You are on page 1of 76

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Nama Ahli Kumpulan


Jocelyn Tang Jia Lyn (910807-13-6180) Wong Aik Ling (890924-13-5974) Wong Kiong Hoon (910208-13-5995)

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada 9 Ogos 1896. Jean merupakan anak pertama. Beliau ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam bidang Biologi tetapi dia lebih minat pada psikologi. Menjalani pemerhatian ke atas tiga anaknya dalam mengkaji perkembangan manusia.

Konsep penting yang diutarakan oleh teori Jean Piaget


Antara konsep-konsep penting tersebut ialah
Menpunyai pola tingkahlaku atau cara berfikir dalam menangani objek di persekitaran. Contohnya, sewaktu bayi dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan misalnya jari ibu.

Skema terbahagi tiga iaitu skemata tingkah laku, skemata simbolik dan skemata operasi.

Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
Contohnya, Fatin yang berumur dua tahun nampak kucing panggil kucing. Bila nampak arnab, dia sebut kucing. Tetapi ayah fatin terdengar Fatin menyebut kucing apabila nampak arnab, bapanya betulkan keadaan.

4. Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Pengalaman/ Pembelajaran

disusun

Skema

Organisasi

PENGALAMAN BARU

Asimilasi & Akomodasi

Berjaya

Gagal

Individu dapat ADAPTASI pengalaman baru

KESEIMBANGAN BERLAKU

SKEMA BARU terbentuk

Contoh: Syalmi mempunyai skemata tentang kucing. Apabila ternampak anjing Syahmi juga memanggil anjing sebagai kucing.

Skema kucing bergerak, berkaki empat

Melihat anjing Ibu membetulkan dan anjing lebih besar memanggilnya dan berbunyi wolf. kucing PENGALAMAN BARU: TIDAK SEIMBANG

Boleh mengenali anjing. Skema anjing terbentuk

KESEIMBANGAN DAN SKEMA BARU TERBENTUK

Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif


Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dilihat dalam empat peringkat. Tiap-tiap ini dikenali dengan persepsi terhadap dunia persekitaran dan keupayaan kanak-kanak tertentu untuk menyelesaikan masalah dan memahami persekitaran. Peringkat-peringkat perkembangan kognitif Piaget ialah seperti berikut: Peringkat sensorimotor (0-2 tahun) Peringkat praoperasi ( 2-7 tahun ) Peringkat operasi konkrit (7- 11 tahun) Peringkat operasi formal ( 12 tahun ke atas)

Peringkat sensorimotor (0-2 tahun)


Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning). Akhir tahun kedua boleh mula bertutur. Contohnya, bayi akan menangis bila dia tidak nampak ibunya, kerana sangka ibunya telah hilang. Pada akhir tahun kedua barulah kanak-kanak memperkembangkan pemahaman yang objek dan manusia tidak akan hilang apabila tidak nampak objek dan manusia tersebut.

Tahap Praoperasi(2-7 tahun)


Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan. Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)


Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan.
Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Peringkat Operasi Formal (11tahun ke atas)


Remaja pada masa ini berupaya memperkembang kebolehan menguji hipotesis secara matang dan saintifik, memahami tentang isu-isu yang kompleks yang memerlukan taakulan abstrak. Remaja boleh membuat ramalan, merancang apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dan boleh menjangka akibat-akibat daripada tindakan-tindakan mereka.

Teori Tugas Perkembangan


Havinghurst telah menyediakan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan seseorng individu. Atan Long(1980) menyatakan bahawa tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu. Menurut Newman dan Newman(1999), tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.

Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Walaubagaimanapun tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah dikenalpasti oleh Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang lebih banyak dikuasai dari aspek fizikal, kognitif, sosial dan emosional. Contohnya pada tahap sekolah rendah lagi kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi komputer untuk termasuk di kalangan murid cerdas. Konsep murid cerdas dewasa ini termasuk murid yang cerdas komputer.

