You are on page 1of 18

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) YANG LALU Operasi Bergabung adalah salah satu tajuk di mana ia menggunakan dua penggabungan operasi tambah dan tolak serta darab dan bahagi. Pada peringkat sekolah menengah, penggabungan operasi melibatkan keempat-empat operasi terutama pada pelajar tingkatan satu. Kelemahan pelajar untuk meyelesaikan dua operasi tambah dan tolak akan lebih menyusahkan mereka untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Penyelidikan yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding daerah Hulu Langat, di mana pada peringkat ini mereka kurang mahir dalam menambah dan menolak. Setelah penyelidikan dibuat, didapati masih ada pelajar yang lemah dalam menjawab soalan terutama dalam soalan yang melibatkan penyusunan nombor-nombor dalam bentuk lazim serta soalan yang melibatkan penyelesaian masalah harian. Penyelidikan yang dilakukan berdasrkan ujian pra dan didapati pelajar-pelajar hanya bergantung pada soalan yang lebih senang dan tidak memerlukan pemikiran yang mendalam. Sekaligus menunjukkan pelajar masih belum memahami konsep tambah dan tolak yang sebenarnya. Kesimpulannya, penyelidikan ini dapat membuktikan bahawa kita tidak boleh mengambil mudah pada tajuk-tajuk yang dianggap senang dalam mata pelajaran matematik. Ianya perlu diteguhkan supaya pembelajaran matematik menjadi bermakna, bermanfaat dan berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman seharian. 2.0 ISU / MASALAH DAN FOKUS KAJIAN Dalam dunia serba canggih ini, mata pelajaran matematik amat penting dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana kebanyakkan pekerjaan sedikit sebanyak berkaitan dengan matematik. Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita sering menggunakan kaedah menambah dan mengurangkan hasil tambah. Pelajar-pelajar perlu menguasai dan memahami konsep tambah dan tolah sebelum menyelesaikan operasi bergabung. Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti pelajar yang masih lemah dalam dua konsep utama matematik iaitu menambah dan menolak. Terdapat jurang perbezaan di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang cerdas. Pelajar yang cerdas dapat menjawab soalan dengan lebih baik berbanding dengan pelajar yang lemah. Ini dapat dilihat dari segi pencapaian pelajar dalam ujian matematik yang dijalankan. Dengan menganalisa soalan tersebut, kami dapat mengkaji di mana kelemahan

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

pelajar-pelajar dan dengan ini sekaligus dapat kami mengetahui tahap minda dan sejauh mana kefahaman murid terhadap mata pelajaran yang diajar. Berdasarkan daripada masalah yang dinyatakan di atas, kajian ini memfokus penyelidikan kepada aspek penambahan dan penolakan dalam operasi bergabung yang melibatkan pengumpulan semula serta cara meletakkan nombor mengikut tertib yang betul mengikut nilai-nilai tempat. Diharap penyelidikan yang dijalankan ini dapat dijadikan permulaan dalam usaha untuk mencapai keberkesanan dalam proses pengajaran-pembelajaran matematik terutama dalam menguasai konsep-konsep asas matematik. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : 3.1 Objektif Am 3.1.1 Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik di kalangan pelajar tingkatan 1 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 3.2.2 Mengenal pasti kelemahan murid-murid dalam operasi bergabung. Mengenal pasti cara mengatasi kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid dalam menyelesaikan masalah pengiraan tambah dan tolak dalam operasi bergabung. 4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor darul Ehsan. Penyelidikan ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan satu seramai 50 orang murid sebagai sampel. Mereka dipilih secara rawak mengikut jantina dari sekumpulan pelajar yang didapati lemah dalam matematik. Kumpulan ini terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan.

