You are on page 1of 1

LATIHAN 2.

Kumpulan : SITI NUR AFIQAH BINTI OTHMAN JEFF ANAK REGULUS MUHAMMAD HAIRUL NIZAM

2) Terangkan bagaimana media interaktif dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid. (14M)
Satu daripada media interaktif yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pembelaran murid adalah penggunaan video. Dengan menggunakan video dalam pembelajaran pelajar akan lebih mudah memahami topik yang dipelajari pada waktu tersebut. Contohnya, memupuk nilai patriotik melalui pengajaran sejarah, guru boleh menyampaikan fakta sejarah menggunakan sedutan video filem. Seterusnya, penggunaan grafik juga mampu meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid. Grafik ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis Ini bermakna fungsi utama grafik adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ialah dengan menggunakan media audio. Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan, dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan mengerak-gerakan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar pita audio, syarahan dan perbincangan kelas. Pelajar auditori gemar belajar dengan melibatkan deria pendengaran. Seterusnya, ialah animasi. Teknik animasi ini memerlukan sedikt kemahiran bagi mengaplikasikan sendiri bahan video untuk menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat pelajar terhadap pelajaran. Kehadiran filem-filem yang banyak dibantu oleh animasi komputer begitu diminati oleh kanakkanak.

You might also like