You are on page 1of 28

..:: Idlal Amnah...Episod 1 ::..

Posted on: Jun 16, 2006 - 12:34 AM by afaainor

Hampir 5 tahun segalanya berlalu, tapi semuanya masih segar menyapa diminda Firdaus. Sejak
dari peristiwa itu, Firdaus terus membawa diri jauh ke rantauan orang. Tika itu hatinya tidak dapat
menerima pengorbanan seorang gadis yang amat akrab dengannya. Firdaus meraup tangan ke
muka. Berkali-kali kekesalan menjengah hatinya. Airmata yang bertakung dikelopak mata,
dikesat kasar. Kerana peristiwa dan kejadian itu dia menjadi manusia lemah. Dia sanggup
menumpahkan airmata demi seorang gadis Peristiwa itu berlabuh lagi dimindanya.

****

Kesibukan memasuki semester akhir di dalam fakulti Teknologi Maklumat di kampus,


membuatkan Firdaus dan teman-teman lain kehilangan peluang untuk berseronok seperti
sebelum ini.

“Amacam result kau?? Mesti gempaq kan. Kau kan ‘best-student’ course ni.”
“Kepala hotak kau!! Banyaklah ‘best-student’ ya. Dapat pointer pun sipi-sipi je. Ada hati kau nak
gelarkan Ain ni ‘best-student’ ya.”
“Alah, ‘cool’ lah. Tengok achik ni. Tenang je tau. Dapat result sipi-sipi ke? Tengah-tengah ke?
Bawah ke? No hal punyer...Asal achik boleh bersama Ain.”

Firdaus terus mengusik Ain. Dagu ditongkatkan dengan tangan sambil mata dikenyitkan berkali-
kali kepada Ain. Mengusik si teman yang masih kerisauan dengan keputusan pepriksaan yang
agak jatuh berbanding sebelum ni.

“Apa nak jawab ngan atuk Ain ni.”


“Alah, perkara senang camtu pun nak suruh kami fikir!! Senang je! Dah takdir kau dapat ‘result’
gitu. Itupun susah. Patutlah ‘result’ kau jatuh ya. Lembab pemikiran.”
Zaid menyampuk, setelah agak bosan melayani karenah Ain, Liza dan Syue.
“Orang perempuan ni memang agaknya dilahirkan macam korang ya. Gelabah tak tentu pasal.
Dahlah tu, pelupa, cakap banyak dan boros. Dah azali ke perangai korang macam tu.”
“Alah Zaid ni, apesal kau tak tanya masa kite duduk dalam rahim mak kiter lagi eh! Boleh gak
sebelum Syue keluar dari perut mak tu. Syue tanya pada Tuhan dulu, kan.”
“Hisy!! Budak ni, main-main benda camtu. Berdosa tau.”
Serentak dengan itu Liza menepuk bahu Syue kasar.
“Nauzubillah! Ni Zaid punya pasal lah ni.”
“Jangan nak tuding jari kat aku lak. Ada aku ajar kau kata camtu. Ada ke dia buat dosa nak ajak
aku tanggung dosa dia sama-sama. Pelik!!”
“Korang berdua ni selalu je gaduh. Apesal hah?! Ke ada apa-apa ni?!!!”
Firdaus mengusik.
“Jom gi cafe!! Ain lapar.”
“Astaghfirullah! Ain tadi masa nak mari kolej baru kite ‘breakfast’ kan. Perut ape kau ni, hah?!
Nampak je kecik, tapi makan mengalahkan Syue lagi.”
“Habis?! Kenapa tanya aku lak!! Ni!! Tanye lah perut ni. Perut...Perut...Apesal kau cepat sangat
lapar hah?”

Ain memegang perutnya. Firdaus menggeleng kepala memandang Ain yang hanya bersahaja.
Ranting di tangan dilontar ke arah Ain. Geram dengan sikap Ain yang suka berlawak spontan.

“Dahlah tu, jomlah! Sakit hati aku tengok kalau Ain ni buat lawak bodoh dia tu.”

Liza cepat-cepat bangun mengangkat punggung. Manakala yang lain turut mengikut. DI kafetaria,
selepas mengambil makanan masing-masing. Mereka mencari tempat yang agak jauh ke
belakang.

“Achik.....Achik......”
“Hisy!! Apalah, Syue ni.”
“Sedap aje Syue tengok air achik tu.”
Firdaus cepat-cepat menghulurkan minumannya yang masih berbaki.
“Achik, meh sini makaroni tu, biar Ain habiskan.”
“Ya allah! Biar betul kau ni, Ain. Memang sah perut gajah ni.”
“Zaid.....”

Masing-masing hanya ketawa bila melihat Ain beberapa kali cuba mengusik Zaid.

“O.k! O.k! Aku ‘surrender’.....Aku nak masuk kelas lah. O.klah, jenuh aku layan korang semua.
Aku ada kelas, so aku ‘chow’ dulu.”
“Liza pun.”
“Ain pun ada kelas tapi rasanya Encik Suhaimi tak masuk kot. Malas.”
“Tak payah gi lah Ain, Achik pun malas.”
“O.klah!! Korang gi lah kelas ya. Semoga berjaya!!”
“Ohh....Merepek kau ni, Ain. Ada je. Kau Sue! Jomlah!! Takkan kau pun malas, nanti keliling Encik
Zamri cari beruang comel dia ni. Sebab tak masuk kelas. Cepatlah.”
Liza menarik Syue. Tinggallah Ain dan Firdaus bersendiri.
“Achik.....Lama Ain tak jumpa ibu lah. Rindu lak.”
Ain bersuara sambil mengigit ‘straw’ di mulutnya.
“Jom gi rumah aku. Aku ada cerita ‘hot’ ni.”
“Banyaklah kau!! Selalu kabor kat Ain camtu. Ingat dekat ke? “
“Dekatlah achik ajak ni. Ada gambar baru! Minggu lepas abah ada beli arnab tahu. Untuk ‘boy’
Bukannya jauh pun rumah sewa kau tu. Selang 2 buah rumah je ngan rumah achik. Malam ni
bleh?”
“Amboi! Amboi! Banyaklah, assignment baru dapat tadi. Dah ajak Ain melencong ya. Macam
mana Achik ngan Milia?!”

Firdaus tersengih, sesungguhnya dia bahagia dengan gadis pujaannya, Milia. Yang juga
merangkap sebagai teman wanita istimewanya. Bila dengan Ain, Firdaus sanggup meluahkan
segalanya dan menceritakan segalanya pasal Milia. Ain pendengar yang setia, Ain jugalah
kaunselor terbaik bagi Firdaus bila dia mempunyai masalah dengan Milia. Ain jugalah tempat dia
mengadu segala-galanya.

“Eh!!Mengelamun lak dia ni. Jom gi ‘library’. Nak cari note sket. Jomlah.”
“Ops!! Achik tengah bahagia sekarang. Oh! Lupa Achik nak kasi tahu, Ain. Abah beli ‘tudung’
untuk Ain. Achik lupa nak bawa. Siap ada tulis nama Ain lagi tahu.”
“Betul ke? Sayang abah kat Ain eh!”
“Iyalah tu, anak abah pun ada gak sayang kat Ain. Tapi takde duit nak beli hadiah mahal-mahal
cam abah beli tu.”
“Hii.....Sukernya ramai orang sayang kat Ain ya. Kalau dari dulu Ain tahu achik sayang gak kat
Ain. Ain nak suruh Achik beli ‘bear’ besar kat Mid Valley dulu tu tau.”
“Tu malas nak sayang Ain tu. Banyak sangat karenahnya.”
“Tak baik tau, buruk siku sebab tarik balik ‘sayang’ tu dari Ain.”
“Ada ke benda gitu boleh jadi buruk siku lak. Peliklah dia ni. Hah! Ikut suka kau lah.”

***

“Comelnya, terima kasih, abah.”


Ain berkali-kali mengayakan selendang yang diberi oleh Encik Lotfi kepadanya. Puan Zaini hanya
tersenyum dengan keletah anak angkatnya itu.
“Abah tahu, kalau Ain pakai selendang ni memang cantik punya.”
Encik Lotfi bergurau sambil matanya tidak lepas-lepas memandang anak angkatnya yang berkali-
kali berpusing-pusing mengayakan selendang yang diberikan olehnya sebentar tadi. Pertama kali
dia dan isterinya melihat Ain, hatinya sudah jatuh hati. Setiap kali Firdaus mengajak Ain
bertandang ke rumah mereka, gadis itu tidak betah untuk bermesra dengannya sekeluarga.
Hampir 3 tahun Ain ‘hidup’ dalam keluarga Encik Lotfi. Segala-galanya menyenangkan hati
semua ahli keluarganya. Malah kelima-lima anak lelakinya senang bila Ain berada di rumah
mereka. Ain sudah dianggap seperti anak gadisnya sendiri.

