dengan Akhbar S. Ahmed dalam bukunya Discovering Islam:Making Sense Of Muslim History and Society, yang menegaskan bahawa tindak-tanduk masyarakat Islam perlu mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat baginda jika ingin mengembalikan kegemilangan Islam. Akhbar mengukuhkan hujahnya dengan 8

HBEF1503

memperturunkan hadis yang menyebut ....yang terbaik daripada kalangan umatku ialah generasiku kemudian mereka yang mengikutnya dan yang mengikuti sesudah itu. Di samping itu, tamadun juga mempengaruhi pembinaan sifat-sifat seseorang iaitu Character-building melalui proses pendidikan. Contohnya dasar pendidkan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan. Melalui sistem peperiksaan awam yang diamalkan akan lahir pegawai dan pentadbir dalam sistem pemerintahan di China. Justeru, matlamat utama sistem pendidikan di China ialah untuk melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan dan mewujudkan keamanan serta meningkatkan nilai-nilai moral seperti yang ditegaskan oleh Confucius. Menurut Confucius, seseorang pemimpin harus mempunyai personaliti yang bermoral, menjalankan tugas dengan adil, mementingkan kebajikan rakyat dan mentadbir negara dengan baik. Dasar pendidikan China juga memberi perhatian terhadap hubungan luar negara khususnya semasa era pemerintahan Dinasti Ming. Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan pendidikan di mana dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agamaagama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai sebarang persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukanmelalui pengetahuan dirinya. Contohnya, dalam ajaran Islam, persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat ini dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. Bagi tamadun Melayu-Islam sebahagian pencapaian tamadun ini dikongsi dengan pencapaian tamadun Arab Islam kerana mereka sama-sama dalam satu budaya yang bergelar budaya Islam. Kepentingan matematik terjelma dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu ini sendiri. Kepulauan Melayu pernah menjadi pusat perdagangan yang utama di dunia. Di sini berlakunya urusan perniagaan timbangmenimbang, sukat-menyukat, tukar-menukar mata wang, cukai dan seumpamanya memerlukan pengiraan yang bersistematik. Di samping itu dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu banyal contoh yang menunjukkan konsep pengiraan menjadi 9

HBEF1503

sebahagian budaya mereka. Orang Melayu terkenal sebagai ahli pertukangan yang mahir, terlibat dalam pembinaan masjid, rumah kediaman, kapal layar dan perahu. Pelayaran juga menjadi perkara utama kehidupannya tentunya ia memerlukan kepakaran dalam bidang matematik

3.0

KEPELBAGAIAN BUDAYA
Di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan bangsa, justeru itu tidak dinafikan

kepelbagaian budaya akan wujud. Walaupun Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum namun masyarakat di Malaysia tetap hidup di dalam suasana yang aman dan harmoni. Kepelbagaian budaya ini sangat unik kerana masyarakat yang berlainan budaya dan adat resam ini dapat sama-sama menjalani kehidupan tanpa ada jurang dan perbezaan. Di Malaysia, terdapat tiga kaum yang terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan kaumyang terbesar merangkumi 54% dari penduduk lain. Manakala kaum Cina pula membentuk sebanyak 25% dari penduduk Malaysia dan kaum India pula sebanyak 7.5% darinya. Kaum Melayu beragama islam, bertutur atau berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Manakala kaum Cina beragama Buddha, Taoime dan Kristian. Bahasa pertuturan yang digunakan ialah Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew. Kaum India pula beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain dari Melayu, Cina dan India terdapat juga kaum-kaum lain seperti kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum Bumiputera yang lain terutamanya di Sabah dan Sarawak. Bagi kaum Melayu, Cina dan India bila tiba hari kebesaran masing-masing seperti Hari raya Aidilfitri, Tahun baru Cina dan juga Deepavali, kaum Melayu, Cina dan India tetap menyambutnya dengan meriah dengan menonjolkan budaya masingmasing. Orang Melayur kebiasaannya memakai baju kurung bagi perempuan dan berbaju melayu bagi orang lelaki yang menggambarkan ciri-ciri orang islam. Bagi kaum Cina biasa mereka akan memakai cheongsam yang yang berwarna merah bagi melahirkan semangat berani dana rasa gembira bagi kaum Cina. Bagi kaum India, Sari akan dipakai oleh orang perempuan dan dhoti bagi orang lelaki. Tidak lengkap sekiranya pada hari perayaan tidak dihidangkan dengan makanan. Masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya tidak ketinggalan menyediakan juadah serta hidangan yang pada hari tersebut. Hidangan bagi orang Melayu yang tidak dapat ditinggalkan ialah ketupat, rendang, bahulu, lemang dan bermacam kuih muih yang menarik. Manakala bagi orang Cina yang terkenal dengan 10