Peringkat Hidup
Bayi awal kanak-kanak ( lahir0-2 tahun )

Tugas Perkembangan
. Bayi menjalin hubungan kasih sayang dengan ibubapa; sistem deria,persepsi dan fungsi motor beransur-ansur matang, mencapai kecerdasan deria, memahami sifat objek.

Toddlerhood/Pertengaha - Pergerakan yang pelbagai,bermain fantasi /seorang; n kanak-kanak ( 2-3 tahun ) berkomunikasi dalam bahasa mudah; bercakap seorang
dan mula mengawal pergerakan diri.

Prasekolah ( 4-6 tahun ) Sekolah Rendah ( 6-12 tahun )

- Belajar peranan mengikut jantina, bermain dengan rakan di luar, perkembangan moral, wujud teori kendiri , dan mula bermain dalam kumpulan. - Mula menguasai 3M peringkat operasi konkrit; kemahiran permainan dan kemahiran hidup seperti berjual beli, mula menilai diri sendiri dan orang lain, suka bersahabat dan jadi ahli sesuatu kelab permainan.

Awal Remaja ( 12-18 tahun ) Akhir Remaja ( 18-22 tahun )

- Kematangan fizikal, peringkat operasi formal, mula pandai mengawal emosi dan membentuk kumpulan rakan sebaya; terdiri pada lain jantina. - Cuba memperolehi otonomi dari ibubapa, mula membentuk identiti; mematuhi nilai moral masyarakat dan mula memilih kerjaya yang sesuai. - Keintiman dalam pergaulan, berkahwin, mendidik anak/ generasi baru. -Memantapkan profesyen serta wujud lifestyle sendiri. - Berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua, memupuk kebahagiaan dalam r.tangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. terlibat dalam kerja amal. - Bersara, lebih menumpukan masa kepada kerja amal dan ibadat. - Menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Tuhan; berfikir tentang kematian. -Menangani masalah kesihatan, mengenang zaman silam dan menanti saat kematian.

Awal Dewasa ( 22-34 tahun ) Pertengahan Dewasa ( 34-60 tahun ) Akhir Dewasa ( 60-75 tahun )

Tua ( 75 meninggal dunia )

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg


Latar belakang: Pelopor utama dalam teori perkembangan moral. Seorang ahli Psikologi Perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan. Seorang professor pendidikan dan psikologi sosial Universiti Harvard. Beliau tekah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan merupakan pengkaji yang masyhur dalam bidang ini. Berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadangkadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakul moral seseorang.

Perkembangan moral Kohlberg dikupas kepada tiga tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakul moral. Tahap 1: Pra- Konvensional Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Peringkat 2: Orientasi Ganjaran Peribadi Tahap 2: Konvensional Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Tahap 3: Pos- Konvensional Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat

Tahap 1: Pra- Konvensional


Tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Apa yang saya dapat sekiranya saya buat apa yang disuruh?

Tahap 2: Konvensional
Individu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa,guru dan komuniti. Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik Kanak-kanak mengaplikasii ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang di persekitaran. Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan dan ingin dilihat sebagai anak yang baik. Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Perlakuan/penaakul moral berdasarkan peraturan, undangundang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Mereka percaya terhadap keutuhan undang-undang dan peraturan yang boleh menjaga kesejahteraan komuniti.

Tahap 3: Pos- Konvensional


Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakul moral. Mereka Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak individu Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif. Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Peringkat 6: Etika prinsip sejagat Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang. Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.

Teori Perkembangan Psikososial ini dipelopori oleh Erik Homburger Erikson yang dilahirkan di Frankfurt, Jerman pada tahun 1902. Teori tersebut digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perkembangan kendiri dan sosial manusia berlaku dalam satu siri perkembangan yang berperingkat dan setiap peringkat ada matlamat, kebimbangan, perkembangan, pencapaian dan bahayanya yang tersendiri.