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 2

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Kaedah pemantauan kajian ini adalah melalui ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 10 soalan subjektif yang perlu dijawab oleh pelajar bagi mengetahui sejauh mana penguasaan pelajar serta keberkesanan pengajaran guru dalam topik yang dipilih. 5.1 Tindakan guru

Dalam melaksanakan penyelidikan, kami telah menjalankan dua sesi pengajaran berdasarkan rancangan mengajar yang dirancangkan bagi membolehkan peningkatan terhadap pembelajaran para pelajar. Seorang guru telah dipertanggungjawabkan dalam menjalankan sesi-sesi pengajaran ini. Sesi pengajaran pertama, kami tumpukan kepada topik operasi bergabung yang melibatkan penekanan terhadap asas pengiraan iaitu tambah dan tolak serta pendaraban dan pembahagian. Pengajaran sesi kedua di mana kedua-dua aspek diberi penekanan khusus dalam proses penyusunan yang betul ketika meletakkan nombor-nombor mengikut nilai-nilai tempat dan rumah-rumah yang betul. 5.1.1 Tarikh Masa Mata pelajaran Tajuk Kemahiran Objektif PENGAJARAN SESI PERTAMA : Satu Budiman : 8.10.2012 : 11.05 12.05 tengah hari : Matematik : Operasi Bergabung : Melaksanakan operasi bergabung tambah, tolak, darab dan bahagi. :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: 1. Melaksanakan operasi bergabung. 2. Melaksanakan operasi bergabung dalam bentuk lazim dari kiri ke kanan PSA Isi pelajaran : Pelajar-pelajar pernah melakukan operasi bergabung serentak dan faham konsep operasi tambah, tolak, darab dan bahagi secara am. : 1. Operasi Bergabung tambah, tolak, darab dan bahagi. LANGKAH PENGAJARAN Set Induksi Guru bercerita mengenai isi pelajaran dan bersoal jawab dengan pelajar. 3

Tingkatan

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Langkah 1 Guru menerangkan konsep asas pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi serta mengemukakan contoh-contoh soalan mengenai isi pelajaran. Langkah 2 Guru mengemukakan contoh-contoh soalan dan meminta pelajar menyelesaikannya. Penegasan diterapkan di sini bahawa penyelesaian dilakukan dalam bentuk lazim. Langkah 3 (Penilaian) Guru mengemukakan dua soalan dan meminta pelajar selesaikan masalah matematik tersebut. Pengukuhan Aktiviti kerja rumah diedarkan, guru meminta menyiapkan kerja yang diberikan dan perlu dihantar pada keesokkan hari. 5.1.2 Tarikh Masa Mata pelajaran Tajuk Kemahiran Objektif PENGAJARAN SESI KEDUA : Satu Budiman : 9.10.2012 : 8.45 9.45 pagi : Matematik : Operasi Bergabung : - Melaksanakan operasi bergabung berkaitan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: 1. Melaksanakan operasi bergabung operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. 2. Menyelesaikan masalah operasi bergabung 3. Menjawab empat soalan daripada enam soalan yang diberikan sebagai latihan pengukuhan PSA BBM : Murid-murid pernah melakukan operasi bergabung serentak dan faham dengan konsep operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. : Kad manila, papan gulung, lembaran kerja 4

Tingkatan

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Isi pelajaran

1. Operasi Bergabung operasi tambah, tolak, darab dan bahagi 2. Menyelesaikan masalah operasi bergabung darab dan bahagi 3. Lembaran kerja LANGKAH PENGAJARAN Set Induksi Imbasan pelajaran yang lalu dan aktiviti congak tambah, tolak, darab dan bahagi. Langkah 1 Guru menerangkan konsep asas pengiraan darab dan bahagi serta mengemukakan contoh-contoh soalan mengenai isi pelajaran. Guru menegaskan pengiraan dilakukan dari kiri ke kanan. Langkah 2 Guru menguji kefahaman pelajar dengan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan memanggil beberapa orang pelajar mencuba menyelesaikannya. Langkah 3 Guru mengemukakan masalah harian yang melibatkan operasi bergabung dan membimbing mengeluarkan fakta-fakta dan menekankan fakta tersebut adalah melibatkan operasi darab mahupun operasi bahagi. Langkah 4 (Penilaian) Guru mengedarkan satu permainan yang berkaitan dengan isi pelajaran berbentuk kumpulan iaitu permainan Pintar Pintas untuk diselesaikan dalam kumpulan. Pengukuhan Aktiviti lembaran kerja diedarkan, guru meminta menyiapkan lembaran kerja yang diberi dalam masa yang ditetapkan dan menumpukan pada aspek yang hendak ditekankan iaitu konsep pengiraan dan penyusunan nombor-nombor dengan betul.