“Abah....Terima kasih. Ain suka sangat hadiah abah bagi ni.”

Ain tidak pernah meminta apa-apa dari keluarganya, malah Ain lah yang telah memebrikan
kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Semua anak-anaknya menyayangi gadis itu. Ain dipeluk
erat oleh Puan Zaini.

“Ibu dengan abah ni kalau Ain datang. Achik terus tak sedar, ada ke tidak. Tu yang achik malas
nak suruh Ain datang tu.”

Firdaus mencelah. Cuba bergurau, hatinya sennag bila seluruh ahli keluarganya menumpahkan
kasih sayang pada teman kampusnya itu. Baginya Ain layak untuk menerimanya. Sepanjang
kenali Ain, Firdaus sudah jatuh sayang padanya. Sikap Ain menyenangkan sesiapa saja. Tak
pernah sekalipun Firdaus melihat Ain menangis atau bermuram sepanjang mereka berkawan. Ain
seorang teman yang begitu istimewa, namun dia tidak faham mengapa dia tidak pernah jatuh
cinta pada Ain lebih dari seorang kawan. Firdaus takut Ain hilang dalam hidupnya. Ain penting
dari segala benda yang dmilikinya. Ain seolah darah dagingnya sendiri.

“Achik....”
Encik Lotfi menepuk bahu Firdaus selepas Firdaus terdiam beberapa ketika.
“Merajuk ke? Buruknya kalau anak teruna ni merajuk ya.”
“Mana abah tahu nama penuh Ain ni?”
“La...Ni abah ada ‘assistant’ lah. Nombor surat beranak Ain pun dia tahu.”
“Kenapa orang panggil nama Ain, tak panggil Amnah??..”
“Abah....Kejap!!”
Belum sempat Encik Lotfi meneruskan kata-kata. Firdaus memanggil. Encik Lotfi meminta diri,
ketika Encik Lotfi berbual-bual dengan Firdaus. Ain meminta diri untuk pulang. Encik Lotfi masih
asyik mendengar percakapan Firdaus, sesekali Firdaus menjeling Ain yang bergegas mengambil
beg sandangnya untuk berlalu pulang.
“Ain!!!”
Sebaik kaki Ain melangkah mendapatkan ‘bike’ nya. Firdaus segera mendapatkannya.
“Hei!! Kenapa tak ambil hadiah abah kasi tu?”
“Nantilah...Ain ambil petang nanti. Ain nak gie Cyber cafe jap.”
“Achik ikut!!”
“Tak yahlah, Ain nak lekas ni. Dah janji.”

Ain terus mengayuh ‘bike’ meninggalkan halaman rumah Firdaus. Sebenarnya Ain keliru. Hatinya
begitu bimbang dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh Encik Lotfi yang bakal mengundang
seribu kekeliruan dan mengembalikan luka lamanya. Hampir 8 tahun semua itu cuba
dilupakannya.

***

“Abang tahu....Ain anak abang. Kenapa awak terima ‘nama’ Dato’ Karim kasi tu. Ain anak abang.
Darah daging abang.”
“Tapi.....Saya tak sanggup nak lukakan hati ayah. Dia dah tua, bang.”
“Abang tahu, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan dia. Cucunya tak pernah wujud.
Abang tahu, sebelum Ikmal meninggal...Dia tak pernah sentuh awak kan. Abang tahu dan abang
yakin semua tu. Ain anak abang.”
“Abang.....”
Puan Hasnah menangis teresak, Ain menanti di balik pintu.
“Awak gilakan harta Dato’ Karim sampaikan sanggup jual anak kita.”
“Abang.....Bukan!!! Tapi itu permintaan ayah, dia nak kasi semua harta tu pada Ain bila dia
berusia 21 tahun. Saya...Saya cuma nak Ain senang nanti. “
“Tak cukup kah harta yang kita ada sekarang ni?? Ain tetap anak abang.”
“Abang, bagilah ayah peluang. Dia nak sangat namakan Ain dengan nama tu. Lagipun dia yakin
Ain cucunya, anak yang lahir dari rahim saya hasil dari perkongsian hidup saya dengan Ikmal
sebelum saya kahwini abang.”
“Abang tak kira, Ain anak abang. Satu-satunya harta abang ada dalam dunia ni. Abang nak
buktikan pada Dato’ Karim. Abang takkan biarkan dia rampas Ain dari abang. Takkan!!”
“Tapi.....Ayah dah daftarkan nama tu untuk Ain. Masa tu abang takde. Saya tak boleh buat apa-
apa,bang.”
“Takk.....Tak mungkkin Hasnah. Ain Zikrullah nama saya pilih untuk Ain. Dan saya pasti tak sapa
boleh tukarkan nama tu. Keputusan saya muktamad, Hasnah!!”
“Abang.....Ayah dah bagi muka kat kita dengan meletakkan nama abang sebagai bapa Ain.”
“Itu sebab memang aku bapak dia!!! Ain tak boleh dirampas dari aku. Ain anak abang, Hasnah.”
“Abah!!!!”
Ain meluru mendapatkan abahnya, tangisnya dihamburkan ke dada Encik Zakri.

“Ain anak abah!!! Ain tak nak nama tu, Ain nak abah...Nak umi...Jangan kasi Ain tinggal dengan
Atuk Karim. Ain nak hidup ngan abah dan umi selamnya. Jangan biar Ain tinggal kat rumah tu,
abah...”

Ain teresak di dada Zakri. Zakri jadi sebak. Puan Hasnah hanya terdiam, tidak dinafikan Ain anak
kandungnya dan Zakri. Namun kerana rasa sayang dan membalas apa yang pernah Datuk Karim
korbankan untuknya dulu. Puan Hasnah jadi keliru. Antara balas budi serta kasih suaminya. Zakri
dan Ain keluar meninggalkannya sendirian.

***

“Hei!!! Berangan eh!”;


“Achik?!”
Ain tersentak dengan sergahan Firdaus. Dicarinya kelibat teman-teman lain.
“Nak makan tak?!”
“Ain ada kerja nak buat ni.”

Ain cuba melarikan diri dari Firdaus. Kalau boleh dia tak mahu akrab dengan Firdaus macam
dulu-dulu. Ain malas utnuk bersemuka dengan Encik Lotfi lagi, serta diajukan persoalan yang
sama.

“Kau marahkan abah ya?”


“Hah?! Taklah.”
Ain jawab acuh tak acuh.
“Petang ni turun ‘town’ nak gi cari barang sket. Ain kena balik dulu. O.klah Achik...”
“Hei! Kenapa dengan Ain ni? Dah bencikan Achik ke?”
Ain terkejut. Firdaus berjauh hati dnegan sikapnya.
“Achik......”
“Achik tahu Ain marahkan Achik dan abah. Maaflah, Achik tahu Achik yang salah. Tapi tak boleh
ke Ain jadi tak sesensitif ni.”
Ain mula naik angin dengan kata-kata Firdaus.
“Ain tak sensitif!!! Achik jangan tuduh Ain macam tu tau. Kalau Ain ni sensistif, Ain tentu dah lama
mati makan hati dengan Achik selama ni tau.”
“Ooh.....Selama ni Achik ni memang selalu sakitkan hati Ain lah ye. Ok!! Ok!! Fine! Lepas ni Achik
dan Ain putus!! Clash!! Faham?!”
“Hei!!! Kenapa ni?!”
Zaid datang meredakan perbalahan antara Firdaus dan Ain. Ain berlalu pergi.
Begitu juga Firdaus. Masing-masing membawa amarah sendiri. Zaid menggeleng. Sesekali
Firdaus dan Ain umpama ‘kucing dan anjing’, namun kadang-kadang mereka akrab umpama
adik-beradik. Malah hubungan Ain dan Firdaus begitu istimewa pada pandangan Zaid. Firdaus
dan Ain boleh berkongsi bermacam-macam hal. Malah Ain banyak membantu Firdaus.