Erikson percaya manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesulitan yang timbul dari semasa ke

semasa pada peringkat-peringkat perkembangan


yang tertentu. Erikson telah menyenaraikan lapan peringkat perkembangan manusia.

Erikson terkenal dengan teori psikososialnya.

Beliau adalah salah seorang penuntut Freud dan telah


menegaskan akan pentingnya pengaruh sosial dan budaya ke atas pembentukan personaliti seseorang. Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak

Dalam bukunya Childhood and Society(1963) , beliau


mengutarakan lapan tahap perkembangan psikososial manusia. Setiap peringkat itu dipengaruhi oleh dua faktor yang bertentangan.

Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Peringkat
1. Asas kepercayaanasas ketidakpercayaan

Tahap umur
Dari lahir hingga 1 tahun

Huraian
Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat,mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga.Sekiranya gagal,ketidakpercayaan timbul. Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal.Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri. Sekiranya gagal, mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan sendiri. Kanak-kanak cuba untuk berdikari,ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri,sekiranya gagal boleh membawa kepada rasa bersalah.

2. Autonomi-keraguan

2 tahun hingga 3 tahun

3. Inisiatif-kesalahan

4 tahun hingga 5 tahun

Peringkat
4. Industri-Rasa rendah diri

Tahap Umur
6 tahun hingga 11 tahun

Huraian
Kanak-kanak perlu menguasai kemahirankemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam perkerjaan,kemahiran, jantina dan bersosial. Mula membentuk keintiman dalam hubungan,menuju ke arah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

5. Identiti-Kekeliruan identiti

12 tahun hingga 18 tahun

6. Keintiman-Keasingan

Awal dewasa 18 tahun hingga 35 tahun

Peringkat
7. Generativiti-Kekakuan

Tahap umur
Pertengahan dewasa 35 tahun hingga 65 tahun

Huraian
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

8. Integriti-Kekecewaan

Lanjut usia 65 tahun ke atas Kejayaan di dalam hidup


berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

Teori perkembangan Arnold Gesell

Arnold Lucius Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Dua buku beliau yang penting ialah An Atlas of Infant Bahavior (1934) dan Infant and Child in Culture of Today (1943).

PENGENALAN
Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara. Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the ever changing yet enduring river (Gesell, 1952)

Mengikut Arnold Gesell, tingkah laku seorang individu akan berkembang seperti yang telah ditentukan mengikut jadual masa yang agak tetap. Beliau menegaskan bahawa perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang terkawal. Hal ini melibatkan kelakuan, pertumbuhan tisu dan organ serta fungsi lain.

Gesell berpendapat faktor persekitaran mungkin dapat mangubahsuai kadar perkembangan. Faktor persekitaran bersifat pengaruh sekunder semata-mata. Oleh sebab wujud kadar pertumbuhan yang berlainan, maka peringkat perkembangan mungkin berlaku pada masa yang berlaku pada masa yang berlainan.

Jadi, seseorang kanak-kanak yang memasuki mana-mana peringkat perkembangan tidak dapat ditetapkan dengan begitu rigid. Oleh itu, perbezaan individu yang sering berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat. Personaliti, kadar pertumbuhan, minat dan kebolehan merupakan aspek yang dimiliki oleh setiap individu. Gesell juga menghormati hak dan individualiti kanak-kanak.

Teori ini menggabungkan konsep perseorangan dan peringkat tertentu. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang mengikut jadar perkembangannya sendiri, sama ada di rumah mahupun di sekolah. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa membuat sesuatu semata-mata kerana dia sudah mencapai suatu peringkat perkembangan. Gesell mempercayai pendidikan adalah bebas bagi kanak-kanak.

Teori ini juga mengutamakan kepentingan semua perkembangan dan tingkah laku yang seolah-olah wujud dalam keadaan berpusing. Perkembangan kanak-kanak yang ditentukan secara semula jadi dan berpunca daripada dalam menjadi perkara yang paling penting dalam teori perkembangan Gesell.