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Selain dari sesi pengajaran latihan pengukuhan dan pengayaan dengan memberi beberapa seperti latihan tambahan di rumah. Selain itu juga nota-nota tambahan diberikan untuk mengisi masa terluang pelajar-pelajar di rumah. 5.2 Pelaksanaan Tindakan Dalam kajian ini kami menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu: A. Soalan pra Soalan ini mengandungi 10 soalan subjektif, pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan di atas kertas soalan. Mereka perlu menunjukkan langkah langkah pengiraan beserta jawapan di atas kertas soalan tersebut. Jumlah masa yang diperuntukkan dalam menjawab soalan ini adalah satu jam. Soalan ini merangkumi kemahiran menambah dan menolak serta darab dan bahagi. Soalan ini dibuat secara berkumpulan dan dipersetujui oleh semua yang terlibat. Ia dijalankan selepas pengajaran. B. Ujian pasca Saoalan yang sama diberikan kepada murid terbabit. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui tindakan susulan yang dilakukan bagi membantu pelajar-pelajar adalah bersesuaian ataupun sebaliknya. Ia dilakukan sebaik sahaja selepas pengajaran.

6.0 6.1.1

DAPATAN KAJIAN ANALISIS SOALAN UJIAN PRA BIL MURID JENIS/PUNCA KELEMAHAN DAN KESALAHAN Asas pengiraan Penyusunan Nombor Mengikut Nilai Tempat 6

NO SOALAN

Betul

Salah

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

11 7 18 10 12 13 4 8 1 7 8 14 8 8 4

19 23 12 20 18 17 26 22 29 23 22 16 22 22 26

7 3 7 9 7 8 7 10 3 14 13 6 12 13 16

12 20 5 11 11 9 19 12 26 9 9 10 10 9 10

6.1.2

ANALISIS SOALAN UJIAN PASCA BIL MURID JENIS/PUNCA KELEMAHAN DAN KESALAHAN Asas pengiraan 2 2 0 2 6 6 14 2 2 8 6 1 8 5 8 Penyusunan Nombor Mengikut Nilai Tempat 5 16 9 11 3 6 7 7 22 6 4 6 5 7 7

NO SOALAN

Betul 22 11 20 16 20 17 8 20 5 15 19 22 16 17 14

Salah 7 18 9 13 9 12 21 9 24 14 10 7 13 12 15

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

6.2.1

INTERPRETASI DARIPADA UJIAN PRA

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan kepada ujian pra yang telah dijalankan serta keputusan yang diperolehi, boleh dikatakan bahawa pelajar-pelajar masih tidak memahami teknik menjawab dan cara penyelesaian soalan. Kelemahan yang lebih ketara adalah pelajar-pelajar kurang memahami konsep pengiraan tambah dan tolak serta kurang pengetahuan dalam penyusunan nombornombor dalam bentuk lazim ketika membuat pengiraan. Ini bermakna segala usaha dan tindakan yang akan dijalankan mestilah menepati apa yang mereka mahu iaitu dari segi pengulangan mengenai konsep tambah, tolak, darab dan bahagi serta penerangan cara penyusunan nombor mengikut rumah-rumah atau nilai-nilai tempat dengan betul.

6.2.2

INTERPRESTASI DARI UJIAN PASCA Daripada analisis yang diperolehi berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta

ujian pasca yang telah dijalankan, kami dapat menghuraikan bahawa pelajar-pelajar sudah mula memahami teknik, menjawab dan cara penyelesaian serta penguasaan kepada konsep tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu juga, pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan dalam penyusunan nombor-nombor dalam bentuk lazim ketika membuat pengiraan. Ini menunjukkan bahawa segala usaha yang telah dijalankan bagi meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tidaklah sia-sia sahaja. Kami yakin dengan usaha yang lebih mantap dan bersungguh-sungguh dijalankan, pasti pelajar-pelajar akan berjaya daripada apa yang didapati sekarang.