***

Ain berlari mengangkat telefon. Sudah 3 hari dia berada di rumah. Mak Pah menemani Ain di
rumah itu. Satu-satunya rumah yang ditinggalkan oleh arwah majikannya pada anak gadis
tunggalnya. Ain gadis yang tegas, dia sanggup bertegang leher dengan keluarga atuknya, Datuk
Karim. Gagang diangkat.
“Hello...”
“Amnah....”
Suara Datuk Karim mengejutkan Ain.
“Atuk ni Amnah.”
“Hmm.....Assalamualaikum, tuk.”
“Waalaikumsalam, esok datang rumah atuk, sayang. Ada perkara atuk nak bincangkan dengan
Amnah.”
“Saya sibuklah, tuk. Lagipun...”
Kedengaran Datuk Karim batuk-batuk kecil di hujung talian.
“Atuk...Atuk tak apa-apa, kan?”
“Takk....Kalau Ain sibuk esok, atuk tak paksa.”
Kerana peraasaan dan asuhan arwah abahnya satu tika dulu, Ain menjadi akur.
“Tukk....Esok saya datang.”
“Betul ke ni? Biar Mak Usu jemput ya.”
“Takk....Tak payah, tuk. Saya datang naik bas nanti.”
“Tak payah, esok atuk suruh orang datuk jemput.”
Klik!
Gagang diletakkan, Ain tahu keputusan akhir dari Datuk Karim membuatkan Ain akur. Selepas
gagang telefon diletak, Ain menuju ke bilik Mak Pah. Ditinggalkan sendirian sebegini,
membuatkan Ain jadi sayu. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan arwah abah dan mamanya.
***

Episod 2 ::..
Posted on: Jun 19, 2006 - 11:52 AM by afaainor

“Atuk paksa Ain!”


“Kenapa Ain ikut.”
“Sebab atuk sakit. Mak Usu kata atuk cuma nak tengok Ain kahwin dengan abang Izham. Ain
takut....”
Sue manarik Ain ke dalam pelukannya. Terlalu banyak rintangan yang perlu ditanggung oleh
teman baiknya itu.
“Achik dah tahu?”
Ain menggeleng.
“Achik sibuk, Milia buat kes lagi.”
“Ain.....”

Ain merapatkan diri Sue ke dalam pelukannya. Tangis dihamburkan ke bahu teman baiknya itu.
Semalam Ain tertidur dalam kesedihan. Bingkai gambar arwah abah dan mamanya dipeluk erat.
Enci Zakri dan Puan Hasnah terkorban dalam perjalanan ketika di Norway. Ketika itu Ain masih
baru menuntut di kolej, dalam tahun pertama. Dugaan datang bertimpa-timpa, Datuk Karim
menanggung segala kos hidup Ain. Malah Ain lansung tidak mengetahui tentang harta-harta dan
surat abahnya. Ketika peguam abahnya datang membacakan wasiat. Ain masih bersedih.
Baginya kehidupan semakin kosong.

“Ain.....Achik datang.”
Ain terkejut.
“Kau suruh dia datang, Sue?”

Tajam Ain memandang Sue. Sue menggeleng. Ain terus menyembamkan muka ke bantal.

“Ain tak nak jumpa dia.”


“Tapi....Dia nak jumpa sangat-sangat dengan kau.”
“Takk....Nanti dia tengok keadaan Ain macam ni. Ain tak nak dia syak apa-apa.”
“Kau ada hati dekat Achik ya?”
Sue menyakat. Ain pantas bangun mencapai sweater dan tudungnya. Lantas keluar
mendapatkan Firdaus. Sebaik Ain melabuhkan punggung di kerusi batu berhampiran Firdaus.

“Milia nak putuskan hubungan, Ain.”


Ain tersentak, nyata Firdaus juga mempunyai masalah sendiri.
“Bila?!”
“Tadi dia minta, katanya dia sebenarnya dah ada buah hati. Dia layan Achik sebab dia tak nak
Achik ‘frust’.”

Ain tersenyum, telah lama dia cuba memberitahu status Mila yang sebenarnya pada Firdaus.
Namun Firdaus tak pernah mempercayainya, baginya Mila tak mungkin menipunya.

“Sabarlah, Chik. ‘Bunga’ bukan sekuntum.”


“Tapi...Milia lain.”
“Apa yang lainnya, Achik?”

Semalaman Ain melayani luahan hati Firdaus, luahan kecewanya dengan sikap aweknya, Milia.
Sebaik Ain masuk ke rumah sewanya. Sue masih menanti.

“Achik putus dengan Mila, Sue.”


“Kau tak beritahu dia masalah kau.”
“Argh! Bukannya penting sangat. Biarlah, masa yang tentukan semua tu.”
Tubuh dibaringkan ke tilam.
“Sampai bila kau nak jadi ‘pak turut’ Achik tu. Bila dia sedih dia cari kau. Tapi kau?!! Bila kau
bermasalah, kau cuba jauhi dia. Tak terasa ke kau ni Ain? Luahkan apa yang kau alami tu pada
orang sekitar kau. Aku tak sanggup tengok kau ketawa dan ceria. Tapi....Tapi hati kau? Tak sapa
tahu dan faham.”
“Kau dah jemu dnegan kisah hidup Ain, Sue?! Ain sukar nak percayai orang lain kecuali kau. Ain
tak pernah sedih, tak pernah hati ni terasa. Bila Ain luahkan apa yang Ain alami ni pada
Syuhairah, hati ni jadi gembira balik. Sebab tu Sue berharga dalam hidup Ain.”
Ain memeluk Sue seerat mungkin.

***

“Maaflah, Chik. Hari ni ada ‘date’!”


“Ngan sape??”
“Pakwe lah, takkan nak date ngan makwe lak. Allo! Cik abang!!! Kita ni normal lagi tau.”
Ain mengusik Firdaus dengan gelagatnya.
“Ain....”
“Sorry! Merry!! Sungguh lah kita takleh temankan awaklah.”
“Sue! Mehlah nak tumpang pun, sebab Ain pun nak balik rumah sewa jap.”
Sebuah Honda BEW 11, menyusur masuk ke dalam kawasan kampus.
“O.k! Achik, Ain chow kit dulu eh....”

Ain dan Sue berlalu masuk keperut kereta Honda berwarna silver yang setia menanti di kawasan
kampus. Ain dan Sue melambai mesra pada Firdaus. Tiba-tiba, bedebuk!

“Ain!!!”

Firdaus menahan tawa melihat Ain tersungkur jatuh tersepak benteng di tepi jalan. Seorang lelaki
yang segak dengan jeans dan t-shirt Polo keluar mendapatkan Ain. Mesra. Firdaus gelisah
dengan kehadiran lelaki itu di sisi Ain. Sue hanya memerhati dengan senyuman. Firdaus berlalu
pulang ke rumah. Entah kenapa Firdaus tiba-tiba berubah angin.

“Sue!!!”
Ain sampai ke rumah tika malam makin lewat.
“Dia dah ada makwe.”
Ain memeluk Sue. Anehnya Ain bersikap tenang.
“Kau kena beritahu atuk kau, Ain.”
“Takk.....Kami akan buat perjanjian minggu depan. Kak Tiha, girlfriend abang Zam akan datang
ke sini. Kami akan sama-sama berbincang.”
“Masa tu? Kau nak pergi sendiri? Ain?”
Ain mengangguk.”
“Baik kau ajak Achik.”
“Achik?!!”
“Ya....”

***

“Macam mana Zam nak lupakan Tiha? Zam sayangkan Tiha.”


Zamri memandang gadis pujaannya yang masih tenang menghadapnya.
“Tapi....Zam tak boleh kecewakan hati keluarga Zam. Hati atuk Zam, dan hati Idlal Amnah. Dia
tak salah.”
“Memang Amnah tak salah, tapi Zam tak tahu kenapa Zam yang kena beralah dengan atuk. Zam
perlukan Tiha.”
Fatiha menggeleng kepala, lucu dengan sikap Zamri.
“Tiha tak percaya?! Kalau boleh malam ni juga Zam nak kahwin dengan Tiha.”
“Zam....Dengar ni.”
Fatiha cuba bertegas. Zamri memandang akur pada Fatiha.
“Sekarang Zam di pertengahan, Tiha tak kisah siapa yang Zam pilih. Asal Zam boleh pilih yang
terbaik. Tiha akur dengan keputusan Zam.”
“Tiha tak sayangkan Zam?”
“Zam....Tiha tak pernah kata Tiha tak sayangkan Zam. Tiha sayang Zam, tetapi sayang Tiha pada
Zam hanyalah sayang seorang kawan. Zam pun tahu, kan?”

