You are on page 1of 3

LAPORAN TENTANG SIMULASI BENCANA (OPERASI MENYELAMAT) Nama Sesi : Simulasi Bencana (Operasi Menyelamat ) Tarikh/Hari : 6 September 2013

( Jumaat ) Pada 6 September 2013, satu simulasi bencana (operasi menyelamat) telah diadakan di Tapak Perkhemahan YPJ, Sekakap Mersing. Sebelum kami memulakan simulasi bencana kami, kami telah berkumpul untuk memilih ahli-ahli jawatankuasa bagi melaksanakan operasi penyelamat ini. Simulasi bencana yang kami pilih ialah tsunami. Pada pukul 4.30 pagi, pensyarah telah menggunakan pembesar suara untuk mengejutkan semua guru pelatih bangun. Semua guru pelatih pun berkumpul di padang itu untuk menjalankan operasi ini. Semua ketua kumpulan telah diminta untuk mengambil kehadiran ahli kumpulannya. Selepas itu, ketua komander pun melaporkan bilangan kehadirajn guru pelatih kepada pensyarah bahawa terdapat dua puluh empat guru pelatih hilang. Setelah mengenal pasti bahawa terdapat dua puluh empat mangsa berada di tepi laut, semua guru pelatih pun mula menjalankan tugas mereka masing-masing dengan segera tanpa membuang masa. Pada pukul 4.45 pagi, pasukan penyelamat pun mula mencari mangsa di tepi pantai. Manakala, pasukan hospital pun mula menyediakan ubat-ubatan dan kain anduh untuk menyelamatkan mangsa. Pasukan dapur pun menyediakan makanan untuk mangsa dan pesakit. Pasukan logistik pun menyediakan beberapa alatan untuk menyelamatkan mangsa. Pada pukul 7.00 pagi, semua mangsa telah diselamatkan oleh penyelamat-penyelamat. Pada 7.30 pagi, perhimpunan tentang operasi

penyelamat yang diadakan ini. Semua wakil pasukan yang terlibat dalam operasi penyelamat ini telah diminta untuk memberi refleksi tentang proses, perasaan dan pengalaman semasa aktiviti simulasi bencana ini dijalankan. Setiap wakil

pasukan telah berkongsi kekuatan dan kelemahan masing-masing semasa menjalankan aktiviti simulasi bencana ini. Perkara yang paling kreatif ialah penyelamat menggunakan kain katil untuk mengangkat mangsa yang serius. Hal ini disebabkan peralatan untuk mengangkut mangsa yang tidak mencukupi untuk mengangkat mangsa yang pengsan dan luka dengan serius. Semasa penyelamat menjalankan aktiviti menyelamat mangsa, penyelamat sangat berhati-hati dan teliti untuk memeriksa kecederaan mangsa. Ini menunjukkan kumpulan sangat serius dan

bertanggungjawab terhadap peranan mereka. Kemudian, setiap pensyarah memberi sedikit komen dan teguran terhadap simulasi bencana yang kami jalankan. Di samping itu, pensyarah juga memuji kami bahawa kami dapat menjalankan operasi menyelamat ini dengan begitu berjaya dan baik. Pensyarah berharap kami dapat mengaplikasikan simulasi bencana ini pada bencana sebenar yang akan datang. Simulasi bencana ini amat penting kerana kami dapat membuat persediaan dengan segera apabila bencana alam melanda kita. Selepas kami makan sarapan, satu ujian kecil telah diadakan selepas kami menghadiri teori tentang Bencana Alam pada semalam. Ujian yang kami hadiri selama lima belas minit. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman kami tentang bencana alam.

Gambar-gambar ini menunjukkan guru-guru pelatih sedang memberi tumpuan untuk membuat ujian tentang tajuk Bencana Alam.

You might also like