You are on page 1of 13

TANAMAN HIASAN

Tanaman hiasan ialah pokok-pokok yang ditanam disekitar kawasan rumah ataupun di sekitar kawasan sekolah untuk mencantikkan kawasan persekitaran. Tanaman hiasan yang dijaga rapi boleh mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah. Tanaman hiasan ini, ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. Contoh-contoh Tanaman Hiasan POKOK NAUNGAN Pokok tembusu Pokok beringin Pokok angsana

POKOK RENEK Pokok bunga raya Pokok bunga kertas Pokok siantan

POKOK BUNGA SEMUSIM Pokok bunga balung ayam Pokok bunga keembong Pokok bunga matahari

POKOK PALMA Pokok pinang raja Pokok kelapa gading Pokok pinang manila

POKOK MEMANJAT ATAU MENJALAR Pokok hemigrapis Pokok bunga kembang pagi Pokok bunga ros jepun

PENUTUP BUMI Rumput Arachis spp. 2

LAMPIRAN 2A

JENIS TANAMAN SEMUSIM


Pokok bunga semusim mempunyai tempoh hayat beberapa bulan sahaja. Pokok bunga semusim mudah ditanam dan dibiakkan melalui biji benih. Pokok bunga semusim banyak ditanam di Negara beriklim sederhana dan semakin popular di Malaysia. Selain mencantikkan kawasan persekitaran, pokok bunga semusim ini juga digunakan untuk tujuan komersial. CONTOH-CONTOH POKOK BUNGA SEMUSIM

ALATAN PERKEBUNAN
Alatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai, menanam dan menjaga tanaman hiasan. Antara alatan perkebunan tersebut ialah:-

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN MEDIUM SEMAIAN


1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.

2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.

3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikut nisbah, 2 bahagain tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai.

4. Campurkan dan gaul bahan tersebut semula.

5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

5(i)

MENYEMAI BIJI BENIH POKOK BUNGA SEMUSIM


Tujuan menyemai biji benih di dalam bekas semaian adalah untuk memastikan lebih banyak biji benih bercambah. LANGKAH MENYEMAI BIJI BENIH A. BIJI BENIH HALUS

6(i)

B. BIJI BENIH KASAR

6(ii)

BEKAS TANAMAN HIASAN


Terdapat pelbagai jenis bekas yang sesuai untuk dijadikan bekas tanaman. Contohnya pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastic, bekas kayu, tempayan, tayar terpakai, sabut kelapa dan tin kosong. Kamu mestilah memilih bekas tanaman yang sesuai untuk menanam tanaman hiasan. Semasa memilih bekas tanaman, contohnya pasu, kamu perlulah mengambil kira perkara perkara yang berikut;

1. Saiz Pasu

2. Mempunyai lubang saluran

3. Kemas dan menarik

4. Ringan dan mudah dialihkan

5. Mudah dibersihkan

7(i)

MENJAGA TANAMAN HIASAN DI DALAM BEKAS


Tanaman hiasan perlu dijaga supaya hidup dengan subur.

You might also like