You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KDC KDPM

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KDC KDPM 2013 1.0 PENGENALAN Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting untuk membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui kegiatan kokurikulum diharapkan guru pelatih yang terlibat mampu menjadi guru yang cemerlang sama ada di bidang akademik atau kokurikulum.. 2.0 RASIONAL Kursus ini diadakan untuk memenuhi kehendak kurikulum unit beruniform yang disediakan oleh IPG. Adalah diharapkan guru pelatih yang mengikut kursus ini akan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dan mantap serta boleh menjadi pemimpin yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia, berilmu, komited dan berketrampilan. 3.0 OBJEKTIF KURSUS 3.1 3.2 Menguasai ilmu dan kemahiran asas pengurusan dan pentadbiran unit beruniform Mengaplikasikan kemahiran asas, kejurulatihan, kepegawaian, dan kepengelolaan dalam melaksanakan aktiviti unit beruniform di IPG dan sekolah. 3.3 Membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya dalam menjalankan tugas keguruan, mempunyai semangat kekitaan dan sedia berkhidmat untuk masyarakat.

4.0

TARIKH 6 - 8 Jun 2013

5.0

TEMPAT
Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ, Sekakap , Mersing

6.0

PESERTA Unit Beruniform Pengakap (KDPM) Bulan Sabit Merah Malaysia (KEMAS) Jumlah Jumlah 62 14 76

7.0

JURULATIH Rujuk Lampiran

8.0

JADUAL PERKHEMAHAN Rujuk lampiran

9.0

KEWANGAN
Anggaran Perbelanjaan 9.1 Makan RM 15.00 X 76 pelajar X 2 Hari 9.4 = RM 2280.00

Kemudahan dan Tapak Perkhemahan RM 20.00 X 76 pelajar X 2 hari = RM 3040.00

Jumlah Perbelanjaan

= RM 5320.00

10.0

PENGANGKUTAN 2 Bas Iptho

11.0

SUKATAN DAN MAKLUMAT PERANCANGAN Rujuk lampiran

12.0

PENUTUP

Kursus ini diharap dapat mencapai objektif serta dapat menghasilkan guru pelatih sebagai pemimpin yang berkebolehan dan berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan tugas kearah kecemerlangan bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

......... MOHAMAD DAUD BIN ABU YAMIN, Penyelaras Unit Beruniform, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

............................................ MOHD. NAHAR BIN MOHAMAD WAZIR Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

Diluluskan oleh,

.. EN. KOH KOK HWEE Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

You might also like