Zamri mengangguk. Satu penyeksaan baginya andai Fatiha hilang dari hidupnya. Namun, begitu
juga dengan kehadiran Idlal Amnah disisinya. Kedua gadis itu begitu serasi dengan jiwanya. Dia
ingin memiliki keduanya. Zamri termenung seketika teringat tentang perbualan telefon bersama
Idlal Amnah sejak mereka di tunangkan. Malah tawa, gurauan dan suara Idlal Amnah begitu
menyenangkan jiwanya. Begitu juga Fatiha, cara dan perlakuan Fatiha melambangkan
kesempurnaan. Malah Fatiha cukup bersopan. Cuma Datuk Karim sahaja yang buta menilai diri
Fatiha yang lembut dan cukup sempurna itu. Mungkin kerana mata tua Datuk Karim terlebih
tertumpu pada kesempurnaan yang ada pada cucu perempuan tunggalnya, Idlal Amnah.
Fatiha dan Amnah, tiada perbezaan di antara mereka. Malah jika dipandang dari sudut agama
sekalipun. Mereka boleh dijadikan contoh. Biarpun Idlal Amnah dikelilingi dengan budaya kampus
di tengah-tengah kota. Namun, tak pernah sekalipun Idlal Amnah keluarkan sesuatu yang
menyakitkan hati Zamri, begitu juga dari segi berpakaian. Idlal Amnah lebih senang berbaju
kurung dan bersederhana.

“Zam....Tiha balik dulu. Zam fikirlah sebaiknya. Lagi 3 hari kita kena temui Idlal Amnah. Tak sabar
Tiha nak bertemu dengannya. Mesti dia seorang yang sempurna, kan? Sampaikan Tiha tengok
Zam pun boleh khayal tentang Amnah walaupun Zam tengah ‘date’ dengan Tiha. Tiha pergi dulu,
Zam. Assalamualaikum.”
Sekuntum senyuman manis di hadiahkan pada Zamri sebelum Fatiha berlalu.
“Waalaikumsalam.”

***

“Kata tak suka!!! Tapi tengoklah!”


“Achik....”
“Apa Achik..Achik??? Ain buat Achik ni dah tak bermakna lansung untuk Ain ye. Ain ingat Achik ni
takde hati perut ke?!”

Firdaus menghempaskan handset ke sofa. Sejak akhir-akhir ini, Firdaus semakin rasa tersisih
dengan sikap Ain. Puan Zaini. Dia sendiripun hairan, Firdaus kerap marah-marah, kadang-
kadang bukan Puan Zaini saja yang perasan, malah adik-adiknya pun turut sama pelik dengan
perangai Firdaus.

“Kenapa Achik tu, bu?”


Fatin bertanya bila terkejut melihat perangai adiknya.
“Entahlah, Ngah. Ibu pun hairan. Sejak akhir-akhir ni pelik benar perangai Achik tu. Angah nak ke
mana tu?”
“Dapur jap, bu.”
“Tolong ambilkan jus untuk ibu boleh?”
“It’s your pleasure, ibu....”

Sebaik Fatin melangkah ke dapur, Puan Zaini mencapai handset Firdaus yang masih tersadai di
sofa. Tangannya menilik menu untuk melihat siapa punca amarah Firdaus.

“Bu, air ni.”


“Terima kasih, Ngah. Angah, ibu nak tanya sikit.”
Fatin duduk disebelah ibunya.
“Achik gaduh ngan Ain ke?”
“Taklah, bu. Mana boleh Achik gaduh ngan Ain tu. Ibu tahu tak, dia ngan Ain tu macam isi dengan
kuku tau. Tak boleh berenggang lansung.”
“Iyalah, cuba Angah tengok ni. ‘Last dialled’ nombor Ain kan. Pastu dia marah pun lepas berbual
di talian tadi, kan.”
“Iyalah bu. Tapi.... Takpelah nanti kalau Angah jumpa Ain, Angah tanyakan ya. Ibu jangan
risaulah.”
“Ibu bukan apa, Ain tu anak yatim piatu. Tak baik kalau kita sakitkan hati dia. Kita yang berdosa.
Lgipun dia tu sebatang kara. Takde sapa yang boleh dia mengadu selain kita, kan.”

Fatin mengangguk, memang Fatin akui Puan Zaini cukup berlembut dan menyayangi Ain. Malah
kadang-kadang timbul rasa irihati pada Ain bila kedua orang tuanya lebih mendahului Ain. Fatin
juga turut menyayangi Ain sebagai adiknya. Malah seluruh ahli keluarganya menyenangi gadis
malang itu. Fatin bangun meninggalkan Puan Zaini, hatinya meronta-ronta untuk menjenguk ke
bilik Firdaus. Daun pintu yang tidak ditutup rapat membolehkan Fatin menjenguk seketika.
Firdaus sedang berteleku di meja tulisnya.

“Kenapa ni, Chik?”


Firdaus mengangkat muka melihat Fatin.
“Achik tak sihat ya?”
Firdaus menggeleng, mukanya diraup beserta satu keluhan lemah.
“Habis?! Gaduh ngan Ain.”
“Achik...Achik.....Achik takut kehilangan Ain.”

Firdaus meraup barang-barang di atas meja tulisnya dengan kasar. Fatin terkejut. Firdaus benar-
benar marah. Fatin menanti reaksi Firdaus seterusnya. Firdaus bangun kasar sambil menyepak
barang-barang yang berteraburan dilantai. Kemudian Firdaus terduduk lemah.

“Kenapa pulak Ain nak tinggalkan Achik. Kak Ngah tak faham.”
“Memanglah Kak Ngah tak faham!! Lagipun Kak Ngah bukan duduk di tempat Achik. Siapa pun
tak faham!!! Malah Achik sendiri pun tak faham!!! Kenapa Achik punyai perasaan begini pada
Ain!”

Firdaus ketawa kasar. Ternyata Firdaus seolah-olah orang yang sedang kecewa. Fatin memujuk
lagi, ingin mengetahui cerita sebenar tentang Ain.

“Kenapa Firdaus Halimie yang akak kenal boleh jadi selemah ini hanya kerana seorang gadis
macam Ain?!”
“Achik bukan lemah, Kak Ngah. Tapi Ain yang lemah. Kenapa dia mesti pertaruhkan hidup dia.
Hanya kerana dia hormatkan keluarga atuknya. Yang lansung tiada pertalian darah! Kenapa
Achik boleh berkawan dengan orang sebodoh Ain!!”
“Achik!! Listen to me!”
“Apa lagi Achik nak dengar, kak?!! Apa lagi? Ain dah hilang Ain, kerana harta Ain dijadikan
taruhan. Achik benci dengar cerita ni dari Sue. Tapi...Tapi...Kenapa Ain masih boleh bereaksi
gembira dengan Achik. Kenapa dia tak jauhkan diri dari tunangnya tu. Achik benci bila lihat Ain
perbodohkan dirinya sendiri!!!”
Fatin menggeleng.
“Kalau benar Achik ni kawan Ain. Kenapa dia tak kongsi keperitan dan penderitaan yang dia
tanggung tu dengan Achik. Siapa Achik di matanya, kak?”
“Bila Ain bertunang?! Akak tak tahu pun. Dan kenapa?!”
“Kak Ngah......Panjang kisah Ain tak kita tahu, kan? Kalau benar Ain nak anggap kita
keluarganya, kenapa dia tak luahkan pada Achik, pada ibu atau pada Kak Ngah sendiri. Itu sebab
Ain tak anggap kita keluarga dia.”
“Jangan cepat menuduh, dik.”
“Achik tak menuduh. Tapi Achik kecewa, akak tahu tak? Tiap malam Ain berendam airmata, sedih
kenangkan hidupnya, tapi bila dengan Achik dia ketawa riang. Bila jumpa Kak Ngah dia
tersenyum manis. Kita tak tau...Kita tak tahu sekarang dia tengah berduka. Tiap kali dia keluar
dengan tunangnya, diherdik, dimaki dan macam-macam lagi lelaki keparat tu buat dekat Ain. Tapi
Ain tetap keluar dengan dia. Tak pernah serik. Ain buat Achik makin benci pada dia. Hari ni pun
Ain keluar dengan Zamri tu.”
“Siapa tunang dia tu?”
“Zamri Iskandar! Cucu kepada Datuk Karim.”
“Tok!!! Tok!!”
Puan Zaini terjengul di pintu, dengan lelehan airmata.
“Achik, Sue telefon.”
“Ibu?!”
“Ibu dah dengar semuanya. Achik jawab call ni dulu.”
Firdaus pantas mengambil handsetnya dari tangan Puan Zaini.
“Ya allah!! Binatang punya Zamri!”

