You are on page 1of 1

SEJARAH GREGOR MENDEL

Gregor Johann Mendel (20 Julai 1822[1] 6 Januari 1884) ialah seorang paderi dan saintis Augustin yang menempa kenamaan anumerta sebagai "bapa" kepada sains genetik moden kerana berusaha menyelidik pewarisan sifat-sifat tertentu dalam tumbuhan kacang pis. Mendel menunjukkan pewarisan sifat-sifat ini berlandaskan hukum-hukum tertentu yang kemudiannya dinamakan sempena beliau. Kepentingan usaha Mendel ini tidak menerima pengiktirafan sehingga pada awal abad ke-20, barulah hukum-hukum ini ditemui semula untuk membentuk asas kepada ilmu genetik moden. Johann Mendel lahir dalam sebuah keluarga etnik Jerman di Heinzendorf bei Odrau, Silesia, Empayar Austria (kini Hynice, Republik Czech), dan dibatiskan dua hari kemudian. Beliau merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Anton dan Rosine Mendel; beliau mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah kawasan ladang yang dimiliki oleh keluarga Mendel selama lebih 130 tahun.[3] Pada zaman kanak-kanaknya, Mendel bekerja sebagai tukang kebun serta belajar memelihara lebah. Sebaik baru mencecah usia dewasa, beliau menghadiri Institut Falsafah di Olomouc pada tahun 18401843. Atas syor guru fizik Friedrich Franz, beliau menyertai Biara St Thomas di Brno sebagai rahib pada tahun 1843. Johann Mendel menukar namanya kepada Gregor sebaik sahaja menjadi rahib. Pada tahun 1851, ketika diutuskan ke Universiti Vienna untuk melanjutkan pengajian atas tajaan Ketua Biara C. F. Napp. At Vienna, beliau diajar oleh profesor fizik Christian Doppler.[4] Mendel kembali ke biaranya pada tahun 1853 sebagai guru yang terutamanya mengajar fizik. Kemudian pada tahun 1867, Mendel menggantiakn Napp sebagai ketua biara.[5] Selain mengkaji pembiakbakaan tumbuhan di Biara St Thomas, Mendel juga menternak lebah dalam sebuah rumah lebah yang dibina khas untuknya, dengan menggunakan sarang lebah rekaan beliau sendiri.[6] Beliau juga mengkaji ilmu astronomi dan meteorologi[5], lalu mengasaskan Persatuan Meteorologi Austria pada tahun 1865.[4] Kebanyakan besar hasil kerja terbitannya adalah berkenaan dengan meteorologi. Gregor Mendel yang dikenali sebagai "bapa genetik moden", menerima ilham dari kedua-dua profesor di universiti serta rakan-rakan sekerja di biara, untuk mengkaji variasi dalam tumbuhtumbuhan. Oleh itu, beliau menjalankan kajiannya di kebun uji kaji berkeluasan dua hektar[7] yang pernah ditanam oleh ketua biara Napp dalam kawasan biara pada tahun 1830.[5] Dari tahun 1856 hingga 1863, Mendel menanam dan menguji kira-kira 29,000 pokok kacang pis (Pisum sativum). Kajian ini menunjukkan bahawa satu perempat pokok kacang pis membawa alel resesif berbaka tulen, dua perempatnya adalah kacukan dan satu perempat yang lagi adalah dominan berbaka tulen. Usaha uji kajinya membuahkan dua pengitlakan, iaitu Hukum Segregasi dan Hukum Penyusunan Tak Bersandar, yang kemudian dikenali sebagai Hukum Pewarisan Mendel. Mendel pernah membacakan kertas kerja, Uji Kaji Pengacukan Tumbuhan, di dua persidangan Persatuan Sejarah Semula Jadi Brnn di Moravia pada tahun 1865. Apabila kertas kerja Mendel itu diterbitkan dalam Rekod Persatuan Sejarah Semula Jadi di Brnn,[8] pada tahun 1866, kesannya jarang terasa sehingga hanya dipetik tiga kali dalam masa 35 tahun seterusnya. (Apalagi, Charles Darwin tidak tahu akan kertas Mendel ini, menurut dokumentari The Ascent of Man oleh Jacob Bronowski.) Kertas kerja itu banyak menerima kritikan ketika itu, tetapi kini berpengaruh besar.

You might also like