Terdapat lima peringkat perkembangan kanakkanak mengikut Gesell:

Peringkat 1 (0-1 Kematangan emosi bermula dari bulan tahun) pertama melalui isyarat, tangisan dan senyuman. Kematangan fizikal mengikut mekanisme kawalan diri.
Peringkat 2 (1-2 Kematangan fizikal dan mental meningkat tahun) ditunjukkan melalui kemahiran bertutur dengan menggunakan suku kata yang mudah. Kematangan fizikal bermula dari merangkak, berjalan dan berlari.

Peringkat 3 Membentuk sikap berdikari (2-3 tahun) semasa bermain, makan dan minum. Mula menggunakan ayat yang mudah.

Peringkat 4 Kematangan fizikal terselah (3-4 tahun) melalui pelbagai aktiviti khususnya aktiviti bermain.

Peringkat 5 (4-5 tahun)

Kematangan emosi dan sosial telah mula ditunjukkan dlam interaksi dengan rakan sebaya. Juga dapat menunjukkan kematangan mental dengan menjawab dan bertanya soalan-soalan mudah yang bersifat konkrit dan abstrak.

Gesell merumuskan bahawa,


Baka dan kematangan merupakan faktor penting menentukan perkembangan kanak-kanak. Kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. Semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa berumur 4 bulan kanak-kanak telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri.

Setiap kali seseorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan baru, dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia pernah mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap. Tempoh lima tahun pertama merupakan perkembangan yang penting diri kanak-kanak dalam persediaannya menempuh masa hadapan.

Kesimpulannya
Arnoll Gesell berpendapat perkembangan kanakkanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.

Teori perkembangan Sigmund Freud

Latar Belakang Sigmund Freud ialah seorang ahli psikologi dari Austria. Teori beliau mewakili pendekatan psikoanalitik. Teori psikoanalitik yang dipelopori oleh Freud telah mempengaruhi teori perkembangan kanakkanak. Pengalaman awal kanak-kanak bermula apabila pola tingkah laku mula berbentuk. Menurut pendekatan psikoanalitik, sekiranya dorongan asas, seperti tidak berasa puas ketika interaksi awal, maka kanak-kanak akan meninggalkan masa bayi mereka dengan menghadapi kerumitan untuk menyesuaikan diri dalam situasi kehidupan.

Terdapat tiga bahagian konsep struktur personaliti dalam teori psikoanalitik iaitu: id, ego dan superego. ID
Sudah ada semasa lahir Berkaitan dengan kepuasan keperluan yang dikawal oleh keseronokkan dan mengelakkan kesakitan.

EGO
Tanggungjawab menetapkan keperluan dalaman yang dinyatakan oleh id dan keperluan luaran. Memainkan peranan yang penting dalam kematangan.

SUPEREGO
Mewakili kawalan sosial bagi struktur psikik. Dikenali sebagai kata hati yang bertugas sebagi penapis.

Terdapat lima peringkat perkembangan dalam teori psikoanalitiknya:


Peringkat Falic atau Oedipal

Peringkat oral

Peringkat Anal

Peringkat Pendaman

Peringkat Baligh

Peringkat Oral
Kanak-kanak bersifat pasif dan amat bergantung kepada orang lain. Mereka akan memperoleh kepuasan melalui menghisap, menggigit dan menelan.

Peringkat Anal
Kanak-kanak bersedia untuk mengawal fungsi biologi membuang najis. Ketika ini kanak-kanak mengintegrasi implus mengeluar dan menahan untuk memperoleh kawalan pundi kencing dan dubur. Bahagian anal menjadi sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kawalan membuang air kecil dan air besar memberikan kanak-kanak perasaan hormat kendiri.