6.3

INTERPRESTASI PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA 9

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

JUMLAH SKOR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 JUMLAH PELAJAR

PRA 1 0 9 9 3 5 2 0 0 1 0 30

PERATUS 3.333333 0 30 30 10 16.66667 6.666667 0 0 3.333333 0 100

PASCA 0 0 0 0 1 3 8 0 9 6 2 29

PERATUS 0 0 0 0 3.333333 10 26.66667 0 30 20 6.666667 96.66667

MEAN

4.4483

8.3448

MEDIAN

JADUAL KEKERAPAN SKOR PELAJAR UJIAN PRA DAN PASCA

10

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

11

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

7.0

REFLEKSI DAN PENILAIAN 12

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

7.1

REFLEKSI DAN PENILAIAN BERDASARKAN MAKLUM BALAS DARIPADA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA. Untuk mengkaji prestasi pelajar dalam kebolehan pengiraan operasi tambah, tolak,

darab dan bahagi serta penyusunan nombor-nombor dengan betul mengikut nilai-nilai tempat, kami telah menjalankan ujian pra dan ujian pasca. Kami dapati jumlah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar semakin berkurangan. Selepas ujian pasca dijalankan, terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek yang diberi penekanan iaitu asas pengiraan tambah dan tolak serta penyusunan nombor-nombor dalam bentuk lazim. Berdasarkan analisis serta perbandingan ujian pra dengan ujian pasca, ianya dapat diringkaskan seperti berikut: 1. Meningkat 2. Tidak berubah 3. Tidak pasti : 27 orang : 2 orang : 1 orang (Tidak hadir ujian)

Banyak penekanan telah diberikan dalam aspek yang dikaji iaitu pengiraan asas penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian serta penyusunan nombor-nombor dalam sesi pengajaran khusus dijalankan. Banyak aktiviti yang dijalankan agar pelajar-pelajar lebih peka dan prihatin terhadap pengiraan yang dijalankan. Pada keseluruhannya, guru mesti lebih menumpukan khas kepada konsep asas pengiraan tambah dan tolak serta melayani keperluan murid-murid, kurang menekankan kepada sesi penerangan sahaja. Hasil analisis ini dapat membantu kami mengambil tindakan susulan yang perlu bagi meningkatkan lagi kepekaan guru terhadap masalah yang dialami oleh pelajar-pelajar ketika pengiraan operasi bergabung ini.

8.0

BIBLIOGRAFI

13

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, (2010). Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan ,Kuala Lumpur : Malaysia Universiti Terbuka Malaysia, (2006). Kaedah Kajian Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur : Malaysia Ee Ah Meng.(2000).Pedagogi III Pengujian dan Penilaian , Pemulihan, Pengayaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). (Cetakan Pertama) Huraian Sukatan Pelajaran Matemati Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur Mok Soen Sang. (1997). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran.Kumpulan Budiman Pendidikan Inklusif. Fajar Bakti. Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur. Rosmawati bt Sakdon dan Dr. Mohd Sahandri Ghani b. Hamzah.(2003). Penggunaan 12 langkah Strategik Untuk Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat Simple Present Tense. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke X 2003.Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pfffail/ptkghdfwp/

9.0

LAMPIRAN 14

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

9.1 9.2 NAMA:

Borang soalan Pra dan Pasca. Dapatan SPSS TINGKATAN 1:

Sila selesaikan masalah matematik di bawah bersertakan jalan kerja. 1. 12378 3426 + 2790 =

2. 1250 x 144 / 12 =

3. 7000 + 4330 (7411 + 2259) =

4. (14250 / 125) x 11 =

5. 11016 / 36 + 2177 =

15

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

6. 45712 + 175 x 23 =

7. 7344 / 17 + 163 x 18 =

8. 219 x 37 95904 / 24 =

9. (71 16) x 239 + 12748 =

10. 14127 / 17 + (1755 420) x 113=

11. 4523 x 237 + (44444 / 111) =

16

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

12. (78021 - 34578) + 2346 x 56 =

13. 78120 125 x 247 + 8902 =

14. 9333/ 3 1231 + 4678 =

15. 4560 x 313 + (234 / 2 x 73) =

Paired Samples Correlations

N Pair 1 SCOREPRA & SCOREPASCA 29

Correlation .260

Sig. .172

17

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Paired Samples Test Paired Differences Mean Std. Deviation Std. Error Mean 95% Confidence Interval of the Difference Lower Pair 1 SCOREPRA SCOREPASCA 3.8965 5 2.09327 .38871 -4.69279 -3.10031 Upper 10.024 t df Sig. (2tailed)

28

.000

18

You might also like