You are on page 1of 25

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (KPR 5063)

ISI KANDUNGAN
Tajuk Kajian Nama Penyelidik
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan Sasaran Anggaran Kos Kajian

Nama dan Alamat Sekolah


Pengenalan Tindakan yang dicadangkan Jadual Pelaksanaan Kajian

Sorotan Literatur

Objektif Kajian

Bibliografi

TAJUK
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF MURID TAHUN 5 DEDIKASI DALAM MENGENDALIKAN ALATAN MAKMAL SAINS DALAM EKSPERIMEN PENGUKURAN ISIPADU CECAIR

NAMA PENYELIDIK

Siti Suriani bt. Mohd Yusof AT16S Pengajian Sains

Siti Hasniah bt. Mohd. Zaini AT21S Pengajian Perniagaan/ Perdagangan

Alina bt.Abd Hir AT21S Pengajian Perniagaan/ Perdagangan

Asfalela Binti Jazuli AT16S Pengajian Sains

Norazlin Binti Razak AT16S Pengajian Sains

NAMA SEKOLAH
Sekolah Rendah Agama Integrasi DatoMufti Yusof Sahabudin (SRAI DMYS) Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PENGENALAN
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni yang merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Matlamat pendidikan sains akan tercapai dengan memberi peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri . Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.

Kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

REFLEKSI
Seramai 40 orang murid tahun 5 Dedikasi dibahagikan kepada 8 kumpulan yang mana menempatkan 5 orang dalam satu kumpulan untuk menjalankan ujikaji di dalam makmal sains. 2 kumpulan daripada 8 kumpulan tidak dapat melaksanakan ujikaji pengukuran dalam masa yang diperuntukkan.

Segelintir murid ini masih tidak mengenali peralatan makmal (radas) dengan baik walaupun guru pernah mengajar tentang radas tersebut dan cara mengendalikannya.

Murid-murid ini kurang kemahiran manipulatif dalam penggunaan radas makmal sains.

Guru juga merupakan salah satu faktor yang boleh menjadi penyebab kepada permasalahan ini

SOROTAN LITERATUR
Menurut Abu Hassan (2003), dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, setelah merancang semua aktiviti yang perlu dilakukan pelajar, guru perlu melaksanakan pengajaran tersebut melalui pendekatan inkuiri terpimpin Menurut Halimaton dan Zaiton (1997), kegagalan pelajar untuk menguasai sepenuhnya kemahiran manipulatif tersebut semasa menjalankan amali bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri tetapi turut melibatkan orang lain.

Pembelajaran sains bukan hanya secara teori sahaja, malah ia perlu dibuktikan melalui amali ( Hamida, 2003). kami akan memfokuskan kepada kemahiran pengendalian radas makmal untuk tujuan uji kaji pengukuran isipadu cecair. Mereka juga kurang mahir cara penggunaan radas tersebut dengan betul dan juga menghadapi masalah dalam mengenalpasti tempat penyimpanan radas.

Objektif Kajian
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran manipulatif murid Tahun 5 Dedikasi dalam melaksanakan kerja-kerja amali sains di dalam makmal.

Objektif Khusus
Meningkatkan pengetahuan murid, mengenai alatan makmal (radas) yang digunakan dalam ujikaji pengukuran isipadu cecair, agar mereka dapat menggunakannya dengan betul. Meningkatkan kemahiran murid dalam proses pengendalian alatan makmal (radas) yang digunakan dalam ujikaji pengukuran isipadu cecair.

Kumpulan Sasaran

10 orang murid tahun 5 Dedikasi SRAI DMYS Seksyen 7 Shah Alam yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Murid-murid ini adalah daripada 2 kumpulan daripada 8 kumpulan kerja amali sains di dalam makmal.

Tindakan yang dicadangkan


Tindakan ini akan dijalankan selama 4 minggu dan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan akan dilaksanakan adalah seperti berikut: Aktiviti 1 (minggu pertama) 1- Memperkenalkan jenis-jenis radas yang digunakan dalam eksperimen pengukuran isipadu. 2- Murid-murid dikehendaki melukis radas dalam buku amali sains. 3- Guru meminta murid melabelkan radas mengikut gambar radas yang diberi.

Aktiviti 2 (minggu kedua) 1- Guru mendemonstrasikan cara penggunaan radas.

2- Murid memerhatikan setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru.


3- Murid mempraktikkan cara penggunaan radas yang betul berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh guru. Aktiviti 3 (minggu ketiga) 1- Guru menunjukkan cara penyelenggaraan radas yang tepat. i) Guru menunjukkan cara pembersihan radas yang betul ii) Guru menunjukkan cara penyimpanan radas yang betul

Aktiviti 4 (minggu keempat) 1- Selepas 3 minggu murid-murid dikehendaki melakukan sendiri eksperimen pengukuran isipadu cecair dalam masa yang telah ditetapkan.

Instrumen kajian
i. Instrumen : Data pemerhatian, ujikaji dan soal selidik

ii. Alatan dan Bahan :

Alat dan radas sains, makmal Sains dan bahan-bahan eksperimen yang digunakan

Metod analisis
i. ii. Analisa keputusan sains murid terlibat pada tahun 4 Penggunaan kaedah soal selidik

iii. Menemubual murid-murid yang bermasalah ini untuk mengetahui latar belakang mereka, serta pengetahuan sedia ada terhadap radas serta cara pengendaliannya iv. Pelaksanaan aktiviti kami

Jadual Pelaksanaan Kajian

Jadual 1: Carta Gantt Perancangan Tindakan Kajian Minggu Bil 1 Aktiviti


Mengenal pasti masalah data pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Menghantar proposal untuk kelulusan

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

M8

M9

M10

M11

M12

2
3 4 5 7 9 10 11 12

Merancang tindakan (Individu/kumpulan)

Melaksanakan tindakan

-Aktiviti 1

Melaksanakan tindakan

-Aktiviti 2

Melaksanakan tindakan

-Aktiviti 3

Melaksanakan tindakan Refleksi kajian Menulis laporan kajian Membentang dapatan

-Aktiviti 4

13

Anggaran Kos Kajian


Bil Jenis bahan Kuantiti Harga per unit (RM) Harga (RM)

1 Kertas A4

10

8.00

80.00

2 Dakwat printer

65.00

65.00

3 Bahan photostat

10

4.00

40.00

4 Buku catatan guru

4.00

20.00

5 Stiker

1 dozen

10.00

10.00

JUMLAH

215.00

Bibliografi
Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Skudai, Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan. 23-102 Hamida binti Abdul Halim (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Makmal Di kalangan Pelajar Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis. Ijazah Sarjana Muda.

Mohd Anuar bin Ibrahim (2006). Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Sains Murid Tahun 5 Semasa Menjalankan Eksperimen. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh ,Universiti sains Malaysia Pulau Pinang.
Othman bin Lebar (2008) Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://www.scribd.com/doc/12598602/kajian-KemahiranManipulatif-Sains
http://www.scribd.com/doc/2675324/Perlaksanaan-peka-1KajianKes http://kafeilmu.co.cc/tema/laporan-kajian-tindakan-sains-sekolahrendah.html

http://norkhatimah.smkbt.com/file.php/1/KT_FIZIK.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/p df/BAB[12].pdf

http://www.jpnpp.edu.my/index.php?option=com_phocadownload &view=category&id=1%3Aumum&download=76%3Amanual

You might also like