Peringkat Falic atau Oedipal


Kanak-kanak memyedari kasih sayang terhadap ibu bapa. Mempercayai kanak-kanak akan membentuk kasih sayang yang beransur-ansur bertambah terhadap ibu atau bapa yang tidak sama jantina dengannya. Hal ini dinamakan kompleks cedipus, iaitu seseorang anak lelaki akan membentuk kasih sayang baharu terhadap ibunya, manakala bapanya dianggap sebagai lawannya.

Peringkat Pendaman
Kanak-kanak akan mengalih minat kasih sayangnya kepada orang lain di luar rumah. Mula mengambil tahu tentang rakan sebaya. Terlibat dengan unsur pendidikan, bermasyarakat dan mengalami perkembangan superego. Mengibaratkan peringkat ini sebagai keadaan tenang sebelum alam baligh.

Peringkat Baligh
Tiba masanya berlaku perubahan dan kematangan jantina. Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 12-21 tahun. Mengikut Freud, keperluan yang dibawa sejak lahir menekan akan kesedaran ego agar sentiasa mengimbangi tuntutan dalaman dan luaran seperti mengurangkan ketegangan. Dapat memahami tingkah laku mereka dengan lebih terperinci.

Lev Vygotsky (1896-1934)


Merupakan ahli psikologi Rusia. Mendalami bidang perubatan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusasteraan. Beliau percaya perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu.

Menurut Vygotsky kebanyakan kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanakkanak dengan ibu bapa,guru,orang-orang dewasa dan

rakan sebayanya.
Perkembangan mental kanak-kanak terhad.

kanak-kanak belum berkembang dan matang.


Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak

berkembang akibat pergaulan dengan orang lain.

Menurut Vygotsky perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat : 1. Peringkat Sosial

2. Peringkat Individu (peribadi)

Zon Perkembangan Proksimal


Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif

kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam


konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Zon Perkembangan Proksimal

Had Bawah

Peringkat

Zon perkembangan proksimal

Kemahiran yang boleh/ telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-

Had Atas

kemahiran kanakkanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

kanak.

Contoh

HAD ATAS Boleh membuat penambahan angka 1-1000

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL


Membuat penambahan angka 1-1000 dengan bantuan.

HAD BAWAH Kanak-kanak sudah mahir menambah angka.

Perancah (SCAFFOLDING)
Perancah berkait rapat dengan idea zon perkembangan proksimal. Scaffolding bermaksud mengubah tahap sokongan yang diberikan.

Semasa proses pengajaran berlaku individu yang


berkemahiran akan mengubahsuai tahap bantuan/pengajaran mengikut keupayaan pelajar. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah.

Menurut Vygotsky selain daripada komunikasi dengan orang lain (untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar) kanak-kanak

berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.


Bercakap sendiri menolong kanak-kanak merancang

dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.


Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap

sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding


kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.

Peringkat pertama melibatkan bayi di bawah umur satu

tahun.
Peringkat ini dikenali sebagai peringkat kepercayaan-

curiga.
Pada peringkat ini,keyakinan bayi terhadap dunia menjadi jelas apabila segala keperluan dapat dipenuhi. Masyarakatnya pada masa ini ialah penjaga,ibu bapa atau keluarganya.

Kekurangan keperluan menyebabkan bayi berasa curiga


dan takut.

Peringkat kedua melibatkan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan 2-3 tahun. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat autonomi-

kehinaan.
Pada peringkat ini, bayi akan membina keyakinan diri

dan autonomi apabila dia berasa bebas untuk


melakukan sesuatu. Terlalu banyak halangan atau bantuan yang diberikan akan menyebabkan kanak-kanak berasa terhina, ragu, rendah diri dan kurang keyakinan diri sendiri.

Peringkat ketiga melibatkan tahap inisiatif-kesalahan.