HBEF1503

kuih bulan dan orang India yang lebih suka menghidangkan maruku. Pada malam hari perayaan masing-masing akan memasang pelita bagi orang Melayu, tanglung bagi orang Cina dan mengadakan makan malam bersama-sama ahli keluarga. Manakala bagi orang India akan membina lukisan di lantai rumah dengan menggunakan beraas atau manik yang pelbagai warna. Kalau dilihat dari segi bahasa saja sudak kita ketahui bahawa masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai bahasa. Orang Melayu akan bertutur menggunakan bahasa Melayu, orang Cina lebih suka bertutur dengan bahasa inbunda mereka iaitu bahasa Mandarin atau Cina dan orang India akan bertutur dalam bahasa mereka iaitu bahasa Tamil. Oleh yang demikian, di Malaysia terdapat pelbagai jenis sekolah kebangsaan yang terdiri dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sekolah Kebangsaan majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina majoriti pelajarnya berbangsa Cina manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil majoriti pelajarnya adalah berbangsa India. Walaupun begitu, mereka dapat belajart, bermain dan berbincang bersama-sama walaupun berlainan bangsa dan budaya. Dari segi kesenian pula, budaya yang diamalkan juga berlainan. Contohnya dalam bidang tarian, orang melayu mempunyai tarian tradisional mereka sendiri iaitu tarian Inang, Zapin, tarian Kuda Kepang dan banyak lagi yang mana berbeza dengan orang Cina dan orang India. Orang Cina popular dengan tarian Naga, tarian Singa, tarian Payung dan banyak lagi manakala orang India popular dengan tarian Bharatha, Kuchipudi, Kawadi dan banyak lagi. Malaysia mempunyai tradisi yang kuat dalam bidang tarian yang mana sesetengahnya berasal dari Thai, India dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat dan barangan kraf seperti batik, sulaman dan barangan perak dan tembaga. Dari segi muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Islam, Cina dan India. Kebanyakan alat muzik pula terdiri dari gendang, seruling, gong dan sebagainya. Kaum bumiputera yang lain ialah Iban, Bidayuh, dusun dan banyak lagi yang kebiasaanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Kaum Bidayuh ialah kaum yang terbesar di Sarawak. Kaum ini tinggal di rumah panjang dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Manakala di Semenanjung Malaysia pula terdapat kaum bumiputera iaitu Orang Asli. Pada masa dahulu, Orang asli ini hidup berpindahrandah dan bercucuk tanam. Berbeza pada masa sekarang, ramai dari mereka sudah mempunyai kehidupan yang lebih moden berbanding dahulu. Walaupun begitu, 11

HBEF1503

mereka masih lagi merupakan kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan yang palingg rendah berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Begitulah keunikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara lain juga terdapat kepelbagaian budaya seperti di Amerika di mana mereka mempunyai dua golongan iaitu Orang Kulit Putih dan Orang Kulit Hitam yang dipanggil Negro. Pada suatu masa dahulu golongan Orang Kulit Hitam menjadi hamba abdi kepada golongan Orang Kulit Putih tetapi kini mereka sudah bangun membina negara bersama-sama contoh yang paling ketara Orang Kulit Hitam sudah memerintah Amerika iaitu Barack Obama.

4.0

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan, budaya lazimnya menjurus ke arah

kebaikan hidup kerana ia merupakan tingkahlaku manusia yang terdorong oleh kehendak akal. Ia merupakan adat resam yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi dan tidak mudah hilang begitu sahaja. Selagi manusia mampu berfikir dan menyifakan budaya itu penting dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, maka ia akan terus dipraktikkan atau diamalkan. Contohnya budaya ilmu, budaya kerja, budaya makan, budaya dalam menyambut hari kebesaran. Semua itu mempunyai budaya-budaya yang tertentu terutama bagi masyarakat yang berbilang kaum dan keturunan seperti di Malaysia. Oleh itu, budaya amat penting dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera kerana budaya itu sendiri merupakan keseluruhan cara hidup serta hasil pemikiran yang sesuai dari segi rohani dan jasmani. Sesebuah negara itu juga mampu membangun dan mengekalkan kemajuan dan keharmoniannya dengan memiliki kebudayaan yang baik. Sejarah telah membuktikan bahawa budaya ilmu yang dimiliki oleh tamadun Islam pada masa itu mampu mencapai kegemilangan kerana adanya tokoh-tokoh ilmuan terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusydi dan ramai lagi. Oleh itu tidak mustahil dengan kepakaran, kepandaian yang dianugerahkan Tuhan serta kecanggihan sains dan teknologi yang ada sekarang untuk kita memartabatkan lagi budaya bangsa kita serta mempertahankannya.

12

HBEF1503

5.0

APENDIKS

Artikel http://kursus-maya.blogspot.com/ Mary Tan Swee Ee, 2006. Xpress PMR Sejarah Tingkatan 1,2,3. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd. Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi, 1992. Sejarah Islam. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. Osman Bakar.2008.pengarah Globalisasi Terhadap Peradaban dlm jurnal

peradaban,1.Kuala Lumpur Sazelin Arif.(2007) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-

hill(Malaysia)Sdn.Bhd.Shah Alam Shamsul Amri Baharuddin(ed) 2007.Modul hubungan Etnik.URENA:Shah Alam.

13

HBEF1503

Laman Web
http://library.oum.edu.my/oumlib/user/30668/edit http://www.searchinpdf.com/pdf/fungsi-budaya-dalam-masyarakat-.html http://ms.wikipedia.org/wiki/malaysia#budaya http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/ting6-soalan_latihan.pdf http://id.wikipedia.org/wiki/Fungsi http://hiudiary.wordpress.com/2010/10/28/fungsi-kebudayaan-bagi-perkembangan-hidupmanusia-dalam-masyarakat/ http://drmindailmu.blogspot.com/2009/07/kepentingan-budaya-ilmu-dalam.html http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/ http://www.slideshare.net/khalidipda/edu3106-kuliah1-budaya-dan-kepelbagaiankelompok-di-malaysia http://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/ www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/.../a.doc http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia

14

You might also like