Belum sempat dihalang oleh Puan Zaini dan Fatin, Firdaus berlalu meninggalkan rumah dengan
kereta Fatin.

***

“Binatang!!!”
“Buk!!”
Firdaus melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada Zamri.
“Kalau kau nak bunuh Ain! Langkah mayat aku dulu!!!”
“Kau dah silap, tu bukan ....bukan salah aku.”
“Bukan salah kepala hotak kau!!!”
“Aku tengok!!! Macam mana kau tampar Ain tadi, lepas tu Ain berlari keluar dari kereta kau. Mata
aku tengok macam mana kau buat Ain. Aku tahu dari dulu kau bencikan Ain. Kau mainkan
perasaan dia. Binatang apa kau ni hah?!”
“Sabar, Sue...Sabar Sue....”
Liza cuba mententeramkan Suhaliza yang terus meronta menyerang Zamri. Suhaliza terusan
meraung.
“Mana Ain?!”
Pertanyaan Firdaus membuatkan Sue terdiam. Hanya Liza yang menjawab.
“Masih kat dalam, dah 2 jam Chik.”
“Kalau apa-apa jadi pada Ain, aku bunuh kau!!”

Mereka menanti dengan penuh debaran sehinggalah keluarga Datuk Karim bersama Mak Pah
tiba ke hospital.

“Atuk....Zam nak atuk terus terang dengan Zam!! Siapa Amnah dalam keluarga kita!”
“Biadap! Kenapa kau tanya atuk kau macam tu.”
Encik Fazli menegur anak sulungnya dengan kasar.
“Memang....Memang Amnah bukan cucu kandung aku!”
“Ya!!! Dari dulu lagi Zam tahu, Amnah anak luar nikah Mak Long Hasnah dengan Pakcik Zakri.”
“Pang!!”
Masing-masing terkejut Isabella menampar anak saudaranya.
“Amnah adalah zuriat suci Kak Hasnah dengan Abang Zakri. Kamu jangan memandai. Mak Su
tahu hal ni.”
“Sudahlah tu, Bella! Betul kata Zamri tu.”

Pertelingkahan keluarga Datuk Karim terhenti serta-merta bila pintu bilik kecemasan dibuka.
Seorang pesakit dikeluarkan dengan kesan balutan dibahagian kepala, muka dan kedua belah
tangannya. Masing-masing menyusur pihak hospital menolak troli Ain ke wad.

“Macam mana kawan saya, doktor?”


“Maaf, dik. Kawan adik mungkin alami kecederaan parah pada mukanya. Dan....besar
kemungkinan dia akan lumpuh.”
“Ya allah! Kenapa kau timpakan bala ni pada Ain?”
Sue teresak di bahu Liza. Firdaus masih terpempan dengan pengakuan doktor.
“Puas hati korang semua, kan? Hah!! Tunggu apalagi, baliklah!!! Sekarang Ain dah cacat!”
“Achik!!”
Zaid menenangkan Firdaus.
“Hah!! Binatang!! Puas hati kau, kan?”

Selepas Ain dimasukkan di wad, Firdaus menghalang langkah keluarga Datuk Karim. Zaid masih
memegang Firdaus yang semakin menggila.

“Jangan harap aku nak beri kau sakitkan Ain lagi! Berambuslah!!! Berambus dari sini!!”
“Hei budak!! Amnah tu cucu aku, kau jangan main-main tau. Aku boleh saman perbuatan kau ni.”
Datuk Karim bersuara.
“Hei orang tua!!! Sedar sikit! Tak pernah wujud dalam mana-mana bahagian dalam nama Ain tu
tercatat nama anak kau sebagai ayahnya.”
“Mana kau tahu hah?!”
Encik Fazli mulai berang. Pertelingkahan mula berlaku.
“Cukup!!! Achik, kamu nak jadi apa hah? Ibu tak pernah ajar anak ibu macam ni.”
Kedatangan keluarga Encik Lotfi mengejutkan mereka semua.
“Ibu.....Ibu....Tak tahu semua ni!”
“Siapa kata ibu tak tahu? Ain pun anak ibu juga. Ibu kenal keluarga Ain.”
“Takk....Tak mungkin....”
“Iya, Achk. Puan Zaini kenal keluarga Amnah.”
Masing-masing terpaku, bila muncul seorang pemuda bersuara.
“Awak siapa?!”
“Saya?! Atuk tentu kenal saya, kan? Mak Usu, Pak Long dan Mak Long pun. Saya Afiq, Afiq
Zainal Ikmal. Anak kepada arwah Ikmal.”
“Afiq?!”
Isabella menerkam memeluk Afiq, hampir 23 tahun dia mencari keluarga kakak iparnya yang
ditinggalkan oleh Abang Ngahnya, Ikmal. Dia sendiri pun seolah-olah hampir berputus asa, dia
sayangkan kedua-dua anak saudaranya yang lahir dari perkongsian hidup Ikmal dan Kalsom. Alia
Zarith dan Afiq Zainal, semuanya menghilang selepas Kalsom memohon perceraian dari Ikmal,
selepas itu Ikmal ditimpa kemalangan selepas 3 bulan berumahtangga dengan Hasnah.
Kemudian Hasnah berkahwin lain, dengan Zakri. Maka hasil dari perkongsian hidup Hasnah
dengan Zakri, Ain di lahirkan.

“Ya, Mak Su. Rindu benar Afiq nak jumpa Mak Su. Tapi....Umi tak kasi kami pulang ke Malaysia.
Umi tahu dendam atuk pada Umi tak pernah padam.”
“Mana kamu menghilang selama ni?”
“Kami perdagangkan nasib kami anak-beranak atas harta milik Idlal Amnah. Di Jerman, uncle
Zakri dan aunt Hasnah yang turunkan nama umi sebagai penjaga kepada Amnah. Tapi kami tak
berpeluang nak jaga dia, cuma segala tentang Amnah umi tahu dari beberapa orang rakan
Amnah dan orang suruhan umi.”
“Amnah tu cucu aku!!”
Datuk Karim bersuara kasar.
“Takk...Amnah bukan cucu atuk, tapi...Amnah anak uncle Zakri dengan aunt Hasnah. Dia
dilahirkan hasil dari perkongsian hidup yang sah. Mungkin masing-masing tak tahu hal ni.
Lagipun dalam wasiat yang uncle Zakri berikan pada saya untuk diuruskan, ada keterangan yang
sahihkan bahawa Ain Zikrulah adalah anak kandungnya. Dan nama Amnah Idlal yang dipilih oleh
Datuk Karim untuk Amnah memang sah dari segi undang-undang untuk diterima. Ini kerana
nama tu memang berbintikan uncle Zakri.”
“Sebelum kita bercakap panjang lebar disini, mari kita ke kafe. Tak elok kita huru-harakan
keadaan wad ni. Lagipun Amnah masih tak sihat, kan? Datuk?!”
Encik Lotfi bersuara.

***

Episod 3 ::..
Posted on: Jun 21, 2006 - 02:11 AM by afaainor

***

“Kau masih nak teruskan hubungan dengan Zam?”


Ain mengangguk. Firdaus sedikit kesal.
“Kau....Kau....”
“Dahlah tu, Achik. Kalau tak kerana abang Zam yang nak terima Ain macam ni sapa lagi? Achik
juga yang kata, Abang Zam kena bertanggungjawab atas apa yang dia buat pada Ain.”
“Ain....”
“Ain tahu Achik sayangkan Ain, lepas ni takleh lah Ain nak bodek Achik macam dulu lagi. Kita dah
tak boleh naik ‘bike’ sama-sama, kan?. Ain...Ain dah jadi cacat. Dah tak segagah dulu.”
Ain ketawa, sebak di dada cuba disembunyikan.
“Parut ni pulak, entah bila boleh hilang. Ain dah tak macam dulu lagi, Chik.”

Parut yang melingkar di pipinya diusap perlahan. Ada getaran dijung jarinya. Ain mulai sebak.
Airmata mulai bergenang. Turut mengundang sebak di dada Firdaus.