Pada tahap ini kanak-kanak berada dalam lingkungan


umur 4-5 tahun. Mereka mula membentuk satu cara berdikari. Sekiranya tindakannya itu tidak dapat sokongan, mereka akan berasa bersalah. Pada tahap ini kanak-kanak perlu diberi peluang melakukan aktiviti fizikal dan menggunakan bahasa

secara bebas untuk menggalakkannya memiliki


keupayaan inisiatif. Halangan akan mengakibatkan dia rasa bersalah.

Peringkat keempat melibatkan kanak-kanak dalam

lingkungan 6-11 tahun.


Peringkat ini dikenali sebagai peringkat kerajinankerendahan. Pada peringkat ini,kanak-kanak mula masuk ke sekolah. Mereka lebih peka dengan ganjaran.

Dalam alam persekolahan,mereka akan menjadi lebih


tekun dan berminat dalam pelajaran sekiranya mereka sentiasa diberi pujian apabila berhasil menunjukkan

prestasi yang baik.


Mereka akan berasa rendah diri dan kecewa sekiranya gagal untuk mencapai prestasi yang baik.

Peringkat kelima dikenali sebagai peringkat identitikekeliruan peranan. Peringkat ini melibatkan remaja yang berumur antara

12-18 tahun.
Pada peringkat ini,mereka berusaha mewujudkan

identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka.


Mereka cuba mendapatkan kestabilan diri dalam

masyarakat.
Sekiranya usaha ini gagal,mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat.

Peringkat seterusnya melibatkan peringkat awal dewasa,peringkat separuh baya dan peringkat tua. Peringkat keakraban-pengasingan merupakan

peringkat awal dewasa.


Ketika ini individu memerlukan perhubungan yang

akrab dengan individu lain.


Halangan akan menyebabkan mereka menyendiri dan

mengasingkan diri.

Peringkat pewarisan-kelakuan pula merupakan peringkat

separuh baya.
Pada waktu ini individu telah boleh dipertanggungjawabkan. Mereka boleh diwariskan untuk melakukan kerja-kerja yang baik.

Mereka diberi tugas mendidik,memberi bimbingan dan


tunjuk ajar kepada generasi muda. Mereka yang tidak mendapat peluang ini atau gagal menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan akan menjadi statik dan beku.

Peringkat terakhir perkembangan psikologi ini ialah peringkat kesepaduan diri-putus asa,iaitu ia melibatkan orang tua.

Orang tua menerima hakikat kehidupan sebagai


proses semula jadi.

Mereka yang tidak menerima konsep ini akan sentiasa


berasa kecewa dan berputus asa.

Peringkat Sosial
Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran.

Peringkat Individu
Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.

Buku Rujukan
1.
2. 3.

4. 5. 6. 7. 8.

9.
10.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2008). PERKEMBANGAN KANAK-KANAK untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Edisi Kedua. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn, Bhd. Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Psikologi Kanak-kanak Dan Remaja. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Kasnani Ab. Karim, Ramli bt. Jantan, Akmal Hisyam Arshad, Siti Noryafika Kamarudin. (2006). PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH untuk Kursus Persediaan, Sarjana Muda(PISMP) KPLI dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Kemas dan Perpaduan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn, Bhd. Ramlah Hamzah, Lily Mastura Harun,PhD. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan Untuk Prasarjana Muda Dan KPLI. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ramlah Jantan, Mahani Razali. (2004). PSIKOLOGI PENDIDIKAN Pendekatan Komtemporari Edisi Revisi. Malaysia: Mchaw-Hill(Malaysia) Sdn. Bhd. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Maria Chong Abdullah. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Malaysia: Mchaw-Hill(Malaysia) Sdn. Bhd. Haliza bt. Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah bt. Kastawi. (2008). PERKEMBANGAN KANAK-KANAK untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ernest T. Goetz, Patricia a. Alexander dan Michael J. Ash. (1992). Educational Psychology A Classroom Perspective. United States of America: Macmillian Publishing Company.

You might also like