“Achik sanggup beli apa saja untuk Ain. Achik sayang Ain.”
“Ain tahu, dari dulu lagi Ain tahu Achik sayang Ain. Sekarang semua orang pun dah sayang Ain.
Tapi Achik yang lebih dulu sayang Ain, kan?”
Ain ketawa, namun kali ini airmatanya gugur di depan Firdaus.
“Ain dah tak boleh jalan macam dulu, Chik.”
“Ain....”
Firdaus memandang keluar tingkap bilik. Cuba mengundang sebak. Dadanya sebak.
“Abah dapat tawaran ke Jepun. Insyaallah kalau tak ada aral melintang, keluarga Achik akan
berangkat ke sana lusa. Ain hantar Achik ya.”
“Achik...Achik.....Macammana Achik nak hantar Ain, Achik tengoklah....”
Ain mengusap pehanya yang berbungkus dengan lembut. Kata-kata Ain mati disitu, tatkal Firdaus
memeluknya kemas.
“Ain mesti datang, Achik balik dulu.”
Ain memandang lesu, masih terkejut dengan pelakuan Firdaus sebentar tadi.
“Alangkah baiknya kalau Abang Zam sayangkan Ain macam Achik sayangkan Ain.”
Satu keluhan terdetik di hati Ain. Seketika kemudian, Afiq masuk ke bilik Ain.
“Kenapa Achik tu? Sedih je abang tengok. Haa.....Ada apa-apa ke adik abang dengan Achik tu.”
“Takdelah. Abang, Ain nak keluar. Tapi....Abang tengoklah ni.”
Afiq memandang sayu, dihampiri katil Ain perlahan.
“Mari abang dukung ya. Ain beritahu mana Ain nak pergi, abang boleh bawak tau?”
“Tak malu ke abang? Ain dengan abang....”
“Ain, kan umi dah beritahu Ain ni adik abang. Abang dan Ain satu susuan. Umi pernah susukan
Ain masa Ain bayi tau.”
“Ain lupalah, bang.”
Ain cuba ketawa. Namun, entah kenapa dia tiba-tiba bersedih. Airmatanya gugur.
“Kenapa ni?”
“Kenapa sebelum ni abang, umi dan kak Lia tak balik ambil Ain?”
Afiq terkejut.
“Bukan Umi tak nak ambik, Amnah. Tapi...Datuk Karim dah hantar orang untuk musnahkan hidup
Umi bersama anak-anak umi. Umi pernah balik, tapi macam-macam hal berlaku masa tu. Malah
Datuk sendiri arahkan orang agar memberi amaran pada umi untuk jauhkan diri dari Amnah.
Selama ni, Abang Afiqlah yang umi harapkan jaga Amnah. Abang Afiq pernah datang rumah
Amnah lepas abah Amnah meninggal. Tapi masa tu abang Afiq takut nak beritahu Amnah lagi.
Amnah terlalu bersedih.”
Kalsom memeluk Ain, diciumnya gadis itu berkali-kali.
“Sayang anak umi, lepas ni umi janji umi takkan tinggalkan Amnah lagi.”
Masing-masing deselubungi kesepian.
“Ain nak keluar, nak hirup udara segar. Abang kata nak dukung Ain.”
Afiq terus mengangkat tubuh Ain perlahan-lahan.
“Berat jugak Ain ni ya. Hii, mati abang nak bawa Ain jalan lama-lama nanti.”
“Afiq....”
Kalsom menegur. Ain ketawa riang.

***

“Ain mintak maaf kalau sebelum ni, Ain ada buat kesalahan pada Achik sekeluarga.”
Ucap Ain perlahan, rasa sayu menyelubungi dadanya.
“Tak pernah, sayang.”
Puan Zaini memeluk Ain yang setia di kerusi rodanya. Kemudian diciumnya Ain berkali-kali. Ain
mencium tangan Encik Lotfi, kemudian seorang demi seorang adik-adik Firdaus datang memeluk
Ain. Akhir sekali mereka semua membiarkan Firdaus bersendirian dengan Ain.

“Achik harap Ain bahagia. Achik akan poskan surat buat Ain sentiasa. Achik sayangkan Ain.”
Firdaus memegang tangan Ain, diletakkan sebungkus hadiah berbalut kemas di dalam
genggaman Ain.

“Achik....Jangan lupakan Ain ya.”


“Achik takkan lupa tentang Ain.”
“Nanti tak bolehlah Ain nak bermanja-manja dengan Achik cam dulu. Masa Ain kahwin nanti....”
Suasana menjadi senyap.
“Achik tak boleh pulang masa tu Ain. Achik tak sanggup.”
“Tapi sekurang-kurangnya...Achik hantarlah berita tentang Achik dan keluarga kat sana ya. Ain
pasti rindukan mereka semua.”
“Ain....Nanti masa konvo kalau Achik tak balik, Ain ambilkan transkrip Achik dan poskan untuk
Achik ya.”
“Insyaallah, Chik. Itupun kalau Ain pergi. Ain segan nak berdepan dengan keadaan macam ni.”
“Ain....Pandang Achik, Ain tak pernah kurang apa-apa. Cuma mungkin masa ni Ain tak bernasib
baik.”
“Ain ni agaknya memang bernasib malang, kan.”
Airmatanya menitis.
“Hei....Kenapa ni?! Bukan Ain bernasib malang, cuma kurang baik je.”
“Samalah tu.”
“Achik!!! Cepat!!”
Panggilan Fatin kembali membisukan mereka.
“Sayang Achik nak tinggalkan Ain.”
“Achik....”
Ain menghulurkan sebuah album.
“Ingat lagi tak?! Sampai kat sana nanti Achik bukaklah. Achik pernah beritahu Ain dulu, Achik
takde gambar kiter masa kat kampus dulu. Ain dah kumpul semua gambar sejak kita kenal
hingga Ain jadi begini.”
Firdaus terdiam. Ain dipandangnya, hatinya jadi sebak.
“Jangan nangis, Chik. Tak malu orang tengok.”
“Mana ada?! Cuma terharu je.”
Masing-masing tersenyum.
“O.k Achik pergi dulu.”
Pantas Ain mencapai tangan Achik dan menciumnya.
“Jaga diri baik-baik, Ain dah macam adik Achik tau. Ain penting dalam hidup Achik,
insyaallah...Hari ini dan selama-lamanya, sayang”

Ain cuba bergurau. Tanpa diseka-seka, Firdaus memeluk Ain. Erat. Kemudian Firdaus berlalu
sepi. Malu dengan perbuatannya di luar kawalan. Ain masih terkejut, Firdaus berlalu tanpa
berpaling lagi.

Episod 4 (Pre-final) ::..


Posted on: Jun 22, 2006 - 12:57 AM by afaainor

***
“Uncle?! Apa uncle buat kat sini?”
Firdaus terkejut dengan teguran seorang anak gadis kecil.
“Saya Natasha, jom masuk uncle.”
“Takpelah, dah lama ke Natasha dan keluarga pindah ke sini?”
“Memang Tasha duduk sini. Mama ajak Tasha pulang ke sini. Ini rumah arwah Datuk Tasya.”

Datuk?! Firdaus cuba mengingat kembali, ini rumah peninggalan orang tua Ain. Hatinya kuat
meronta untuk mengetahui siapa mama Natasha.
“Siapa abah Tasya?!”
“Entah!”
“Natasha!! Natasha!! Masuk sini, sayang. Panas kat luar tu.”
Satu suara yang cukup dikenali oleh Firdaus.
“Kejap mama! Tasha dapat kawan baru.”
“Ajak kawan tu masuk!! Main kat dalam.”

Terdengar jeritan mama Natasha dari dalam rumah. Natasha mengamit tangan Firdaus, lantas
menariknya ke dalam rumah. Firdaus hanya akur, hatinya melonjak-lonjak untuk mengetahui
siapakah mama Natasha.

'Mungkinkan dia sedang berbahagia sekarang?'

Firdaus tergamam melihat keadaan rumah yang masih sepeti kali terakhir dia melangkah keluar
dari ruma ini. Namun kesepian rumah tersebut meragut kecantikan hiasan rumah tersebut.
Mungkinkah pemiliknya masih insan yang di rinduinya. Ataupun insan lain.

“Mana mama ni?! Tadi panggil Tasha. Kejap uncle ya. Uncle nak minum apa?”
“Hah?! Masuk pun kamu. Kata tadi nak ajak kawan main kat dalam. Mana kawannya?!”
“Tuu...”

Mulutnya dijuihkan kepada Firdaus yang tercegat di sisi ruang tamu, masih terpinga-pinga.

“Hmm....Kawan ke? Pakwe ni?”


“Mama ni?!”
Natasha mencebik dengan sikap mamanya yang suka mengusik.
“Nanti papa Afiq datang ambil Tasha, dia nak ajak Tasha main-main petang ni.”
“Mama tak pergi?!”
“Mama nak pergi macammana? Nak suruh mama tersangkut dengan kerusi roda ni lagi ke?
Lepas tu Tasya gelakkan mama macam dulu tu.”
Natasha menekup mulut menahan tawanya, pipi mamanya dicium lembut. Firdaus memandang
dari jauh, kelibat seorang wanita dengan kerusi rodanya. Serta merta ingatan Firdaus teringatkan
tentang Ain. Sayup-sayup Firdaus mendengar perbualan gadis kecil yang dipanggil Natasha
dengan mamanya.

“Tapi....Mama selalu tak pergi, kenapa mama Tasya tak macam orang lain. Kawan-kawan Tasha
semua mama diorang yang ajak jalan-jalan. Tapi mama Tasha.”
“Natasha...Tak baik kata mam macam tu!”
Entah mengapa hati Firdaus terasa dengan kata-kata Natasha.
“Achik?!!”

Ain terkejut dengan teguran dari Firdaus, Natasha berlalu meluru ke bilik, dengan perasaan serba
salah kerana ditegur oleh Firdaus. Ain turut terkejut dengan teguran Firdaus yang tidak semena-
mena.

“Bila Achik balik?!!”


Ain terkejut, pemuda itu ditenung sambil terkejut gembira. Lelaki yang amat dirindui selama ini.
“Pagi tadi."
"Baru sampai, terus Achik ke sini. Achik rindukan Ain ya.”
“Achik tak pernah berhenti rindukan Ain tau.”
“Mana Zam?!”
“Achik tak tahu ke?”
“Tahu apa?!”
“Abang Zam lari sebelum hari perkahwinan. Ain tak jadi berkahwin, Ain sedarsiapa Ain. Dah
macam beban pulak.”
Ain masih boleh tersenyum. Ain tidak pernah berubah.
“Habis?!”
Firdaus terkejut. Teringat dia pada si kecil Natasha.
“Natasha? Dia tu anak angkat Ain. Ain ambil dia sejak dia masih bayi lagi.”
“Kenapa tak beritahu Achik?!”
“Achik tak pernah tanya.”
Firdaus ketawa.
“Kenapa ketawa pulak ni?”
“Iyalah, Ain tak pernah berubah.”
“Isy!! Apa tak berubahnya, ni!”
Ain mengusap lembut kakinya yang kaku.
“Itu lain, tapi bagi Achik Ain tetap sama.”
“Achik dah kahwin ke? Dah berapa orang anak?!”
“Sepuluh. Lepas tu mak dia ada 3. Seorang dah curang. Ikut jantan lain.”
Ain terkejut.
“Sampai macam tu sekali.”
“Uncle ni playboy ya.”

Natasha yang mendengar perbualan mereka di balik pintu menjadi tertarik dengan cerita Firdaus.
Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya, hilang segala rajuknya. Kemudian Firdaus dan Ain
dihampiri. Natasha mengambil tempat di atas ribaan Ain. Ain berkerut sakit, namun Natasha tetap
dipangkunya.

“Mari Tasha duduk sini. Kesian mama tu.”


Firdaus mendukung Natasha dari ribaan Ain, kemudian dipangku ke ribanya.
“Anak kucing lah ni.”
“Uncle tipu Mama.”
Natasha ketawa sambil menutup mulut.
"Ooo....Ketawakan mama ya."
Natasha terdiam dengan teguran Firdaus. Melihatkan reaksi Natasha, Firdaus ketawa, begitu
juga Ain. Mereka berbual panjang dengan ditemani oleh Natasha.

“Ain....Petang ni kita keluar, nak?”


“Jomlah, mama.”
“Hmm....Tak malu ke bawak Ain macam ni.”
“Nak malu apa? Lama tak keluar sama-sama, kan.”
“Malaslah, nanti menyusahkan Achik lak.”
“Tak pernah susah, Ain.”
“Mama kan boleh jalan guna tongkat kepit tu. Marilah mama.”
“Betul ke?”
Ain mengangguk.
“Ain buat rawatan terapi. Doktor kata kaki ni boleh berfungsi, tapi kena usaha lebih sikit.
Maklumlah, masa accident dulu tu hanya luka kecil je kat tulang belakang.”
“Baguslah tu. Nanti Achik boleh temankan Ain pergi terapi hari-hari. Achik dah kerja kat sini tau.”
“Hee.... Bestnya, macam zaman muda-muda dulu je. Tak susahkan Achik ke?”
“Mana nak susah, Ain tak pernah susahkan Achik tau.”
Petang itu mereka sama-sama keluar. Firdaus membantu Ain masuk ke kereta.
“Achik tolong ya.”
"Takpelah, achik. Segan pulak Ain, Achik bukannya muhrim Ain. Tapi senang-senang plak nak
pegang Ain ya."

AIn mengusik, dia mulai rasa segan dengan Firdaus. Tanpa menunggu jawapan seterusnya
Firdaus mengangkat Ain ke kereta, kerusi roda dilipat dan diletakkan di bonet.

“Kesian mama Tasya.”


Satu ciuman hinggap di pipi Ain.
“Kita beli KFC nak?!”
“Nak!”
Natasha terus mengiakan pertanyaan Firdaus.
“Malam ni tidur kat mana?!”
“Hotel kot.”
“Hmm....Tidur rumah Ain jelah, lagipun abang Afiq pun tidur kat rumah malam ni. Mak Pah pun
ada.”
“Jomlah uncle. Tidur bilik Tasya, boleh cerita kat Tasya.”
“Isy! ‘Anak dara’ ni ada ke ajak Uncle masuk bilik. Tak malu.”
Usik Ain.
“Tadi Tasya merajuk, kan.”
Firdaus menyambung usikan Ain.
“Tasya ni mana pandai merajuk, Achik. Merajuk pun sekejap, kalau takde orang pujuk tak lebih 2
minit dah keluar semula.”
“Macam mama dialah ni.”
Mereka sampai ke KFC.
“Kita makan kat pantai jelah.”
“O.k jugak tu, tikar spare dah ada kat bonet. Tapi....susah sikitlah Achik.”
“Apa susahnya!”
“Kerusi mama tak kalis pasir.”
“Tasya!”
Ain menegur anak gadisnya yang mulai berceloteh dengan Firdaus.
“Uncle tahu tak?! Masa pergi berkelah ngan papa Afiq, roda kat kerusi mama tertimbus pasir.
Kesian papa Afiq kena angkat mama. Uncle bayangkanlah sepanjang nak pergi ke tempat
perkelahan tu papa Afiq kena dukung mama. Macam budak-budak.”
Firdaus tergelak besar. Begitu juga Natasha. Ain menarik muka masam. Geram.
“Uncle nak beli makanan, Tasya nak ikut ke?”
“Tak payah ajak dia Achik. Nanti habis semua ‘course meal’ dia nak borong.”
“Jom!! Uncle belanja.”
“Achik...”
“Mama nak makan apa?”
“Uncle tahu mama nak makan apa, Tasha.”

Firdaus memimpin Natasha masuk ke KFC, sementara Ain menanti di dalam kereta. Seketika
kemudian.

“Mama!! Mama!!”
Panggilan Natasha mengejutkan Ain, Firdaus memimpinnya ke kereta.
“Tasya dapat mainan baru. Seronoknya. Ini untuk mama! Uncle kata mama pun suka mainan
‘course meal’. Ooh....Patutlah Uncle Afiq selalu beli 2 set ‘course meal’. Mama pun suka yea.”
“Tasya ni cakap banyaklah, tak padan dengan tuannya.”
“Mama....”

Natasha menjengilkan mata kepada Ain. Firdaus ketawa. Sesampainya di pantai. Natasha berlari
mencari tempat. Sementara Firdaus mengeluarkan kerusi roda Ain dari dalam bonet.

“Tak payah keluarkan kerusi roda mama tu, Uncle!!!”


“Kenapa pulak?!”
Firdaus hairan.
“Dia tak mahu tengok roda dia tertimbus dalam pasirlah tu. Isy! Budak ni.”
“Betul jugak kata Tasha tu.”
“Achik pergilah layan Tasha tu, biar Ain tunggu dalam kereta je.”
“Uncle!!! Mama!!! Cepatlah! Duduk sini!!”
Natasha riuh memanggil.
“Jom!!!”

Spontan Firdaus mendukung Ain mendapatkan Natasha. Sebaik tiba di atas tikar. Natasha
tersipu-sipu tersenyum, mengusik Ain dan Firdaus.

“Kan best kalau uncle jadi papa Tasha.”


Kesian Natasha, anaknya tidak pernah merasai belaian seorang ayah.
“Alah! Mama Tasha jual mahal, bukan dia nak orang macam uncle ni.”
“Itu dululah, Achik.”
"Sekarang??"
Achik memohon jawapan dari Ain.
“Sekarang dengan dulu sama je.”
“Uncle....Dulu uncle satu kelas dengan mama kan. Mesti masa tu mama banyak sangat jalan,
kan? Sampaikan sekarang dah tak boleh jalan.”
Ain terkejut dengan ulasan Natasha. Firdaus ketawa.
“Janganlah ketawa, uncle. Tasha cakap betul. Kalau kita banyak sangat jalan masa sekarang.
Nanti...Jadi macam mama, sekarang mama dah nak jalan semula tau. Sebab mama dah lama
tak jalan. Tasha selalu temankan mama gi hospital. Tasha tahu satu hari nanti mama akan boleh
berjalan balik. Tasha nak lumba lari dengan mama.”
Ain terharu, amat tinggi harapan anak gadisnya itu.
“Pandailah Tasha ni, nanti besar Tasha nak jadi apa?”
“Jadi aper, ma?! Kalau orang salah kita tangkap lepas tu kita pakai rambut putih tu. Tasha
lupalah. Macam papa Afiq tu.”
“Lawyer?!”
“Ha....Tasha nak jadi itulah!”
“Jadi apa?!”
Firdaus mengusik.
“Jadi itulah yang uncle sebut tadi tu.”
“Cuba sebut kat uncle ni.”
Natasha mencebik, kemudian bangun berbisik pada Ain.
“Tak baik bisik-bisik tau.”
“Ikut Tasha lah, mulut Tasha.”
“Eh! Eh! Anak dara ni, melawan ye. Tasha tau tak dulu mama Tasha pun macam ni tau. Uncle
cakap satu je, tapi mama balas berderet-deret. Sampai kelu lidah uncle nak menjawab.”
“Mama cakap banyak masa dulu ya.. Nasib sekarang mama boleh cakap. Kalau tak mesti Tasha
sunyi. Sebab takde orang nak cakap dengan Tasha.”
"Papa ada!"
Firdaus menjawab. Natasha terdiam, begitu juga Ain.
"Boleh ke, mama?!"
"Achik...Jangan mainkan Tasha."
"Betul, biar Achik jadi papa Tasha. Tak naklah jadi uncle. Nanti Tasha 'Jadi itulah'. Boleh jaga
papa nga mama sekali..."
Firdaus menyakat Tasha.
"Uncle....Mama tengoklah Uncle ni. DIa mainkan Tasha. Dia kata kata Tasha nak 'Jadi itulah'.
Tasha nak jadi cam papa Afiq. Apa ma?"
"Bukan uncle lah, sayang. Papa..."
FIrdaus menarik Natasha ke sisinya. DIpeluk dan diciumnya pipi Natasha.
"Oklah! Yahoo, lepas ni Tasha ada papa. Tasha nak bagitahu semua orang yang Tasha ada papa.
Tasha sayang papa. "
Natasha memeluk leher Firdaus. Ain mengesat airmata yang bertakung dimatanya.
"Yahoo!!! Papa ada anak yang nak 'Jadi itulah'. Hehehehe...."
Natasha memasamkan muka dengan usikan Firdaus, selepas itu Natasha dan Firdaus terus-
terusan berceloteh. Firdaus melayani Natasha dengan baik.
“Jom dah petang ni. Kita balik.”
Ain bersuara. Kali ini, Firdaus cuba mengangkat Ain sekali lagi.
“Takpe! Kali ni Ain nak cuba jalan sendiri.”
“Boleh ke?”
Ain mengangguk.
“Takpe....Masa terapi pun Ain praktis jalan sendiri. Tasha tengok mama jalan, kan?"
" Tapi, kena pimpinlah.”
“O.k! Achik tolong Ain.”
Firdaus memimpin Ain perlahan-lahan.
“Mama ni lambatlah!”
“Tasha...”

Ain hanya tersenyum, anak gadisnya sudah banyak keletah. Tak ubah seperti anak dara. Firdaus
masih memegang Ain erat. Hampir separuh jalan, Ain mula keletihan.

“Dulu tak macam ni, round bandar pun takpe. Tapi sekarang tengoklah! Mesti malam ni bengkak
kaki ni.”
“Kenapa tak beritahu dari tadi?!”
“Malas nak beritahu Achik. Nanti Achik tak bagi can Ain nak jalan pulak.”
“Sekarang!!! Cepat Tasha bukak pintu kereta.”
"Okay, papa!!"

Firdaus mendukung Ain, dan terus berjalan ke kereta. Ain menjerit dengan perbuatan Firdaus.
“Selamat pengantin baru, Idlal Amnah.”
Datuk Karim mengucup dahi cucu tirinya lembut.
“Terima kasih, tok.”

Berkat dari kegigihannya menjalani terapi hampir 2 tahun. Akhirnya Ain kembali berjalan seperti
biasa. Malah hari bersejarahnya pun, Ain sudah boleh melangkah sendiri untuk naik ke pelamin.
Natashalah gadis paling gembira di hari perkahwinan Ain. Natasha yang sudah berusia 6 tahun
semakin seronok bila mendapat beberapa orang rakan baru. Keluarga Encik Lotfi dan Puan Zaini
sampai ke Malaysia seminggu sebelum majlis perkahwinan Ain dijalankan.

“Hisy! Penat betul abang hari ni. Awak macam mana? Kaki tu o.k ke? Abang bimbangkan awak.
Takut-takut awak letih. Malam ni abang tolong urutkan kaki tu yea.”
“Terima kasih, sebab bagi saya peluang jadi isteri. Ni berkat kesabaran awak temankan saya
terapi tiap-tiap hari tau.”
“Abang rasa awk kena tukar panggilan tu. Apa pulak berawak-awak? Kan tadi awak dah sah jadi
milik saya. Skerang awak kena panggil saya abang tau.”
“Malulah, tak biasa”
“Sayang....Panggil abang!”
Ain menjerit bila hidungnya dipicit oleh suaminya.
“Papa!! Mama!! Senyum!”

Ain ketawa memandang Natasha yang asyik dengan kamera yang dihadiahkan oleh Encik Lotfi
padanya. Sesungguhnya dia benar-benar bahagia.

“Sayang bahagia?”
“Hmm.....Terima kasih kerana sudi terima Ain dalam hidup....”
"Abang."
FIrdaus Arief memeluk Ain ke sisinya.
"Seganlah, lagipun ada orang dengar nanti. Apa plak diorang kata."
"Ain...."
Firdaus Arief menarik Ain ke ribaannya. wajah Ain merona merah bila si suami merenungnya
dengan pandangan tajam. Firdaus Arief terus memeluk Idlal Amnah ke dalam pangkuannya.
Akhirnya Ain berjaya menjadi miliknya.

“Aku dah kata mesti kau kahwin jugak dengan Achik. Selamat Pengantin Baru.”
Sue hadir membingitkan suasana. Membuatkan Ain cuba bangun melarikan diri dari pelukan
Firdaus Arief.
"Romatiknya, kawan aku ni. Dengki aku tengok. Nak malu apa Ain. Korang kan dah jadi suami
isteri

Firdaus semakin erat memeluk isterinya. Diciumnya pipi Ain di depan Sue. Gamat sebilik dengan
reaksi nakal Firdaus.

"Ain akan cuba bahagiakan abang."

Sebaik Sue keluar Ain berbisik lembut ke telinga Firdaus, pipi Firdaus dicium lembut. Kemudian
Ain berlalu keluar. Meninggalkan Firdaus yang sedang angau.

-TAMAT-

` Sesuci kasih seorang Amnah....


Disitulah ia dipertaruhkan...
Lantas terjalinnya Idlal antara 2 jiwa....'

Lantas kebahagian milikmu Idlal Amnah....`

PENGIKAT KASIH SAYANG AMNAH

You might also like